CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Monday, June 28, 2010

Sakit FM ?

macam tau2 aje si Daydeck86 aku ade penyakit ini...

penyakit apa ni??? tau2 lah orang macam aku ni ade macam2 penyakit....
tapi sakit ni lain macam sikit....

sakit giler FM....

sakit giler FM ! FM ?   yeahhhh.....FM = fridge magnet!!!
sakit giler key-chain dah lama dah....macam2 ade....

tak ku sangka apa lagi nak menduga....
orang kata unsangkarable...he3x ...terkekeh2 aku mengilai...

si Daydeck86....kat mana tu? rujuk la kat rumahnya...
yang sangat2 bagusnya....
masih belum bersua face to face!!! 
dah beberapa kali beliau hantar sobenir kepada aku....

hari Sabtu lepas Daydeck86 buat suprise lagi kat aku....
malangnya aku tak ade.... 
sebab en kurier tepon ade barang dari Measat 
( astro )...hahahh aku agak tak lain tak bukan Daydeck86 lah punya angkara....sampai aku tak lena tidur dibuatnya....lepas balik sekolah tengahari tadi bergegas aku ke pusat kurier.

apakah yang dihantarkan kepada ku?

jom kita lihat di sini..............apa2 pun Daydeck86  -  kak Sonata ucapkan infiniti terima kasih atas kesudian menghantar barang2 ini......yeahhhh......saya dalam proses pengumpulan FM...nak kata banyak tu tak lah banyak benor...ke mana2 pergi jika berkesempatan saya akan beli....dan dapat dari pemberian mereka yang balik dari mana2 destinasi....BEST!!!


FM - Singapore


FM  - Trengganu - Malaysia

 

 Key-chain : Trengganu - Malaysia


psssttt.....Daydeck kalau ade boleh la hantar lagi...dengan muka tak malunya...he3x

Sunday, June 27, 2010

hujung minggu 1 - mereka yang masih ada...

salam semua rakan maya di seluruh dunia...

rasanya bukan saya saya sorang yang sangat padat hujung minggu ni...ramai lagi di luar sana dengan pelbagai aktiviti.........keletihan memanglah terasa....tapi demi rakan demi hajat orang menjemput dan mintak bantu - kita penuhi lah semuanya.


hari Jumaat baru2 ni pada 25hb ....tengahari aku bersama hubby & Farahin & Fatehah telah berangkat ke Mersing...kerana memenuhi undangan majlis walimah anak rakan sekolah....anaknya lebih dulu bertemu jodoh berbanding anak2 kita yang masih belajar...cepatlah beliau bermenantu...

di Mersing kami menumpang di Seri Malaysia...he3x...habis nak lepak kat mana lagi...senang lepak dihotel saja...majlis pada hari Sabtu 26hb...biasanya tiba di Mersing kami mengambil kesempatan melawat sedara2 belah hubby...kami telah melawat beberapa orang mereka yang veteran ...semoga mereka panjang umur dan takat ni alhamdullilah masih sihat walafiat. sihat-sihat orang tua....kita pun akan seperti mereka juga....




Mak Anjang Esah....pangkat mak sedara saya yang agak jauh -  berkait rapat sebelah arwah datuk saya ...saya pun tak berapa nak pasti susur galur ni sebab orang2 tua dah lama tiada ....bila sebut anak sekian - sekian...mereka yang veteran ni tau lah sangat2....
tapi kebetulan pulak  jadi jiran terdekat dengan keluarga hubby sejak dulu lagi...
barulah saya tahu beliau ni ade kaitan dengan saya....
dah tak berapa sihat - tinggal bersebelahan dengan anaknya...
jadi semakin rapat dan mesra kami sehinggalah keluarga hubby pindah balik ke Kluang....
kalau datang ke Mersing biasanya kami ziarah....anak2 kami pun rapat dengannya...


