Minggu lepas tak berapa sihat...
Alhamdullilah hari ni dah okey la...apa taknya - kasi habis itu obat !
Tapi satu yang kurang baik sikit....batuk
Mengokok2 batuk...taklah teruk sangat dah...
Kalau dah batuk - mak ai...gatal semacam tekak ni...
Maka kalau dah batuk tu...macam2lah petua yang diberikan oleh pakar2 yang arif ni
1. nak cepat - beli ubat batuk kat farmasi / gi klinik
2. you minum air madu - perah asam limau - - dah buat aku kata
3. kak - minum air asam jawa ! alamak....aku tak minum pun - sebab masam ! ( sebab dah minum madu ! )
4. you ambik kelapa muda - campur garam sikit - bacalah selawat - insyaAllah boleh lega...
yang ini aku belum try lagi.....
Hari Jumaat lepas aku pun belilah kelapa muda yang orang jual di gerai tepi jalan hala ke rumah aku ni...Lagi pun hari panas terik ni sedap minum air kelapa !
Aku sangat2 jarang beli air kelapa ni...ntahlah kata orang minum air kelapa ni boleh tawar ubat kita makan...
Aku pun tak tahulah...
Kak - saya nak beli kelapa muda ni - berapa sebiji?
RM2.50 .
okey saya nak sebiji....nak buat ubat - ubat batuk.
Betul kak - kak letak garam sikit dalam air kelapa ni..
kalau nak buat ubat ambik kelapa pandan ni...
berapa pulak harganya?
RM3.00
okey lah...(nampak benar aku ni tak pernah beli kelapa muda sebiji2 ni )
banyak mana kena minum ?
Ikut akak lah....kalau boleh habis sebiji....boleh jugak...kalau tak - minum sikit2 dulu...
Banyak2 minum kang mengah !
ohhh....okey...
Sampai rumah - apa lagi.....berdegok2lah aku menyedut air kelapa muda....
Ahhhh...bestnya !
Alhamdullilah nampaknya makin kurang gatal batuk ni....mujarab jugak petua ni
Tengahari tadi aku beli lagi sebiji ! wooooowww best !
You all ada petua lain untuk melegakan batuk ? boleh kita kongsi di sini...
wallahualam
Tuesday, May 24, 2011
Wednesday, May 18, 2011
tak berapa sihat....
tengok muka kelat je...tak berapa sihat sejak 3 hari lepas....hari Ahad - tekak rasa perit dan mula batuk - kurang minum air gamaknya...so banyakkan minum air - makan Dequadin untuk melegakan rasa perit tekak - bimbang hari guru tak boleh nak bersuara pulak....tapi okey gak --- agak serak2 basah - suara ala2 Ela gitu...he3x...sib baik boleh jugak baca perutusan menteri pada hari guru kelmarin.
semalam orang raya wesak - aku hentam demam ! alahai .... jenis demam kebah tak kebah....dah cuti - biasalah - macam2 mende nak buat di rumah ni....bila tengahari...tak boleh jadi - batuk menjadi2...aduhai kalau batuk ni...sampai nak putus urat2 perut! nak wat macamana...
tak boleh jadi ni...baiklah aku pergi klinik juga....pergi ke klinik biasa di Bear Hill - tutup ! ye la ornag cuti umum kan....patah balik ke Bed Hill pulak.....klinik - tutup jugak ! la....mana nak pergi ni ? dari Bed Hill - terus lajak ke klinik di Duyong...sib baiklah ada...doktor ni kesian agaknya - orang cuti2 ni ada sakit - agaknya dia beramal jariah bantu pesakit ! aku lah ni....memang demam katanya...okeylah - aku kena rehat - banyakkan minum air masak/mineral - cuaca panas ni.....hari ni MC lah aku...terperap dalam rumah.Ikutkan hari ni kena attend function di Politeknik Merlimau...tapi sms rakan sejawat mintak dia wakilkan...
batuk masih belum lega sepenuhnya....harap2 cepatlah lega batuk ni...makan pun tak berapa lalu...
Sunday, May 15, 2011
Sambutan Hari Guru Di Sekolah Baru
Esok 16 Mei. Saban tahun sambutan Hari Guru akan disambut seluruh warga sekolah di Malaysia. Tahun ini saya akan menyambutnya di sekolah baru...( diam tak diam dah 9 bulan rupanya saya di sini...16.8.2010 - 16.5.2011 ).
Rasa rindu membara di sekolah lama...hampir 15 tahun saya di sekolah lama....sampai sekarang masih teringat kenangan silam di tempat lama. Begitu juga dengan mantan 4 orang Pengetua yang berkhidmat di sana. 3 telah bersara dan seorang bertukar di sekolah lain.
