CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Monday, September 10, 2012

ALLAH SWT MENGAMBIL MU ....

TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM TN HJ ZULKIFLI BIN KASSIM (51 TAHUN)
RAKAN SEKELAS SAYA SEMASA TINGKATAN 4 & 5. BELIAU TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH LEBIH KURANG JAM 10.45 MALAM SEBENTAR TADI ( 9 SEPT. 2012 ) . BELIAU MERUPAKAN SEORANG RAKAN SENTIASA MEMBANTU RAKAN2 SETINGKATAN DALAM PELAJARAN, BELIAU JUGA MERUPAKAN SEORANG KETUA PENGAWAS YANG SUNGGUH DEDIKASI. SELURUH WARGA SEKOLAH PADA MASA TERSEBUT AMAT BERBANGGA KERANA MERUPAKAN ZAMAN KEGEMILANGAN DALAM PENCAPAIAN PEPERIKSAAN MCE . AHLI KELUARGANYA JUGA AMAT RAPAT DENGAN KAMI. 

AL-FATIHAH.SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DALAM KALANGAN ORANG BERIMAN.

Friday, September 7, 2012

Heritage Farm di Churchill Island - 18

Dari tempat cokelat kami di bawa ke heritage farm di Churchill Island. Walaupun hujan renyai2 kami meredah jugak sampai la ke bangsal kuda - biri2 - tempat petani / peladang bekerja di ladang mereka...macam kita lihat dulu2 dalam little house in the prairie.... best !





 kawasan persekitaran . padang ragut yang luas 
berjalan dalam hujan renyai !
pegang kuda australia...he3x....dan beri makan....

 biri2....gemok2...!
berpeluang menyaksikan sheep shearing....
sekejap je siap !

cukup lah sampai sini....kami tak lama di sini , hari pun dah makin petang sebab nak sampai ke The Nobbies Centre - kawasan Phillip Island Nature Park 

jumpa lagi...lepas ni kita tengok Penguins Parade !

Tuesday, September 4, 2012

Perjalanan ke Phillip Island - 17

3 Jun 2012 - Ahad

Selepas breakfast di guest house - minibus coaster sampai untuk fetch kami.Hari ini kami pergi ke Phillip Island - one day trip - seorang kena bayar $109 aud....hu3x - mahal gak - kalau convert to RM....tak ape la - sekali jalan je. Trip ini sangat best la.... Lepas tu - Mathew ambil penumpang lain lagi...pasangan dari India. Akhirnya sampailah ke port di mana penumpang lain ada menunggu untuk mengikuti pakej ini. Ada  15 @ 16 pelancong dari negara2 lain bersama saya - ada dari Brazil , Spain, perasan Singapore ada juga - US ntah mana2 lagi dah tak ingat dah...Sangat seronok bersama mereka...driver si mat saleh ni Mathew rajin lah pulak melayan bercakap - terutama melayan pasangan dari India - cikgu jugak ! hahaha....cikgu rajin bercakap.

Lebih kurang pukul 10 pagi , kami mula bergerak keluar Melbourne untuk ke Phillip Island yang jauhnya (jauh jugak lah - sebab pertama kali sampai kan ) - ikutkan kalau terus ke Phillip Island sejam lebih je...
Perjalanan menuju ke arah south east - melalui ladang2 / 'kampung' yang sangat luas! ada kala saya tertidur - sebab saujana mata memandang lihat padang ragut lembu...Diorang berladang sangat luas - tak macam kita - kecik je...

Pukul 12 lebih kami sampai ke sini .....


 
di sini kami dapat memegang - dan memberi makan kanggaroo & walabies.....
ohhhh sangat seronok ! pengalaman pertama memegang makhluk Allah swt ni.....

 beri makan kanggaroo

 kaola sedang enak tidur!!! berehat memanjang selepas makan...

 beri makan walabi
 berjalan dan terus berjalan dalam kawasan ini
 itik pun ada !
 jumpa kaola lagi...
ada P & P berlaku di sini....rajin cikgu2 diorang bawak belajar seperti ini....

sementara menunggu pelancong2 lain makan di sini.....
kami mohon kebenaran untuk solat dalam pejabat mereka....
alhmadullilah mereka amat memahaminya.... 
kami hanya makan roti / biskut   & epal yang dibawak bekal....

dah selesai di sini - perjalanan di teruskan lagi ...ke kilang cokelat & Kaola Conservation Centre 

kilang cokelat - ala homemade cokelat.....really cokelat !
lepas tu menuju ke sini ....
kaola ni duduk celah ranting...macam buah durian sebiji....
hampir 20 jam diorang rest macam ni !

membesarkan badan.....he3x - tak jatuh pulak tu.....


ok lah - sya berhenti dulu.....selepas ni ke Heritage Farm di Churchill Island sebelum sampai ke Phillip Island.....kita lihat esok aje le yer.....(harap2 saya saya ada ruang & masa )