Saturday, October 29, 2011

Siantar - Lake Toba - Istimewanya Papan Bunga - Day 1

Selesai makan - sempat memantau kesibukan Pekan Siantar kami meneruskan perjalanan ke Lake Toba - anak2 sempat lelap - dah penat - tengok kiri kanan sepanjang jalan pun sama macam kat tempat kita.

Tetapi ada satu keistemewaan yang ada (kebetulan nampak di beberapa tempat sepanjang perjalanan ini) -
PAPAN BUNGA....kami panggil papan bunga sebab penuh dengan bunga2 yang disusun mengikut perkataan2 @ ayat yang disusun atur - dan jelas terpampang dari jauh menunjukkan ada majlis perkahwinan / kematian / majlis apa2 saje la yang diadakan.

Kalau tempat kita biasa kita buat kain rentang kan - tapi masyarakat di Medan mengupah di kedai buat papan bunga dengan harga ikut saiz papan bunga itu - (semasa balik ada kami berhenti dikedai berkenaan untuk melihat lebih dekat cara membuatnya - ada harga 90,000 rupiah & >  -+ RM30 ~ R40 & >). Senang aje membuatnya - kalau kreatif dan ada seni lagi cantik lah gubahan susunatur bunga2 tu.


Jommmm kita tengok papan bunga ni....
(kami berhenti di tepi jalan - khas untuk memfokus papan bunga ini !)


Papan Bunga  majlis perkahwinan - 
berderet2 sepanjang jalan papan bunga ini berhampiran dengan rumah pengantin ni...
jadi kita tahulah ada majlis perkahwinan - semua nya mengucapkan selamat bahagia


Selain daripada papan bunga ini untuk majlis perkahwinan - papan bunga juga diadakan untuk menunjukkan bersama2 turut berdukacita kerana seseorang yang telah meninggal dunia - juga papan bunga ini akan dihiasi dengan ucapan turut berdukacita sepertimana di bawah ini.


turut berdukacita - ucapan takziah - sama juga diatur sepanjang jalan. 

amacam - boleh buat tak macam ni kat tempat kita? 

okey - sampai sini dulu ---- nantilah akan sampai  ke Lake Toba...he3x

13 comments:

  1. Assalamualaikum Cikgu Sonata

    pertama kali tenguk semasa melawat anak di Jakarta
    ada kematian berhampiran rumah sewanya
    biasanya orang2 kaya yg buat macam tu

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Tak pernah tengok lagi papan bunga ni. Masa saya ke Jakarta tak perasan pulak. Saya tak pernah ke Medan dan Danau Toba lagi ... huhuhu

    ReplyDelete
  3. Atuk - W'salam - betul tu yang kaya aje buat...masa hari tu banyak jugak tempat orang kahwin & kematian ni

    ReplyDelete
  4. YB - ala awak ape susah - pagi2 ko terbang kejap je ke Medan (indonesia) - jgn medan perang pulak - petang ko balik le semula ke KL...nak dengan tak nak je!

    ReplyDelete
  5. luahfikiran - nanti bolehlah kita tiru cara ni ! buat kelainan...he3x

    ReplyDelete
  6. Nizam - semuanya guna bunga plastik - tp memang byk gilo!

    ReplyDelete
  7. kat malaysia kalau buat tentu meriah

    ReplyDelete
  8. Warna warni ceria, meriah. Tapi untuk yang berdukacita patut warnanya pun bersesuaianlah!

    ReplyDelete
  9. Imanshah - satu idea yg baik - boleh buat ni

    ReplyDelete
  10. Hjh Nora - betul tu...utk kematian tak buat pun tak ape la

    ReplyDelete

  11. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete