cuti sehari saja - sebaik saja lepas berlari beramai2 semalam ( 1M 1S ) - dan aktiviti Hari Koperasi & menandatangani buku laporan peperiksaan sehingga pukul 12.30 tengahari - tanpa berlengah2 lagi terus terjah ke Mersing & Kluang . Ada urusan nak kata penting beno tu tak juga - tapi kira penting jugak la...okey...penting tak penting - tu urusan hubby ! aku ngikut aje...he3x....biasalah tumpang tidur kat TIMOTEL lagi....dah ketagih kat sini - baik lah kat sini aje...
Okey berbalik kita kepada tajuk di atas...ha3x macam nak buat ucapan ringkas pulak...
Aku, hubby & cik kakak - kami berpeluang melawat pak sedara hubby somewhere kat Kg Tenglu...tak lah jauh beno dari bandar Mersing....anaknya ada bukak warung pulak...nak makan dah tak termakan lagi...sebab dah breakfast kat mak sedara hubby - yang buat nasi dagang depan sekolah menengah agama arab kat Mersing Kanan....melalut pulak cite bab2 makan ni....
( Cik Farahin - usah jeles2 ye...kita orang biasalah kan makan nasi dagang kat tempat Tok Noi tu...)
Sedang kami bersantai2....tiba2 si anaknya offer nak makan buah mentega ? apa? buah mentega....
Rupa2nya kat rumah pak sedara ada pokok buah mentega yang besar. Sebelum ni tak jengok ke belakang rumahnya. Pagi tadi - dok tanya pokok apa yang besar ni? rupanya pokok buah mentega.
Kita orang memang tak pernah makan buah mentega....sekali lagi dah umur separuh abad ni - baru ni berjumpa & makan buah mentega.....Buah ini bila masak berwarna merah & berbulu halus seperti kain baldu. Bila masak buah ini akan gugur....macam buah durian - yang gugur barulah boleh ambik makan. Cite tentang buah mentega & khasiatnya ni bolehlah baca di sini. Buah ni juga tergolong buah nadir...kalau banyak dah tentulah berlambak jual kat pasar2 tani ke - pasar malam ke....
Sedap rasanya - lemak2 manis - macam rasa lemak mentega & berbau harum.
Khasiatnya :
Setiap 100 gram buah bisbul mengandung 2,8 gram protein, 0,2 gram lemak, 11,8 gram karbohidrat, 1,8 gram serat, 46 mg kalsium, 18 mg fosfor, 0,6 mg zat besi, vitamin A, vitamin C, tiamin, roblavin, dan energi. Dengan kandungan seratnya yang tinggi, maka bisbul bermanfaat untuk meningkatkan daya tahan tubuh, memperbaiki saluran pencernaan, menghaluskan kulit, menjaga kesehatan mata, dan mencegah sembelit.
Ini buah & pokoknya.
Kalau nak makan buah ni - kena berus dulu buahnya yang berbulu2 - sampai licin - barulah kupas kulitnya macam kupas buah epal.
24 comments:
Salam. Nur tak pernah makan lagi buah ni.. tapi pernah nampak di pasaraya.. Sedap ke kak??
W'salam - Nur-nba - akak tak pernah nampak pulak kat Jusco...lain2 tak tahu la...rasanya lemak - sedap !
Nampak mcm sedap..makan cenggitu je ke?
wahhh, buah mentega?? pertama kali saya dengar... ada rasa macam mentega ke? hehe
Sally : yer -makan macam makan epal ! rasa lemak seperti mentega
Gen2merah : yer..rasa macam lemak mentega dan berbau harum (wangi)
First time dengar,teringinlah pula nak rasa...mesti sedapkan!
Assalamualaikum sonata,
Akak pernah dengar nama pokok ni tapi tak pernah lihat buahnya apa lagi nak rasa isinya.
hahahaha tak cemburu pun. in dah sebulan lebih tak makan nasi. macam dah tak kisah pulak nak makan nasi ke tak :P
pernah nampak buah ni tp xpenah rase lg..
teratai - cubalah cari di mana ada jual...sy tak pasti ade ke tidak di pasar
kunang-kunang - w'salam . cubalah cari di mana2 mungkin di pasar ade kot...tak pasti - mungkin di kampung2 pedalaman
farahin - rugi - rugi...kalu gi mersing - tak makan - rugi lah ! kat melaka mana ada yg sedap @ tak jumpa langsung
kat melaka bakal ada nasi dagang yang sedap nanti :P buah mentega lemak sangat2. tak minat :P
salam cikgu sonata,
kat tempat mama , kami panggil buah seralat. kt rumah mama pun ada sepokok tapi belum berbuah. kt rumah mak mertua adalah dan rajin sgt berbuah..
