CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, October 30, 2011

Akhirnya sampai jua ke Lake Toba - Day 1

Lebih kurang 2 jam perjalanan dari Siantar - kami pun sampai lah ke Lake Toba. Hari pun dah petang  - check in hotel - ahhhh bestnya dapat berehat setelah seharian dalam perjalanan. Hujan sekejap2 - setelah selesai berkemas - solat - kita orang keluar sekitar hotel resort menikmati keindahan tasik ini. Dulu2 masa sekolah - nak gambarkan rupa tasik Toba ni macamana - ni datang tengok sendiri. Sape2 nak berehat2 dari kesibukan ibukota @ ada yang nak berhoney-moon - kat sini paling sesuai...sungguh aman - nyaman - setenang air di tasik.

Hotel Patra Jasa - Parapat


Depan hotel yang indah 
Di kawasan hotel ni ada Gua Rianiate
kami masuk ke dalam laluan gua ini

dan keluar di sini atas bukit - terus ke belakang hotel ini
tak dapat mandi manda di tasik - mandi kat kolam ni pun boleh! ada water-theme-park


sekitar tasik dari bilik hotel 
view dari water-theme-park
yang nampak atas air tu ialah kolam ikan nila yang dibela 
sungguh indah pemandangan dari tebing tasik ini...pulau yang kelihatan itu ialah 
Pulau Samosir - yang akan disinggahi esok hari...

okey sampai di sini dulu - sambung pulak ke Pulau Samosir





Saturday, October 29, 2011

Siantar - Lake Toba - Istimewanya Papan Bunga - Day 1

Selesai makan - sempat memantau kesibukan Pekan Siantar kami meneruskan perjalanan ke Lake Toba - anak2 sempat lelap - dah penat - tengok kiri kanan sepanjang jalan pun sama macam kat tempat kita.

Tetapi ada satu keistemewaan yang ada (kebetulan nampak di beberapa tempat sepanjang perjalanan ini) -
PAPAN BUNGA....kami panggil papan bunga sebab penuh dengan bunga2 yang disusun mengikut perkataan2 @ ayat yang disusun atur - dan jelas terpampang dari jauh menunjukkan ada majlis perkahwinan / kematian / majlis apa2 saje la yang diadakan.

Kalau tempat kita biasa kita buat kain rentang kan - tapi masyarakat di Medan mengupah di kedai buat papan bunga dengan harga ikut saiz papan bunga itu - (semasa balik ada kami berhenti dikedai berkenaan untuk melihat lebih dekat cara membuatnya - ada harga 90,000 rupiah & >  -+ RM30 ~ R40 & >). Senang aje membuatnya - kalau kreatif dan ada seni lagi cantik lah gubahan susunatur bunga2 tu.


Jommmm kita tengok papan bunga ni....
(kami berhenti di tepi jalan - khas untuk memfokus papan bunga ini !)


Papan Bunga  majlis perkahwinan - 
berderet2 sepanjang jalan papan bunga ini berhampiran dengan rumah pengantin ni...
jadi kita tahulah ada majlis perkahwinan - semua nya mengucapkan selamat bahagia


Selain daripada papan bunga ini untuk majlis perkahwinan - papan bunga juga diadakan untuk menunjukkan bersama2 turut berdukacita kerana seseorang yang telah meninggal dunia - juga papan bunga ini akan dihiasi dengan ucapan turut berdukacita sepertimana di bawah ini.


turut berdukacita - ucapan takziah - sama juga diatur sepanjang jalan. 

amacam - boleh buat tak macam ni kat tempat kita? 

okey - sampai sini dulu ---- nantilah akan sampai  ke Lake Toba...he3x

Thursday, October 27, 2011

Medan - Lake Toba - Day 1

Ikutkan guide - dia nak bawak kami round bandar Medan - tapi kami tak mahu - nak terus ke Lake Toba . Dah tak larat rasanya , kalau boleh nak cepat sampai ke Lake Toba  - lebih baik teruskan perjalanan ke Lake Toba yang mengambil masa lebih kurang 4 jam.


Nasib  baik dah beli  roti di LCCT - kalau tak kebuluq lah !!! sebab nak makan @ breakfast kat mana kurang pasti apa boleh dimakan - jadi kami rela makan roti aje....biasanya gitu lah - roti paling mudah untuk mengisi perut ni sementara lunch time.

Perjalanan ke Lake Toba melalui jalan kampung layaknya. Baik lagi jalanraya kita!!! Kalau diperhatikan kiri kanan sepanjang perjalanan ni - lebih kurang sama dengan tempat kita di sini.

