CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Saturday, January 30, 2010

Fuyoooo! Caya la....


Buat pertama kalinya kita orang jakun....
Orang lain dah beribu2 lemon  
menggunakan kemudahan ini....
Ntah ngape selama ni tak nak guna mende ni...
Pada hal amat memudahkan....
Memudahkan bila nak membayo nya...
Tak ade la masalah terkial2 nak kuarkan 
duit2 kertas - duit2 syiling...
Masalah lain yang selalu aku hadapi ialah
kena marah - cepat la....orang kat belakang tu....
masa ni la baru nak kuar duit....
dari tadi tak siap sedia...
sekiranya aku jadi co-pilot 
mana tak kena marah 
sebab co-pilot selalu zzzzzzzzzz.......
Sejak dah guna mende ni 2 minggu lepas - 
aku pun senang lenang senang hati 
& boleh zzzzzzz tanpa had 
apa la co-pilot ni buat rugi bayo gaji dia
Aku rasa mahu makan ribu jugak
- sejak pandai mengguna highway ni - 
- sejak mula2 diperkenalkan highway ni....
- & masa dok kat KL sejak 10 tahun lepas...
dok membayo lalu ikut highway ni...
Nak cepat nak senang gunalah  
mende ini untuk lalu di highway 
yang menjimatkan masa & cepat 
jangan speed .....sekarang sudah ade kamera 
beradar saman dihantar dalam masa 24 jam....... 
berhati2 ketika memandu ye...
ikut speed limit ye.....

rakaman : merentas desa

 
Sebelum berlari buat warm-up dulu....ini separuh je yang datang!
yang lain ntah ke mana ...tak nak berlari la tu....

 
Murid lelaki berlari dulu.....

 
lepas tu murid perempuan 

Ini biasalah - kalau dah belakang2 tu - mulalah berlenggang kangkung - 
macam itik pulang petang - bila nak sampai semula ni.....

 
para guru  dengan penuh sabar menunggu ketibaan peserta

 
peserta lelaki - tempat pertama - Rumah Biru


peserta perempuan - tempat pertama - Rumah Merah


tamat dengan rasminya -  6.00 petang

Friday, January 29, 2010

Jom kita merentas desa!!!

esok 29hb....dah nak habis bulan Januari 2010
aku rasa sekolah2 menengah @ rendah seluruh negara sibuk yang teramat sangat, betul kan? 
kalau tak betul tatau la...Saya hanya buat gambaran macam tu....
Sibuk dalam pelbagai aspek...
Kat sekolah aku pun sama daaaa....nak jalankan tugas kena meeting -
kata putus dalam meeting amat penting...
Latihan rumah sukan pun sangat rancak....
Cikgu2 sibuklah nak cari wakil2 untuk pasukan masing2...
untuk dipertandingkan dalam sukan tahunan awal Mac nanti.

Esok sekolah aku ni buat pertandingan merentas desa jam 3 petang.
Teruja bebudak nak berlari di laluan yang baru....
Kalau sekolah aku ni - nak merentas desa apa!
Mana ade desa nak direntasnya....sebab terletak dalam kawasan bandar!
patutnya tukar kepada merentas bandar!
Laluan sebelum ini - budak2 akan berlari ikut jalan utama dalam kawasan bandar 
( kiralah bandar  la ni...)
ohhhh ini sangat bahaya...
Maka tahun ni  merentas desa melalui jalan yang agak kedesaannya 
agar kesibukan lalulintas sepanjang bebudak lari terkawal..
dan cikgu2 yang menjaga check-point pun senang!










Wednesday, January 27, 2010

Apa itu Kabbadi?


Kabbadi : Asean Games 2006

Pernahkah tuan puan mengetahui ade satu 
permainan sukan kabbadi? 

