CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Tuesday, November 30, 2010

Landed ! - rindu family - kawan2 - Malaysia !!!

20th November - 29th November 2010

CAIRO - SINAI - ALEXANDRIA = EGYPT @ MESIR

1330 : 29th November 2010 : CAIRO - BAHRAIN

2000 : 29th November 2010 : BAHRAIN - KUALA LUMPUR

9.20 AM : 30th November 2010 : KLIA - KUALAL LUMPUR  = Landed !!! 


Hujan emas di negara orang - hujan batu di negara Malaysia.... Oh seronoknya setelah 10 hari merantau di negara para ambia...banyak pengalaman yang diperolehi - sepertimana Rancangan Jejak Rasul pulak...ini pulak rancangan jejak makcik-pakcik-cikgu-cikgi....InsyaAllah akan dimuatkan entri2 yang dapat dirakamkan sepanjang perjalanan tersebut.....

Saya mintak maaf berbanyak kerana pada hari terakhir persekolahan dengan urusan2 rasmi disaat2 akhir kerana tidak dapat memberi respon kepada  rakan2 yang sudi bertandang ke teratak usang saya ini...... dan sebelah malamnya terus bertolak ke KLIA - flight ke Cairo pada 20hb (Sabtu)

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada yang sudi menjadi follower di sini disepanjang ketiadaan diri ini - insyaAllah saya akan bertandang dalam masa & ruang terdekat.

WASALAM

Friday, November 19, 2010

senangnya dalam hati.....


senangnya dalam hati...

bila kerja sudah siap...

apa lagi nak ditunggu...

jommmm....mari kita bercuti....
( versi Tan Sri P.Ramle )

( kita lupakanlah buat sementara waktu kerje2 rasmi ni...
kotak fikir ini pun nak rehat jugak! )



( tugas2 rasmi disambung  bila
cable dapat disambung semula waktu cuti tamat )


selamat bercuti kepada semua 
terutama kaum pendidik

mereka ( guru )  yang bertugas - dengan pelbagai tugas 

( tak dapatlah den nak senaraikan  di sini - macam2 tugas lah ni - cikgu katakan -
tak caya - cuba cikgu2 yang ade senaraikan tugas cikgu !  )

diucapkan juga 

Selamat Bertugas

jumpa lagi di tahun 2011

Sunday, November 14, 2010

minggu akhir persekolahan tahun 2010.....

sejak minggu lepas dah mula seperti "cacing kepanasan "


macam2 nak selesaikan tugas2 di sekolah....masing2 dah mula mengemaskinikan semua fail2 - terus menyemak apa yang belum beres - yang perlu dihantar kepada mereka yang berkenaan...


murid2 tingkatan 5 masih terus pulun bersama2 cikgu mereka disaat2 terakhir...
aku tengok macam nak termuntah2 dah budak2 ni.....
semoga semua beroleh kejayaan cemerlang


dalam pada tu ade jugak lah budak2 yang buat macam2 hal....
aku boleh nasihatkan aje budak2 ni....


aku pun sibuk jugak lah menyiapkan keperluan2 yang kena buat tindakan dalam masa cuti hujung tahun ni...giliran bertugas - mereka yang bertugas semasa SPM 
- pengumpulan bahan2 yang cikgu2 akan serah di pejabat dan macam2 lah....


difahamkan semua sekolah tidak dibenarkan cuti tambahan hari Khamis & Jumaat....Maka teruskan bersekolah hingga ke hari Jumaat.....kalau cuti pun - murid yang bercuti - cikgu masih ke sekolah untuk menyiapkan tugas2 yang belum ...


esok pergi sekolah - hari Selasa & Rabu cuti raya....Khamis & Jumaat bersekolah kehari terakhir persekolahan tahun 2010.....jumpa lagi di tahun 2011 - insyaAllah




SELAMAT HARI RAYA ADILADHA
maaf zahir dan batin 



SELAMAT BERCUTI 
 BLOG INI PUN JUGA BERCUTI MULAI CUTI SEKOLAH



Tuesday, November 9, 2010

Bila tau takwim sekolah tahun 2011

Takwim persekolahan 2011 dari KPM telah keluar 

Kalender cuti umum dan negeri 2011 juga telah keluar

Hari ini jadual sekolah ganti &
 pilihan cuti peristiwa 2011 juga telah keluar 

Maka marilah kita bermesyuarat 
untuk memasukkan pelbagai jenis cuti 
dalam takwim pengurusan sekolah 2011

Pilihlah cuti peristiwa mana nak pilih untuk 
program @ aktiviti @ majlis apa 2011 

Rancanglah pelbagai program @ aktiviti 
sepanjang tahun 2011..........



