CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Saturday, January 29, 2011

Rakan2 yang sudi mampir ke Teratak Sonata - AGK

Hari ini terima kehadiran tetamu rakan2 PDKM.


Hari ini merupakan majlis walimah rakan PDKM - Ayah Zain. Tak pastilah berapa ramai yang hadir ke majlis ini - cuma tadi aku pun turut diundang & hanya dapat bertemu dengan Ummi Humaira ! Yang lain2 tak tahu lah bila sampai....Lepas selesai di rumah Ayah Zain - aku & hubby ke majlis walimah di Dewan MBMB pulak....
Hari pun mula hujan.....Tak lama lepas tu dapat panggilan dari 
CL - PDKM....nak datang ke rumah !

Apa lagi selesai di rumah Ayah Zain...CL - Nazir - Kak Norshidah sekeluarga sudi bertandang ke teratak aku ni.....Dalam hujan mereka sudi singgah walaupun sebentar...Sayang seribu kali sayang.....kalau dah bersua - tak teringat pulak nak snap2...ha3x.....Ummi awat hang tak mai tadi !!! 


Tapi tak pe CL ye.....kita cite aje kat sini....Hari pun hujan...tak berapa best tadi...sampai ke malam ni dok hujan....rezeki hujan kan...Ayah Zain - tentu nya kelam kabut tu...hujan ke tidak kat sana???Rumah Ayah Zain ni bukannya jauh beno dari rumah ku ni....Selamat terima menantu Ayah Zain.

Thursday, January 27, 2011

night....


zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Sunday, January 23, 2011

nak kata relax tak jugak !

tengahari tadi baru balik dari Mersing, Johor

semalam Sabtu - sekolah ganti untuk CNY - 2 minggu lagi

habis sekolah seperti biasa...lepas tu jam 3 terus bergegas ke Mersing ...dengan hubby & Fahd
tiba ke Mersing dah dekat 6.30 petang - sempat lagi waktu asar
- just walk - in hotel Timotel....1st time menginap di sini
- ada promotion lagi ! lebih baik dari hotel XXX yang biasa kita orang transit
bila ke Mersing....


promotion - bayar 2 katil diupgrade 3 katil

selesai urus diri .....seperti biasa lah...apa lagi makan di kedai yang biasa kita orang
pasti singgah bila ke Mersing ! dekat panggung wayang lama.... memang sedap lah ....
makan mee goreng / mee hoon goreng / sup di sini...

lepas tu teruslah ke rumah mak sedara hubby ada urusan...
mesti uruskan malam semalam jugak...kalau tak dah tak ada masa lagik!

pagi2 tadi pulak - bukannya breakfast kat hotel ...Fahd sorang2 makan kat hotel
tapi aku & hubby seperti biasa jugak.....makan nasi dagang kat kedai mak sedara hubby
dia ni memang terror buat nasi dagang...walaupun bukannya asal dari Ganu
tapi dah lama menetap di Mersing....dan dah memang handal memasak....
apa lagi kita orang bantai nasi dagang....

lepas kenyang makan nasi dagang ...
singgah kat belakang Sekolah Arab Merisng Kanan...beli keropok pulak...
Keropok keping / lekor di sini memang sedap....
agenda biasa ke Mersing - walaupun sibuk untuk buat urusan / jalan2....
perkara2 ni semua dah jadi agenda WAJIB ....

sempat pulak aku tengok orang buat keropok lekor...
ingatkan nak beli yang dah siap diuli ni - dan nak bawak balik ke Melaka
tapi pekerja tu kata....nanti tak sedap - sebab tak tahan lama2 bawak balik sebab jauh
jadi tak sedap katanya...tak lah jadi aku beli...
hanya beli keropok lekor petang semalam ....okey lah


sekarang rupanya dah senang buat keropok lekor ni...semua guna mesin !

