CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Thursday, September 29, 2011

Panik kejap !

Hi everybody! have a good day ok !!!

Dah dekat 10 hari tak menjengok2 teratak usang ini...orang lain dah tukar macam2 kaler - macam2 rupa - macam2 cat - macam2 lagi lah....teratak saya jugak lah yang tak berubah wajah sejak teratak AGK ini dibina....saya kekal pada yang azali ni....biarlah tak terkenal sekalipun - biarlah dah out of date....ada saya kisah??? saya tak kisah !!! saya ni tak cukup masa nak urus ni semua ! saya banyak urusan2 rasmi nak diuruskan - nak dimeetingkan - ada yang nak diminitkan - ada yang nak diambil tindakan segera / tak segera tetapi ditulis dengan ayat yang sedap dibaca - "Dengan Kadar Segera" - ohhhh sedap bunyinya...tapi kena segera jugak ! & sibuk jugak nak urus urusan2 peribadi ---- terutama bila time je cuti "agak sibuk" nak ke sana sini kalau nak ke luar negara - nak urus pelbagai persiapan.

Ala  cikgu Sonata ni - melalut pulak bebelan nya...biasalah dah lama tak membebel - kita tulis aje le nak lepaskan "tension"!

Sebenarnya sejak minggu lepas dah mula sibuk menyiapkan SKT - prestasi - masih tak siap2 lagi...janji dengan diri nak siapkan minggu ni jugak...tengok2 bos masih sibuk menyiapkan jugak...panik jap...harap bos tak marah  saya lambat siap...banyak looooo nak tulis !

Sejak minggu lepas jugak saya rasa sakit kepala @ pening2 kepala - ntah mana satu yang betul tak tahulah ...sekali sakit - sekali pening - tengkok pun sakit2 jugak - lengoh2 jugak - saya sudah agak panik ! tapi masih bersabar - nanti lah - nanti lah pergi klinik - nantilah pergi check-up !

Akhirnya saya tak tahan - saya ikut staf saya pergi check-up kat klinik gomen - free lah kan....mintak check BP - manalah tahu kan - bila sakit2 macam tu simptom high-blood ....

Bila check - alamak ......buat pertama kalinya BP naik ! saya panik - macam mana ni???
Bacaannya ialah 140/100 !!!

Balik sekolah - apa lagi - saya mula bimbang dengan keadaan ini - bila tanya2 apa ubat tradisional boleh dimakan ( saya tahu macam2 daun pucuk kayu dan ntah apa2 lagi ) untuk menurunkan kadar BP ini....Bukan main lagi staf saya beri herba2 yang ada di taman herba sekolah....apa lagi saya MESTI makan semua ini...

Alhamdullilah berkat usaha saya yang rajin kegigihan makan segala herba yang diberikan - bila check kali kedua Isnin lepas sudah kembali normal iaitu 143/89......petang Isnin saya pergi pulak ke klinik check lagi sebab masih rasa sakit kepala - senang je doktor jawab - you better take a rest ! your BP is okay 130 / 90....ok I give MC for tomorrow . ( tapi saya kan komited kerja ) - bila dah makan sebiji postan - dah agak lega - MC yang diberikan - saya tongsampahkan !

Bila bab2 macam ni ( kes high-blood / dll @ apa2lah ) terus terang saya katakan saya kalau boleh tak nak makan ubat hospital !!! biarlah saya makan segala jenis herba / daun pucuk kayu apa ke....dan yang tak  pernah sekalipun  saya makan - staf saya telah berikan kepada saya yang dipanggil peria katak !


Ni dia rupa peria katak tu......terpaksa makan - kalau nak cepat baik...alhamdullilah sudah ok.....
Ada sape2  ada petua2 lain yang boleh diguna pakai untuk turunkan BP ini ?jommmm....kita kongsi sama2......selamat bertugas !

23 comments:

daydeck86 said...

Salam Kak SAK
peria kata sedap kalau rebus pastu makan buat ulam jangan plak buat gulai santan pekat tu.. ehehee
lagi 1 kalau tak silap nak turunkan BP rebus daun pucuk belimbing besi minum ari nya

Sally said...

Salam,
satu lg kaedah : minum jus buah timun, kusar buah timun dgn sikit gula, nak minum masukkan ice cubes..cepat turun tekanan darah..

Take care ya..

azmnor said...

Salam cikgu,

lama dah tak dtg jengah sini, yg penting BP tinggi ni kena kurangkan makanan kalestrol tinggi dan yg masin2, kena bersenam 3 kali sehari.... byk makan buah2an dan sayur2an....

tp saya dan ambik medication dah...huhuhuhu

Anonymous said...

Assalamualaikum sonata,

Peria katak ni gulai lemak cili padi sedap...

ibundo said...

kalau u ada juicer, ambil jus peria katak dengan sebiji epal hijau. Kalau tak ada, blender peria katak dngan epal hijau, tapis dan minum airnya.

::FAIZ:: said...

1st time tgk

Nizam Awang Brahim said...

Bawok2 bersenam la pulok

Nizam Awang Brahim said...
This comment has been removed by the author.
Bapak said...

semoga kesihatan Kak Sonata terus terjaga..

atuk said...

Assalamualaikum Cikgu Sonata

moga kesihatan senantiasa dlm keadaan setabil, supaya mudah utk beribadat

Wassalam

Kak Imun said...

Salam, cikgu sonata. Komen2 tu semua jadi panduan kak juga, hehe... Kak pun pernah kena high BP ni, sekali sj makan ubat hspital. Lepas tu kak diet sendiri. Kurangkan garam, minyak, gula dan selalu minum air putih.

Kak pun takut makan ubat hospital, tapi klu BP sudah diluar kawalan kita, terpaksa la kut....:)

Nida n' Hanafi said...

Salam kak..

Semoga sihat selalu... nak bagi petua tak tahu...:)

sonata anak kancil said...

Daydeck: salam - tk petua ni - tp daun belimbing besi tu susah mau dapat looo

sonata anak kancil said...

Sally : w'salam - sedap ni ....sejuk je masuk dalam tekak - tk

sonata anak kancil said...

Azmnor : cuba jugak ikut segala saranan tu...tp selera ni sedap memanjang !

sonata anak kancil said...

Kunang2: W'salam - memang sedap kak - tp mana dapat banyak - itu beberapa biji je - jadilah

sonata anak kancil said...

Ibundo : saya minum jus epal hijau - kdg2 + celery , @ timun @ limau - nak2 campur dgn ice...sedap !

sonata anak kancil said...

Faiz : baik hang gi cari peria ni...mana tahu ada jual kat pasar

sonata anak kancil said...

Nizam : dah bersenam dah....lemak dah padat kot...

sonata anak kancil said...

bapak : tk - inilah yg diharap2kan

sonata anak kancil said...

Atuk :w'salam - tk - inilah yg diharapkan

sonata anak kancil said...

Kak Imun : betul kak - diet yg penting (baru lah nak sedar - selama ni dok melantak aje !!!)

sonata anak kancil said...

Nida : w'salam - tk - boleh lah ambik petua2 yang kawan2 dah tulis di sini...rata2 ramai yang telah guna petua spt yg ditulis tu