Tok Su Melah....ini tok sedara hubby...iaitu mak sedara ibu hubby yang bongsu....
the only atok still alive ! dah mula tak berapa sihat...tinggal bersama anaknya...
yang best nya Tok Su Melah telah menghadiahkan saya bekas tepak sirih dan tempat bakar kemenyan tembaga yang  dibeli di Terengganu ....terima kasih tok...
akan saya gilap semula kasi berkilat dan akan jadi ingatan !

inilah antara mereka yang masih ada lagi...gembira tak terhingga melihat kami datang menziarahi mereka...semoga dimasa2 akan datang dapat berjumpa lagi....


sekian untuk kali ini

Thursday, June 24, 2010

Day 5 / 1 - Selasa 8.6.10 - Olympic Complex

Sarapan tempat biasa....menu pun sama aje...tapi aku makan tuna spread + biscuits = cukup!

lepas tu dibawa melawat ke tempat jade - tempat jade ni pemiliknya ialah rakyat Malaysia....chinese la...ape ke nama lupa ....tak semua orang dibawa ke sini...harga dijual agak mahal @ sangat mahal sebab diorang jual untuk pelancong mat saleh / jepun....bila orang Malaysia datang - harga jatuh giler! sampai staf dia terperanjat bila bosnya beri harga murah giler! - memang dapat special price.....dah survey2 - memang harganya berbaloi jika beli berbanding harga kat Malaysia ............ dah rasa tergatal2 tangan ni nak keluar duit nak beli set gelang & rantai........tapi sabo - sabo...fikir-fikir...nanti balik M'sia pakai ke tidak! akhirnya aku tak jadi beli lah......( sayangnya tempat ni tertutup - no photo please! )


tak ape la....tak dapat gambar tak kisah la....


*******************

lepas tu seberang je jalan / highway masuk ke kawasan kompleks sukan olimpik........hu hu hu sangat besar lagi luas kawasan komplek olimpik ini........mari kita tengok kawasan ini...

kawasan dataran yang luas.....stadium bird-nest jauh lagi tu...


landscape yang cantik di kiri kanan kawasan dataran ini


landscape disepanjang dataran -  saujana luas mata memandang....sangat luas!




 

stadium untuk sukan olimpik tahun 2008 - sangat tinggi teknologi pembinaanya
tak dapat  gi tahun 2008 - alhamdullilah dapat ke sini tahun 2010!

 bird-nest dari dekat


         jalanraya yang 4 lanes - luas...bawah dataran
kalau kat M'sia highway pun 2/3 lanes...ni jalanraya biasa!

                                    sangat cantik landscape disepanjang border di dataran                                  
musim panas @ summer  bunga2 berwarna warni....

*********

dah selesai jalan di komplek ini .............jommmmm makan! dan solat di masjid ini


 masjid Fa Yuan Mosque di Gu lou Road....dikawasan bandar
*
*
*
*
lepas tu jommmmmm ke Yashow Market ---- shopping time!!!
hu hu hu .....best giler !




Wednesday, June 23, 2010

Day 4 / 2 : - The Pearls - Foot Massage - Dr Tea

Selesai keluar dari Summer Palace....terus ke tempat pearls @ mutiara

hu hu hu pertama kali tengok mutiara yang terdapat dalam kulit nya @ shell ....
umur mutiara dalam shell itu bergantung kepada berapa jaluran pada kulit luarnya itu.....
mari tengok mutiara dalam habitatnya....

.....sebiji tiram yang baru dibuka didapati lebih hampir /
lebih 30 biji mutiara di dalamnya....di celah2 isi terdapat mutiara!
lepas tu diberinya kepada kita orang....
sebiji tiram yang diternak dalam tasik di Summer Palace 
boleh menghasilkan sebanyak itu mutiara di dalamnya........


lepas mendengar taklimat tentang mutiara ini.....di"heret" lah kita ke tempat pameran 
barang2 perhiasan & juga special product - cream mutiara.....
maharani China ni guna cream mutiara....
he he he....kita pun nak jadi macam maharani jugak la...........
" terbeli" lah cream mutiara ni..... & juga satu set rantai & gelang mutiara....!
bergaya sakan la....ha3x


dah selesai beurusan di tempat mutiara ni...
pegi lunch di restoren muslim di Hai Dan District of Beijing

lepas tu berhenti solat di Ma Dian Mosque

kawasan masjid

@@@@

dah letih berjalan dibawa pulak ke tempat foot massage ....
tempat ni terletak di kawasan kompleks sukan


masing2 semua hulur dan rendam kaki dalam besen berherba.....

