CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Friday, July 29, 2011

Etlingera eliator @ Bunga Kantan




macam sama kat rumah saya !
tahu tak nama pokok ini?

namanya ialah : Etlingera eliator
@ Bunga kantan 

gambar ini diambil di Tropical Garden, Auckland , New Zealand

*
*
*

Bunga kantan yang banyak dijadikan bahan memasak dalam masakan Melayu.

Pokok Bunga Kantan atau juga dikenali sebagai bunga siantan merupakan sejenis pokok saka herba.
Bunga pokok ini yang berwarna merah muda banyak digunakan sebagai gubahan hiasan manakala tunas bunga ini dijadikan bahan memasak dalam masakan Melayu seperti laksa dan nasi kerabu.

Tumbuhan ini mengandungi banyak bahan antioksida yang amat baik untuk kesihatan.

sumber : 
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Wednesday, July 27, 2011

SESAK !

SEMUA CIKGU DI TANAH MALAYA INI GUNA SISTEM SAPS INI...
SEMUA SUDAH TAHU...MARKAH PERLU DIMASUKKAN DALAM SISTEM INI.
SEBELUM INI - GURU DI NEGARA HANG TUAH INI GUNA SISTEM QNET...
SEKARANG KENA GUNA SISTEM INI PULAK !

MALANGNYA ....

WAKTU INI NAK MASUKKAN MARKAH TIDAK MESRA ALAM....
JAMMED !

SEBELUM INI PUN DAH BUAT JUGA - MASIH SESAK...ALAHAI....TUNGGU AJE LE

MASA INI - 1561 PENGGUNA SEDANG GUNA SISTEM INI....
TAKKAN TAK  TIDUR MACAM NI KAN!
SIAP TAK SIAP CUKUP MASA TIDUR AJE LE -
HARAP ESOK BOLEH SETTLE  - TAPI S/U PEP. CAKAP KALAU TAK LENGKAP - BOS DAH BERI GREEN LIGHT SAMPAI CUKUP BULAN NI...
PULAK TU ADA MASALAH JUGA - MUNGKIN EKORAN TERLALU RAMAI PENGGUNA DALAM MASA INI - TU YANG BUAT JAMMED !

Sunday, July 24, 2011

senang ke jadi pengurus?

kalau dah dilantik jadi pengurus - maka kita kenalah tahu & bijak mengurus...

kalau tak kena gaya cara mengurus - pada saya rugi masa & tenaga...

pengurus - macam2 jenis pengurus....kat sekolah pun ada pengurus - pengetua pengurus - cikgu2 pun pengurus jugak ! pendek kata pengurus ni ikut kategori apa yang diuruskan....rumahtangga pun mesti ada pengurus kan !

mengurus rumahtangga kena bijak sana bijak sini - tepis sana tepis sini...kalau tak bijak urus - nanti kerja dalam rumah ni lambat siap....pada hemat saya - bukan senang jadi pengurus ni !!!

kalau hujung minggu saya jadi pengurus rumah tangga ! jawatan tetap dan sampai mati ! ( kalau kat sekolah pengurus sampai pencen....hu3x - nak pencen cepat kalau bila jadi pengurus sekolah ). Tapi pengurus rumahtangga - sampai mati - sebab lepas pencen pengurus sekolah - sambung jawatan pengurus rumahtangga.

kaum wanita @ isteri yang berkerjaya macam saya - saya kira sangat teror ! ( puji diri sendiri dan mereka yang sewaktu dengan saya ) betul tak kaum suami ? kalau tak betul - saya tetap kata betul....!

ni apa cerita pulak hari ahad ni? saja - nak cite.... untuk release tension kot....sebab dah hampir beres urusan rumahtangga....

hari ni saya pun sibuklah urus rumah saya ni....apa saya buat ? supaya semua nak capai target....NKRA ke KPI ke...semua kena ambik kira jugak !

