CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, January 27, 2013

Kuala Gandah - National Elephant Conservation Centre



Kuala Gandah ? Kat mana tu? Awal Disember 2012 saya sekeluarga berpeluang pergi ke Kuala Gandah - pusat pemeliaharaan gajah. Di mana Kuala Gandah - bolehlah  rujuk :Kuala Gandah http://www.nre.gov.my/Malay/EkoPelancongan/Pages/PusatKonservasiGajahKebangsaan.aspx

Perjalanan dari Melaka seawal 7 pagi - berhenti minum - janji dengan anak dari KL - dia dah agak lambat - akhirnya kami dari Melaka redah sendiri melepas tol (ntah apa nama) - yang dekat UIA tu. Jalan punya jalan naik bukit turun bukit Karak Highway - tau2 lah melewati Banjaran Titiwangsa - melalui Genting Highlands - katanya sampai ke Tol Lancang ( tak ade le nak guna GPS pun ) -  ntah mana tak jumpa Tol Lancang - tak jumpa2 - nak terus lagi tak berani - kang tak sampai2 ke Kuala Gandah - haru je....silap haribulan boleh sampai terus ke Kuantan !!! - akhirnya jumpa simpang ke Bentong.

Hubby pun masuk simpang ke Bentong....jalan punya jalan - tak nampak pun signboard menunjukkan Kuala Gandah ! Mak aiiii.........ok tak pe la....jalan lagi sampailah ke Bentong - teruskan lagi sampai lah ke Mempaga sebab dah ada tunjuk ke Kuala Gandah....akhirnya bertanya lah dengan penjual nangka ( sempat beli nangka - best !!!) - nasib baik tak jauh terlepas simpang ke Kuala Gandah - akhirnya sampai la juga....wow berjaya ! Kami dulu yang sampai berbanding anak saya dengan keluarganya.

 Bila sampai ke sini - jangan lupa daftarkan diri anda yer....dapatlah stiker ni....Ketua Unit Gajah?

 Kita boleh beri makan gajah2 ni....makanannya ada dijual - beli jangan tak beli !!!


  sesi memandikan anak2 gajah


Kita perlu sampai  seelok2 sebelum jam 2 petang - supaya tidak miss dengan pertunjukkan gajah di situ. Nak tahu apa pertunjukan tu silalah rujuk di mana2 jua di laman2 web yang ada.

Friday, January 18, 2013

Selamat Tinggal Melbourne.....

4 hb Jun saya dan anak menghabiskan masa sekitar Melbourne CBD....

5 hb Jun 2012 dah nak fly back.....kami dah booked shuttle bus pergi ke airport - angkut bag pagi2 buta (sebelum subuh ) - subuh kat airport. Selamat tinggal Melbourne - sangat best....insyaAllah akan sampai lagi ke bumi Aussie ni. Dengan cuaca nya yang nyaman (walaupun musim sejuk - tak lah sejuk sangat). Lebih kurang 8 jam terbang - selamat sampai di LCCT, KL....hubby sedia menanti !

bye - bye...tamatlah sudah N3 tertunggak ke bumi kanggaro ! 





bye....what's next? 

Friday, January 11, 2013

NAPOLEON : REVOLUTION TO EMPIRE - 21

Salam sejahtera semua! Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua walaupun sudah 11 hari dalam bulan Januari ini.

Bergolak2 hati ini nak update kan N3 di sini - tapi dik kekangan masa yang sangat cemburu tak dapat ditahan2 lagi....hampir 3 bulan - sampai nak tenggelam AGK ni.....N3 ke Aussie masih tak sampai ke penghujung lagi - pasti saya nak sambung juga !!! Sampai saya dah balik dari Guilin, China  last 31 Dis - masih "tergantung" lagi travelog ke Aussie. Walaubagaimana pun saya perlu selesaikan travelog ke Aussie juga. Lepas tu saya nak siapkan N3 ke Guilin pulak iaitu cuti musim sejuk (27 - 31 Dis 2012) - cuti penutup tahun 2012....bye - bye 2012 !

3 Jun 2012 .......selepas balik ke South Yarra untuk lunch & solat - kami keluar semula ke Melbourne - kali ni  ke NGV ( National Gallery of Victoria ) untuk melihat pameran Napoleon Masterpiece: Revolution to Empire. Sepetang kami di sini - masuk ke dalam gallery  ni dikenakan tiket - mahal jugak - seingat saya lebih AUD 50 .....sekali datang sekali tengok aje le ! Jommmm kita tengok2 sikit skitar NGV ni. Di dalam gallery dilarang mengambil gambar - semua orang baca aje le...omputih suka lah tengok2 dan baca2 ni...kita pun baca juga laa....dah bayo kan ! tapi sangat best la - baca sejarah Napoleon - kisah hidupnya - kisah perkahwinannya (dengan Josephine & Marie Louise) - kisah perangnya dan pelbagai yang berkaitan dengannya.










sekian saja untuk saat ini.....hari pun dah petang..............balik ke South Yarra.
Esoknya 4 hb Jun 2012 (Isnin) last day di Melbourne...hajat nak ke Victoria Market lagi...bila sampai - lengang ! ruap2nya hari Isnin tutup ! alahai kecewa nak shopping lagi....so, kami just ke sekitar Melbourne CBD aje. Naik tram turun tram - jalan sana sini  sekitar bandar ni - rupa2nya Melbourne CBD ni tak besar pun....! Last minute shopping - keluar masuk kedai ....