&
&
&

dah rendam agak2 dalam 10-15 minit...budak2 pelatih mengurut tapak kaki...
dari sini boleh dikenal pasti kita ni ade penyakit ke tidak.....
nampaknya aku ni tak berapa sihat.....seorang doktor berasal dari Tibet akan 
mengenal pasti tahap kesihatan kita...sape nak cek - cek lah...free of charge...
bila dah diberitahu kita ni ade sakit2 yang di kenalpasti melalui tapak tangan...
akan disyorkan herba2 tertentu yang datang khas dari kawasan pergunungan himalaya....

( agaknya ubat2 kat kedai sengsei tu mai dari China ni lah...)


dah tamat sesi foot massage ni....terus menuju ke tempat Dr.Tea...
macam2 jenis tea China di tunjukkan....



habis semua jenis tea diberi minum....
tak lah banyak - hanya diberi minum dalam secawan yang comel lote....
orang China ni mana minum macam kita ....
kalau tak ade se mug @ secawan - tak sedap lah! 


dah selesai di sini --- siap beli teh yang dijual & tiada expired date! 
satu botol teh - tatau lah berapa lama baru boleh habis...sebab rendam sikit2 aje untuk sekali  minum...lepas tu boleh rendam lagi sehingga warna air nya hampir jernih...