mula2.....pagi2 hubby ajak gi breakfast - saya ikut aje le...sebab hari ni ada family-day jabatan nya - tapi saya   buat keputusan tak mahu pergi - sebab saya nak urus rumahtangga ! ( isteri mithali kan !) - so dia pergi dengan 2 orang anak kami - sebab dia jadi pengurus...nak masuk sukaneka - anak kecik dah tak ade...beri peluang mereka yang beranak kecik masuk aje le...buat kat zoo melaka

apa saya urus ?

mula2 - letak kain baju yang perlu dibasuh dalam mesin basuh....mesin kan otomatik - biarkan dia bekerja (pembantu pengurus)....

oleh kerana sari dua ni saya sibuk mengemas buku2 yang diserang dik anai2...maka saya pilih mana yang nak hantar ke old newspaper...dan yang boleh di simpan @ diselamatkan

bila nak sambung urusan yang lain - lebih baik saya buat kuih sikit - maka saya pun mulalah menggodak tepung + coklat dan lain2 - buat kek kukus coklat - boleh jugak buat minum petang nanti kan....
bila kuih dalam kukus - biarlah dia masak .

sambil tu - bolehlah saya terus buat kerja2 mengemas yang lain!

alamak - nampak baju2  nak gosok pulak...nampaknya banyak baju nak gosok - saya tak sempat - sebab apa banyak kena gosok ? minggu lepas mesin basuh buat hal !!!letihlah saya - pembantu  tak boleh tolong - cepat2 saya panggil orang betul....maka saya dah rasa tak sempat - saya bawak kereta hantar kat kedai dobi aje le...! lagi "pembantu" saya tolong gosok ( siap duit aje le ) - jadi kerje bab ni boleh beres ! ada tinggal sikit saya gosok sendiri...tak lah semua yang dihantar....

apa lagi nak buat ? hu3x.....gi bakar pulak buku2 yang rosak terok dik anai2 - sebab old newspaper kata yang ada anak2 dalam buku dia tak ambik - tak dibenarkan (tadi oldnewspaper datang - dapat RM8 )...


opppppssss....baju dalam mesin basuh tadi dah siap...maka saya kena sidai pulak.....pergi lah sidai !

makkkkk aiiiiiii....dah tengahari lah....apa nak masak untuk lunch ni??? tengoklah apa yang ada dalam peti sejuk tu....(mereka yang gi family-day sure dah makan kat sana - tengoklah kot2 ada rezeki saya ke...tak payah lah saya nak masak2 ni.....)............ohhhhh....macam2 nak urus !

okey2lah.....saya nak tengok kek cawan coklat   yang sedang dikukus...dah masak tu....

taraaaaa.......




selamat menjamu selera.... nak teruskan urusan saya -

senang2 sebelah petang ni nak kena buat jadual relief pulak .Last  Friday tak sempat nak buat - sibuk urus sekolah sebab bos 3 hari tak ade ! - saya gantilah bos - urus sekolah ! lepas tu nak buat jadual mengawas periksa percubaan pulak....mak aiiii...macam2 kena urus!
semalam petang beri sokongan persatuan alumni nak meeting buat pertama kalinya....

okey la...bye-bye semua - selamat mengurus...selamat menyambut ramadhan al-mubarak

Saturday, July 23, 2011

tukar rancangan tak sampai 24 jam...

dalam masa tak sampai 24 jam - tukar rancangan

semalam - cadangnya kabinet buku kat luar nak dibiarkan untuk letak macam2 khazanah tool-kits hubby dll,
tapi bila datang tukang perabot (sebab alih perabot2 dlm bilik bawak ke tingkat atas ) - disarankan kabinet tu dibukak sebab anai2 dah makan dalam ! nampak cantik diluar - tapi dalam dinding kabinet sudah ada yang dimakannya....diaekor (bukan diaorang ) kata Ayah Zain ! sudah gigit buku dan papan kabinet !!! hu3x....habis nak kata apa lagi - bakau aje le ! kata orang Melaka ( bakar )




  dah ditanggalkan kabinet yang terletak di sini
punyalah dasyat haiwan anai2...kuat sungguh giginya - boleh makan kertas & kayu !
Ajaib sungguh ciptaan Illahi ini...

