Lama benao tak update blog ni....sejak mula sekolah - kakitangan yang ada ni rasa nak tambah lagi....
Tup-tup ......> Cuti lagik ! Esok cuti , lusa cuti , sekolah ada yang cuti sampai hari Ahad depan - seluruh malaya cuti umum - tp ada gak yang tak cuti kan...kepada yang sedang bertugas - terpaksa bertugas - selamat bertugas....bila cuti ni macam2 agenda dilakukan. Sebelum cuti ni - saya ada macam2 cadangan - macam2 planning nak buat - nak itu nak ini....tiba masa? ada yang tak dapat ditunaikan - so kenalah buat alternatif lain. Tukar plan lain pulak.Kalau tak - kita orang dah sampai ke USS ! tapi tak jadi...hampeh....
Apa2 pun malam ni saya sempat makan besar! Ingat diorang yang sambut CNY je makan besar? saya pun makan besar juga!Alhamdullilah makan besar malam ni telah dihadiri oleh semua ahli keluarga....kalau tak sebelum2 ni - jarang nak penuh korum. Anak2 semua ada - lepas ni tak tahu bila pulak boleh bersama2 lagi seperti ni ..... Makan besar ni jugak untuk mewakili makan besar sepanjang tahun 2012 ! Sempena hari lahir semua ahli keluarga seawal bulan April hingga ke bulan Disember ! (ada rezeki hadiah boleh tuntut kemudian!!!) - hampir 45 minit menunggu barulah dapat hidangan ini ! orang sangat ramai - jalan nak ke tempat ini pun jem - parking sana sini penuh ! rasanya macam ramai orang luar je ...tengok plat kereta dah tahu bukan orang tempatan.
Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK
Sunday, January 22, 2012
Makan Besar
Posted by sonata anak kancil at 11:26 PM 11 comments
Labels: makan besar
Saturday, January 7, 2012
Arrowhead Chips
Selamat pagi hari Sabtu yang ceria...
Tajuk N3 hari ni seperti tertera di atas. Pagi ni sempat saya buat arrowhead chips @ kerepek arrowheads...yesss....macam potato chips ... macam tapioca chips..ahahaha..cakap omputih pulak ...
Mungkin ramai dah tahu - mungkin ramai tak tahu - tak kisahlah...saja suka2 saya letak N3 ni.
Semalam gi Tesco nampak arrowheads. Dalam bahasa melayu tak tahu lah nak panggil apa - macam ubi sengkuang - tapi kecik - kalau sengkuang tu ada besar gedabak...tak sedap kalau besar2 sangat...saya suka yang kecik2 je...
Saya pun tumpang sibuk gak beli arrowheads ni - setahun sekali baru jumpa (kat Malaysia la - kat China ke Singapore ke Taiwan ke...tak tahu lah pulak...tak tahulah dah ada ladang arrowheads kat Malaysia ni...tentu akan ada sepanjang tahun ,macam dragon fruits - dah banyak dalam negara kita ni....orang kita pun ramai tanam gak...saya je tak tanam ! beli yang orang tanam udah le)
Arrowheads ni ada bila time Chinese New Year...masa ni sangat banyak - sebab depa dok beli berkilo2 buat kerepek atau masakan lain. Yang saya tahu kawan @ cikgu cina ajar buat kerepek. Mungkin ada yang menanam arrowheads ni - sebab ada kepercayaan mereka - nak dapat baby boy - tanamlah arrowheads ni...
Masa saya sedang pilih2 arrowheads - ada lah orang Melayu bertanya saya - kak - ni buah apa? macamana makan ? apa rasa ? saya pun jawab lah...bla - bla - bla....Saya beli sekilo lebih - main pakai ambik2 je - bawak timbang...sekilo kalau tak silap RM1.98 - beli semalam RM2 lebih sikit.
bila dah agak nak kuning tu - letaklah sikit je garam - sekadar rasa lemak masinnya aje...bila dah kekuningan - silalah angkat yer....api dapur biar sederhana - kalau besar kang hangus - apa lagi kalau tak jaga betul2...balik2kan lah semasa menggoreng -
supaya ianya tak melekat antara satu dengan lain...
rasanya macam potato chips - tapi kata kawan cina lebih sedap dari potato chips !
ntah la...saya sedap aje....kalau time raya kita - best jugak buat kerepek ni...
selamat mencuba....