lepas tu kita orang pegi ke Muslim Supermarket


*****************

selepas berjalan di Great Wall or China - 

dibawa ke tempat terkenal dengan cream terbakar....diorang beri nama cream terbakar....
semasa demo tentang cream ini tidak dibernarkan meng"snap" gambar...
jadi tak ade le gambar semasa demo tu...sape2 datang ke Beijing jangan lupa beli cream ini...memang sangat2 bagus! namanya Bao Fu Ling .....semasa demo tu....ahli farmasi berbangsa cina keturunan cina indonesia sangat fasih berbahasa melayu - 
telah memegang besi panas yang sangat2 panas ( merah menyala ) -
tapak tangannya memang melecur teruk lah...kita tengok pun sangat2 ngeri.........
mahu boleh terus pengsan! lepas tu cepat2 dia sapu dengan cream tu..........
dibiarkan bertepek kat tapak tangannya - lepas selesai ceramahnya....
didapati tangannya seperti sediakala.......BEST betul .....



~~~~  tamat ~~~~

Tuesday, June 22, 2010

Day 4 / 1 : Isnin - 7.6.10 - The Summer Palace

 

Selepas sarapan di Restoren Salama kita orang bergerak ke Summer Palace

The Summer Palace occupies an area of 294 hectares (726.5 acres), three quarters of which is water. 

The Summer Palace, in the Haidian District, northwest of central Beijing, is said to be the best preserved imperial garden in the world, and the largest of its kind still in existence in modern China.  It’s hardly surprising that, during the hot Beijing summers, the Imperial Family preferred the beautiful gardens and airy pavilions of the Summer Palace to the walled-in Forbidden City.  Dowager Empress Cixi took up permanent residence here for a time, giving rise to some wonderful tales of extravagance and excess.


pemandangan ini dalam kawasan Summer Palace


pemandangan dari dalam bot yang membawa kami "berlayar" di tasik ini

tasik yang luas.....dalam tasik ini tiram diternak untuk penghasilan mutiara...
lepas ni kita pergi ke tempat mutiara pulak..........

t
the longest corridor! dan sangat tinggi nilai seninya! 
berukiran & berlukisan @ bercorak yang sangat cantik!!!
                                                      seni bina nya semuanya hampir sama


berjalan dalam kawasan 726 ekar - macam sebuah perkampungan......kalau nak tau lebih detail...
tanya en google...semuanya ade dihujung jari! banyak lagi gambar2 di sana sini.......
selesai berjalan dalam kawasan ini....terus pergi ke tempat mutiara...senang2 nanti akan dipaparkan tempat mutiara

saya berehat sebentar.....nak pi beli barang..... c u then...bye

Monday, June 21, 2010

Day 3 / 2 - Great Wall of China

Selepas lunch & selesai solat di restoren muslim ...
perjalanan diteruskan ke Tembok Besar China..( baca la sejarahnya di sini )

Hanya mereka yang dah pergi dan naik sendiri ke tembok itu dapat "menikmati" keajaiban pembinaan @ struktur tembok besar ini....betapa kukuhnya struktur binaan tembok ini...begitu tinggi keunikan teknologi rakyat cina ini menghasilkan tembok ini...panjang & tingginya  tembok yang dibina di atas puncak banjaran gunung @ kawasan berbukit sangat2 ajaib pada pandangan aku ...



Keindahan Tembok Besar tercermin pada kemegahan, kekuatan dan kebesarannya. Melepas pandang dari tempat jauh ke Tembok Besar, tembok besar tinggi yang memanjang selama ribuan kilometer itu tampak serupa naga mahabesar yang menggeliang-geliut menyusuri pergunungan; jika dilihat dari jarak dekat, maka tembok itu penuh dengan daya tarik seni dengan arsitekturnya yang aneka ragam.

Tembok Besar adalah hasil jerih payah yang dibasahi keringat dan darah serta diresapi kecerdasan rakyat Tiongkok pada zaman kuno. Betapa beratnya projek pembangunan Tembok Besar pada zaman kuno yang masih rendah tenaga produktif memang sulit dibayangkan.

( En google beritahu )


 
Tak tau la orang lain yang telah pergi ke tempat ini....betapa gigihnya rakyat cina membina tembok ini tanpa peralatan canggih yang  ade pada hari ini....Tembok Besar China ini masih tersenarai sebagai salah satu daripada 7 benda ajaib di dunia ini! Aku sangat bangga kerana telah menjejak kaki ke sini.....panjang tembok ini mengikut fakta wiki ialah 6,400 km ...tetapi jika diambil kira cabang2nya....cabang mana tak tahu la ...melebih 8 ribu km!!! Jarak lebuhraya dari Bukit Kayu Hitam ke Johor baru 800 km lebih....hu hu hu dah jauh....apa lagi panjang tembok ini dan terletak atas banjaran gunung pulak.....memang sangat2 ajaib.....Jika dah sampai ke Beijing , China....MESTI singgah ke sini... tak singgah memang rugi...

