CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Monday, July 23, 2012

Last Day In Sydney - 9

30.5.2012 - Rabu : Opera House - Royal Botanical Garden - Paddy's - Auburn - Vivid Sydney

Bersua lagi di arena travelog ini....tak habis2 stori-mori di negara kanggaroo ni. Terlebih dahulu diucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga ibadah kita ni diterima olehNya. Ok lah...dalam masa yang singkat ni saya nak tepek2 lagi gambar  yang dirakam di Sydney...ntah bilaakan sampai lagi tak tahulah...mungkin time anak konvo - ada rezeki akan sampai lagi....

Pagi2 30 hb , kami pergi ke Opera House lagi untuk melihat kawasan sekitarnya dengan lebih dekat lagi...apa yang ada di sana...tapi tak lah kami masuk ke dalam bangunan ni...sekadar posing2 di luar aje...Sangat cantik dan bersih sekitarnya. Lepas tu kami teruskan x-plore ke Royal Botanical Garden yang bersebelahan dengan kawasan Opera House....exercise sikit


 berjalan menuju ke Opera House

 P & P kanak2 sekolah...

 dari kawasan Opera House - terus menuju ke Royal Botanical Garden -
 Garden ni sangat luas...letih berjalan....



 Goverment House dalam kawasan Royal Botanical Garden

Kawasan Royal Botanical Garden 






papan iklan Vivid Sydney...lihat kat bawah sekali...ada tulisan Bahasa Melayu ! 
sekian dulu....jumpa lagi bila2 masa...
Selamat menjalani ibadah puasa

Wednesday, July 18, 2012

Ke Town Hall Train Station - 8

Selasa 29.5.2012

Dari Darling Harbour - kami berjalan menuju ke Town Hall Train Station - nak kata jauh tu - tak ade le jauh sangat, bolehlah berjalan2 santai  - oleh kerana melalui kawasan bandar - tak lah terasa penat berjalan kaki ni..,kata nak explore bandar kan...barulah ada rasa teruja sikit melihat bandar ni....kawasan bandar yang bersih....terasa aman ! mungkin musim sejuk kot....rasa cool aje....okey kita saksikan sekitar bandar ni.




nama jalan tak tak tahu la...ape ke nama...yang penting suka tengok daun2 pokok tu yang luruh dan bertukar warna !  orang Sydney tahu lah nama kawasan ini....! seingat saya jalan ni  menuju ke Town Hall Train Station ni...

****sekian**** jumpa lagi

Vivid Sydney - A Festival of light - 7

Sambung lagi travelog di Sydney....masih tak habis2 lagi...banyak lagi ! pelan-pelan....saya akan catat dalam diari kehidupan saya ni...catat - insyaAllah akan catat jua....cuma kekangan masa yang membantutkan untuk mencatat ! harap2 tak luput dari memory card saya ni !

Baiklah di sini saya share keadaan sebelah malam di persekitaran Darling Harbour... rupa2nya pesta cahaya ni baru  berlangsung untuk tahun 2012. jadi, dapatlah kami melihat kecanggihan - kekreatifan - mereka yang terlibat dalam menjayakan pesta ini ! Jika nak tahu lebih lanjut lagi - bolehlah cari sendiri di you-tube yang ada merakamkan pesta ini.

Pancaran cahaya akan dipancar di bangunan - pancaran ni - bukan pancar ikut suka...tapi pancaran cahaya tu ada bertema2 - yang saya lihat adalah gambaran culture di sini....seronok melihatnya. Mulanya kami hanya nak jalan2 aje ke sini sebelah malam - jadi Farhan dah malas nak usung video-cam - punyalah terkilan tak dapat rakam semua pergerakan cahaya ni. Jadi, malam esok nya kami pergi lagi ke sini - Semata2 Farhan nak rakam semua pancaran cahaya tu...sangat cantik ! Cuba tuan/puan google kat youtube tu ada...