pukul 8 lebih kita keluar hotel....singgah pulak kat warung member lama di persimpangan jalan 
hala ke Felda Nitar nak balik ke Kluang....
apa lagi bantai teh tarik pulak !!! 
& aku makan lah sikit nasi impit kuah kacang...hubby dah kekenyangan nasi dagang makan sikit aje...
dah habis minum....baliklah ke Kluang....singgah kat rumah MIL/FIL bawak balik ke Melaka

tiba dah tengahari....pukul 1 tadi pulak memenuhi jemputan kawin
anak mantan pengetua aku dulu....
kalau dah cikgu......maka ramailah rakan guru dijemput jugak
macam pesta untuk guru pulak !!! he3x....syok jugak jumpa cikgu2 di hujung minggu ni

dah selesai tugas2 ni semua
sambung la  pulak tugas sekolah !!!
aku kena buat jugak ni....

menaip Rancangan Tahunan PSK ...dah siap pun !

Sebab esok 2 orang guru pratikum nak datang untuk 3 bulan....
semua dah siap - esok senanglah cikgu2 ni
lepas tu...aku tukang bimbing bakal2 cikgu ni...

dah selesai semua.....apa lagi ..........buat lah N3 ini ...
selamat membaca kepada yang sudi membaca cerita ceritut ini.....
cerita harian cikgu yang sentiasa ketidakcukupan masa
masa yang sangat mencemburui waktu luangku!!!


selamat bertugas!

Wednesday, January 19, 2011

sayang punya fasal...

dik kerana terlampau banyak....
dah tak larat @ tak mampu nak tanggung beban lagi...
habis guna - buang - lepas satu - satu....
akhirnya......


ini saja yang tinggal....
biasanya mende ini digunakan untuk 
basuh baju sutera @ yang sewaktu dengannya....
sabun kecik2 ni lah guna nya

la ni ...banyak dah habis...
dulu2 suka kumpul sebab botol2 yang cute & cantik
dari pelbagai hotel 
( dulu2 kan sentiasa gi kursus )....
sekarang???
dah lama tak ada kursus2 ni di luar negeri 
banyak taklimat / mesyuarat diadakan 
di premis tertentu saja dalam negeri!





Tuesday, January 18, 2011

nenek oh nenek....

salam semua...


nenek ohhh nenek....
aku dah jadi nenek !


nenek mudo weh...
boleh panggil nek de...he3x
jangan nenek - nenek ...sibongkok tiga...udah le!!!


ahad 16.1.11...dapat berita
anak aku - lain ibu lain bapa
selamat melahirkan seorang puteri !
elok lah tu...lahir pulak kat ampang puteri...


nak cepat sangat tengok duniawi ni...
lahirlah dia dalam jangka masa 6 bulan lebih...
alhamdullilah okey semua...tanpa komplikasi apa2...


tahniah kepada Ayeen & Amir - 
yang melangsongkan perkahwinan di Tawau pada 31.7.10 yang lepas..
nama cucu nenek pun dah lupa...apa ke nama .....
yang ingat pangkalnya Anisya....ada sambung lagi..
tolong sambung Ayeen...umi lupa lah....




....bye ...all the best

Sunday, January 16, 2011

pandai2 lah agih kan masa....

salam di pagi Ahad yang ceria lagi mulia...


ntah kenapa....terasa bagaikan tak cukup masa!
Allah swt beri cukup masa kepada semua manusia!
24 jam tak cukup ka?
Cukup ! pandai2lah mengagih2kan masa untuk semua aktiviti...
aktiviti dunia & akhirat...
semakin meningkat usia - semakin sikit masa!



