CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Thursday, May 24, 2012

The Lost World & FAR FAR AWAY - USS (3)

Dah bersantai di Ancient Egypt kita orang berjalan lagi....dan sampailah ke The Lost World - iaitu kawasan Jurassic Park. Bergambar bagai nak rak kat sini...he3x....biasalah kan - bukan senang nak sampai ke sini !!!

Nak masuk / nak naik permainan kat sini - tak sempat sebab ramai orang sedang beratur ikut giliran - buat penat je menunggu - buang masa -  baiklah teruskan perjalan ke tempat lain. Jangan tidak masuk lah ke kedai menjual pelbagai cenderamata - satu FM Jurassis harganya Sing Dollar 9.90 / 10.00 ( ade juga yang murah2 sikit ) ....cer darab dengan Malaysian Ringgit - mahal nya!!! dah sampai ke sini - jangan tidak - dah pengumpul tegar FM - beli lah juga - SATU je ! he3x....

 kedai sovenir




Dari kawasan Jurassic Park - perjalanan diteruskan lagi ke Far Far Away - paling best di sini ialah masuk panggung menonton Shrek 4-D - betul2 real ! kalau masuk ramai2 ni - cepat sikit .




dalam kedai cenderamata....manyak looooo...dan mahal looooo....


nota....tempat solat ada di kawasan roller coaster - Sci-Fi City atau bolehlah keluar - bila kita keluar tangan kita akan dicop dengan stamp - boleh masuk semula...kalau tak di cop - dah tak boleh masuk lagi - rugiiiii......kami keluar sekejap - boleh naik LRT free ke perhentian2 tertentu - lupa dah nama perhentian apa - kita orang pergi sampai ke Merlion.Lepas tu naik semula train - masuk semula ke USS. 

berhenti buat sementara waktu....sambung perjalanan seterusnya esok....
(kalau sempat la...sebab busy nak kemas luggage ! perjalanan agak jauh kali ni...)


Monday, May 21, 2012

Dari New York ke Ancient Egypt - USS (2)

Saya sambung lagi pengembaraan saya dalam USS ni...
Dari New York , saya dan rakan terus berjalan - berjalan - dan terus berjalan....sampailah ke sini ....



 kami tak berani nak naik roller-coaster ni! minta ampunnnnn....tak nakkkkk....ngeri !!!

sape ni?

Selepas melintasi kawasan roller coaster ni - sampailah kami ke Egypt....he3x...terasa macam mengembara seluruh dunia pulak....bila tiba kat Egypt ni....lihat replika tu tak sama kalau kita lihat yang sebenar ...sebab saya dah sampai ke Egypt pada Disember 2010. Di sini kita orang rasa lah jugak naik indoor roller-coaster dengan ancaman2 mummies - ohhhh ngeri jugak...tapi relax la...hanya "penipuan" semata2....buat terkejut orang je...tapi  awas...kalau ada lemah2 jantung tu...tak payahlah nak cuba2 naik roller- coaster ni....kang kaku terus !!!




 Sempat jugak kami naik desert jeep - round satu pusingan jumpalah macam2 khazanah semasa mengembara ni...antara yang saya jumpa...

seolah2  dalam kapal 

 harta karun !!!

apa benda pulak ni??? macam tong2 penyamun je...he3x....
semuanya seolah2 kita sedang belayar di lautan 

okey lah saya berhenti rehat - sebab dah kelaparan masa ni ....
kami makan roti & air mineral aje & buah epal.....apa nak kata - tak ada makanan yang halal dimakan (walaupun banyak lah kiosk2 jualan ni kan....tapi bukan orang kita yang jual - lainlah kalau kat negara kita...kalau diorang kata ada restoren di sini (Oasis Spice Cafe) - mahal - takat nak beli air tu bolehlah.



Saturday, May 19, 2012

Santai Di USS (1)

N3 ni sudah menjadi sejarah - Kalau tak ditulis cite ni - maka takkan jadi sejarah. Rakaman N3 ni untuk sejarah anak cucu akan datang ! he3x....Maka,  baiklah saya tulis serba sedikit sejarah saya ke USS @ Universal Singapore Studio pada 31 Mac 2012 yang lepas !~ woooow sudah lama nya....lama tak lama , nak buat macamana kan....sibuk - sibuk - ntah apa yang disibuk tak tahulah...yang pasti saban hari ada je kerje yang dibuat - yang wajib - yang sunat - yang harus.....wah-wahhhh macama2 hukum dikeluarkan...

One Day Trip ke USS ni anjuran koperasi sekolah. Sape nak pergi booking aje le dengan pengurusan koperasi ...opppps koperasi sekolah saya  - nak bawak family pun boleh - janji bayar aje - semua boleh jadi....sendiri pergi sendiri tanggung la ! ha3x....Dipendekkan cerita - dari sekolah lebih kurang jam 4.30 pagi - berhenti solat di R&R Pagoh & sarapan....ramai yang sambung tidur...saya pun terlelap lah jugak.....tengok2 dah nak sampai ke imegresen di Johor / Singapore. Perjalananan semua berjalan lancar - tak ada masalah - semua ahli rombongan beri kerjasama yang bagus - semuanya ikut arahan ketua rombongan - En Hamir & geng...Bayaran trip ni RM270 (pakej lengkap - dengan tiket masuk ke USS - okey lah kot...)