Nota : bila aku semak2 cuti sekolah tahun depan semua sudah ade program !
 baru bulan 11 ni....
looking forward for next year holidays !
psssttt.....holidays tahun ni belum tiba lagi....
*
*
*
*
dimaklumkan kalau mohon kepada Pendaftar 
cuti pada hari Khamis & Jumaat minggu depan & dapat kelulusan
sekolah dah mula cuti mulai hari Selasa depan ! 
( jika sekolah ada mohon cuti peristiwa pada hari Selasa - '
sekolah saya dapat cuti pada hari Selasa....hari Rabu raya )
tinggal hari Isnin je nak gi sekolah....
( murid2 boleh lah....cikgu??? nak kena tutup macam2 akaun !
mesti-mesti-mesti....kalau tak - cikgu tak boleh cuti lagi kalau tak siap! )


yesssssssssssss.....! ya beda bedu......selamat bercuti....

Sunday, November 7, 2010

apasal lembap sangat ni?

ahhhhrggghhh.....dah lega !

takat ni boleh kata hampir konpem...siap !

secara manually dah siap 100 %  

***********

apasal lah lembap sangat nak upload ni?

ke sebab hujan lebat @ banjir...?

naik letih pulak nak tunggu ...

uhhhuhhh.....sabo aje....cuaca tak ok...

siang tadi cuaca lembap memanjang....

memang tepatlah -

 Iklim Khatulistiwa - panas dan lembap sepanjang tahun....

sib baik hujan @ banjir aje di M'sia....
rasanya lebih baik sikit daripada letusan gunung berapi seperti di Indonesia
kepada mereka yang terlibat...harap banyak2lah bersabo...



cuti-cuti hujung minggu

seronok betul bercuti yer kawan2....

saya pun lagi lah sangat seronok !
 cuti katakan - daripada menjalankan tugas2 rasmi...
kerje rumah tak ade cuti lo.....
cuti2 hujung minggu kami mengemaskini landscaping kawasan rumah....
tunggu N3 tentang ini nanti !!! 

N3 pun jugak bercuti.....dia pun nak rehat jugak kan...he3x

Hujung minggu ni hari Sabtu & Ahad menghadiri walimah ....
cuti masak kawan2 !!! cuti jugak lah tu kan...

Hari Sabtu semalam lepas Zohor sempatlah jugak ke KL 
memantau anak2 yang sedang sibuk menghadapi exam...
dan dah mulalah membawa balik sikit2 barang2  Mohd drp apartment nya
sebab dah tak lama lagi dah nak tamat A-level nya....
bawak balik macam pindah rumah !!! 

Tiba rumah dah pukul 11 malam....

baki kek lapis coklat yang dibuat semalam....bawak untuk anak2
dah tinggal sikit daaaa....

tea - time petang tadi .....banana choco-dough & fried banana....
hahahha...kasi oomputih sikit.....dibeli selepas balik dari hantar Fahd ke asrama 

balik dari majlis kenduri kawen rumah YB Ayer Molek tadi...
nak ke rumah AJK PIBG pulak di Orphan Hill...( direct translation )
kami telah buat pertama kalinya "merasmikan" high-way ini !
kalau dari Ayer Molek  lalu ikut sini...boleh straight ke simpang JPJ Melaka....
boleh terus la ke lebuh Ayer Keroh....huhuhu...boleh "merempit" macam ni !!!

sirap roselle yang dimasak minggu lepas....
dalam botol tu adalah bunga roselle yang boleh dimakan ! 
simpan lah jugak...sari dua ni minum sirap roselle aje le.....!

sampai sini lah dulu.....ini N3 yang bercuti...ha ha ha.....