Teringat tahun pertama saya berpindah ke sekolah lama (1996 ) - lantas sebagai satu "orientasi" kepada saya - saya telah dilantik sebagai Naib Pengerusi Kelab Staf - dan tahun berikutnya saya dinaikkan "pangkat" jadi Pengerusi Kelab Staf ! Waduh-waduh.....sambutan Hari Guru sayalah dan AJK lain uruskan @ mempastikan majlis ini dengan kerjasama Badan Pengawas berjalan lancar.
Buat pertama kalinya saya diminta menyanyi berduet dengan Pengerusi (1996) dengan Allahyarham Cikgu Mohd Noor Ali. Beliau bermain "gitar tong" dan menyanyilah saya bagai nak rak !!! Saya menyanyi Lagu "Masihkah Kau Ingat" - KOPRATASA - sampai sakarang lagu ini saya suka dengar.....Itulah pertama kali dan terakhir saya menyanyi solo sejak bertugas sebagai guru....Kalau berkumpulan tu ...hehehehe...biasalah kan - nyanyi Lagu Guru Malaysia !!!
Inilah kenangan lama yang selalu saya ingat bila sambutan Hari Guru diadakan.
Sejak "diturunkan" pangkat Pengerusi Kelab Staf ( ....lantik lah orang pulak kan...takkan saya gila kuasa pulak !!! ) - saya hanya mengambil bahagian yang diadakan...dan dapatlah macam2 "anugerah" sempena Hari Guru ni.........seronok bila diumumkan dapat anugerah ni....ada yang kata kalau duduk bahagian badan disiplin tak dapat anugerah....murid tak suka...tapi dapat jugak! dapatlah jugak anugerah guru paling tegas
( nasib baik tak kata guru paling cengih! @ garang ! )
Sekarang di tempat baru - saya tak pasti macam mana acara sambutannya....saya akur dengan majlis yang telah dirancang dengan rapi....Yang pasti dah beberapa tahun saya akan jadi wakil membaca perutusan Hari Guru - sama ada daripada Menteri Pelajaran @ Kementerian Pelajaran Malaysia.
Berburu ke padang datar,
dapat rusa belang kaki
dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
bagai bunga kembang tak jadi
Anak ikan lima-lima, anak haruan di celah daun
Budimu guru kami terima, jadi kenangan bertahun-tahun
bagai bunga kembang tak jadi
Anak ikan lima-lima, anak haruan di celah daun
Budimu guru kami terima, jadi kenangan bertahun-tahun
SELAMAT HARI GURU
KEPADA SEMUA WARGA GURU MALAYSIA
KEPADA SEMUA WARGA GURU MALAYSIA
Monday, May 9, 2011
Sistem Penarafan Sekolah (e-Penarafan) SKPM 2010
Tuan/puan yang dihormati sekalian
Assalamualaikum warahmatullahiwabaratuh
Salam sejahtera - salam 1 Malaysia
Semua pentadbir sedang sibuk menyemak & mengisi e-penarafan waktu ini....
Kedapatan ramai sedang bertungkus lumus mengemaskini semua data.
Semoga tuan/puan dapat mengemaskini & menyemak dengan sabar !

Sekian , terima kasih
Assalamualaikum warahmatullahiwabaratuh
Salam sejahtera - salam 1 Malaysia
Semua pentadbir sedang sibuk menyemak & mengisi e-penarafan waktu ini....
Kedapatan ramai sedang bertungkus lumus mengemaskini semua data.
Semoga tuan/puan dapat mengemaskini & menyemak dengan sabar !
Nota : - Mohon pihak pentadbir sekolah mengisi Sistem Penarafan Sekolah (e-Penarafan) SKPM 2010 di http://www.moe.gov.my/skpm/seperti surat siaran diterima.
Laman Web SKPM 2010

PROSES KERJA PENGISIAN SKOR SKPM – 2010 (VERSI BARU) BAGI SEKOLAH MENENGAH
( Daerah Melaka Tengah )
BIL | TARIKH | PERKARA/TINDAKAN | PORTAL |
1. | 18 APRIL – 15 MEI 2011 | Pengisian rumusan skor SKPM-2010dalam prtal e-Penarafan oleh semua sekolah menengah | www.moe.gov.my/skpm |
2. | 16 APRIL – 20 MEI 2011 | Pemantauan Skor SKPM-2010 oleh pihak sekolah | www.moe.gov.my/skpm |
3. | 23 MEI – 27 MEI 2011 | Penghantaran pengesahan Skor SKPM-2010 oleh pihak sekolah | www.moe.gov.my/skpm |
4. | 6 JUN 2011 | Pengumuman ranking sekolah menengah | |
5. | 6 – 10 JUN 2011 | Pihak sekolah :- · Menyemak ranking · Mencetak A’kad Bai’ah · Menandatangan Akad Bai’ah · Menghantar salinan Akad Bai’ah kepada PPD | www.moe.gov.my/nkra |
6. | 16 MEI 2011 | Pemantauan penghantaran Akad Bai’ah oleh PPD |
Sunday, May 8, 2011
Saturday, May 7, 2011
malam kian larut
seawal pagi tadi telah keluar bersama hubby & anak
sekadar makan capati & kopi O...cukup
lepas itu anak pulang ke KL
masih menyambung belajar lagi untuk short-sem
dan kami meneruskan agenda
menghadiri kursus yang amat diperlukan
satu persiapan diri - mohon diampuni - mohon diberkati - mohon dirahmati
semoga satu perjalanan akan sampai ke destinasi
selamat pergi dan selamat kembali - amin
mohon ampun dan maaf zahir & batin
andainya aku pergi takkan kembali....
