Tuesday, February 15, 2011

Peringkat sabo ke 2 sudah hilang...sabo lagik!!!

Dalam sari dua ni seperti yang aku kata...aku jadi manusia tak sabo...sabau orang Melaka kata....sabau menanti


Hari ni aku nak cite sabo ke 2 aku @ seisi keluarga dah hilang.....kalau tak - masih tak sabo2 menunggunya.


Hari Isnin 14 Feb 2011 - kami sekeluarga tak sabo-sabo menunggu apakah award yang bakal diterima oleh Sheikh Faisal aka Mohd dari pihak Cambridge kerana pencapaian 4As*dalam peperiksaan A-Levelnya....iaitu Cambridge A-Levels Award Presentation Ceremony....( tak pernah aku tahu ada award macam ni ! )


Oleh kerana majlis nya bermula jam 2 petang - aku mohon pelepasan dari bos untuk ke Taylor's College. Alhamdulilah bos memberi kebenaran dan dari sekolah jam 11.15 terus ke Subang Jaya dengan hubby. Bimbang  kalau kami sama2 pergi dari Melaka jam 11 lebih - lambat sampai - Mohd & Farahin seawal pagi dah pergi dulu dan  Farahin nak jumpa lecturers nya di KMS - dan lepas tu mereka naik komuter ke KL dari Seremban. 


Nasib baik mereka naik train dari Seremban - rupa2nya ada kemalangan berlaku di highway....sewaktu kami tiba di kawasan kejadian - masih terdapat lagi serpihan2 kaca @ apa lah bersepah atas highway...perjalanan agak perlahan...tapi akhirnya dengan melalui kesesakan sikit kami tiba dulu dari mereka  lebih kurang jam 1.45 petang - Mohd & Farahin tiba jam 2.00 petang....Majlis bermula setelah Principal & President Taylor's sampai.


Layan aje le gambar2 ini......




yang dapat 4As 

yang ini pulak bersama 5As , 4As & 3As

dan ada bersama  sijil penghargaan 


Keputusan : 5As ( 2-M , 3-I , 19-C , 1-asing = 25 )
                   4As ( 4-M, 2-I, 14-C, 2-asing@kacukan = 22)
                   3As ( 4-M, 12-C, 1-asing@kacukan = 17 )

& keputusan keseluruhan A-Levels untuk batch ini sangat2 memberangsangkan pihak Taylor's College iaitu 99.6 % - meningkat dengan ketara dari batch sebelumnya. Begitu juga bilangan A* yang diperolehi sebanyak 177 A*....Markah A* ialah 90 ke atas....sangat2 membanggakan pihak Taylor's. Majoriti yang beroleh kejayaan cemerlang ini melanjutkan pelajaran ke luar negara mengikut universiti yang dipilih - dan ada yang pergi ke Cambridge.

Tahniah kepada mereka semua. 



16 comments:

  1. tahniah kak

    sejuk hati dan jiwa ibu mengandung..

    hurm anak murid saya ada ramai juga di taylor

    ReplyDelete
  2. Imanshah: ohhhh...terima kasih..Tahniah juga kepada Cikgu Imanshah yang berjaya mendidik anak murid sehingga ramai melanjutkan pelajaran ke o/sea...Tahniah ! Allah swt jua yang membalas jasa cikgu

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. salam maulidur rasul cikgu...

    tahniah buat cikgu dan anak ya...
    kita tumpang seronok tengok orang berjaya (^___^) ~

    ReplyDelete
  5. Manje:terima kasih...untuk dikongsi...ramai lagi di luar sana yang berjaya! ini adalah catatan sebagai sejarah AGK - itu saja

    ReplyDelete
  6. salam Cikgu..
    TAHNIAH..memang membanggakan
    bila lah pulak anak saya nak
    begini ye..?

    ReplyDelete
  7. Congrats!!!!! Syukurnyaaa beroleh anak yg pintar..

    ReplyDelete
  8. Tahniah buat anak dan ibu/bapa.

    Ini rupanya yang membuat sonata tak sabo...

    ReplyDelete
  9. Salam, cikgu sonata. Tahniah buat anak cikgu. Berkat sokongan cikgu sekeluarga, akhirnya anak berjaya juga, Alhamdulillah....:)

    ReplyDelete
  10. Patutle tak sabo.. anak nak naik pentas dapat 4 bintang.. tahniah dari saya

    ReplyDelete
  11. syabbas...diorang ni kecik2 dulu makan apa ek...?hee

    ReplyDelete