Thursday, November 4, 2010

rahsia tetap rahsia....



pagi tadi lebih pukul 9.45 pagi aku dah pergi ke sekolah dulu
tujuannya ialah nak cop nama BOS pada kad "retirement" ...


lepas tu berdesup2 lah aku ke SMKST - jauh !!! adelah +- 45 minit baru tiba sebab banyak traffic ...menyusur pantai !
orang2 Melaka tentu tau sekolah apa ni....takmoh cakap ...


sampai2.....dah ramai tetamu berada dalam dewan...tak ade le lewat.....just on time...acara bermula pukul 11.00 pagi...cikgu katakan.... semuanya insyaAllah on time....


oleh kerana aku mewakili BOS....maka ramailah yang bertanya ke mana BOS aku ni...
dan sebahagian besar tetamu yang datang memang aku kenal pun !
sebab Negeri Melaka tersangatlah kecik ! Kalau pergi kursus - satu Melaka sekali buat...! jadi memang kita kenal sangat...sekolah menengah ni ade 70 lebih aje...dari ufuk timur ke barat kita kenal !!!


apa aku nak jawab ? takkan aku nak beritahu apa BOS aku buat sebenarnya....
aku tahu ke mana BOS aku pergi.....


cuba teka kawan2 .....beri jawapan - tinggalkan  komen....
kalau betul tak ade hadiah tau !!!! ...ke mana dia pergi - dari hari petang Rabu - Sabtu ?!


rahsia tetap rahsia ...aku boleh beri clue je....berkaitan dengan hobi ! hahahah...kalau dah "giler" hobi  ni....tak boleh nak buat apa.....aku pun jawab...BOS cuti kerana urusan keluarga - habis cite...bila kata urusan keluarga takkan nak tanya lagi kan.....aku pun tak tahu apa urusan keluargnya - paling tidak rancangan dah atur sekian lama - jemputan baru datang ! kalau dah booking tiket kapalterbang - nak kensel ke ??? mana boleh !!! .....aku tak mahu lah nak beri jawapan sebenar....jaga "maruah" BOS....bukan lah "urusan" dia tu salah...kalau member dia tanya....biar dialah jawab sendiri ke mana dia pergi !


dan aku pulak....ramai jugak lah mereka mengucapkan tahniah  kerana kenaikan setangga lagi ...ade yang kata...tahniah dah masuk geng kita pulak....!


rahsia tetap rahsia...biar pecah di perut jangan pecah di mulut....
tapi mana2 tempat pecah....mati lo....!



not tea-time BUT neslo-time with pulut panggang !
pulut panggang ini di beli oleh staf hubby dari Simpang Ampat, AG




happy deepavali to those friends who celebrate it
& enjoy your @ our holidays this weekend !

Wednesday, November 3, 2010

Kantoi !



petang tadi aku ke Jusco...atas arahan bos...


Bos mintak tolong belikan hadiah sempena persaraan seorang rakan sejawatannya esok...
Tapi oleh kerana beliau bercuti esok kerana urusan keluarga - beliau tidak dapat hadir ke majli tersebut.


Esok sekolah aku cuti...rasanya kebanyakan sekolah seluruh Malaysia pun ambik cuti ganti sempena Happy Deepavali hari Jumaat.


Bos mintak saya wakilkannya ....hu3x....taklah cuti aku esok ! Sekolah ni pun - esok tak ambik cuti ganti kerana meraikan bos nya yang bersara wajib. Bosnya perempuan...dan saya memang kenal dengan bos ni....selalu gak jumpa di majlis tertentu @ atas urusan rasmi....@ kadang2 terserempak di Jusco  
( rasanya dah 3/4 kali !!! )


Nak jadi cerita....sebaik aje aku keluar dari Gurdian tadi....
( dengan sebelah tangan ni membimbit hadiah ) tiba2..........
terserempaklah aku  dengan Puan Bos ini !!! alamak ....nak tak nak...dia dah senyum kat aku...aku pun sambutlah salamnya..... salam peluk arab la !!! 
Tersipu2 malu aku....dia pun shopping ( untuk esok kot...ntah lah - tak lah aku bertanya )...


Esok majlis puan kan?


Ye....


InsyaAllah...saya akan hadir...wakil Tuan Bos....saya sekarang di sini ...dengan beliau..


Tau....dia jawab selamba...aku tersengih lagi....( kerang pun pandai tersengih ! )


Jangan tak datang...datang tau....katanya...


