CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Saturday, June 11, 2011

Selamat kembali dari Tanah Suci Makkah

Assalamualaikum w.b.t
selawat dan salam buat Rasul Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w

Saya dan suami amat  bersyukur ke hadrat ALLAH s.w.t kerana dengan limpah dan kurniaNya, taufiq dan hidayahNya, kami telah selamat kembali ke bumi Malaysia dari Tanah Suci Makkah dan Madinah menunaikan ibadah umrah daripada 27 Mei 2011 - 10 Jun 2011.

Telah selamat sampai jam 11.20 pagi tadi di KLIA dengan pesawat MH 7073 dari Jeddah.

Terasa seperti musim haji kerana dalam pesawat ini adalah 100% jemaah umrah. Alhamdullilah.
Syukur semua perjalanan dan semua pengurusan ibadah ini berjalan lancar.
Terima kasih atas doa semua rakan yang mengenali secara maya & non-maya.
Semoga semua rakan akan dijemput dan menjadi tetamuNya pada satu letika nanti. InsyaAllah.
Semuanya adalah susunan Allah swt jua.

Doa Tawaf Wada' - meninggalkan Makkah.


" Bismillah, Allaahu Akbar. Maha Suci Allah dan segala puji hanya kepada Allah jua, tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Allah Maha Agung, tiada daya dan upaya dan tiada kekuatan jika tidak dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Besar dan Mulia. Selawat dan Salam bagi junjungan rasul Allah SAW. Ya Allah sesungguhnya kami beriman kepada-Mu dan kami membenarkan kitab-Mu, memenuhi janji-Mu dan karena menuruti sunnah Nabi-Mu Muhammad SAW. Sesungguhnya Tuhan yang menurunkan Al-qur'an itu pada-Mu niscaya memulangkanmu ke tempat kembali, wahai Tuhan yang Kuasa mengembalikan, kembalikanlah aku ke tempatku, Wahai Tuhan yang Maha Mendengar, dengarlah bicaraku, wahai Tuhan yang Maha Perkasa, perkasakanlah aku, Wahai Tuhan yang Maha pelindung tutupilah aibku, Wahai Tuhan Yang Maha kasih Sayang, sayangilah aku, Wahai Tuhan yang Maha Kuasa mengembalikan, kembalikanlah aku ke Ka'bah ini dan berilah aku rizqi untuk mengulanginya berkali-kali, bertobat dan beribadat, berlayar menurut jalan Tuhan kami sambil memuji Allah. Allah Maha menepati janji-Nya membantu hamba-Nya, menghancurkan sendiri tentara musuh-Nya. Ya Allah peliharalah aku ini dari kanan, kiri, depan dan belakang, dari sebelah atas dan bawah sampai Engkau menyampaikan aku ketempat ahli keluargaku dan ke kampung halamanku. Ya Allah mudahkanlah perjalanan kami dan kerutkanlah bumi ini untuk kami. Ya Allah kawanilah kami dalam perjalanan ini dan awasilah ahli keluarga kami wahai tuhan yang maha kasih sayang dan wahai Tuhan Yang Memelihara seru sekalian alam."

23 comments:

IMANSHAH said...

salam kak

alhamdulillah.. saya terima sms akak hari tu, dan saya dah buat satu entri tentang ini. Alhamdulillah Allah permudahkan

sonata anak kancil said...

Imanshah : W'salam. Terima kasih - semoga satu masa nanti Imanshah akan jadi tetamuNya juga. Akak dah lihat N3 itu - terima kasih

Guru said...

alhamdulillah selamat dah semua. bertuah AGK terpilih ke sana..

NzA said...

patut la lama menyepi..akak pergi umrah rupanya..Alhamdulillah!!!

sonata anak kancil said...

KL Citizen : alhamdullilah syukur kepadaNya...semoga Kl Citizen akan dijemput jua satu ketika nanti - insyaAllah

sonata anak kancil said...

Nza : alhamdullilah semuanya telah selamat...syukur. Semoga Nza akan dijemput jua ke sana olehNya

Yunus Badawi said...

Salam sonata.

Alhamdulillah awak dan pak sheikh telah selamat kembali ke tanahair. Semoga mendapat umrah yg mabrur.

Terima kasih kerana sudi menghantar khabar dari sana.

Ayah Zain said...

salamat kembali SAK. mesti rindu kat AGK yer. sesampai terus menerjah masuk. Anyway alhamdulillah.

ckLah @xiiinam said...

Selamat kembali, daan selamat bertugas semula...

Hajah Zainab bt Abdullah said...

alhamdulillah...

Sally said...

Welcome home..
moga segala ibadah diterima Allah s.w.t..
entah kapan tibanya giliran Sally...

Hjh Noralenna Abbas said...

Ke tanah suci rupanya, SAK. Alhamdulillah....Selamat kembali dan selamat kembali ke sekolah.

Zaitun said...

Alhamdulillah sonata selamat mengerjakan umrah dan dah selamat kembali.

teratai said...

selamat kembali,seronoknya dpt pergi umrah:)

Miecyber said...

Alhamdullilah...seronok kan pergi mengunjungi Baitullah...

zionis cipta gempa hapus al-Aqsa

rezeki said...

salam cikgu

syukur , alhamdulillah
seronokkan kat sana,
keseronokkan yg tak terucap dek perkataan

hari tu saya panggil cikgu kat sana, cikgu tak perasan hehehe

Kak Sidah said...

Salam ,

Alhamdulillah..selamat sampai ketanah air..tak jumpa Pak Itam ke kat sana cikgu..semoga vikgu mendapat umrah mamrur..

Kak Sidah said...

Salam Cikgu,

Banyak salah eja laa pulak..mohon maaf yer cikgu..jari2 ni tersalah tekan..nak cepat..

Bapak said...

alhamdulillah

inahar ali said...

salam cikgu..alhamdulillah selamat kembali menjd tetamuNya..syukur!

ainhany said...

salam cikgu,

alhamdulillah..semuga bersama umrah mambrur...insyaALLAH..
selamat kembalai bertugas..

ainhany said...

salam cikgu,

alhamdulillah..semuga bersama umrah mambrur...insyaALLAH..
selamat kembalai bertugas..

safiudin.com said...

alhamdulillah, syukur dah kembali ke tanahair.

patutlah di FB menyepi aje..

semoga mendapat umrah mabrur.. amin.