Dah separuh perjalanan - kami berhenti untuk lunch di restoren masakan minang di Siantar . Okey kita tengok apa yang dihidangkan. Sangat sedap ! apa lagi perut dah sedia kelaparan ( taklah lapar bebeno) - masakannya hampir sama dengan cara kita masak - so bolehlah makan (mana yang boleh dimakan!)


 ( tolong promote - sape nak makan singgah di sini) @ 
mungkin sesape yang pernah ke sini makan di sini juga


tengok tu lauk pauk yang sungguh menyelerakan - apa lagi kalau dah kelaparan !
cuma yang bezanya nasinya tak berapa nak sama dengan nasi yang biasa kita makan 
(agak banyak kanji - makan aje le! jangan cerewet....kalau tak lapar la...)


hampir 3/4 licin ! 

selepas selesai makan perjalanan diteruskan supaya sampai ke Lake Toba secepat mungkin.
okey....jumpa lagi 



Wednesday, October 26, 2011

LCCT - Medan - Day 1

Hari ini nak mula cite perjalanan ke Medan.

LCCT - Polonia Airport (Medan) mengambil masa 50 minit saja. Ok lah kan terbang kejap aje - dah sampai ke seberang M'sia. Booking tiket ke Medan dah setahun ! Ini semua kes tiket murah (macam naik bas Melaka - Penang ). Beli tiket saja - lepas tu kita orang beli ground dengan travel agensi di sini yang kebetulan pulak ada offer dari Medan - untuk 3H2M - Medan - Lake Toba - Berastagi - Medan.

Flight pukul 7.40 pagi - tiba pun lebih kurang 7.40 pagi (waktu tempatan Medan) - beza masa 1 jam. Tak perlu susah2 nak makan dalam flight kalau terbang sekejap aje.

Selesai check-in di imigresen - tour guide Mr Ramli sudah siap sedia menunggu dengan terpampang nama saya! Kami seramai 4 orang menaiki KIJANG yang dipandu oleh Mr Ramli yang sangat peramah !



Masih awal pagi - lokasi pertama ialah melawat Istana Maimon. Taklah jauh mana dari airport. Saya rasa mana2 agensi pun akan first2 bawak ke istana ini.Ini adalah istana kesultanan Deli.Sultan Deli sekarang berumur 13 tahun - kerana bapanya telah meninggal dunia semasa kejadian tsunami besar lepas. Tetapi sultan dan ibunya telah menetap di kampung ibunya dan bersekolah di sana. (lupa nama kampung - tapi kalau tak silap Makasar rasanya).Kerabat keluarga nya seperti kebanyakan rakyat jelata - mereka menjalani kehidupan harian seperti rakyat lain-ada yang  menjalankan perniagaan biasa2 saja & lain2 aktiviti. Istana ini dibina oleh Sultan Makmun A-Rasyid Perkasa Alamsyah untuk permaisurinya.  Warna istana nya kuning (warna raja) direka oleh arkitek Itali. Sangat cantik dari luar dan di dalam nya. Bolehlah baca di sini dengan lebih lanjut lagi.

Istana Maimon 

Dalam Istana 

Singgahsana Sultan

 Bilik Mesyuarat 

Tugu @ Papantanda

Tak lama kami dalam istana ini. Tidak lah kami menjelajah ke ceruk pelusok istana ini. Selepas meronda bandar Medan kami terus menuju ke Lake Toba yang mengambil masa perjalanan selama lebih kurang 4 jam.

**** nanti sambung lagi. 

Tuesday, October 25, 2011

Horas ! Horas ! Horas !

Salam semua - 

Bersua  semula setelah berada 3H2M di Medan, Indonesia pada 22 Okt - 24 Okt 2011.

Just arrived from Medan & I learned the word HORAS !

Nak describe makna HORAS dengan detail -  baca lah di sini

Ada peluang akan saya upload percutian 3H2M saya ke Medan-Lake Toba-Berastagi.

Makna HORAS - perkataan yang digunakan dalam masyarakat kaum Batak di Sumatera Utara yang bermaksud:

  • how are you,
  • wishing a good health,
  • introductory word,
  • good morning/afternoon /evening,
  • welcome/goodbye.
Selain daripada itu perkataan yang digunakan ialah  Menjuah-juah - tetapi perkataan HORAS lazimnya luas digunakan.

Friday, October 21, 2011

selamat bercuti buat sementara waktu....tips bercuti @ jalan2 @ makan angin

Selamat bercuti semua warga maya di Malaysia ini....