Rancangan ditukarkan untuk menaikkan sebahagian dinding batu-bata seperti tiang ini...

dan alihkan sliding door yang sedia ada.....renovate lagi !!!

tahun ni bolehlah beraya dengan gaya penataan baru...he3x


nak marah ke tidak ?

tak boleh nak marah...

dah terjadi - marah pun bukannya balik asal kan...
buat penat mulut je membebel....

biarlah - dah berlaku nak buat macamana - terima aje le....rugi ke apa ke....dah habis !

lihat lah apa yang terjadi ini !!!

sedih - memanglah sedih....hampir separuh buku yang diletakkan di kabinet dimakan oleh anai2...
kuat sungguh diorang menggigit kertas2 buku....kebanyakan novel - buku pendidikan - majalah dsb habis dimakan oleh anai2...esok petang Old Newspaper Man akan datang ambik.

sepetang Jumaat - aku mengemas buku2 di kabinet luar - sebab nak bawak naik ke tingkat atas -
ingatkan kabinet ini nak dibawak naik sama ke tingkat atas - nampaknya fikir punya fikir - biarlah fix-in di luar aje la....tak guna jugak nak terhegeh2 usung ke tingkat atas. Nanti aku letaklah macam2 barang tool-kits hubby punya  gunting pokok - besar kecik semua nya ada...boleh lah juga letak baki botol minyak kete ke - apa2lah supaya sedap mata memandang....

 buku yang dimusnahkan oleh sang anai2

 antara yang terselamat !

 yang selamat lagi

 kabinet buku yang dilekatkan di dinding bersebelahan 
sliding door yang dikerik2 oleh sang anai2

nampak bersih kan? Farhan dah lap sampai putih !
bukan buku aje dimamah oleh sang anai2 ni....
papan kabinet pun dimamahnya ! nasib baik lah tak begitu teruk - 
kalau dibiarkan - mahu runtuh kabinet ni !
esok nak sembur ubat...

Friday, July 22, 2011

Please check - apa , tak percaya?







This year JULY has 5 Fridays, 5 Saturdays and 5 Sundays.

Betul ke - kenyataan berikut


this only happens once every 823 years !




sila  rujuk lah di sini....


http://www.timeanddate.com/calendar/823-years.html




Monday, July 18, 2011

durian - durian - durian....sana sini durian...durian3x

musim durian tiba lagi...
sana sini ...tepi2 jalan - warung2 di tepi jalan - gerai2 di tepi jalan - depan rumah pun ada !

tapi kalau durian siam mari tu....macam ada sepanjang tahun aje...
aku tengok kat jusco ada je di jual....( tak pernah aku beli ! - mahal satu bab - setahu aku tak sehebat durian negara kita yang datang dari ceruk2 kampung ! betul tak? )

la ni - aku tengok2 harga durian sudah jauh murah....mula2 keluar - bukan main mahal lagi...
tapi sari dua ni aku nampak terpampang pada papan2 tanda - ada tulis RM1 - RM2 dan ada lebih lagi...mungkin ikut gred buahnya yang pelbagai jenis....maaflah aku tak tahu jenis2 gred buah durian ni....dan sehingga kini - aku tak beli lagi durian2 di tepi jalan tu !!!

sebab ?

2 minggu lepas aku ziarah ke rumah sahabat - dia jamu dengan durian ...