aku hanya mampu naik sampai persinggahan ke 2 @ menara ke 2 saja...dah tak boleh naik sampai ke atas nun dengan keadaan yang curam....kelihatan mereka yang boleh memanjat sampai ke atas lagi...meneruskan naik sampai ke atas....tangganya yang curam - kena panjat berhati2....naik bolehlah gagah melangkah demi langkah....bila nak turun mak oiiii....sayup lihat ke bawah!
kena hati2 bila menuruni tangga ni...salah langkah boleh bergolek2 jatuh ke bawah!!!

pemandangan dari aras aku berhenti memanjat...
kelabu asap nampaknya sebab jauh - tembok yang dibina atas gunung...

dari tempat aku berhenti - bukan main sayup ke bawah...
baru tahap @ menara ke  2 tu...nak naik lagi??? 
kalau kuat stamina no problem...kalau ade asma dinasihatkan jangan naik...ni telah berlaku kepada rakan aku yang naik belum sampai jejak ke tahap 2...dah tersadai....nak gelap mata....diapun terduduk.....aku sampai2 kat dia - kelihatan pucat...aku kata ade asma ke? ade katanya....tapi sebab gagah nak naik juga...akhirnya tak kesampaian nak naik lebih tinggi lagi....
nasib baik tak ada masalah2 kritikal belaku...

menuruni tangga yang sempit lagi curam...hati2 turun...
perlu memapah pada pemegang yang dibuat dikiri kanan 

ade manusia yang mempercayai @ apa2 tatau la....mereka akan membeli ibu kunci @ magga ini di gerai berhampiran - mengukir nama ke @ ape ke.....dan akan meletakkan disini....
panjang ni....mereka akan terus menyambung menggantungkan mangga tu...
berderet2 la gitu.....


sampai sini dulu.....esok boleh sambung lagi....
hu hu hu....hari ni sampai 11.30 pagi melayan pelanggan baru yang nak masuk ke sekolah ...


Sunday, June 20, 2010

Cuti sekolah dah habissssss......

cuti sekolah dah habisssss..........


esok mula sekolah...

petang tadi dah tengok2 kasut - dah ngelap2 - dah kiwi2 kan hitam...dah kiwi 2 pasang....mana satu nak pakai ni??? tengok lah dulu...nak yang tinggi ke @nak pakai yang rendah??? tengok mood esok - bila dah siap boleh pilih mana suka

baru lah terhegeh2 kemas beg sekolah...macam budak2 sekolah jugak...cikgu pun kena kemas beg....tapi sedihnya.............ade budak sekolah tak kisah nak sekolah pun! tengok la esok.....
ade yanag datang berlenggang ( buku bawak sikit je ) - ade rambut tak gunting ( budak lelaki la ni ) - ade pakai kasut tak berbasuh - ade jugak baju tak bergosok - huh macam2 lah budak2 yang nakal ni akan buat....Yang peliknya bila keadaan macam ni mak bapak diorang ni tak kisah ke anak2 nak ke sekolah???

petang tadi jugak hubby tolong mandikan kereta!!! sayang kat hubby - apa taknya dia jugak janji nak basuh - apa lagi kita tuntut la .....

pulak tu hari ni - hari bapa.....kwang  - kwang - kwang....


SELAMAT HARI BAPA 
kepada semua bapa2 yang berada di mana jua

lepas magrib tadi - belanja hubby makan fish & chips kat Merry Brown....best 

anakanda Fatehah tolong gosok baju untuk esok.....keh3x....tk kak...esok gosok lagi ye...he3x 

okey la malam kian larut....
bila larut malam......tara kuca ca ca....baik gi tido le

selamat bertugas semua cikgu.....@ mereka bukan cikgu yang turut sama menghabiskan cuti bersama ahli keluarga -
yang mengambil kesempatan bercuti sempena cuti sekolah


Saturday, June 19, 2010

Balik bercuti - aku meradang!!!

hari ni hari Sabtu....hari Sabtu biasanya hari orang tak bekerja terutama orang pompuan macam aku  akan berada di rumah....hari ni lah orang nak bersama anak2 ke - nak pegi pasar ke atau ke lain2 tempat - nak keluar masuk kereta dari garaj.