Aku pun - nak tak nak....tunjuk beg Jusco yang berisi hadiah untuknya...


Pecah rahsia....dia kata...sambil meneruskan senyumannya kepada aku....


He he he...( gaya aku menyerigai kan gigi2 ku....) 
tersipu malu aku weh.....nak wat macamana dah terserempak ....KANTOI !!! 







Tuesday, November 2, 2010

.selamat lah dirinya bersemadi dengan aman.......

tentu ingat kisah si Comot ( sila klik di sini yer...) ?


kesian kat dia kan.....mula2nya namanya si Comot...lepas tu nama tak serasi...tukar nama di surat beranak panggil Milo pulak...nampaknya dia suka nama Milo....happy je...ahaksss....!


Sejak kemalangan April dulu...hidupnya bagaikan menagih kasih @ simpati dalam keadaan truma akibat kemalangan menimpanya...bila melintas di jalan raya - berhati2....ade kalanya takut nak ke jalan raya....ye le tu...pandai ko wahai si Milo alhamdullilah sejak sentiasa berjaga2 - sentiasa prihatin tentangnya...si Milo ni masih panjang usianya....masih boleh terus bernafas lagi ! tapi tubuhnya kurus...tubuhnya lembik tapi masih kuat berjalan...tubuhnya dah OKU !  


Dia tau - kita sayang padanya....dia tau bila kita balik dari sekolah ....dia tau bila hubby kita balik dari pejabat....dia mau dibelai - mau diberikannya makan....selagi tak beri - selagi tu akan menggesel2 badannya...mintak belai kasihan - mintak belaian mesra diusap2....mintak penuhkan pinggan makannya !


Ini citenya seharian sehingga semalam...


Hari ini - dia sudah tiada !!!! uwaahhhh....uwaaahhhh.....


Akhirnya si Milo jadi mangsa korban jalanan jua....


Balik sekolah tadi....aku dapat laporan....


Milo telah dilanggar lari ....atau Milo tak sempat nak lari ....atau Milo tak larat dah.....sebab dalam masa sari dua ni aku lihat Milo buat perangai.....dia  duduk atas kerusi yang aku guna masa sibuk berbelog buat kerje. Puas aku suruh dia turun...tak mahu turun...melekat di kerusi...bila aku nak duduk - dah degil sangat tak mau turun aku tolak dia ! suruh  dia terjun ! melompat dia dengan jelingan matanya yang tajam ke bawah....


Lagipun badannya 1/2 minggu ni seperti dah ade alergik - helaian bulunya gugur! nape? tatau lah....tak sempat nak check-up bawak ke klinik...dok tertangguh aje dik ketidaksesuaian masa...dik kesibukan kerja....! kesian kat dia...aku suruh dia sabar...dia akur....


Milo sudah tiada....Farahin beritahu....dia lihat depan rumah...Milo terkulai layu....jiran depan rumah jadi saksi ade sebuah kereta rakan jiran juga yang langgar....sebab pagi2 semua orang sudah keluar kerja...hanya kereta rakan jiran yang masuk lalu depan rumah....


Aku jumpa jiran yang jadi saksi...dia cerita segalanya....aku tanya sape kebumikan tanam Milo ? Mungkin jiran di seberang jalan yang tanam....jiran ini pun datang ziarah  & kawat cam kenalpasti adakah yang mati itu ahli keluarganya miliknya juga....rupanya salah ! Milo rupanya....dia tolong kebumikan Milo...


Aku akhirnya tidak berkesempatan mengucapkan selamat tinggal padanya melihat nya pergi....
Aku masih terngiang2 ingatkannya...aku cuba melupainya perlahan2....aku sayu dia telah tiada....dia adelah antara sebahagian ahli keluarga kami !!!

selamat lah dirimu bersemadi di sana....


inilah  Milo a.k.a. Comot 


Milo masa kemalangan bulan April 2010 dalam kereta 
semasa dalam perjalanan ke klinik


Milo sedang disuapkan makanan lembut di klinik 
semasa kemalangan pertama kali 


Milo merenung ubat2 yang perlu dihabiskan....
kalau tak makan.....putus nyawa aku dari badan !!!


ahhhhh.....aku terpaksa telan jugak...
kalau tak ....aku akan lemah !


lemah longlai aku....aku mau rehatkan diri....


kini dia telah tiada buat selama2nya....

