Dah dekat 10 hari tak menjengok2 teratak usang ini...orang lain dah tukar macam2 kaler - macam2 rupa - macam2 cat - macam2 lagi lah....teratak saya jugak lah yang tak berubah wajah sejak teratak AGK ini dibina....saya kekal pada yang azali ni....biarlah tak terkenal sekalipun - biarlah dah out of date....ada saya kisah??? saya tak kisah !!! saya ni tak cukup masa nak urus ni semua ! saya banyak urusan2 rasmi nak diuruskan - nak dimeetingkan - ada yang nak diminitkan - ada yang nak diambil tindakan segera / tak segera tetapi ditulis dengan ayat yang sedap dibaca - "Dengan Kadar Segera" - ohhhh sedap bunyinya...tapi kena segera jugak ! & sibuk jugak nak urus urusan2 peribadi ---- terutama bila time je cuti "agak sibuk" nak ke sana sini kalau nak ke luar negara - nak urus pelbagai persiapan.
Ala cikgu Sonata ni - melalut pulak bebelan nya...biasalah dah lama tak membebel - kita tulis aje le nak lepaskan "tension"!
Sebenarnya sejak minggu lepas dah mula sibuk menyiapkan SKT - prestasi - masih tak siap2 lagi...janji dengan diri nak siapkan minggu ni jugak...tengok2 bos masih sibuk menyiapkan jugak...panik jap...harap bos tak marah saya lambat siap...banyak looooo nak tulis !
Sejak minggu lepas jugak saya rasa sakit kepala @ pening2 kepala - ntah mana satu yang betul tak tahulah ...sekali sakit - sekali pening - tengkok pun sakit2 jugak - lengoh2 jugak - saya sudah agak panik ! tapi masih bersabar - nanti lah - nanti lah pergi klinik - nantilah pergi check-up !
Akhirnya saya tak tahan - saya ikut staf saya pergi check-up kat klinik gomen - free lah kan....mintak check BP - manalah tahu kan - bila sakit2 macam tu simptom high-blood ....
Bila check - alamak ......buat pertama kalinya BP naik ! saya panik - macam mana ni???
Bacaannya ialah 140/100 !!!
Balik sekolah - apa lagi - saya mula bimbang dengan keadaan ini - bila tanya2 apa ubat tradisional boleh dimakan ( saya tahu macam2 daun pucuk kayu dan ntah apa2 lagi ) untuk menurunkan kadar BP ini....Bukan main lagi staf saya beri herba2 yang ada di taman herba sekolah....apa lagi saya MESTI makan semua ini...
Alhamdullilah berkat
Bila bab2 macam ni ( kes high-blood / dll @ apa2lah ) terus terang saya katakan saya kalau boleh tak nak makan ubat hospital !!! biarlah saya makan segala jenis herba / daun pucuk kayu apa ke....dan yang tak pernah sekalipun saya makan - staf saya telah berikan kepada saya yang dipanggil peria katak !
Ni dia rupa peria katak tu......terpaksa makan - kalau nak cepat baik...alhamdullilah sudah ok.....
Ada sape2 ada petua2 lain yang boleh diguna pakai untuk turunkan BP ini ?jommmm....kita kongsi sama2......selamat bertugas !