hari ni aku betul2 tak ade mood langsong....aku dah naik hangin pagi2 hari - aku dah geram sangat2...hubby pun dah seperti gajah naik minyak....kenapa??? malam tadi baru balik dari Cameron Highland....masa hubby ambik kat sekolah...hubby dah beritahu......aku dah naik hangin.............hubby dah telefon kepada tokey besar...hari ni aku nak tulis surat laporan / aduan pulak. ni aku tengah meradang tak habis2 lagi. aku akan tulis surat mintak ganti rugi - pakai telefon2 ni tak boleh - aku akan s.k. kepada mereka yang berkaitan .....saje aku nak beritahu satu dunia ni.........biar sape yang baca...bacalah....biar tahu isi hati aku ini.....kalau korang kena macam ni MESTI hangin punya...........kalau tokey besar tu baca...........biar - biar - biar!!!


hahhhha ni jawapan dia....


ade ke pagi2 hari sabtu ni - pekerja kontrak nak korek jugak jalan depan rumah aku....nampak je pekerja datang - hubby pun sembor habis2an...kira apa....cakap aje....aku pun campur tangan jugak....saya tak benarkan awak korek jalan ini....aku tak kira...lepas tu datang 2 cina kontrak lagi...hubby cakap lagi macam2....lu tak dak fikir ka....orang mahu keluar masuk kereta hari cuti ni? ...macamana mahu lalu sini??? kalau orang mati dekat sini....macam mana mahu tanam??? mahu urus itu semua??? awak bagi nombor telefon bos awak!
awak semua fikir mahu cepat siap....mahu kerja senang....mahu duit-duit saja....tak kira masa orang...awak tolong fikir sikit la.....cuba rumah awak orang buat macam ni......awak tahu pulak tak mahu bagi.....sama jugak la............dan macam2 lagi la...habis segala mak nenek hubby cakap............


lepas tu jiran sebelah rumah - depan rumah ( lelaki ) keluar...mulalah berapi2 api kemarahan menyembor2...


yang buat aku geram sampai tak tenang hidup aku hari ni.....habis depan rumah aku jalan yang dikorek kerana nak buat saluran paip menuju ke rumah baru sebelah rumah aku ni....kontraktor ni ambik jalan senang korek jalan depan rumah aku ni...........ko nak korek - korek la....tapi bukan merosakkan rumah orang! kalau rosak mesti ganti!!! bukan tak boleh ikut laluan belah lain....sebab laluan depan rumah kita orang ni jalan terpendek & jalan mudah menuju ke parit utama / saluran utama..........


yang jadi marah sangat2 ni...mereka buat kerja seperti mencuri...tak ade budi bahasa langsong....dia orang tahu deret rumah aku orang tak ade bila hari bekerja...sebab ade 10 rumah buah kiri kanan aje ....hari berkerja semua laki bini pergi kerja....ade yang kerja out-station - laki hujung minggu aje...ade yang business - balik malam - ade suri rumah full-time pun (2 orang ) dok sibuk urus rumah tangga & anak2 sekolah / tuition ...pada hal ade Pengerusi taman / orang lelaki balik lepas ofis....kepala kontrator / bos besar sepatutnya boleh datang beritahu nak buat kerja depan rumah ni.....tapi tak ade cakap langsong...dan masa bekerja ni pun hanya pekerja kontrak mat indon je kerja dengan sub2 cina ....mereka boleh kerje buat itu semua....tapi orang kata.......ambik bahasa la.......cakap sama kita....mahu buat itu mahu buat ini.....kasi hormat sikit la......



jadi semalam hari Jumaat....hubby pegi kerja.......dia balik petang.......depan rumah dah terbengkalai tak boleh masuk kereta - terpaksa tinggal kereta kat jalan utama............terpaksa menapak menuju ke rumah....tak beritahu langsong kepada orang kawasan  di sini.....APA  YANG TELAH BERLAKU?????



hahahha ni dia........................habis garaj depan rumah aku retak!!!!!!!!! habis kotor dengan 
pasir / tanah yang di humban depan rumah - dah lah tu hujan...habis becak...kotor.........
 bila kita tak ade semalam....!


masa aku pi Beijing dan hubby kerja - semua laki pergi kerja.....isteri jiran aku beritahu...satu lori kren masuk bawak ntah besi ke kayu ke.................bukan main besar lagi dan betul2 boleh jatuh atas bumbung atap depan rumah aku.....kalau diorang tak keluar - tak marah ....main pakai hentam aje.....habis lah .....mereka berani masuk jalan depan rumah ni masa kita orang tak ade.................difahamkan sepatutnya pelan asal kawasan perumahan ni tak ade jalan tembus
( short-cut ) ke rumah sebelah...ikut jalan belakang....macamana boleh wujud pulak bila dah separuh siap ni..................bayangkan lah nanti depan rumah aku ani jadi laluan utama!!! sape yang meluluskan ni???? ade lah mereka yang berkepentingan!!!
jenis manusia apa ni tatau la.....