Masuk ke USS lebih kurang jam 9 lebih ...masuk awal2 pagi ni - tengok2 orang pun berduyun2 masuk...
Rupa2nya tokey USS ni adalah orang Malaysia - tokey Genting ! Tapi yang payah dalam USS ni nak makan. Tak ada lah tempat makan yang halal dimakan - kalau ada pun katanya di kawasan Egypt - saya ada nampak lah, tapi masing2 semuanya rasa cuak nak makan...jadi tak la kami masuk. Makan lah apa yang dibawa masuk - bawak roti & buah epal. (ikutkan makanan tak boleh dibawa masuk - pandai2 lah sikit bawak dalam beg tu...).................kalau nak tahu apa yang ada dalam USS ni -silalah google sendiri yer !


Dapatkan Studio Guide , senang kita tahu ke mana nak pergi....tak perlu lah guide bawak kita - kita explore sendiri   - gunakan lah kebijaksanaan sendiri nak ke mana dulu. Saya nasihat kan - kalau pergi ke sana - pergi masuk ke tempat2 yang ada "permainan" - masuk ni dulu - sebab orang sangat ramai bepusu2 nak masuk...beratur wehhhhh.....ikut turn - jadi kalau cepat masuk - cepatlah kita masuk - rugi lah kalau kita tak cuba "permainan" yang disediakan sebab kita dah bayar full-package.


 mercu tanda USS


mula2 saya & geng pergi ke New York....he3x....dapat tengok apa yang ada di New York ni....
macam2 ada....pelakon handalan pun ada ! badut pun ada ....adalah jugak berposing dengan mereka ni...





 transformer...kita orang masuk permainan ala roller-coster ni dan merasai sendiri gamatnya keadaan bersama2 transfomers! menjerit2 - sebab transformer ni terkam kat kami....



dah selesai bersama transformer kita orang naik yang ini pulak - benda alah ni berpusing2....sib baik tak lama - kang pening tak fasal2...tapi okey la - kalau tak naik tak tahu kan.


baik lah saya berhenti dulu....ada lagi tempat2 yang menarik lagi....esok2 pulak ....bye 

Monday, May 14, 2012

Projek Mega Sudah Hampir Siap

Hari istemewa akan tiba . 16 Mei akan disambut lagi - Hari istemewa bagi warga guru.
Seperti tahun yang sudah2 biasanya para pentadbir akan memberi cenderamata kepada semua warga sekolah...semua peringkat lapisan staf.

Saya membantu melaksanakan projek mega khas daripada Kumpulan G8. Pentadbir sekolah tahun ini bermurah hati menghadiahkan setiap warga sekolah - guru - staf sokongan - staf kantin - pekerja swasta & tidak lupa staf keselamatan - semuanya akan menerima cenderamata daripada para pentadbir sekolah.

Tahun ini dapat cenderamata berupa  tupperware yang berisikan coklat dan gula2 yang diletak dalam "sarang" burung - sekadar sebagai pemanis mulut untuk santapan menyambut Hari Guru 2012 di sekolah saya. Ada sesiapa nak order? Order tupperware....bolehlah order dengan saya...he3x




Inilah tugasan saya dalam 3/4 hari ni menyiapkan cenderamata ini....siap sudah....tunggu nak menyelitkan bunga2 kecil / reben aje. Esok sempat lagi ni....he3x

SELAMAT HARI GURU 
DIUCAPKAN KEPADA SEMUA GURU MALAYSIA

Sunday, May 6, 2012

main kejar2...sukanye dia

bertuah punya budak ! main kejar2 pulak dengan aku...go - go - go out !!! aku cuba dekat dirinya...zapppp...dia lari bawah meja...la satu kerje pulak aku nak membongkok ke bawah meja...aku cuba nak tangkap....zupppp...dia lari kat sofa....la....aku dekati dia lagi...panjat atas sofa pulak dah...dia tenung muka aku....go out ! degilnya !!! okey - okey - okey...come here - come here....dia buat dunno aje...muka sardin. alahai kalau korang tak keluar - kang malam2 korang nak kencing ke nak berak ke...macamana?

aku try nak tangkap....berdesup lari depan tv pulak....letih lah aku macam ni...korang lari laju! aku naik semput...okey - kau dok diam2 kat tepi kain baju tu...eeehhhh ....main nyorok2 pulak....zapppppp.....aku cekup dia...dapat ! amik ko...korang faham tak ?kalau nak tidor - sila keluar okey ! jangan degil  - dah ajar - bila  nak tidor korang tidur kat luar...tak kuasa aku nak layan korang ....selamat malam.


ini lah budak2 yang dimaksudkan - Kopi, Koko, Milo
selamat lahir ke dunia pada 12 Rabiulawal (4.2.12) lepas...sekarang dah 3 bulan.
Si Kopi yang hitam legam tu - ada bengkak di perut - ni dah macam keturunan pulak ,
generasi sebelum ni pun ada bengkak jugak - tak sakit - bila dah cukup besar okey aje...tengoklah nanti, kalau nampak dia merana akan bawak ke klinik jugak. La ni...dia pun tak ade le merengek2 sakit...sihat je .