hari Sabtu 16hb bos belanja makan durian ! hari tu ada Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) - dia bawak penuh satu bonet keretanya...dia ada dusun durian ...dapat lah aku bawak balik 3 biji ...he3x

dan masa ni lah para sahabat yang ada dusun durian - yang dah tak termakan tu dah berlebih2 - nak jual pun mungkin kurang laku (gamaknya) - dapatlah aku merasa.....beberapa hari ni adalah rakan yang berdusun tu hantar ke rumah aku ni....terima kasih diucapkan.....kalau ada hantar lagi yer....AWAS ! jangan hantar banyak2 kat rumah aku ni....sebab tak ada orang nak makan...hubby memang langsong tak makan sejak azali lagi.....cik kak dah tak makan (walaupun sebelum ni dia makan) - aku pulak hanya boleh makan 4-5 ulas sahaja....lebih2 aku takut looooo.....boleh darah naik mak oiiii....bahaya - bahaya - tak boleh makan banyak2....boleh menggemokkan lah - kolestrol lah dan macam2 lagi  lah....cuma yang ada si Farhan - itu pun kalau ada - dia makan - kalau tak ada - tak kisah ....so - orang kata kalau tak makan durian ni pun tak ape...

mari kita lihat - cara2 nak kopek buah durian ni....nak makan - kopek sendiri lah....
orang yang tak pro...he3x



boleh lah makan......

yang ini pulak bila dah terlebih durian - aku buat serawa durian makan dengan pulut - dah jadi rezeki keluarga orang Johor ( sedara ) datang ke rumah hari Ahad semalam ...apa lagi - bila dia telepon masih berada di Nilai - sempatlah aku mengukus pulut dan masak serawa durian ni.....

 serawa durian

pulut kukus 

wowwww....egg tarts pun ada....egg tarts dibuat oleh cik kakak

serawa durian pun boleh dimakan bersama roti....
(si suami ni tak boleh makan pulut pulak...nasib baik ada standby roti...he3x)
hari ni buka puasa pun sambung sikit lagi makan serawa durian ini !

alhamdullilah selamat semua durian yang telah dibagi oleh sahabat -
kalau tak berbau harum lah aroma durian dalam rumah ni !!!!

terima kasih

Tuesday, July 12, 2011

cuti sakit pulak....

cuti hari ni...terpaksa cuti...sejak hari ahad dari melaka - jb - kluang - melaka - aku tak cukup rest & makan tak tak cukup ! patutlah obes semacam jee....he3x....biasanya kerje waktu2 ni...ingat nak rest lepas breakfast...makan ubat...tak boleh pulak sebab kurang biasa - jap lagi - aku nak hantam tidur la! sejak semalam kepala agak berat...sakit....semalam pergi sekolah - tapi muka moyok ! letih bagai - petang semalam pegi klinik....tension kot? letih kot ? bla - bla - bla.....you jaga2....now tahap berjaga2....maybe you're too tired.....your pressure at border line ! mak datokkkkk.....takut gua ! so, doktor - very seriuous?
no - you kena rest....aku standby  MC - kalau okey - aku pergi sekolah...hubby kata - kalau dah tak larat - rehat2...kerje - kerje - sakit pun ingat kerje -  mati - baru berhenti ....okey lah....pagi2 subuh - masih tak selesa...masih berat sebelah kepala ni....ngeri - main sakit2 ni....call ofis - okey petang nanti saya datang ke sekolah ! (kalau okey ) - rehat2 lah puan.....okey2....saya nak tidur ni....opppssss...bukan tidur....sekujur tubuh nak baring dipembaringan aje...

               masak bubur herba faiza.....




                                                                                                            

Monday, July 11, 2011

Kematian itu PASTI ---- 2

Kepada semua rakan taulan yang menyampaikan ucapan takziah di N3 sebelum ini, 
saya bagi pihak keluarga allahyarham mengucapkan terima kasih. 

Sesungguhnya kita adalah yang dijanjikan oleh Allah swt
sepertimana dalam firmanNya yang berikut : 


Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, 
kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami 
(untuk menerima balasan).

Dengan itu kita perlu sentiasa bersedia dengan kepastian ini.
Adakah kita bersedia?
Amin.

Sunday, July 10, 2011

Kematian itu PASTI....