Baru tengahari tadi dapat tahu semasa meeting -
ade seorang guru mengemukakan permohonan bercadang untuk mengadakan sukan kabadi ...tanya punya tanya - 
apa itu sukan kabbadi? 
ade sikit info aku tulis kat bawah ni yang di catat  dari wikipedia....silalah rujuk lebih lanjut tentang hal ini...
Bila aku meronda2 mencari sukan cerita sukan kabbadi ini -
ade satu berita di Bernama.com....bacalah sendiri di situ...
rupa2nya dah sampai ke peringkat antarabangsa!
 
( bila baca2 cara permainan ini ,aku macam pernah main masa sekolah rendah dulu....seingat aku panggil main belon acah ....buat petak2 - ade 2 kumpulan - pakat main kepong2 - cuba nak keluar ke hujung petak - cuba meloloskan diri dari kepungan lawan...jika boleh lepas lalu kepungan itu sampai hujung - menang! ( ala2 rugby pun yer....!) 



Though kabaddi is primarily an Indian game, not much is known about the origin of this game. There is, however, concrete evidence, that the game is 4,000 year old. It is a team sport, which requires both skill and power, and combines the characteristics of wrestling and rugby. It was originally meant to develop self defence, in addition to responses to attack, and reflexes of counter attack by individuals, and by groups or teams.

It is a rather simple and inexpensive game, and neither requires a massive playing area, nor any expensive equipment. This explains the popularity of the game in rural India. Kabaddi is played all over Asia with minor variations.

Kabaddi is known by various names viz. Chedugudu or Hu-Tu-Tu in southern parts of India, Hadudu (Men) and Chu - Kit-Kit (women) in eastern India, and Kabaddi in northern India.

The sport is also popular in Nepal, Bangladesh, Sri Lanka, Japan and Pakistan.

( sumber : wikipedia )

Tuesday, January 26, 2010

TAHNIAH !


SEKOLAH TERPILIH SBT
Sekolah Berprestasi Tinggi



Sekolah Berasrama Penuh:

    * Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
    * Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)
    * Kolej Melayu Kuala Kangsar
    * Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
    * Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
    * Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
    * Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
    * Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
    * Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
    * SMS Muzaffar Syah (Melaka)

Sekolah Menengah Harian:

    * Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
    * SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
    * SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
    * SMK (P) St George (Pulau Pinang)

Sekolah Rendah:

    * Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
    * SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
    * SK Bukit Damansara (KL)
    * SK Zainab (2) (Kota Bharu)
    * SK Convent Kota (Taiping)
    * SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)

@@@@@@@@@@@@@@

DI RUANGAN MAYA INI - SAYA MENGUCAPKAN TAHNIAH
KEPADA 20 SEKOLAH HEBAT DALAM NEGARA MALAYSIA
nama mu terpahat di persada dunia pendidikan !


 KHASNYA KEPADA SEKOLAH JIRAN SAYA -
SATU2NYA DI MELAKA INI....
TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA DI SEKOLAH INI -
DARIPADA PERINGKAT  PENTADBIRAN TERTINGGI
HINGGALAH KESELURUHAN WARGA SEKOLAH -
SMS MUZAFFAR SHAH &
TIDAK LUPA JUGA KEPADA
YDP PIBG & AJKNYA  YANG SANGAT KOMITED
( siapa tu YDP PIBG??? Tn Hj ****** - sila semak sendiri la....)

Monday, January 25, 2010

Membayar hutang lapok!

Hutang lapok ni....
Hutang dengan KulnaLadyInRed....
Hutang tag - hutang jugak kan.......
Maka hari ini - aku langsaikan........"lega" dah......


‘3 sebab kenapa aku berblog‘….. ‘why i blog?’

Tahun ini aku bakal akan meraikan ulangtahun ke 2 aku berblog....berbelog? ok - ok ape2lah asalkan bunyi sebutannya jelas - jadi berbelog...maknanya ade belog...belog pada aku untuk buat catatan - tak kisah la nak catat ape - sebab belog sendiri kan...sebagai satu diari maya....masa sekolah2 dulu kita ade buku catatan - boleh lukis2 gitu...boleh melukis perasaan gitu....