Tuesday, May 1, 2012

Hari terakhir di Chennai - bestnya ! (15)

Penglipur lara ingin menamatkan kisah cite 1001 kenangan di Chennai , India. Jika ada orang tanya nak pergi lagi tak? jawabnya saya nak pergi lagi!!! apa orang nak kata - katalah...ada saya kisah??? hehehehehe....

Saya suka melihat gelagat budaya orang ni ...serious saya cakap ... InsyaAllah ada rezeki - ada masa - saya akan ke Chennai lagi tapi mungkin akan terus ke lebih selatan India lagi - tengoklah AA ni ada ofer lagi ke....saya sedang meninjau2 lagi harga yang ditawarkan. Jika saya pergi lagi - saya dapat tahu dah ada followers nak ikut sama!!! alamak - terasa seperti tourguide...tak kisah - janji ikut cara saya no hal punya....betul AZ??? betul kan kan kan...(harap2 AZ baca la cite saya ni...ha3x). ada ke orang nak ikut ni? boleh buat rombongan cik sonata ni....

Okey - okey - last but not least - kenapa saya kata best? nak balik ni memang best - tapi yang best ni ialah....dapat makan nasi Malaysian style!!! wow memang best you...baru 3 hari je - dah rindu dengan makanan Malaysia...kalau dah tekak melayu tu...nak cari jugaklah makan melayu (walaupun ala-ala India Melayu - bolehlah....walaupun boleh aje makan makanan India ni.

inilah dia .....Pelita Nasi Kandar


 menu ala Malaysian style -  best ! (kat Malaysia pun  chef diorang jugak kan...)


 sesiapa yang berhajat datang sini - jangan lupa singgah di sini...dan saya jumpa juga sekeluarga India Malaysia...pun sama mereka sendiri kata - nak cari Malaysian food jugak! dah orang Malaysia kan...cari jugak lah masakan Malaysia - walaupun ala-ala Malaysia...okey la kan...hilang rindu masakan Malaysia. 

 akhir sekali - tidak lupa pencuci bau mulut - 
makan sejenis gula2 rasa mint...sedap - berangin je...

dah sampai airport - 
selamat tinggal Chennai dengan 1001 kenangan - 
insyaAllah akan ketemu  lagi...jumpa dengan Mr Salam lagi.!


sekian 

Hari-hari terakhir di Chennai (14)

Hari2 terakhir di Chennai 24 Nov 2011....rasa nak sambung hari lagi...tapi apakan daya - semuanya telah di atur seperti itu.

Flight petang , jadi ada masa lagi saya nak menyopping lagi...ha3x. Tak habis2 nak menyopping - sebab nak tambah beberapa helai lagi kain sari ( murah punya fasal...). Bila kira punya kira - macam tak cukup ! (manusia yang tak pernah merasa cukup...he3x - sekali lagi kenapa nak beli lagi ----sebab murah punya fasal ! kalau tak beli -  rugiiiiii)

Dah bayar semua bil di hotel - seingat saya -  saya bayar USD 150 untuk 3 malam. Ok lah kan !
Kami telah dibawa "meronda" ke dalam bandar yang sibuk & ada laluan sesak. Takperlu cite lebih2 lagi...koleksi gambar menggambarkan apa yang saya nak tulis.

 kedai pertama dikunjungi - hubby meneliti paket2 makanan - dengan Mr Salam ni tak perlu bimbang - dia tahu kedai yang boleh dikunjungi dan beli makanan

 ini kedai kedua - khas menjual macam2 citarasa India...macam2manisan - macam2 jenis muruku (ni je tahu...he3x), macam2 jenis kacang....tak terpilih mana satu nak dibeli...

 sibuk memilih apa yang patut dibeli....di sini terperanjat saya sebab sorang penjual tu cakap Bahasa Melayu ! rupa2nya dia pernah bekerja di Klang - dan sekarang balik ke tempat asalnya....
suka bebeno bila nampak orang Malaysia datang !

 sape lah yang datang beli ni....banyak sungguh !

 sepanjang perjalanan ke kedai jual kain pulak....
macam2 ada ! (kalau sanggup nak beli di tepi2 jalan ni - silakan lah !)

 dalam kedai kain yang sangat luas ! 
macam nak raya diorang membeli - sebab penduduknya ramai kan!

 terperanjat saya bila jumpa orang Malaysia! dia yang tegur saya dulu....you dari Malaysia ke?
Ye la ! apa lagi...sepanjang 4 hari di Chennai - ni lah baru bercakap Bahasa Melayu dengan orang India! ha3x...seronok bila bertemu orang senegara ...


 suasana dalam kawasan bandar 

sempat juga menyinggah kedai jual alatan ini....
kalau tempat kita ni - mau saya beli jugak! hu3x....beli2 - kang buat susah je!!!

rehat sebentar....lepas ni saya akan sambung lagi ! bye