CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Thursday, September 29, 2011

Panik kejap !

Hi everybody! have a good day ok !!!

Dah dekat 10 hari tak menjengok2 teratak usang ini...orang lain dah tukar macam2 kaler - macam2 rupa - macam2 cat - macam2 lagi lah....teratak saya jugak lah yang tak berubah wajah sejak teratak AGK ini dibina....saya kekal pada yang azali ni....biarlah tak terkenal sekalipun - biarlah dah out of date....ada saya kisah??? saya tak kisah !!! saya ni tak cukup masa nak urus ni semua ! saya banyak urusan2 rasmi nak diuruskan - nak dimeetingkan - ada yang nak diminitkan - ada yang nak diambil tindakan segera / tak segera tetapi ditulis dengan ayat yang sedap dibaca - "Dengan Kadar Segera" - ohhhh sedap bunyinya...tapi kena segera jugak ! & sibuk jugak nak urus urusan2 peribadi ---- terutama bila time je cuti "agak sibuk" nak ke sana sini kalau nak ke luar negara - nak urus pelbagai persiapan.

Ala  cikgu Sonata ni - melalut pulak bebelan nya...biasalah dah lama tak membebel - kita tulis aje le nak lepaskan "tension"!

Sebenarnya sejak minggu lepas dah mula sibuk menyiapkan SKT - prestasi - masih tak siap2 lagi...janji dengan diri nak siapkan minggu ni jugak...tengok2 bos masih sibuk menyiapkan jugak...panik jap...harap bos tak marah  saya lambat siap...banyak looooo nak tulis !

Sejak minggu lepas jugak saya rasa sakit kepala @ pening2 kepala - ntah mana satu yang betul tak tahulah ...sekali sakit - sekali pening - tengkok pun sakit2 jugak - lengoh2 jugak - saya sudah agak panik ! tapi masih bersabar - nanti lah - nanti lah pergi klinik - nantilah pergi check-up !

Akhirnya saya tak tahan - saya ikut staf saya pergi check-up kat klinik gomen - free lah kan....mintak check BP - manalah tahu kan - bila sakit2 macam tu simptom high-blood ....

Bila check - alamak ......buat pertama kalinya BP naik ! saya panik - macam mana ni???
Bacaannya ialah 140/100 !!!

Balik sekolah - apa lagi - saya mula bimbang dengan keadaan ini - bila tanya2 apa ubat tradisional boleh dimakan ( saya tahu macam2 daun pucuk kayu dan ntah apa2 lagi ) untuk menurunkan kadar BP ini....Bukan main lagi staf saya beri herba2 yang ada di taman herba sekolah....apa lagi saya MESTI makan semua ini...

Alhamdullilah berkat usaha saya yang rajin kegigihan makan segala herba yang diberikan - bila check kali kedua Isnin lepas sudah kembali normal iaitu 143/89......petang Isnin saya pergi pulak ke klinik check lagi sebab masih rasa sakit kepala - senang je doktor jawab - you better take a rest ! your BP is okay 130 / 90....ok I give MC for tomorrow . ( tapi saya kan komited kerja ) - bila dah makan sebiji postan - dah agak lega - MC yang diberikan - saya tongsampahkan !

Bila bab2 macam ni ( kes high-blood / dll @ apa2lah ) terus terang saya katakan saya kalau boleh tak nak makan ubat hospital !!! biarlah saya makan segala jenis herba / daun pucuk kayu apa ke....dan yang tak  pernah sekalipun  saya makan - staf saya telah berikan kepada saya yang dipanggil peria katak !


Ni dia rupa peria katak tu......terpaksa makan - kalau nak cepat baik...alhamdullilah sudah ok.....
Ada sape2  ada petua2 lain yang boleh diguna pakai untuk turunkan BP ini ?jommmm....kita kongsi sama2......selamat bertugas !

Sunday, September 18, 2011

Flight reschedule

Sepatutnya semalam 16 hb - aku & hubby dah terbang nak "beraya" di Kolkata India  - 18 hb. Ahad.
Sebelum raya semuanya dah confirmed...semua dah siapppp....
Masa nak ambik boarding pas - tengok tarikh tukar ke 17 hb...biar betul - ke aku salah tengok tarikh...
bila semak kat counter - betul dah tukar ke 17 hb balik pada 20 hb - hari Selasa...mana boleh !
Isnin sepatutnya dah kerje - tak ada cuti - ingat senang ke boleh ikut suka je tukar2 ....kalau dah pencen - dah tak ade kerje bolehlah...pihak AA ada tepon katanya tak dapat - tapi kita orang 24 hrs on!

Masa kita sibuk2 raya kat kampung diorang hantar email cancelled & delayed - mana lah kita orang nak cek semua email masa raya - pulak tu bukannya ade line kat kampung - berokban ada pun - tak boleh harap langsung!  sibuk beraya kan.

So - diorang mintak aku pilih tarikh baru - pilih mana2 destinasi yang mahu - dengan harga sama!
Hari ni semua dah confirmed - aku pilih lah yang lebih jauh lagi - lebih hari lagi - lebih seronok la kan!
Semua ground booking dah diberitahu - cancel & tukar tarikh baru - destinasi baru yang lebih jauh dari Kolkata....

Kalau tak  hari ni - sure lidah aku tergeliat2 cakap bahasa Kolkata - ntah apa bahasa tak tahu la...Tamil ke, Hindustan ke....banyak loghatnya....macam la aku ade masa nak belajar tu semua...cakap omputih je lagi senang...