"Demi Masa,
Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian,
KECUALI mereka yang berIMAN, dan beramal soleh
Dan berpesan2 pada kebaikan, dan berpesan2 pada kesabaran".
Al-Asr



loss & win ...biasa ni
kalau nak rembat semua....pandai2 korang la nak wat macamana kan !
manusia semua nya tak pernah rasa nak cukup !
tapi aku rasa - ini sangat bagus ...
terutama daalam urusan menjalankan tugas !
rasa cemburu kepada mereka yang sangat cemerlang dalam menjalankan tugas...
macamana dia boleh buat macam tu???
dia boleh - kenapa aku tak boleh ???


saya kenal seorang guru lelaki Melayu cemerlang di sini...
bersama2 saya mengerjakan fardhu haji...
kerjenya tak usah cakaplah .....sangat tip-top !!! 
nak letak kat mana lagi ni ? kalau dah tip lagi top ?
he is holding JUSA C !!! but very humble & excellent teacher!
cukup lengkaplah pakej dia...termasuklah keluarga & anak2nya...
jika beliau boleh lakukan nya...kenapa tidak kita?
( masa sekolah dulu...kawan cina saya telah digelar kamus bergerak! tak tahu makna tanya la dia...sebab  katanya dia telah hafal kamus & certain subjects she knew all the answers & what pages )


wasalam

Friday, January 14, 2011

Esok LDP 1

tarikh2 - 6 kali  LDP @ Latihan Dalam Perkhidmatan
telah dicadangkan oleh JPN


tapi boleh diubahsuai tarikh ikut kesesuaian...
kalau ikutkan LDP 1 lambat lagi...
tapi nampaknya LDP 1 bos nak buat esok....
best jugak....lagi best...YDP PIBG belanja makan!
(bukan LDP makan yer....)
habiskan cepat2 LDP ini....
aku suka kalau awal2 tahun ni buat semua program!
biar sibuk awal2 tahun....sebab mood baru keje!!!

Wednesday, January 12, 2011

okey tak?...okey tak okey...dah beli pun !

lepas magrib semalam ajak hubby gi kedai

hajat nak beli mende ni lah....

dah lama nak beli...tapi dok tangguh - tangguh...
tangguh tu bukannya apa.....pitis tak dak weh....!

akhir tahun hari tu...lagi 2 hari nak habis tahun 2010....
pergi ambik dapat barang free....suko la hambo....
dapat toaster satu ( ganti toaster yang dah kong )....dapat multicooker satu....
( kita ni kan geng RHB plus-one punya olang la....)


lepas tu tengok lah mende alah ni....
agak murah lah bila ditolak points ....cuma bayar RM399+rebate dengan points
cakap sama tokey tu....okeylah tunggu next year...baru nak ambik...
nak ambik pun...mesti kena tanya bos besar jugak! balik rumah cite sama bos....
bos pun setuju


sibuk sana sibuk sini sejak dah masuk sekolah
semalam pergi lah semula ke kedai ni semula dengan hubby


tanya tokey....
saya mahu angkat itu barang....bayar sikit kan...tukar points maaa...


ala itu barang sudah habis tahun lepas !
kenapa you datang lambat...
ala saya sibuklah...


itu barang ha...sudah habis itu halage...
sikalang....kena bayar halage biasa ma....
ala bos...tak ada diskaun ka???


tak ade ....kalau mahu ...tunggu tengok bulan 4 ada atau tidak...
ahhh...tak mahu la...saya mahu guna sekarang !


okey - okey...mari naik atas...


harga ini macam......RM ........tapi you member ma...tolak RM330
bayar RM.......saja....+ tambah warranty kasi jadi tambah sampai 5 tahun...
lagi tambah RM69.....semua sekali you bayar....RM .....


ala....I rasa..harga ini sama lah...member tak member!
you pergi cek...mana diaolang kasi sampai 5 tahun ma...kalau rosak....semua kasi free....


okey - okey lah boss...rugi la saya lambat ambik...
itulah sudah lugi RM200!!! 




okey tak???
okey tak okey.....aku dah beli pun !!! petang tadi dalam hujan renyai2
mende ini sampai....aku letak je kat sini....rumah kecik je...ambik ko..nak beli sangat!
senang lah aku nak melambakkan stok makanan
 sampai berbulan ke...bertahun ke....ohhhh...dasyatnya ! 
( macam la aku ni rajin beno  masak...aku sangat rajin bila anak2 semua balik ! )