Monday, November 1, 2010

main masak-masak....triffle or truffle???



 mulai 1 November saya bercadang akan menjalani program  'pengurusan' badan...???
melaksanakan program no sugar @ no rice day ??? eehhhh ....biar betul cikgu !


alah cikgu ni cakap aje....nak menjalani pengurusan badan....no sugar la ..no rice la....
yang kat bawah ni apa ko makan tengahari tadi? sila lihat yer...apa saya makan...


lihat tuan puan yer...saya makan punyalah banyak untuk lunch tengahari tadi di Equatorial Hotel....
ambik ko - penuh pinggan....no rice nampaknya! yesssssssss...try to avoid...hanya sayuran & seangkatan dengannya....kat bawah sayur tu ade sekeping beefsteak.....kentang 3 ketui....
apa kan daya ....diri ku bernafsu berleluasa ohhhh daku  tergoda....( ohhhh aku tergoda ! )
bukannya apa...ambik sepinggan penuh...lepas tu dok ralit makan pelan2...sambil berborak2 dengan staf @ mantan staf sewaktu jamuan akhir tahun 2010 sekolah yang saya bertugas sekarang ....dah letih kerje....makan aje le !


baru sebentar ......



mood rajin melanda lagi....

tahniah diucapkan kepada cikgu Sonata !

macam ni nak menjalani pengurusan badan?

5 bintang untuk awak ....ngeh3x


tadaaaaaaaaaaaaaaaaa.....


 truffle ke triffle???

ade kata truffle - ade juga kata triffle ...
rasanya sama aje...ikut lah perisa @ perasa apa yang diletakkan....

se pyrex truffle @ triffle

banyak tu...sape mau makan??? tak pe jangan bimbang
esok saya bawak ke sekolah...jommmm...kita makan ramai2...
habis lah tu....bawak lah apa saja...takat ni semuanya selamat !!!

ade lagi?  tak muat letak dalam bekas atas tu...
dapat letak dalam bekas ni - jadilah untuk makan di rumah...
dah makan pun - 1/4 portion ....nasib baik lah not so manis.......kalau tak - 
mahu aku ingkar dengan no sugar day !!! but I can say - less sugar day !

buat mende ni semua bukan susah pun....tu orang kata...
bila mood rajin melanda semua boleh jadi ! 


mau resepi nya?
mintak tolong en google - dia banyak resepi....macam2 jenis ade 

tapi...okey lah...saya letak jugak lah yang sangat mudah ni...
resepi ni kawan bagi...

kerajinan aku ni sebab nak menyelamatkan saki baki kek oren yang buat hari ahad semalam...
baki kek mana2 yang bersepah2 dikutip balik....he3x  relai @ kalau tak habis jangan dibuang tau - kita boleh buat truffle yer.....so tak membazir...
( saya tak seperti chef2 tersohor yer...suke2 je main masaka2 ni )


resepinya ialah :

swiss roll cake ( saya guna sebiji je...sebab campur dengan kek oren )
3 sudu tepung kastard
1 kotak kecil susu kotak ( saya guna hampir 2 cawan drp sekotak susu segar !)
30 gm jelly ( saya guna agar2 )
3 sudu gula 
1 tin buah campur
1 tin kecil nestle cream ( ohhhh yang ini saya tak ade stok...so tak bubuh la )

cara2nya ialah..........

1. swiss roll dipotong2 - letak @ susun dalam bekas kaca ( tiru macam saya !!!)  - 
lepas tu saya tepek letak saki baki kek oren atasnya
2. Basahkan @ curah atas swiss roll dengan air buahan  
3. Masak jelly @ agar2 dengan air ( agak2 aje le..jangan banyak sangat...kang cair pulak ) = kasi hancussss dulu - lepas tu  + tepung kastard + susu + gula - kacau hingga berkilat @ masak....
4. Curahkan bahan2 masak nombor 3 tu atas swiss roll
5. Tabur lah buah2an tadi ...+ cream bila nak makan.......


tak sampai 30 minit siap...
(simpan dalam esbok...sedap...sejuk gitu...he3x )



tamat

selamat makan