Tentunya semua rakan guru maya ni mulai hari ini juga bermesyuarat/menerima taklimat/penyerahan tugas daripada pengetua/guru besar masing2...
Apa kata kita kongsi bersama di sini / ingatan untuk semua?...
Mana yang boleh digunapakai guna lah...
Hari ni bos baru berucap...Perkara biasalah, seseorang yang baru,
akan memperkenalkan dirinya, supaya jelas/telus kepada semua orang
agar tak adalah nak sok sek, sok sek lagi...
Setelah 3 wanita menerajui sekolah, kini tiba giliran bos lelaki menerajui semula sekolah ini. Bos ini adalah yang ke 5. Bermakna aku telah berkhidmat dengan 5 bos! Setakat le ni yang lepas2 semuanya aku dapat menjalankan tugas selari dengan arus pentadbiran bos...
Sifirnya senang aje: Jangan menentang arus...mana2 lah tempat bertugas,
aku berpegang pada prinsip ini. So, kerja kerja kita pun mudah...
Bos berpesan: Jangan berlakon / jangan jadi pelakon...sebagai cikgu, kita kena ingat,kita ni cikgu...Kita dalam perhatian ramai, perlu buat contoh dalam masyarakat.Ikhlas menjalankan tugas, perlu terus berusaha, bertanggungjawab...Kita cikgu perlu bersyukur dengan yang kita dapat 'imbuhan' tetap saban bulan --- bagaimana mereka yang diberikan cuti tanpa gaji/diberhentikan???Cikgu tak ada- "cuti" pun gaji jalan!!!
( tu yang kadang2 aku tak iklan pun aku ni cikgu...orang boleh tanya,
u cikgu ke??? ada aura cikgu gamaknya...)
Pesan lagi : macam pesan pada anak2...kita bekerja ni,
sentiasa ikut pekeliling...baca pekeliling...
(aku pun dapat lah tugas baru ----suruh aku beli buku pekeliling & letak di PSS untuk rujukan semua cikgu )
Tambahnya lagi : kita kena sentiasa peka dengan jawatan kita yang membantu pengurusan sekolah/kita perlu amanah
apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita.
Pesannya lagi: Kita jaga perkhidmatan diri sendiri...semak gaji kita, ada kenaikan ke tidak, confirm ke tidak... jaga sendiri!!!Jangan harap orang jaga (kekadang tu nak suruh kerani ---kerani mana boleh jaga, dia macam2 nak kena buat...bila ada kemusykilan, hah tanya lah kerani...mungkin adalah silap di mana2...yang penting, kita jaga perkhidmatan kita ).Penting juga...Isytihar harta...kalau tak, kalau ada kenaikan pangkat, payah la nanti...so, kena alert orang kata. Ada cikgu , entah mana silap/kelirunya...dengar cerita problem dari DG41---terus ke DG48...
(dapat rm50k tunggakan...)
Yang penting, dalam satu organisasi, kita bersama2 membina organisasi
dari semua aspek, bekerja dalam satu pasukan...
Antara kata2 pengarah: guru pembina budaya ilmu...
Inilah secara umum ingin dikongsi bersama...Yang lain adalah berkaitan P& P
dan pengurusan & pentadbiran sekolah yang aku cintai ini!
SELAMAT BERTUGAS UNTUK SESI BARU 2009.