Tahun ini sambutan Hari Diwali jatuh pertengahan minggu....Happy Diwali kepada masyarakat India di Malaysia ini. Dalam masyarakat majmuk ni - kita pun turut sama bercuti....best giler you kalau cuti2 ni !!! ( kalau murid tahu...habis lah cikgu sonata ni - suka cuti rupanya - sebab lotih berkerja - sebab cuti cikgu ikut pelanggan - kalau pelanggan cuti cikgu kebanyakannya turut bercuti - bukan semua yer....( cuti sekolah pun sayaa bekerja ! )

Ada sekolah cuti sampai 9 hari - ada sekolah cuti mulai hari Isnin - Selasa -  Rabu (Diwali) - ada sekolah cuti mulai Rabu (Diwali ) - Khamis - Jumaat - lepas tu off course lah Sabtu Ahad kan. Sekolah saya cuti mulai esok hingga Rabu....so ambik lah peluang ini gi jalan2....selamat berjalan yer kawan2....makan angin jangan sampai kembong perut.

Tips untuk pergi makan angin / balik kampung / balik bandar - terpulang la....
( ini saya buat lah )

Pastikan bawak minyak angin  cap kapak kalau berjalan jauh jika pening....Saya sentiasa bawak minyak cap kapak ni.

Roti pun bekal jugak - mana tahu kot2 lapar - sebab perut kena sentiasa di isi - kurang makan kang gastrik pulak ! ala beli roti gardenia tu yang 60 sen - 1.00 ke ( naik harga tak ? lama tak beli - yg beli anak2 mana tahu sangat harga ni )

Air mineral pun bawak jugak - beli berbotol2 pun boleh - tak pun tupperware yang banyak tu guna aje le....takkan nak simpan aje kan !

Kalau bawak kereta - bawaklah bekal kacang2 ke - keropok2 ke - ni lah nak tahan mengantuk bawak kereta kat highway yang jalannya straight je.....boleh terlolap pe...ni kes bahaya - kalau mengantuk - susur tepi highway - apa lagi hantam tidur la....dah rasa cukup ( 10 minit pun cukup dapat lelap kejap je jadilah ) - teruskan perjalanan tuan puan yer.....

sila memandu dengan berhemah yer......anggaplah jalan raya kita tu punya - kita sayang - kita sayang nyawa kita - jadi kita jagalah elok2 speed memandu kita ....kita bawak over limit....kita rugi ! apa lagi....kalau nampak dik pak polisi - tak fasal2 kena saman....

kalau nak ke oversea pulak ---- lagilah kena ingat sangat2....INTERNATIONAL PASPORT - kalau dah lupa - balik aje le.....kalau dapat simpati mana tahu dapat tunda flight ke....( takat ni saya tak pernah pulak terlupa - kes naya betul....) insyaallah ingat. Dan baiklah tiba awal di airport tu....kalau dah ada kat sana - apa2 hal boleh lagi urus....kalau last2 minute???? mulalah panik....ok - bye - bye

selamat bercuti ....jommmmm kita makan angin !

Sunday, October 16, 2011

Alexandaria - kenangan hampir setahun berlalu sebelum rusuhan

Dah masuk bulan Oktober ni....dah nak cuti panjang hujung tahun ni....minggu depan cuti perayaan Deepavali - tentunya ramai yang dah bersiap sedia sekarang untuk ke destinasi pilihan termasuk lah saya juga he3x....


Dalam pada tu masih teringat lagi kisah perjalanan ke bumi anbia tahun lepas tak habis lagi diletak di dalam muzium AGK ni...nak kena habis kan jugak ni....

****** sambung semula semasa jalan2 ke Mesir @ Egypt (20 Nov - 29 Nov 2010)

Sebaik sahaja saya  sampai ke negara tercinta ini - rusuhan pun berlaku di sana - kalau lambat balik @ kami masih di sana - ntahlah terperangkap lah jawabnya! Syukur - syukur....alhamdullilah. Tempat saya pergi
 ( Cairo & Alexandria ) tu semuanya sesak dengan rakyat Mesir yang memberontak...bayangkanlah kalau kami ada dalam bas masa tu.....

N3 sebelum ni di sini, dan  ada lagi..




Fort Qaitbey was built by Sultan Qaitbey (Kubu Salahuddin al-Ayyubi) around the year 1480. The Fort was built on the site where once the famous Lighthouse of Alexandria (one of the Seven Wonders of the Ancient World) stood. The remains of the Lighthouse was used for the construction of the Fort. The Fort took heavy damage during the British bombardment of 1882. The minaret of the cities oldest mosque inside the citadel was demolished by the bombs.

Kami singgah di Fort Qaitbey sebelum check-in hotel...

Egyptian @ pelancong ke tak tahu la.....
katanya orang tempatan sukalah melepak2 di tepi laut ni...