Posted by sonata anak kancil at 12:40 PM 22 comments
Labels: arrowheads
Tuesday, January 3, 2012
Esok mula sekolah
Majoriti sekolah di Malaysia mula bersekolah esok.
Anak2 semua yang masih dok dibangku sekolah tu - tahun 2012 ni mesti rajin2 lagi pergi sekolah.
Belajar pandai2....jangan malas belajar.
Cikgu pun sangat berkobar2 nak mengajar...tak ke gitu cikgu.?
Esok nak sekolah - hari ni saya kena gi sekolah dah...nak preapare untuk esok hari pertama sekolah 2012.
ikutkan time cuti sekolah ni ( sekolah & anak murid je cuti -ramai cikgu tak cuti pong!!! )
ramai jugak cikgu pergi sekolah dengan macam2 urusan - terutama untuk persiapan kemasukan murid baru.
Ada sekolah dah mula sekolah hari ni - mungkin sesi orientasi gamaknya...esok hari pertama P & P dah bermula !
Kepada semua cikgu yang masih bertugas - bakal2 cikgu yang akan posting - cikgu2 yang dapat tukar - yang kena tukar - yang naik pangkat - diucapkan SELAMAT BERTUGAS.
Kepada cikgu2 yang ditimpa musibah @ sakit - didoakan semoga tabah menghadapi dugaan / cabaran / cepat semboh - semuanya adalah ketentuan Illahi.
Tak lupa juga - kepada cikgu2 yang bakal bersara - diucapkan SELAMAT BERSARA - jasa kalian amat dihargai dan dibanggakan oleh semua anak didik serta ibubapa.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada cikgu2 bermula dari sekolah tadika - sekolah rendah - sekolah menengah - sampai ke universiti yang telah mendidik anak2 saya sehingga mencapai kejayaan yang dapat dibanggakan takat @ pada hari ini.
Posted by sonata anak kancil at 9:37 AM 8 comments
Labels: sekolah
Sunday, January 1, 2012
Menghitung hari....
Menghitung hari...
Mulai 1.1.12 hingga 31.12.12 - dengan perancangan2 yang telah dibincangkan, yang telah ditetapkan , yang telah didokumentasikan - seperti tak cukup masa nak uruskan ! termasuklah urusan diri yang belum @ tak sempurna untuk menuju ke alam baqa' . Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah, aku dapat bernafas lagi hari ini Ya Allah. Kekayaan kesihatan yang tidak ternilai Ya Allah. Terima kasih Ya Allah , masih meminjamkan lagi nyawa kepada jasad ini. Ya Allah aku mohon ampun dosa2 ku yang aku tak sengaja apatah lagi yang aku sengaja melakukannya selama ini. Aku sentiasa memohon kepadaMu Ya Allah - dikurniakan kesihatan yang sihat walafiat selagi hayatku masih ada sepanjang kehidupan ini. Berikanlah peluang untuk aku sihat , berikanlah aku masa lagi supaya aku boleh beribadah lagi kepadaMu Ya Allah, sesungguhnya aku belum cukup amalan untuk menemuiMu Ya Allah. Aku mohon kepadaMu Ya Allah, agar aku diberikan peluang untuk menyempurnakan urusan duniawi ku ini - terutama pengurusan keluarga serta anak2ku Ya Allah...semoga semuanya selesai sebelum aku dijemput olehMu Ya Allah. Amin Yarabbalalamin.
Posted by sonata anak kancil at 9:48 AM 6 comments
Labels: menghitung hari