Sunday, January 9, 2011

tiba masanya...

la ni ...

boleh dikatakan setiap hujung minggu dapat undangan walimah @ majlis lain
kalau time cuti sekolah lagi lah tak yah cite..

undangan dari kenalan - jiran - sedara mara...dekat - jauh
( paling jauh takat ni aku & keluarga telah mememuhi udangan keluarga di Tawau, Sabah ) 
jika tidak ada urusan yang memerlukan kehadiran di tempat lain...
@ urusan penting tak dapat dielakkan...
alhamdullilah takat ni semuanya aku penuhi undangan ini...

kalau tak dapat hadir pada waktunya...aku akan singgah lebih awal....
seingat aku tak ada pulak aku datang lepas habis majlis...
hanya kes2 tertentu aje ! tak ade la pulak rasanya...
( maaf ada jemputan yang agak jauh - luar Melaka ade juga tak dapat hadir ! )
aku rasa seperti ini...kita memenuhi undangan tuan rumah tu kan...
tuan rumah amat berbesar hati bila kita datang ke majlis nya...
tuan rumah gembira kita bersama2 meraikan majlisnya...

ini giliran mereka...
akan tiba masanya giliran kita pulak kan...
oleh itu...marilah bersama2 kita meraikan majlis mereka yang mengundang kita

Rujukan :
http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :Terima Undangan Dan Menerima Hadiah
Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sekiranya aku dijemput menghadiri sesuatu majlis mahupun kecil atau besar nescaya aku menerima jemputan tersebut dan sekiranya aku dihadiahkan sesuatu barang yang bernilai atau tidak nescaya aku menerimanya juga”
Riwayat Hadith Al-Bukhari

Huraian
1. Dalam kehidupan bermasyarakat, kita hendaklah menjaga hati dan perasaan orang lain agar hubungan silaturahim sentiasa terjaga selain dapat menghindari perselisihan faham yang mengakibatkan perbalahan dan perpecahan.
2. Rasulullah s.a.w contohnya tidak pernah menolak sebarang pemberian atau hadiah dan baginda juga tetap menerima apa juga bentuk jemputan tanpa membeza-bezakannya sama ada kecil, besar, kaya, miskin atau sebagainya.
3. Orang yang memilih - milih jemputan bagi sesuatu jamuan atau hadiah yang diberikan kepadanya adalah mempamerkan sifat orang yang sombong dan bongkak sedangkan sifat ini adalah sangat dilarang di dalam Islam.


 himpunan kad jemputan yang belum diproses ( yang telah selesai majlis )
( kes tak sempat la ni...he3x...nak buat keje2 ni...masa relax2...)

 kad2 jemputan itu akan diproses mengikut tarikh
lepas tu ditampal dalam buku panjang ni

nama dan alamat pada kad ini sangat penting @ nombor telefon
untuk rujukan time kita nak jemput mereka pulak....
kan senang tu !!! bukak aje le buku besar ni ....

ini lah keje2 sampingan saya kalau tak ade kerje lebih penting nak dibuat !

Saturday, January 8, 2011

rezeki jangan ditolak....antara kampung VS bandar

malam kelmarin - malam semalam - hari ini....

huhuhuhu......ke rumah kenalan seisi keluarga@abang / kakak angkat @sedara....
( bila disusurgalurkan sampai ke akar umbi - ade pertalian kaum kerabat sebelah hubby ).


majlis kenduri kawen sebelah pihak lelaki...
minggu lepas kan dah pegi rumah pengantin perempuan di Semenyeh...
tak ada lah aku ni menolong sangat....sebab tak ada ape yang nak dibuat???
tolong makan ade le...tolong tengok...