10 Julai 2011 M
8 Syaaban 1432 H

Malam semalam terima call dari mak sedara hubby -
 pak sedara ( abangnya - Hj Abd Rashid) masuk ICU di Hospital Pakar Puteri, JB

*
*
*
lepas subuh 6.30 pagi tadi kami sekeluarga pergi ke JB

sempat ziarah sehingga lebih kurang jam 9.30 pagi - okey
*
*
*
9.50 kami keluar  - nak pergi ke rumah anak pak sedara ni di JB
- call anak sulungnya - tanya jalan mana nak ikut
- tak apa lah - abah dah tak ada !
Innalillahhiwainnailaihirajiun
*
*
kami pun masuk semula parking  hospital 
*
*
*
just within 10 - 20 minutes - 
allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir ( 71 tahun )
*
*
*
kami terus pergi ke Kluang - 
jenazah sampai 
& semua pengurusan dijalankan
selamat disemadikan di kampungnya sebelum fardhu Asar 
*
*
*
kami sampai ke rumah 6.30 petang tadi
*
*
*
Al-fatihah - Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya ke atas roh allahyarham - Amin 

Friday, July 8, 2011

Cuti hari ini....


Pagi2 Jumaat ni bolehlah bersiaran sebab hari ini saya cuti....cuti peristiwa sebab semalam sampai 6.30 petang dok bergelumang di padang - menengok - memantau - menyampaikan hadiah kepada pemenang2 yang berjaya dalam acara sukan....sejak azali - sekolah  ni tak ada padang - tak ada padang - tak bermakna sukan tak boleh dijalankan....macam2 cara kita buat - buat muka selamba - pinjam guna padang rakan sebelah - mintak bantuan sewa  padang IPG...yang penting sukan tetap dijalankan....
mari2 kita tengok gambar2 yang dirakamkan dengan kamera h/p cikai aje - 


 acara perarakan rumah sukan dan badan beruniform

 ada gimik - melepaskan burung merpati oleh tuan pengetua

bacaan ikrar

 cikgu lelaki bersiap sedia untuk acara 4x50 m - 
cukuplah sebab semuanya kategori veteran !

 tu dia - menunggu baton....lupa dah rumah apa juara - yang pasti 1,2,3 dapat hadiah !

 ni pulak acara guru wanita veteran juga - 4x50 m 
+ juga cikgu pratikum + guru mak muda trang-tang-tang 

 bersungguh tunggu baton yang mana sampai dulu

ini pulak acara pukul bola golf guru wanita

sekian - saya  tengok dari astaka je....

Thursday, July 7, 2011

Triffle & Crispy Honey Cornflakes

Hari ni kita tayang kuih yang mudah lagi....Saya suka yang  mudah ( maklumlah sibuk bebeno dengan tugas2 rasmi ) - jadi kita fikir kuih2 yang cepat siap & sedap & cepat dimakan ! dan saya akan buat apa yang ada dalam stok kat rumah ni ...kalau stok tak ada - tu yang jadi malasssssss......triffle ni buat malam semalam

 triffle 

cara buat triffle ni pun senang - saya nampak ada setin fruit cocktail tak berusik2 dan juga kuih baulu yang diberi oleh kakak sedara masih tak luak2....baiklah saya ubahsuai buat triffle....sedap makan waktu panas2 ni kan.....biasanya orang buat guna kek gulung / kek apa2 la....kalau kek dah tak habis nak makan - buatlah triffle ni.....tapi kali ni saya tukar dengan kuih baulu pulak....

cara buat :-

 1.  potong2 kan kuih baulu - atur dalam bekas kaca (biasanya kalau ada  bekas pyrex bolehlah guna - tak semestinya - kalau tak ada - apa2 bekas boleh lah....lepas tu bukak setin fruit cocktail - curah sirapnya atas baulu - biar sampai lembap baulu tu...

 2. Masak 1/2 peket agar2 dengan air (agak2lah)+ sikit gula + sikit susu + sikit tepung jagung 
( tepung kastard pun boleh - sebab dah habis ni ) - ikut citarasa kemanisan sendiri = kacau sampai larut & didih , lepas tu curahlah atas baulu yang lembap. 