Di Alexandria ( orang sana panggil Alex saja ) -  bandar ke 2 besar selepas Cairo @ Kaherah kami menumpang di hotel ini - tepi laut - best betul mengadap Laut Mediterranean - saujana mata memandang boleh sampai ke Greece @ Italy dengan kapal dari Alex.



Pantai mengadap Laut Mediterranean - kalau musim panas sekitar bulan Mei - Jun - ramai lah Egyptian bersantai di sini...dah tak nampak rupa pantai kerana dipenuhi dik manusia.


Kami bernasib baik pada sebelah malam di hotel ini ada majlis perkahwinan - dapat lah melihat &  berpengalaman melihat majlis ini - majlis ni tak lah besar - hanya dihadiri oleh kaum kerabat terdekat sahaja - tapi nak buat majlis ini pun - belanja pun besar ! Ingat kan apa lah yang berlaku riuh rendah dengan bunyi gendang @ muzik - rupa2nya sambutan pengantin baru - dan pengantin ini akan menari dengan muzik - ada seperti kompang - gendang ....meriah sungguh. Kita orang pun sama naik menyelit2 dicelah2 Egyptian dan terpegun melihat mereka sangat rancak menari....boleh goyang sama lah !!! macam mereka jugakkkkk!


To the bride & groom - congratulation from all of us - awesome!

******
nanti saya sambung lagi ke Montazah Garden & King Farouk's Palace yang sangat famous tu...

Saturday, October 15, 2011

AKSI CANDID - masih ada lagi


"Daripada TADIKA sampai ke UNIVERSITI'


Dah nak konvo ni biar abahlah  tolong betul jubah anak - talileher anak .
masa sekolah tadika dulu dah puas umi yang tukang gosok - tukang betul - 
kadang2 ada masa tukang pakai !
pakai tak betul umi jugak tukang kemas2kan...kang selekeh pulak pergi sekolah....
Abah nak konvo jugak ke tu.....sementara tunggu Farhan datang....pinjam pakai jap.

 tengok tu - ntah apalah yang tak kena lagi kat jubah dia....
apalah ko ni Farhan - tak get ready ...abah dah merungut .....
dari kecik sampai dah besar panjang - umi abah jugak nak betul sana sini
......yer ke AN??? baik ko jawab.....
kalau ingat2kan masa sekolah tadika & rendah macam ni la jugak.....

 kecik2 gambo jadi lah....
kalau tahu mintak tolong Ayah Zain (ceriakan hari-harimu )ambik kan dekat2...
Dah nak separuh majlis , baru tahu AZ pun ada dalam dewan besar ni juga...
duduk depan pulak tu....
kita orang pun sms aje le....memenuhkan masa lapang ! hahaha...betulkan AZ???
sebab ramai beno yang naik pentas ambik buku biru tu.....


Kepada semua rakan taulan di bawah ini yang telah menitipkan ucapan tahniah - saya ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga  - maaf tidak berkesempatan lagi nak kunjung balas 


Blogger IMANSHAH said...
salam seronoknya dapat konvo serentak..tahniah ye hajah..sejuk perut ibu
October 13, 2011 12:56 AM
Delete
Blogger rezeki said...
salam tahniah cikgu SAK alhamdulillah
October 13, 2011 7:24 AM
Delete
Blogger daydeck86 said...
tahniah kepada mereka...
October 13, 2011 7:56 AM
Delete
Blogger atuk said...
Assalamualaikum Cikgu Sonata Alhamdulillah Syukur Tahniah moga terus berjaya dan cemerlang diatas landasan Islam Wassalam
October 13, 2011 8:25 AM
Delete
Blogger Kak Imun said...
Tahniah buat mereka berdua. Semoga terus berjaya di masa akan datang....:D
October 13, 2011 8:52 AM
Delete
Blogger JunAina said...
wahhh...TAHNIAH... bestkan melalui saat2 macam tu...
October 13, 2011 9:09 AM
Delete
Blogger Sally said...
Congratz!!! To both of them also to their proud & happy parents!! Sally tompang bangga dan gembira..
October 13, 2011 9:16 AM
Delete
Blogger AKO @ retna said...
salam kak, tahniah.. erk anak2 akak ker tu?
October 13, 2011 9:48 AM
Delete
Blogger che mid said...
Alhamdulillah dan tahniah ya... cerah masa depan eh tetiba teringat kata-kata ni pulak..
October 13, 2011 3:16 PM
Delete
Blogger rosli said...
Hjh, Tahniah pada Hjh dan keluarga
October 14, 2011 11:49 AM