cara sekarang orang buat majlis kawen...ada pulus...semua senang ! bukak mulut aje !
kuih-muih dah ade orang bagi orang buatkan - nasi/lauk semua dah ada catering / upah masak kat rumah tukang masak...kalau masak kat rumah pengantin....bolehlah aku tolong kupas2 bawang ke...apa ke...
tapi kat sini tak ada ! semua akan dihantar sebaik saja siap masak....tuan rumah hanya melayan tetamu saja...tak ada arahan nak mintak aku tolong buat itu ini....he3x apa nak dtolongkan !

berbanding kalau buat majlis di luar daripada bandar khasnya @ di kampung tentunya sibuk jiran tetangga dan sedara mara sibuk merewang...buat itu ini....macam2 lah...sambil2 tu boleh bertanya khabar berita dengan sedara mara yang lama tak bersua....meriah lagi kot ! kat bandar ni....pergi makan aje le ! ini yang aku alami lah....bertanya juga aku soalan bodoh ..."kak, ada apa2 nak dibuat ni?"...."tak ada apa nak dibuat...awak datang sangat2 bersyukur...terima kasih sudi datang " !!! tu aje jawapannya...memang betul...semua sudah siap sedia....

dah lah datang lewat tengahari tadi sebab urusan Farahin ... bawak balik pulak rezeki ini ! memang tak masaklah aku sejak semalam & 2/3 hari ni......rezeki - rezeki...alhamdullilah


satu bag ni aku hadiahkan kepada jiran sebelah rumah....dah rasa banyak...
orang nak makan tak ada ! baik aku memanjangkan sedekah....


hati ku 0...

konflik ?

bengong ?

salah siapa?

ibu ?

bapa ?

aku tak tahu....

aku ? apa pulak aku weh !

aku dinasihati supaya berfikiran positif...

lupakan kisah itu...

kenapa aku begini ? 

kenapa aku ikut dia ?

aku mencari sesuatu...

aku mahu kenali IDENTITI DIRI aku.....

*
*
*
*


he3x.....ngajar PSK tingkatan 1


Thursday, January 6, 2011

sebelum hujan sediakan payung...kalau tak kuyup !

Petang semalam mintak izin nak balik awal...cakap aje nak balik awal...tapi lewat jugak - walaubagaimanapun mesti keluar dari sekolah pukul 2.30 petang sebab 2.40 petang budak2 sekolah di sekitar sewaktu dengannya akan berpusu2 keluar sekolah juga....kereta parents - bas pun akan membuatkan jalan sesak...secepat mungkin aku dapat jugak keluar 2.30 petang ! kalau tidak lagi lambat loooo.....

Lepas tu bergegas2 berkemas pakaian kerana nak berangkat ke KL @ ke Impiana Hotel KLCC. Tujuannya satu...terpaksa bermalam di hotel terdekat jugak...senang pagi2 tak akan sesak dengan warga KL nak pergi kerja @ kalau tak jumpa jalan @ kemungkinan2 yang tak diingini berlaku diperjalanan kalau berangkat pagi2 dari Melaka....

sempat jugak bukak AGK....berjalan ke rumah members 
 selepas berjalan2 di KLCC....

 sebelum persekitaran ini tercemar dilonggok pelbagai khazanah
baik kita ambik gambar bilik yang suci bersih ! dulu

Jam 8.30 pagi tadi kami @ parents pre-u students ke overseas menghadiri taklimat pre-departure di Tingkat 40 di Petronas Tower 1. Pelbagai persediaan - pelbagai makluman - pelbagai peringatan  - pelbagai jangkaan di luarnegara - pelbagai macam2 lah ... the do's and the don'ts....

