Salam semua ...salam hari Jumaat
Nak sambung semula kisah di Cairo....ada buat catatan cuma belum publish lagi....mari-mari kita tengok tempat yang patut @ boleh kita pergi lihat @ apa yang ada di sekitar Cairo ni.
Tiba di Cairo sudah petang. Malam itu kami meronda di sekitar bandar Cairo...Waktu malam di sana amat meriah...macam pesta pulak. lTerang benderang lampu berwarna warni. Kalau siang hari - kedai2 pun pukul 9 lebih - 10 pagi baru dibuka...Kalau malam lepas magrib - bukan main ramai lagi orang tempatan @ ornag kat bandar ke @ tak tahu lah - suka melepak ! Mereka akan bersantai - minum @ makan @ sedut sisya....tak kira lah lelaki maupun perempuan. Dan aku peratikan mereka ni suke shopping malam2....agaknya siang sibuk berkerja ( kat M'sia ni tak tahu lah pulak aku - ade kot orang shopping malam2.....sebab aku jarang keluar malam !!! jadi tak berapa tahu kisah orang menyopping malam2 ni....)
Selepas sarapan - ikut style M'sia lah..lewat2 sikit bersarapan ni....sebab keluar pun pukul 9 lebih.... kita orang pergi melawat Egyptian Museum. Dalam muzium ni tak boleh ambik gambar. Dalam muzium ni ada pelbagai khazanah peninggalan Firaun seperti keranda , mummi , barang2 kemas , pelbagai perkakas - ntah apa2lah lagi - macam2....dalam muzium ni ada juga dipamerkan Firaun King Tutankhamun - semua barang peribadinya dari emas ! memang real punya emas!!!
Dari muzium pergi lunch & lepas tu terus ke Masjid Azhar - di sini juga berdekatan dengan Univ.Al-Azhar
( dapatlah tengok kat mana universiti yang famous ni ) - dan dekat dengan Bazaar Khan El Khalili. Di bazaar ini segala mende dijual - jangan salah beli - salah tawar menawar - sudah lah ! Dan salah sorang rakan kami kena tipu dengan penjual di situ....Kalau nak beli - beli bersama2 tour guide - biar tour guide yang tolong menawarkan harga yang sebenarnya ....sebab tour guide ni dia akan bawak ke kedai rakan2 nya dan insyaAllah akan dapat special price. Lepas magrib balik ke hotel. Esok nak ke Alexandria @ Iskandariah iaitu bandar ke 2 selepas Cairo.
20 comments:
salam hajah,
best baca coretan pengalaman di cairo nii...bila pulak peluang kak nab tuk ke sana
wahhh.. seronok kalo dpt pegi nih :)
Assalamualaikum Cikgu Sonata
tersegam indah masjid mereka
kena pasang niat, nak ke Cairo
Ucap tahniah kpd Muhammad Fahd
moga terus maju
Wassalam
Salam kak
Ada ramai juga anak murid saya yang belajar kat Cairo, ambil medic..
Seronoknyer berpeluang melihat Univ. Al Azhar.....best...
Inikah firaun yg menjadi musuh Nabi Musa a.s tu?
Saya tak sempat ke muzium tu masa ke Kaherah dulu. Tapi masjid Azhar tu sempat singgah solat.
sronok sgt jelajah eygpt...hnya mampu jellajah di blog akak je...hu.hu.hu......
Beautiful.Merry christmas
Ceritalah lagi, sonata!
Assallamualaikum Cikgu Sonata,
Macam mana suasana shopping..kalau dibanding dengan di China..
Tapi mama rasa tempat-tempat sejarah tu yang lebih memberi kenangan..teringin sangat nak pergi ke sana
Kak Hjh : w'salam...Kak Hjh boleh aje ke sana...nak2 dah tak ada komitmen dengan sekolah...sy ni tunggu cuti sekolah barulah boleh pergi ke mana2
Maiyah : betul Maiyah - tak ada masalah jika Maiyah berminat !
Rozali: W'salam - ye....set target ...kumpul duit ! next year ke / next 2 year ke....Terima kasih atas ucapan itu
Imanshah : w'salam...lagi lah senang awak nak ke sana - anak murid dah ada...tak payah booking hotel !beli tiket flight cukup lah ...beli Gulf's air / Egypt's air
mamawana : tengok dari jauh je...ada sape2 belajar di sana?
Yunus Badawi : semua nya musuh Nabi - tak percaya kepada Allah swt.
Best kan dapat solat dan ziarah dalam masjid Azhar .
Duit banyak tu - bawaklah family - apa salahnya...aku ni sementara masih bernyawa - aku nak jalan !he3x
Nza : salam...adik ada belajar sana kan ....boleh lah pergi - senang aje Nza! baca akak punya tak best...pergi sendiri lagi best !!! set target from now
Kasthurirajam : TQ
kak Nora : InsyaAllah kak...hari ni kot...semalam pergi Kluang
Nadz : W'salam...kalau nak shopping lagi best kat China...kat Egypt ni - kalau baju2 tu banyak baju yg dah siap..kain2 kurang jumpa... baik di M'sia lagi. Sebab barang2nya pun banyak datng dari China
Boleh pergi MamaNadz....lebih jauh ke atas lagi dari Mekah
Post a Comment