garaj yang kotor

tepi garaj yang retak

depan garaj  habis retak macam kena gempa bumi


inilah jalan depan rumah aku....diorang korek nak terus direct pasang batang paip ke kawasan perumahan yang sedang dibina disebelah rumah aku ni........sepatutnya tak ade jalan untuk short-cut lalu depan rumah ni...tapi dah ditebok terus.............jadi akan bising - jalan depan rumah aku akan jadi tempat private parking @lalu lalang - jalan utama diorang - sebelah rumah aku jalan mati pun akan di buat tempat parking dia orang jugak ( mungkin )


sampai sini aje lah aku membebel............aku tak jadi satu kerja pun hari ni ...geram punya fasal....petang kang ade cina nak touch-up dalam bilik yang masih belum siap2 lagi......tergendala sebab aku tak ade di rumah....hubby pun sibuk dengan SUKMA...
jadi aku mesti ade baru boleh orang buat kerja.....bye-bye

Wednesday, June 16, 2010

Day 3 / 1 - Ahad : 6.6.10

Hari ke 3 di sekitar Beijing....hari yang paling best! Hari membuktikan aku telah menjejak kaki ke Tembok Besar Negara China - salah satu daripada benda ajaib di dunia...Kiranya ini yang ke 2 - yang pertama - tahun lepas aku telah melawat ke Seam Reap - Angkor Wat....yang ke 3  insyaAllah coming soon!


Breakfast - seperti biasa di Restoren Salama....

masuk hari ke 3 - kami cuba minta fried noodles...rupanya fried noodle nya seperti mee kuning -
tapi aku tak boleh nak makan dah....aku boleh makan roti aje..tu pun aku makan roti gardenia dalam hotel yang aku bawak ! nampak tak sambal tumis tu??? masuk hari ke 3 - masing2 dah bawak keluar sambal tumis / serunding - tapi kita orang pakat bawak keluarkan sikit2....
sebab nak makan banyak hari lagi!
masa breakfast ni - aku makan  tuna spread + biskut - lagi best!!! ( ni pun bawak jugak )


pssssttt: kalau nak ke negara2 seperti ni - bawak lah roti gardenia / biskut / sambal tumis ikan bilis @ serunding / nasi impit / tuna spread / oats / maggie @ apa saja yang boleh dimakan untuk beberapa hari di negara orang....pengalaman aku berjalan - macamni la...
mula2 beg berat sebab bawak serba sikit makanan!!!


Lepas breakfast kami telah dibawa ke kilang jade...not really like kilang ...tapi ade demo2 tentang pemprosesan jade & banyaklah barang2 hasilan jade ...aku tak beli pun - mahal!!!
ambik gambar aje jadilah....layan la beberapa siri gambar ni...




selepas itu kami pergi ke tempat crystal

crystal yang paling besar...masing2 meletakkan tangan ...
ikut kata diorang - wish la apa kita hendak dalam hidup kita...
mintak sihat tubuh badan ke atau ape ke...
mereka percaya begitu.....kita tak ade lah kan....
saje nak rasa crystal tu....sejuk aje rasanya


dah habis berjalan2 dalam kedai crystal ni....kita orang lunch di restoren muslim....
nama tak catat pulak....dah lapar - lupa nak tanya tour guide

tengok2 punya lah penuh 3/4 rakyat Malaysia!!! di sini juga di sediakan tempat solat...
lunch di sini - menu hampir sama - kebanyakan sayur ....tapi masih sedap lagi makan sebab dah bawak sambal ikan bilis! inilah yang "memedaskan" & buat berselera makan...he3x....
jangan lupa bawak tauuuuu.....



selepas lunch & solat di sini...memang kena lunch di sini sebab 
lepas tu  terus menuju ke Tembok Besar....


okey sampai sini dulu....petang2 ke @ bila2 senang boleh letakkan kawasan tembok besar...
Ohhh.....BEST!!!!!


psssst......nak berkemas2 lagi apa yang patut ....
malam nanti nak bawak rombongan cik sonata ke Cameron Highland...3D2N
kali ini aku pulak jadi tour guide....

Tuesday, June 15, 2010

Harap 2016 boleh renew lagi!





pagi tadi renew lesen - dah 5 tahun berlalu.....
bila nak buat tadi macam baru dapat lesen baru....tak tahu berapa kena bayar...
setahun RM 30 - okey lah tu....satu hari 1 sen "sewa" lesen memandu
jadi renew 5 tahun ....senang ... lepas 5 tahun kemudian baru renew semula
harap kadar bayaran tetap seperti ini @ boleh kurang ke???

tengok2 nombor 2076 - kena tunggu 10 nombor lagi baru dipanggil
nombor ni....tapi tak sampai 10 minit dah dipanggil & tak sampai 10 minit dah siap!
cepat & cekap JPJ Melaka ni - ingatkan lama kena tunggu...terima kasih JPJ