Kalau tak kerana anak dapat tajaan ini...tak merasalah nak "panjat" menara ini ! Awal2 tahun dah guna cuti CRK....hu3x...tolak 1 hari dah...Nak menuju ke puncak  ke menara ini - puyoooo kena register dapatkan pas pelawat & kena scan...  keputusan peperiksaan masih belum dapat lagi tetapi semua persiapan sudah siap - payung dah siap sedia ...hujang belum tahu turun ke tidak ... ! Even tarikh terbang pun dah tahu ! Jika tidak melepasi tahap keputusan oleh pihak penaja...students akan ditempatkan di local universiti...semuanya mengharapkan dapat ke luar negara...tetapi semuanya bergantung kepada keputusan peperiksaan yang akan diperolehi pada 24 Januari ini. Semoga semua pre-u students yang dapat tajaan ini akan beroleh kejayaan yang cemerlang!



Petronas Tower - sangat cantik diwaktu malam...

Bandaraya Kuala Lumpur dari tingkat 40 



salam penghuni alam maya ...... & selamat pagi

salam & selamat pagi kepada semua penghuni alam maya...
khasnya  dari Impiana KLCC Hotel & Spa




akan naik lif laju ke tingkat 40 

bye...bye...bye

Tuesday, January 4, 2011

catat sikit2 boleh...jalan2 tak sempat !

hari ni 4hb Jan. hari  ke 2 bekerje ...esok hari ke 3...lusa hari ke 4...opppsss hari ke 4 - tak kerje di sekolah terpaksa ambik cuti rehat kerana urusan anakanda....awal2 dah kena ambik cuti !  ...sambung hari ke 5 - Jumaat....habis 5 hari bekerja tapi aku kerja 4 hari je...




ohhhh...cepatnya masa berlalu....macam putaran bumi ni.juga sebab terlalu laju lah ia berputar atas paksinya & mengelilingi matahari ...tak terasa bumi sedang bergerak....sama juga dengan masa...dik kesibukan tugas...tup-tup...alamak dah pukul 12 tengahari ! belum makan lagik !!! apa hal ni??? cepat2 aku terpaksa bergegas ke kantin makan nasi..(sedap makan nasi hari ni  - operator baru) - nasib baik lah pagi2 kat rumah dah makan 2 keping roti bakar + minum susu....sudah 2 hari balik ke rumah pukul 3.45 petang !


dik kesibukan melanda semua guru di malaya....bukan saya saja tau....saya tahu lah ! hari2 dalam minggu pertama ni sangat sibuk menguruskan anak2 murid....nak bayar itu - bayar ini - beli itu ini di koperasi sekolah - nak daftar kokurikulum - check-up disipilin...meeting sana meeting sini ....PPD @ JPN datang nak pantau - nak jengok sana - jengok sini - ada kerosakan yang tak sempat2 dibaiki masa cuti....huh macam2 lah.....


tapi cikgu kerdil ini....sempat jugak mencatat N3 ( dah siap kerje2 lain ) ....cuma nak jalan2 ke sana sini tak sempat ! kalau takat jalan saja tak ape lah....tapi kita dah singgah rumah orang kan....nak buktikan jugak kita dah singgah ke rumahnya ! tu yang lambat...akhirnya ...catat kat sini udah le !!! maaf ye kengkawan sebab tak sempat nak menyinggah  & meninggalkan catatan di tempat kengkawan....




pssssttt.....hari ni cikgu berpesan dengan murid : 
letakkan cita2 mu tinggi melangit...walaupun kaki masih jejak di bumi.....kata Hamka



Monday, January 3, 2011

nak sekolah sini - ikut sekolah ini - belajar bersungguh2...

Hari pertama sekolah...ibubapa - guru - murid - semuanya ada cerita tersendiri...


Seorang murid lelaki T5 baru nak pindah masuk ke sekolah...( dah lulus pun pindah ni ) - datang bersama mak sedara. Dengan gaya santai - rambut agak kusut - jelas menampilkan murid tidak bersedia nak belajar - senang cakap  tak berapa ikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan !

Cikgu : apa pakej awak ?

Murid : 6 teras + PSV & EA

Cikgu : Pakej di sini - tambah lagi satu Perdagangan...

