Tahun 1995 - aku telah ke sini...Masa tu - dengan penuh dedikasi - penuh keazaman - siap dengan surat doktor lagi - sekiranya berlaku apa2 komplikasi dengan isi perut aku !!! apa taknya - masa tu sedang membawa anak berumur lebih kurang 6 bulan....nak ikut punya fasal - aku redah jugak lah....
Seingat aku Hari Raya Aidilfitri ke 3 aku mengikut hubby menghadiri seminar - selama 1 minggu di Christchurch. Tangkap gambar masa tu pun guna kamera cokia je...bolehlah kata orang ...tak ade le canggih macam hari ini.
Ini kenangan lama - sudah 16 tahun aku ke sana...
Tapi semalam bandar Christchurch buat kali ke 2 telah musnah lagi dik ledakan gempa bumi....seluruh dunia tahu.
Apa lagi - kenalan , sedara dok telefon aku & juga hubby....
Apa hal pulak ?
Ramai yang bertanya khabar tentang anak aku yang baru saja ke sana....
Alhamdullilah dia dan kawan2nya masih selamat - masih sibuk mengikuti Minggu Orentasi di university nya. Dia ke Auckland - bukan ke Christchurch.Sekarang bila macam ni...baru terasa macamana kecut-perutnya ibubapa yang anak2 berada di luar negara jika berlaku bencana....macam di Egypt lepas....
Hari ni pun cikgu kat sekolah bertanya khabar juga.....Aku menjawab - masih selamat.Di pejabat hubby juga dihujani dengan pertanyaan yang serupa....Ohhhh terima kasih kepada semua yang bertanya khabar....mereka turut simpati manalah tahu bencana itu berlaku kepada aku. Minta jauh ini semua di kawasan anak aku ni.Pegawai di university nya siap berpesan supaya beritahu parents bahawa mereka semua SELAMAT.
Sehingga hari ni...komunikasi kami masih seperti biasa....masih bercakap2 seperti duduk di rumah...masih boleh tengok wajah2 anak yang jauh...tak ade le berendam air mata....he3x
imej dari tenet - Chrisrchurch earthquake
sekian - wasalam
Assalamualaikum cikgu...
ReplyDeletemudah2an semuanya selamat...
tak kira di mana saja mereka
berada... moga2 mak ayah kat
sini sentiasa tenang...=) Amin ~
Masa nonton berita, oerkara pertama terlintas d kepala adalah:masyaAllah..anak SAK baruuuu je berlepas ke sana..
ReplyDeleteMoga semuanya d bawah lindunganNya ..amin
Hjh,
ReplyDeleteSyukurlah anak2 ok.
Alhamdulillah..
ReplyDeleteAnak selamat diperatauan....
siapa tak sayang kan kan kan..
semuga sentiasa dibwh perlindungan NYA.... Insyaallah
aaminnn
Assalamualaikum Cikgu Sonata
ReplyDeleteAlhamdulillah...selamat
saya pun dulu dihujani perbagai soalan dgn keadaan anak di jakarta
kena mentalaah dgn anak, sebab ayahnya nak jawab banyak soalan drp mereka yg ambil berat dan perihatin
Wassalam
alhamdulillah... nasib bukan tempat anak2 U kan...
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletebetapa kerdilnya kita..
di bumi Allah yang tanpa
kita ketahui kan terjadi malapetaka di mana-mana dan bila masa jua..alhamdulillah di bumi Malaysia
masih belum di duga sedemikian
Manje: w;salam - amin - amin...moga semua sentiasa dalam keadaan selamat
ReplyDeleteSally : terima kasih - amin...lepas berita - ramai yang tepon !
ReplyDeleteRosli : alhamdullilah - syukur
ReplyDeleteAzmnor : terima kasih - amin ...moga semuanya selamat
ReplyDeleteRozali : w'salam...amin - terima kasih ...betul tu ramai yang turut simpati
ReplyDeleteAlimaz : amin...moga terus selamat
ReplyDeleteZulkbo :salam...doakan kita semua sentiasa dalam lindungan Allah swt jua
ReplyDeleteumi, in dah hantar emel gambar-gambar arini. LOVES.
ReplyDeleteIn : ok will check
ReplyDelete