CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Saturday, November 26, 2011

agak sibuk hari ini

Pagi2 sudah ke pasar besar - beli apa yang patut - sebab keluarga Tawau akan datang ke rumah hari ni.

Tengahari pergi kenduri kahwin anak staf sekolah lama - yang dah bersara - ini jemputan kali ke 2 darinya.Kalau cikgu buat kerja kahwin - maka yang ramai nampak cikgu2 lah juga ! Minggu lepas anak Tuan PPD Melaka Tengah - maka dari semua peringkat lapisan pegawai dari jabatan - PPD - sekolah - ramailah yang datang - apa lagi - pandang sana cikgu - pandang sini cikgu - ceruk sana pegawai jabatan - ceruk sini orang jabatan - macam lah reunion warga pendidikan pulak ! Mana yang kenal saya - huh....salam -senyum - angkat tangan - semua tegur lah jawabnya !

okey -okey ....cite kenduri kawin pulak....ye lah apa taknya - bila cuti sekolah je - setiap minggu lah ada jemputan ! bila tak cukup cuti sekolah - itu lah yang dapat juga jemputan tidak pada cuti sekolah - nampaknya sepanjang tahun ada jemputan ! melainkan bulan puasa - tak ada jemputan kahwin - masuk je bulan raya - berderet2 lah kad sampai ! yang jauh yang dekat - semua ada la...

Petang tadi orang Tawau sampai dengan 2 buah kereta - setelah selesai majlis resepsi perkahwinan sedaranya dengan orang Melaka.Yang tak ada paknya kerana tak boleh cuti dengan urusan rasmi & 3 orang anak yang sibuk dengan urusan masing2.

Lepas asar bersilat lah saya di dapur untuk makan malam lepas magrib.Agak malang tak lah pulak saya menembak gambar - sampai lupa semuanya!!! maklum lah sibuk memasak - sibuk bercerita - dah setahun lebih tak jumpa ...

Alhamdullilah semuanya on time. Dah selesai mereka balik ke Ampang KL ke rumah anaknya.

Esok ada 2 jemputan makan lagi - 1 rumah adik ipar kenduri arwah bapanya - 1 lagi kat Alor Gajah kenalan rapat seperti keluarga juga ni - jemputan khas katanya!!! apalah yang khasnya tak tahu la....main pakai tepon aje - kedua2nya masa sama - pukul 12.00 tenghari . Jemputan dipenuhi rezeki usah ditolak.

Salam Maal Hijrah 1433H.

.

12 comments:

IMANSHAH said...

Ya Tuhan kami yang Maha Esa,
Kau hadiahkan kami lagi 1 Muharram buat kali ke-1433, dalam nikmat Iman dan
Islam. Kami mohon ya Allah, bantulah kami menyempurnakan Islam kami dengan Iman yang benar-benar sahih. Semoga kami tak jatuh menduakan Engkau, dek kerana dilamun nikmat yang membutakan mata dan memekakkan telinga

sonata anak kancil said...

Imanshah - Amin.Amin.Amin.Yarabbalalamin.

Hjh Noralenna Abbas said...

Aduh, sibuknya cg SAK. Saya pula terasa penatnya.Selamat menyambut Maal Hijrah 1433.

mknace unlimited said...

selamat tahun baru

:) :) :)
i'm back
terbaeekkk!!!!
jengjalan dari mknace unlimited

Kak Imun said...

Salam Maal Hijrah, cikgu sonata. Cuti sekolah ni, berebut2 org nak selesaikan majlis. Buka sekolah nant, tak ada kesempatan pulak kan, hehehe... Kak pun baru selesai lap peluh, adik ipar kahwin.....:D

Zaitun said...

Salam Maal Hijrah..

Kak Zai pun banyak jemputan yang perlu dihadiri,insyaAllah.

sonata anak kancil said...

Hjh Noralenna - Selamat menyambut Maal Hijrah 1433H - semoga sentiasa dirahmati Allah swt

sonata anak kancil said...

Mknace - salam maal hijrah - semoga sentiasa dirahmati Allah swt

sonata anak kancil said...

Kak Imun - Kak - orang Tawau dah sampai - kak bila nak singgah ni? salam maal hijrah 1433H

sonata anak kancil said...

Zaitun - begini lah kak - saling jemput menjemput dan kunjung mengunjung - eratkan silaraturrahim

Nida n' Hanafi said...

Semoga segala urusan berjalan dengan lancar..

p/s: Blog Nida akan bertukar dari radinsah.blogspot.com ke http://ucualong.com

Unknown said...

selamat memenuhi jemputan....