Murid : La cikgu...saya tak belajar perdagangan ! jawab murid sambil garu2 kepala...

Cikgu : .....awak tolong turun kan kaki awak ! duduk betul2...( sebab dia duduk bersilang - satu kaki diletakkan atas kaki lagi satu ). Murid pun menurunkan kakinya dan duduk dengan tertib. 


Cikgu pun dah mula naik suhu badannya !


Cikgu : kalau awak nak pindah sini...awak ikut lah pakej sekolah ini! awak ini dari mana? Dari mana puan ?

Wanita : dari sekolah....( dah lupa dari sekolah mana...tapi dari belah2 KL ) ...dia ni anak buah saya...emak bapak dia suruh dia pindah sini dan duduk dengan saya...emak bapak tak boleh kawal....kerja pagi2 dah keluar...dia ikut suka dia nak pergi sekolah !!!

Cikgu : laaaa...itu masalah awak ! awak dah tahu emak bapak kerja macam tu...yang ko tak boleh kawal diri...pergi sekolah nak di paksa2...nak suruh belajar.....mana boleh !!! sambil cikgu menunjuk kepada murid &  cikgu pun dah mula keluar cakap cara orang tempatan dan mula keluar cara cakap orang tempatan.....jadi kalau awak pindah sini...awak boleh buat suka hati awak ke??? awak dah T5...buat cara T5 lah ...awak nak menyusahkan makcik awak pulak??? kalau awak tak mahu ikut pakej sekolah ni...saya nasihatkan awak balik sekolah asal....awak tak boleh ikut suka hati awak nak sekolah....bla...bla...bla....bla......cikgu mula tinggi suara menasihati murid  itu....


Wanita : ha tu lah ko....kan dah kata...ikut la ...ni nak ikut cara ko sendiri...susah lah nak cari sekolah ikut pakej ko tu ! mesti sekolah beza2 pakej dia !

Cikgu : susah2...awak kena balik sekolah lama....awak belajar bersungguh2....ni nak dipaksa2 belajar ....awak dah T5 tahu....! murid pun angkat punggung keluar bilik cikgu....

Cikgu : ....saya mintak maaf puan...cara saya cakap tadi...

Wanita : tak ape cikgu....cikgu cakap macam tu...dia susah nak dikawal cikgu....mak bapak dia tak boleh buat apa dah!!! saya suka cikgu cakap tadi.... nanti saya bincang balik...nak pergi sekolah sebelah ke atau sekolah ni...susah sangat biar dia balik lah sekolah asal !


( sebab dia dapat sekolah  lain di kawasan ni juga...tapi pakej pun tak sama...konon2nya nak tanya sekolah cikgu pulak....jumpa cikgu sekolah ni...habis lah ko...
cikgu soal macam2 ! )

( dalam hati cikgu....la....dapat credit pulak dah....cikgu pun bimbang juga sebab cakap macam tu dengan orang baru ! ) 
- baru hari pertama sekolah ni !!!


**********


cikgu mula set induksi dengan soalan bunyi macam katun ...


Cikgu : ini kelas apa?


Murid : 3 Amanah !


Cikgu : tahu apa makna amanah? 
( cikgu ajukan soalan macam tanya budak tak pandai...)


Cikgu : apa??? 
murid ada garu2 kepala...ada tahu - ada tak tahu...@ tahu tapi tak reti nak cakap 


Murid : amanah...untuk belajar...


Cikgu : betul ! 
( pada cikgu semuanya betul...ikut otak budak kan...
kalau sipi2 pun kira betul jugak lah...sebab jawapan subjektif ....)


Cikgu : okey....amanah ye...amanah belajar bersungguh2...
amanah dapatkan straight 8 A's !!!


Cikgu mulakan P & P Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan hari ini 
- bersesuaian dengan tajuk pertama - pilihan kerjaya !!!