 cahaya dipancar ke bangunan ini

di bawah ini menunjukkan cahaya yang dipancarkan ke atas bumbung Opera House 
seolah2 seperti bumbung Opera House ini runtuh part by part...
ada pancaran lain pulak menunjukkan orang sedang bergolek2 atas bumbung ini ! 
maaflah tuan/puan gambar tak cantik sebab guna kamera cap ayam je...












 jawsssss....

dah penat tengok cahaya - masuk kedai...belek2 apa yang patut....
harga - tak payah cakaplah - kalau harga bende2 kecik seperti key-chain ke - FM ke yang harga paling minima $10 - convert ke RM - mau cecah RM30 lebih ! 
saya tak beli sangat kat sini - sebab mahal ! 
kalau nak beli kat sini - janganlah nak berkira2 dalam RM  - alamat tak belilah !



**** jumpa lagi ***

Sunday, July 8, 2012

Wildlife & Madame Tussauds Sydney - 6

29.5.2012 - Wildlife - Madame Tussauds Sydney (wax museum ) 

Selepas shopping2 kat Hard Rock Cafe kami berjalan - berjalan - berjalan menuju ke arah kawasan Circular Quay - boleh jugak jika nak terus ke kawasan Opera House - keesokkan hari barulah kami pergi ke Opera House. Ada 3 tempat kita boleh pilih - Wildlife - Madame Tussauds - Aquarium - dengan harga pakej tersendiri.Pilih lah nak tengok satu ke / dua ke / semua sekali...

Kami pilih pakej Wildlife & Madame Tussauds - kalau takat aquarium tu - rasanya hidupan laut tu sama je kot....! ikan pun - walaupun ikan kat Aussie ni tak sama - ala ikan jugak kan ! tak payah lah habislah duit tengok ikan ni.....kat tempat kita pun ada...Pass masuk 2 tempat ni $ 55 aud - kalau convert ke RM - lebih kurang RM 174 ~ 175 gitu...! huhuhu...mahal nya ! kalau dah sampai sini - baik lah masuk aje le...kang terkilan - termimpi2 pulak...putih mata .

Huhuhu...puas jugak nak habiskan setiap satu ni - kalau wildlife ni baguslah tengok kan....terutama boleh tengok kaola yang malas - wallabies yang comel2 - kanggaroo - dan lain2 yang tak ada kat negara kita - rimau - badak tu tak adalah....! ok jommmm tengok sikit2 gambar yang sempat saya snap. Masuk ke wildlife ni - macam masuk zoo - istilah saya zoo dalam bandar ! diletakkan haiwan ni dalam "balang kaca" - tapi cukuplah makan minum nya !




  kaola ini menghabiskan masanya selama 20 jam duduk diam - sebab tu saya kata kaola yang malas...makan kejap - lepas tu dok diam le celah dahan pokok ni...comel kan!

katak bergantung pun ada !

kanggaroo 


Selepas habis berjalan dalam kawasan wildlife ni kami terus ke Madame Tussauds. Lagi le best !!! Madame Tusssauds ni merupakan wax musuem....macam2 ada di sini - kita pun berlagaklah jumpa pemimpin2 dunia - artis - ahli sukan - bidang2 perubatan - celebrity...puas hatilah masuk ke sini....


 perbincangan hangat....
bertemu queen !
 handsome kan !
how r u ? 
 handsome  & serius...
 oprah tunggu tetamu dari Malaysia...he3x
 mana satu ni ? 
 handsome  jejaka ni...
 bintang2 bergemerlapan sekelilingnya...
tenung sape ni? kami datang nak lawat2 je....
yeahhhhh! saya menang !!!

itupun kami hanya "melawat" mereka secepat mungkin - sebab banyak sangat nak tengok semua  - so, kami just "singgah2" sekejap je....ambik2 gambar - sebab kawasannya agak luas...kalau nak tunggu lama2 kat sini boleh jugak...tak ade had masa....sangat berbaloi dapat masuk sini - tak sempat tengok kat UK - sini pun dah cukup. 



****sekian dulu......bye****