Ingat ke - dapatlah jumpa Shah Rukh Khan ke...Amithabachan ke...he3x

Wednesday, September 7, 2011

tak ade cerita sensasi nak catat - SYAWAL 2

Dah nak masuk esok 10 Syawal ni....
Mood raya lagi - jemputan open house - jemputan kahwin mula berderet kembali
(break bulan Ramadhan aje ) - mood puasa masih diteruskan (next week nak raya lagi! - insyaAllah)

Dah mula bertugas kembali - bersemangat waja - menghitung hari - macam2 hari nak hitung -
nak kira - dengan persiapan program PMR nya - peperiksaan percubaan SPM peringkat negeri - lepas tu nak bersiap2 program solat hajat PMR/SPM - lepas tu periksa PMR - dah habis PMR - program selepas PMR pulak....macam2 - lepas tu dah nak periksa SPM pulak - lepas tu kira2 dah nak cuti - dah periksa akhir tahun tingkatan 1,2,4.....dah nak cuti ! cepatnya dah nak sampai hujung tahun.......umur pun semakin pendek ...angka umur je  nampak makin tinggi....so agak sangat lah sibuk - mulalah rasa tak cukup masa 24 jm!

Apa2 pun saya pun berkira2 jugaklah nak jalan2 - ke mana pulak cikgu sonata ni nak pergi yer?
sabo-sabo....sebab tu nak bereskan semua kerje ni.

SELAMAT BERTUGAS KEPADA SEMUA RAKAN YANG SEWAKTU DENGAN SAYA

Friday, September 2, 2011

Gembira & Sedih Hari Raya - Syawal 1

1 Syawal telah berlalu hari Selasa 30 hb Ogos 2011. Dalam kemeriahan menyambut hari raya - hampir terlupa kita juga menyambut hari  merdeka pada 31 Ogos 2011. Hari merdeka tenggelam dengan kemeriahan hari raya.


1 Syawal kami beraya di Kluang - 2 hari raya kami ke Mersing - Endau menziarah mak - pak sedara @ sedara @ jiran yang "jauh" tapi yang "jauh" ni dah jadi rapat - rapat juga melalui ikatan perkahwinan. Kami "terpaksa" menginap di Seri Malaysia kerana pada 3 hari raya ada perjumpaan dengan rakan sekolah lama di rumah kenalaan di Mersing mulai jam 10 pagi. 

Kalau sebut fasal raya - raya tahun ini kami rasa agak meriah walaupun 2 orang anak tiada di sini. Kami berkonvoi ke rumah pak-mak sedara - seronok bukan main kerana agak lama tak jumpa walaupun ada juga berjumpa jika kami ke Mersing. Yang sihat walafiat semuanya gembira di hari raya - ada yang sakit - beraya seadanya.

Pada 3 hari raya 1 September 2011 ( Khamis ) - kami ada perjumpaan dengan rakan sekolah lama & seorang guru PJK - Mr Baskaran serta pembantu makmal dijemput bersama. Makanan yang disediakan sampai tak termakan - sebab terlalu seronok berjumpa rakan lama - yang semuanya dah masuk 1/2 abad ! Selepas selesai majlis ini - kami ke rumah mak sedara sebab dia jemput makan tengahari - makan lagi nasi beryani !
Raya tahun ni rasanya banyak benar makan nasi beryani!!!

Dah kekenyangan apa lagi -  kami pun mintak diri nak balik ke Melaka. Tiba ke rumah  5 lebih. Dalam kami sibuk berkemas2 rumah - dapat talipon daripada adik perempuan saya - memberitahu adik lelaki ke 2 saya telah kemalangan di Jalan Kahang Kluang - mulanya bunyi agak kritikal - tapi masih okay katanya.

Tak berapa lama lepas itu - dapat talipon lagi - mengatakan isteri adik saya & cucu nya yang berumur lebih kurang 2 bulan telah meninggal dunia di tempat kejadian. Sangat sedih kejadian ini berlaku - kejadian telah berlaku - yang pergi tetap tak kembali lagi. Oleh kerana kami baru sampai ke Melaka - nak balik semula ke Kluang memang sangat tak pratikal kerana perjalanan yang agak jauh. Jadi kami beritahu pagi2 (Jumaat ) kami akan sampai ke Felda Nitar, Kluang. 

Pagi2 tadi jam 9 kami ke sana untuk ziarah adik saya - dia agak teruk retak kaki & patah tangan (mintak keluar sementara daripada hospital )  - anak & menantu perempuannya masih kritikal di Johor Bahru. Kejadian ini berlaku kerana sebuah avanza yang datang dari arah Kahang (dari KL nak balik ke Mersing )  telah masuk ke jalannya sebab dia nak ke Kahang & pemandu itu mengantuk. Dia nampak avanza itu masuk ke jalannya & dia tak dapat mengelak dengan cepat sebab avanza itu terlalu laju (jalan agak lurus) & terus langgar keretanya sebelah  pemandu. Isterinya yang memangku cucunya tersepit -  dia dapat mengajar mengucap untuk isterinya walaupun dia dalam keadaan yang berlumuran darah & akhirnya dirinya ditarik keluar. Anak perempuan bongsunya 10 tahun alhamdullilah selamat. Jika dia tak cuba mengelak secepat mungkin & jika avanza itu merempuh depan keretanya - kemungkinan besar semua yang berada dalam kereta itu tak dapat diselamatkan lagi. Difahamkan pemandu avanza itu selamat bersama isterinya yang sedang mengandung. 

Al-fatihah kepada Allahyarhamah Badariah binti Hamzah & cucunya. Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya keatas roh allahyarham. Salam takziah  kepada adikku  Mohd Yusof sekeluarga.