Cikgu : okey - murid2 3 Amanah yang disayangi....
belajarlah bersungguh mulai hari ini - set your target for PMR...
don't waste your time...hurry -up !
( cikgu kadang2 cakap omputih jugak bila ngajar - best sikit...he3x )


*****

Sunday, January 2, 2011

Hari Pertama Tahun Baru 1.1.11 - yang pergi - yang datang

Hari ini sudah 2hb Januari 2011....terlebih dahulu pembuka tirai belog tahun 2011 - saya mulakan dengan laporan2 yang telah ditetapkan oleh Allah swt. 


Satu perkara yang senang nak ingat sesuatu perkara ialah pada tarikhnya...tetapi tarikh 1.1.11 - lagi senang nak ingat kot ! sebab nombor 1 adalah kiraan pertama selepas digit 0....betul? saya tidak MAHIR matematik - takat kira 1 - 9 - tu tahu lah sikit....asalkan sejak sekolah zaman papan batu dulu cikgu ajar - pandai baca - tulis dan kira....okey lah ...cukuplah untuk ini sebagai mukadimah tahun 2011....dengan harapan setiap hari mulai semalam 1.1.11 terus menceriakan kehidupan saya, ahli keluarga saya , sedara mara saya, jiran2 saya , rakan2 saya, rakan2 maya saya, tak lupa staf2 saya tempat saya bertugas sekarang ! Jangan sedih2 ye...tahun baru ni mula dengan ayat skema sikit....cikgu katakan ! cikgu ucap skema2 sikit....


Kita lihat dan dengar : biasanya kiraan mudah --- yang saya tahu....1 pergi - 1 datang...ini yang tahu...kalau dah seluruh dunia...setiap detik yang pergi dan yang datang??? okey kita ambik yang senang aje...yang seluruh Malaya tahu...


yang pergi...pada 1.1.11

 allahyarham dalam lakonan Adamaya-
saya ikuti jugak di akhir2 episod !

Faizal Yusuf - telah kembali kerahmahtullah 
Takziah kepada seluruh ahli keluarga allahyarham 
semoga Allah swt mencucuri rahmatNya keatas roh allahyarham
Al-Fatihah

*
*
*
*
yang datang pada 1.1.11
*
*
*

BERITA HARIAN ONLINE

Bayi Tahun Baru hadiah istimewa buat pasangan
Kehadiran cahayamata dinanti bawa kegembiraan berganda 


EMPAT daripada 18 bayi Tahun Baru dilahirkan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, semalam.

NADIA dan Khairul bersama bayi sulung mereka
 di Hospital Pakar Johor, semalam.

Tahniah kepada semua ahli keluarga !
*
*
*
dan saya pada .....1.1.11
*
*
*
menghadiri majlis perkahwinan pangkat anak sedara
di Taman Pelangi , Semenyih , Selangor
& perkahwinan ini adalah mengeratkan lagi silahraturahim 
hubungan kekeluargaan yang sedia ada - kedua2 belah pihak -
 mak-pak awok : mak-pak sedara kawe - 
mak-pak kawe : mak-pak sedara awok...
dan kini dimenterai dengan ikatan perkahwinan
sepupu sepapat gitu !


Mr. Sheikh sedang menepung tawar pasangan mempelai



Mrs. Sheikh @ Sonata anak Kancil 
turut menepung tawar mempelai 
  
Tahniah dari auntie & uncle...he3x
insyaAllah tahun depan buleh cucu kot...tuo dah ambo ni


apa lagi...kita orang bersantap di meja raja sehari saje ni...
tengok tu.....punyalah banyak laukpauk lambak depan aku...
kaki makan betul Mr. & Mrs. Sheikh @ Sonata ni....
( konon2 tahun baru berazam nak kurangkan makan....tapi...ehhhhmmm....
saban tahun azam ni tak dapat2 dilaksanakan !
tinggal azam tercatat kat papan kenyataan ...)

lepas ni korang punya tanjak ke ...keris ke...tiara ke....abis dah...

Selamat Pengantin Baru !