Kalau saya nak buah mentega ni, boleh tolong beri maklumat kat mana nak dapat? Dah 40 tahun tak makan buah ni. Nak tunjuk kat anak cucu, rasanya memang sangat sedap
Salam. Kalau masih ada buah ni boleh hubungi saya 0123062387 (pakcik naim) Teringin nak makan lagi buah ni dah lama sangat tak makan.
Salam sis.pokok kat rumah sis dh berbuah ke.. Tringin nk mkna haaa... Jual la sis kt kita. Nk bli
Ayah sy makan ni lepas beli di pasar kundasang. Perut x tahan. Sampai muntah&cirit birit. 1mlm juga lah di emergency hospital ranau. Bila Tanya orang sana, rupanya bila dah makan seafood, xboleh makan buah ni. Jadi alahan pada siapa yg x tahan.
Pokok ni ada dekat sek Chung Hwa Muar, pokok besar n sedang berbuah sekarang 12/7/2020. Isi manis rasa akan2 durian belanda. Menjadi makanan tupai n monyet.
Banyak kat area sy
ManituBola - Situs Judi Bola Online | Sportsbook Terlengkap & Terpercaya
Situs Judi Online Sportsbook Terpercaya, Terbaik serta Berlisensi di Indonesia. Menyediakan berbagai macam permainan Sportsbook Terlengkap.
Cukup 1 User id untuk bermain semua taruhan Permainan Meliputi :
- Sportsbook Terlengkap
• Sepak Bola
• BasketBall
• Esports
• Dan Lainnya
Menang Lebih Mudah Disini Serta Dapatkan Juga :
=> Bonus Cashback 5% (Yang dibagikan setiap Hari Seninnya).
=> Pelayanan Terbaik Dengan Customer Service 24 Jam Nonstop.
Deposit Bisa Melalui :
=> Via Bank Lokal Indonesia.
=> Via OVO, GOPAY, PULSA Telkomsel & XL/Axis Atau E-Payment Lainnya.
• Minimal Deposit 25,000 | Minimal Withdraw 50,000
• Proses Deposit & Withdraw Tercepat
Untuk Pendaftaran Hubungi Kontak Kami:
- LINE : itubola757
- WHATSAPP : +85517696120
- LIVE CHAT : ituBola
Alternatif Klik Disini : Pusat Bantuan ituBola
Pokok ini ada Kat selekoh highway kajang silk menghala kajang Ke bandar kajang betul²lepas tol kajang putrajaya,bila I lalu memang bau dia selalu nyaman dipagi Hari,I Google baru tahu pokok velvet apple(buah mentega),sekarang buah kurang, lain kali I nak cuba
Radang Paru-paru Copd.
Saya Abd Kadir bin Sumardi, 42 tahun. Saya disahkan mengidap radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit saya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakala nya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta , batuk tetap tak baik, sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
Banyak rawatan alternatif dari produk luar saya ambil tapi tak berkesan. Kemudian saya buat x-ray dan mendapatkan rawatan hospital. Doktor pun mengesahkan saya mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia. Untuk makluman, saya bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Setelah itu sahabat saya telah terlihat di facebook berserta testimonial pesakit. Lalu dia pun memperkenalkan kepada saya untuk mencuba produk tersebut. Saya pun menghubungi pengasas produk tersebut En. Zuhairi dan mendapatkan nasihat daripada beliau. Beliau mengesyorkn saya untuk mencuba. Alhamdulillah dalam 2 minggu dah terasa perubahan .Batuk samakin berkurang. Saya terus mengamalkan 2 jenis jus itu selama beberapa bulan sampai masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Menurut En. Zuhairi, masalah saya ini ialah paru-paru copd iaitu sakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini saya terus mengamalkan. Syukur pada Allah mengenalkan saya dengan En. Zuhairi
Semoga beliau berjaya membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh dengan produk ini.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser gout kronik dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐๐ป
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
๐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐คฒ๐ผ
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
๐kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
Post a Comment