Sementara tunggu flight ke Sydney jam 1.30 petang - meronda2 lah dalam airport ni - suhu di luar agak sejuk sebab nak masuk musim winter.Nak makan - tak boleh nak makan sembarangan - ada lah Nando's - katanya boleh makan - tapi rasa tak sedap - baiklah biar kebulur !!! hanya minum kopi / coklat aje...
Check-in ke mana2 destinasi boleh buat sendiri - tag beg pun pasang sendiri - masuk je tiket ke dalam mesin - tag beg pun keluar - wah sungguh advance mereka - so tak perlu nak beratur panjang2 . Tapi kami tak reti lah nak buat2 sendiri - (walaupun boleh sebenarnya - tak tahu boleh tanya dengan petugas2 yang ramai bertugas ) - bimbang buat2 sendiri - kang silap ke apa ke...tak fasal2 susah sendiri...jadi kami beratus aje le.
Flight ke Sydney lebih kurang 2 setengah jam. Sampai di Sydney - selesai semua urusan - tiba dah jam 3 lebih - anak saya pun sampai dengan kawannya datang dengan 2 buah kereta ....bermulanya perjalanan kami ke bandar Sydney di dalam negeri New South Wales. Taklah jauh mana tempat tinggal kawan anak ni denga airport iaitu di Arncliffe.
Selepas makan apa yang ada ( apa lagi...mulalah makan roti !) terasa benar lapar ! - bersiap2 pergi ke Supermarket - beli apa yang patut - terutama roti + tuna , biskut , buah2an sebab esoknya nak pergi ke Blue Mountain.
Hari dah makin gelap - pukul 5 dah masuk magrib - dah malam. Makan malam pertama di Sydney anak saya telah bawak makan di K5 Restaurant - ini merupakan restoren orang Malaysia - Pn Aida - dah lama dia menetap di sini - rupa2nya anak saya bekerja part-time bantu Pn Aida ni ! Ramai students @ kawan2 bekerja part-time di sini. Bagus lah - dapat duit poket ! $ 10 aud untuk 1 jam. Kerja pun senang - sape nak cuci pinggan mangkok ke / tolong siapkan bahan ke / cashier ke - semuanya part-time students kerja di sini.Dah kerje - dapatlah makan free ! Bila kami makan di sini - dapat 10% diskaun sebab guna akaun anak saya....Masakan Malaysia - bolehlah ada lah jugak citarasa Malaysia - tak ade lah asyik nak makan roti je - nasi nak kena masuk jugak ! lupa pulak nak snap nasi goreng kampung yang di makan - dah lapar beno....he3x...Paling minima kebanyakan harga makanan $10 aud sepinggan - tapi bila dapat makananan - mak aiiii....satu pinggan penuh - boleh makan 2 orang !
susun atur dalam restoren ini
selepas kekenyangan kami pergi ziarah lah ke rumah anak saya di Kensington -
tak lah jauh restoren ini dengan rumah dia. Balik ke rumah - nak terus tidur - tapi tak boleh tidur juga - sebab dah kesejukan !!! berlapis2 jawabnya berselimut - ada heater pun masih terasa sejuk teramat sangat - first time kan .....esok pagi2 nak ke Blue Mountain.
bye bye...
akan disambung lagi....
Dah nama orang Malaysia, dah tentu akan cari nasi juga.. :)
ReplyDeleteNur-nba - betul tu...walaupun boleh je kalau makan yang lain...saje je - dah ada tu makan aje le !
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteklau sy sjuk2 camtu camne gaknya