CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, June 19, 2011

Durian Belanda - sangat mahal !

Pagi tadi kami ziarah FIL & MIL di Kluang. Biasanya aku dah siap2 masak untuk makan tengahari - siap masak2 - keluar  pukul 9 lebih - tiba kampung 11 lebih gitu....teruslah bukak bekalan dan terus ngap ! senang ...tak mahu bersusah2 payah nak masak di kampung.

Lepas zohor pukul 2 lebih balik Melaka.

Hajatnya bila nak sampai tol keluar Kluang nak singgah beli nenas. Hubby pulak tak perasan aku suruh berhenti - terus masuk tol...alahai orang nak beli nenas Johor yang manis2 tu melepas. Tak ape la tak ade rezeki orang Kluang.

Jangan tak kesampaian hajat - singgah di R & R Pagoh. Wow sekarang R & R ini semakin maju setelah di upgrade...Gerai buah2an dah ada di bahagian bawah - nak ke ruang makan R & R ini kena naik tangga macam naik tangga kat Batu Caves !

Maka singgah lah aku kat greai ini nak beli buah nenas. Memang ada le....1 kg RM3.50 - wow beli 2 biji sederhana ...dah lupa berapa harganya. Lepas tu nampak pulak buah durian belanda. Tahu tak berapa harga sekilo? RM 10 ....mak datok mahalnya !!! seingat aku dulu2 buah ni bersepah - tak ada sape nak makan buahnya yang masam2 dan ada kalanya manis2 masam ni....Nak tahu khasiat durian belanda (klik sini)

Aku dah tahu  khasiatnya sangat banyak...macam2....antaranya untuk melawan kanser - kekuatannya 10,000 kali ganda kekuatannya berbanding rawatan kemo ! ini sangat bagus ! bimbang tak habis makan sorang2 sebab agak masam manis...aku beli sebiji yang kecik aje - tu pun dah RM 3.60 ! Lepas tu cik kak nak beli pulak buah mata kucing.....buah mata kucing dari Pagoh katanya. Sebungkus RM10 juga.....wowwww...mahal2 belaka sekarang....tengok buah durian - Pagoh ke - mana ke tak tahulah - yang pasti bukan dari siam....sekilo RM15 ! mak aiiiii......

Si tokey ni tanya tak mahu ke buah durian? Ohhh tidak lah.....mahal2 buah durian tak kisah lah - dah sebab dia raja buah kan.....ini durian belanda ...punyalah mahal !!! semuanya sekali beli buah nenas - buah mata kucing & durian belanda habislah RM 25.....hu3x

Mari tengok - besar mana buah durian belanda yang aku beli ni ...dan aku pun dah blend buat jus....ohhhh sedapnya ! simpan dalam peti - esok minum lagi !



jus durian belanda 


buah mata kucing - tapi isinya agak nipis...macam tak puas pulak makan - 
ala dah beli makan aje le...

11 comments:

daydeck86 said...

sodap ehh.. buat askrim pun sodap

Mie said...

Buah-buahan yg dulu tak ada harga, sekarang dah jadi buah eksotik kerana dah tak ramai org meanamnya, sbb tu jadi mahal..

Zaitun said...

Kak Zai pernah tanya tapi dah lupa kat mana sekilo harga buah durian belanda rm 15.Dulu masa kat kampung melambak tak siapa peduli.

Hjh Noralenna Abbas said...

Isi durian belanda sedap dimakan bila sejuk, Mengapa ye 'durian belanda'..orang belanda perkenalkan buah 'durian' ke?

Kak Imun said...

Salam, cikgu sonata. Durian belanda memang mahal skrg ni. Tak sabar tunggu pokok durian yang mak tanam dulu, berbuah....:)

sonata anak kancil said...

daydeck; yer sgt sedap...tp mahal!

sonata anak kancil said...

Mie: biasanya gitu...dah tahu nilainya - yg berfikiran jauh tentunya ambik kesempatan menanamnya...

sonata anak kancil said...

Zaitun : betul tu...sy ingat kecik2 dulu kita mana la tahu ni semua...klu tak - dah luas ldg durian belanda ! kayo kito weh !

sonata anak kancil said...

Kak Nora : tak tahu la kak...nape nama macam tu..agaknya orang belanda bawak bersama2 depa berlayar masuk ke melaka....org tempatan tak tahu apa nama buah yg dibawa....nama kan aje buah durian belanda ( spesis rupa durian )-gamaknya la...wallahualam

sonata anak kancil said...

Kak Imun : beruntung kak ada kebun buah durian belanda ni....hu3x boleh buat duit tu - tentu tercari2 peraih buah2an ni

PLANET SUCCESS said...

Amalkan memakan durian belanda selalu, tapi jangan setiap hari kerana dia mempunyai agen anti bakteria yg sangat kuat hingga mampu memusnahkan bakteria baik di dalam badan, boleh dapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan khasiat dan kajian saintifik durian belanda ini di http://soursop-fruit.blogspot.com