ku abadikan segalanya sampai di sini....
wasalam
sekadar makan capati & kopi O...cukup
lepas itu anak pulang ke KL
masih menyambung belajar lagi untuk short-sem
dan kami meneruskan agenda
menghadiri kursus yang amat diperlukan
satu persiapan diri - mohon diampuni - mohon diberkati - mohon dirahmati
semoga satu perjalanan akan sampai ke destinasi
selamat pergi dan selamat kembali - amin
mohon ampun dan maaf zahir & batin
andainya aku pergi takkan kembali....
ku abadikan segalanya sampai di sini....
SELAMAT HARI IBU - 8 MEI 2011
Tuesday, May 3, 2011
tempat jatuh lagi dikenang....
Nak cari waktu cuti memang susah...cuti 30 April - 1 Mei
Ada cuti 2 hari kami bantai terjah ke Mersing....
Mersing lagik !!!
Nak ke Trengganu ( masih tak kesampaian lagi - cuti sekejap - buat penat aje ke sana )
Jadi kami sampai takat Mersing aje...
Cite2 ke Mersing ni macam dah basi...
Tapi kita orang suka ke Mersing...
Apa lagi...kalau tak "kemaruk" makan yang sukar diperolehi di Negeri Hang Tuah ni...
Ada tu memang ada....tapi tak sama !
Dan nak cari makanan2 kering lain untuk Farahin...
Lepas ambik Fahd di Serting hari Jumaat -
dan balik bercuti juga anak ke 2 - kakak dari KL
Pagi Sabtu terus berangkat ke Kluang dulu....kami berempat la...
Transit - ziarah FIL & MIL dulu....
Ini rutin job....
Lepas zohor kita orang pun terus ke Mersing...
Kali ni aku diberi kepercayaan drive dari Kluang ke Mersing...
Biasanya aku jadi co-pilot - tapi zzzzzzzzz.............biasalah tu....!
Bila aku drive...co-pilot tak boleh zzzzzz......sebab sentiasa jadi pengarah JPJ !
tiba ke Mersing terus lah ke rumah mak sedara hubby...
dah pesan dengan dia sediakan nasi dagang...
ohhhh sedapnya...lama tak makan nasi dagang ni....
dah kenyang....
kami tumpang tidur di sini....(macam lah tempat ni tok nenek punya ! - banyak cantik!!!)
best kat sini....biliknya pun luas dengan reasonable price - free wifi pun ada okey lah
& boleh skype dengan Farahin di NZ !
dah selesai check-in kami ronda lah ke pantai Mersing
sambil mencari2 lagi makanan di tempat biasa
mencari2 juga - ikan bilis - ikan masin - belacan - keropok untuk dipos ke Farahin di NZ
semuanya dapat yang fresh....bila tiba ke ke NZ dah lebih kurang sebulan setengah hingga 2 bulan !!!
ini ikut kapal laut....kalau kapal terbang satu minggu boleh sampai tapi harga pos nya - baiklah aku terbang terus ke sana !
cendol & sata - di gerai yang sama kalau kami ke Mersing
Pantai Mersing
pemandangan dari atas Bukit Timbalan -
atas bukit ini terletak Masjid Jamek Mersing
boleh nampak laut dan pulau yang berbalam2....
Hari esoknya ( Ahad 1 Mei ) ingatkan nak ronda2 lagi.....nak lah ke pantai lagi...
tapi dekat pantai Mersing @ Mersing Waterfront - ada karnival sempena Hari Buruh 1 Mei...
patah semangat nak meronda...sebab jalan sesak - tak boleh lalu sepanjang pantai...
lepas tu kami singgah le ke pasar basah...dulu2 pasar ni tempat lain....sekarang dah 10 tahun pindah ke tempat baru....ni lah baru kami singgah ke pasar ini ! kononnya nak cari ikan bilis @ lain2...tapi tak ade pulak..cari kat kedai lain
tengahari kami pun balik lah ke Melaka.....alhamdullilah semua makanan yang Farahin "order" dah dapat..
Psssstttt ............In......harap bersabar - sedang sibuk nak cari kotak ! esok lusa boleh lah pos ok!