3. Lepas tu - agak2 dah nak hampir keras agar2 - taburlah isi fruit cocktail atas agar2 tu....SIAP !
dah agak sejuk / keras - nak makan pun boleh lah.....tak habis makan - masuk peti sejuk !


crispy honey cornflakes

cronflakes ni dibuat oleh cik kakak siang tadi ....dia dah tak ade mende nak buat kat rumah ni...dia godak2 lah cornflakes untuk jadikan crispy honey cornflakes.....sedap & rangup = boleh buat kuih raya....sementara tunggu tetamu sampai pun boleh buat ! (kalau kuih tak ada - dan depa tepon dr KL - nak ke Melaka dalam masa 2 jam....bolehlah buat ! fresh from oven )

Cik kakak baca macam2 resepi tentang cara buat kuih  ni di pelbagai sumber.....compare punya compare - 
so she tried this recipe - resepi yang mudah & cepat siap - semua bahan ni ada dalam stok - 
cuma cornflakes je baru beli - he3x....

1. masak 1/2 buku butter + 1/2 cawan brown sugar - sampai cair 
2. masukkan 250  gm cornflakes  - kacau & + 5 - 6 sudu honey
3. sudukan ke dalam mangkuk kertas & tabur gula2 manik yang berwarna warni 
4. bakar 5 minit dengan 160 / 170 drj C. SIAP ....

selamat mencuba...yang ringkas lagi mudah 

Wednesday, July 6, 2011

Puding Sagu Mata Ikan

Sari dua ni  rajin pulak diri ini buat kuih yang mudah lagi ringkas dan cepat siap !
cepat makan ....( untuk berbuka puasa & minum petang )

Aku main bantai apa yang ada dalam stok-market kat rumah ni...he3x....sedap pun sedap -
puji diri sendiri - syok sendiri !

Petang semalam - selepas goreng mee siput - sempat jugak aku memuding....
kacau sagu biji mata ikan - jadilah puding sagu mata ikan

Sangat senang - ambik sagu biji 1 cawan (basuh tau...jangan tak basuh ) + 2 cawan air + 1/2 cawan gula + warna kegemaran ( hijau, merah , kuning dll ) - masuk dalam periuk - kacau2 masak atas api - sampai agak kental & masak ( tak sampai 10 minit dah masak ) ...lepas tu masuk kan ke dalam cawan puding / mangkok ke apa saje le asal boleh letak....nak letak dalam loyang pun boleh ! Lepas tu kita makan lah dengan air gula melaka / gula merah & santan pekat ( + garam sikit yer..).....

kalau santan tak sempat nak perah / tak sempat nak beli kelapa tu....
belasah dengan susu cair + air gula pun boleh !
Sedap uuuuu....macam rasa cendol gitu....

Kalau tak mau makan dengan air gula & santan - makan cicah dengan kelapa parut + sikit garam pun boleh = jadilah kuih orang panggil kuih sagu mata ikan

Kalau tak habis makan  - simpan dalam peti sejuk ...esok nya boleh makan lagi !


ni dia rupa puding yang aku buat - dapat 6 cawan...



hijau berkilat - letak warna hijau


setelah letak santan & air gula

selamat mencuba....terutama buat untuk berbuka puasa....

Tuesday, July 5, 2011

Mee Siput

Pernah makan mee siput ?

Saya pandai makan tahun lepas di sekolah lama...

Sorang cikgu ni bawak ke kantin - mintak makcik kantin goreng -
apa ni ? mee siput...

akak tak pernah makan ke?
tak....mee siput dari Muar katanya...
ohhh gitu...eeemmmm....sedap jugak
makan dengan sambal tumis.....habis sampai situ saja...
lepas tu tak jumpa lagi mee siput....

di sekolah tempat bertugas sekarang ni
pernah staf saya bawak mee siput jugak....dia goreng di pantry
dia  bawak balik dari Pontian....

kali kedua saya makan.....nanti kalau balik kampung tolong belikan untuk saya...ok...





