Friday, November 4, 2011

berehat sebentar...(konon2 bertapa kat Lake Toba)

Assalamualaikum semua....sebelum meneruskan ketukan dikey-board ni...

Cikgu Sonata ucapkan kepada semua Muslimin & Muslimat - Selamat Hari Raya Aidil-Adha. Maaf zahir dan batin. Kepada mereka yang pulang ke kampung - cuti pun agak lebih sikit hingga Isnin - semoga selamat perjalanan pergi dan balik.

Wukuf di Padang Arafah sedang berlangsung - insyaAllah esok kepada kita yang tidak mengerjakan haji disunatkan berpuasa. So, insyaAllah esok marilah kita bersama2 mengerjakan ibadah puasa sempena wukuf di Arafah. Marilah kita ambil peluang keemasan ini  untuk menghapuskan dosa2 yang dilakukan - semoga Allah swt menerima ibadah kita ini.
Rasullah (saw) bersabda yang bermaksud:

"Berpuasa pada hari Arafah, aku berdoa agar Allah menghapuskan dosa bag
 tahun sebelumnya dan tahun selepasnya dan berpuasa pada hari Asyura, 
aku berdoa agar Allah menghapuskan dosa tahun sebelumnya" (HR Muslim)

Sejak N3 sebelum ni - tersadai di Lake Toba. Terhenti terus nak ke Pulau Samosir. Esok aje le (kalau sempat sambung....banyak hal lain nak dibuat - kan Ahad raya! ). Kes tersadai ni sebab sejak 3 hari lepas cikgu Sonata tersadai di sebuah hotel di KL....atas urusan rasmi. Semalam baru balik. Memerap lah dalam hotel ni....sampai sakit2 tengkok dibuatnya - nasib baik hari ni dah okey.....

 Esok lak nak beli barang2 masakan serba sikit untuk dijamu dipagi raya nanti. Lepas solat sunat raya hari Ahad ada kenduri korban di surau - so kenalah "tolong2" ringankan tangan ni....he3x

Lepas magrib tadi Cikgu Sonata mendengar ceramah di surau - ....ceramah mengingatkan erti pengorbanan - dan pelbagai ibadah yang dapat ganjaran sempena bulan haji ni.

Dah selesai ceramah dan solat Isyak - cikgu Sonata sambung pulak pergi belajar @ berlatih maulud di rumah ustazah yang jadi ketua. Nak kena berlatih lah bacaan & lagu2nya - sebab pada 20hb nanti ada jemputan di rumah jiran untuk kenduri aqiqah anaknya.....jumpa lagi di Pulau Samosir, Lake Toba

wassalam..

8 comments:

  1. Assalamualaikum Cikgu Sonata

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
    Semoga Amalan Kita Diterima Oleh Allah

    nanti boleh buat maulud di rumah saya...he he

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Atuk - w'salam - nak buat maulud di rumah atuk? terima kasih diucapkan sudi nak jemput kami...tak ape lah Atuk...ambik orang tempat Atuk aje le...kang tak mampu atuk nak "melayan" kerenah kami...he3x

    Selamat Hari Raya Aidil Adha juga kepada Atuk sekeluarga

    ReplyDelete
  3. salam cikgu

    selamat hari raya aidil adha buat cikgu sekeluarga

    ReplyDelete
  4. Rezeki @ pak Itam - selamat hari raya diucapkan kepada Pak Itam sekeluarga

    ReplyDelete
  5. Salam Aidiladha buat cikgu sonata dan keluarga....:)

    ReplyDelete
  6. tak sabar nak baca n3 pulau tu. manlah tahu kalau ada rezeki nak ke sana nanti...

    ReplyDelete
  7. JunAina - insyaAllah akan ditulis dalam masa terdekat

    ReplyDelete