Sabtu lepas saya pergi ke Mersing....
biasa lah pergi kat Mersing Kanan beli keropok sikit....
tapi kali ni kedai yang biasa beli...tutup...
saya belilah kat kedai lain pulak...

tiba2....saya ternampak MEE SIPUT !
apa lagi....saya belilah  2 peket.....
lepaslah gian nak makan mee siput lagi....

mee siput ni...ada di Johor - tak tahula negeri lain ade ke tidak...
tapi saya selama ni tak pernah jumpa !

Selain boleh goreng dan makan begitu saja  -
mee siput boleh jugak direbus dan lepas tu boleh dibuat mee goreng seperti mee goreng biasa
Boleh juga dibuat pengat mee.....rebus / celur mee siput - toskan & buat air gula + santan dan masukkan mee yang telah direbus  / celur  = pengat mee

Agaknya orang2 Johor tentu tahu tentang mee siput...
negeri lain ada tak?

Sunday, July 3, 2011

Buah Mentega @ Velvet Apple @ Bisbul

cuti sehari saja - sebaik saja lepas berlari beramai2 semalam ( 1M 1S ) - dan  aktiviti  Hari Koperasi & menandatangani buku laporan peperiksaan sehingga pukul 12.30 tengahari - tanpa berlengah2 lagi terus terjah ke Mersing & Kluang . Ada urusan nak kata penting beno tu tak juga - tapi kira penting jugak la...okey...penting tak penting - tu urusan hubby ! aku ngikut aje...he3x....biasalah tumpang tidur kat TIMOTEL lagi....dah ketagih kat sini - baik lah kat sini aje...

Okey berbalik kita kepada tajuk di atas...ha3x macam nak buat ucapan ringkas pulak...

Aku, hubby & cik kakak - kami berpeluang  melawat pak sedara hubby somewhere kat Kg Tenglu...tak lah jauh beno dari bandar Mersing....anaknya ada bukak warung pulak...nak makan dah tak termakan lagi...sebab dah breakfast kat mak sedara hubby - yang buat nasi dagang depan sekolah menengah agama arab kat Mersing Kanan....melalut pulak cite bab2 makan ni....
( Cik Farahin - usah jeles2 ye...kita orang biasalah kan makan nasi dagang kat tempat Tok Noi tu...)

Sedang kami bersantai2....tiba2 si anaknya offer nak makan buah mentega ? apa? buah mentega....
Rupa2nya kat rumah pak sedara ada pokok buah mentega yang besar. Sebelum ni tak jengok ke belakang rumahnya. Pagi tadi - dok tanya pokok apa yang besar ni? rupanya pokok buah mentega.

Kita orang memang tak pernah makan buah mentega....sekali lagi dah umur separuh abad ni - baru ni berjumpa & makan buah mentega.....Buah ini bila masak berwarna merah & berbulu halus seperti kain baldu. Bila masak buah ini akan gugur....macam buah durian - yang gugur barulah boleh ambik makan.  Cite tentang buah mentega & khasiatnya ni bolehlah baca di sini. Buah ni juga tergolong buah nadir...kalau banyak dah tentulah berlambak jual kat pasar2 tani ke -  pasar malam ke....

Sedap rasanya - lemak2 manis - macam rasa lemak mentega & berbau harum.

Khasiatnya :
Setiap 100 gram buah bisbul mengandung 2,8 gram protein, 0,2 gram lemak, 11,8 gram karbohidrat, 1,8 gram serat, 46 mg kalsium, 18 mg fosfor, 0,6 mg zat besi, vitamin A, vitamin C, tiamin, roblavin, dan energi. Dengan kandungan seratnya yang tinggi, maka bisbul bermanfaat untuk meningkatkan daya tahan tubuh, memperbaiki saluran pencernaan, menghaluskan kulit, menjaga kesehatan mata, dan mencegah sembelit.
                                                         
                                                                Ini buah & pokoknya.





Kalau nak makan buah ni - kena berus dulu buahnya yang berbulu2 - sampai licin - barulah kupas kulitnya macam kupas buah epal.