Ok ...kita terus kepada menjawab soalan ringkas ni....Sebelum meneruskan ucapan saya ini kata2 ini ....Terima kasih yang tidak terhingga kepada KulnaLadyInRed kerana telah mengemukakan soalan ini kepada Sonata Anak Kancil ( Sonata a/p Kancil )...
TETAPI berbanyak maaaaffff  - ya ampunnnnnnn!!!.....

kerana dah masuk tahun baru "hutang tag" ini tak berbayo lagi wih....Mataku dok ngerling aje kat sidebar kat tepi tu....setiap hari dok ngerling2...alamak ...bilalah aku nak jawap soalan ni.....dah tahun baru dah...kalau hutang puasa tak qada2....boleh kena fidyah gitu.....

Ok - ok...aku jawab yer....( bukan main lagi aku kata sedang edit....!!!)

Jawapannya ialah : 3 sebab aku berblog:-

1. Sebabnya aku cikgu. Setelah sekian lama ( bulan March 2008 ) baru aku sedar - sepanjang hayat aku bertugas sebagai guru - banyak sungguh peristiwa2 pahit-maung-masin-manis yang telah aku tempohi...tapi semuanya itu tinggal begitu saja....lama2 benak aku ni, dah padat dengan macam2 cerita...macam komputer - orang kata memory dah penuh...bila dah penuh nak buat apa? kena upgrade memory la...ape ke mende tatau la nak sebut...bahasa komputer ni aku tak pandai...yang aku tahu bahasa santai....bahasa harian aku....jadi otak aku ni - otak manusia kan.....lama2 memory aku pun mula dah menunjukkan graf yang nak mencuram turun...hahaha dak mulalah ingat2 lupa....mulalah kadang2 bila bercakap...bila ye? masa tu kat mana ye? haa haa haa macam2 la....

Jadi aku ambik keputusan - aku catat perkara2 yang aku rasa  nak catat aku catat di blog aku ni....yang aku namakan ASAM GARAM KEHIDUPAN.....aku tengok banyak juga tajuk ni...tak kisah la...itu cara asam garam kehidupan dia orang kan - masing2 punya istilah sendiri la kan....Maknanya di sini...segala catatan aku sebagai satu rakaman berbentuk tulisan....aku catat dalam satu diari maya --- terima kasih pada teknologi ni yang mana aku baru nak bertatih dalam usia yang bakal2 menuju ke gerbang separuh abad ni....

2. Bila aku tulis cerita harian aku - bila ade kesempatan aku rakam dengan kamera cokia aku / hp cokia aku....gambar2 tu jadi kenangan abadi...bukannya senang nak rakam gambar ni kan...kalau tak ye ye ye sekiranya peristiwa tu penting kan....rupa2nya aku notis - kadang2 bila kita tangkap snap gambar - sekiranya apa2 berlaku - gambar yang kita snap tu boleh jadi bahan bukti!!! Jadi bila ade gambar - bila ade catatan - maka komplit la rakaman itu ---- hahahaha....boleh jadi bahan sejarah youuuu....! Kalaulah blog ni berlarutan tulisannya ( masih belum mahu berhenti....jika senang akan tulis ) ---- hu hu hu boleh dibaca oleh anak cucu.....Tengok ni tok mak / tok bak berbelog dengan kawan2 - tengok ni - emak / bapak kamu.....jadi boleh kita simpan sebagai kenangan....sebab tu aku berbelog.

3. Sebab seterusnya....mula2 aku berbelog sebab di atas la...aku teruskan berbelog ni...tanpa disangka2 - dapat agak dah ...( perasan je lebih ) - aku telah dapat ramai kawan ! kawan maya - bukannya kawan kembang setaman ( taman aku pun dah ramai kawan )....tapi kawan kembang se maya....dalam pada tu, ramai jugak aku tau ade silent readers....yang agaknya mencari2 idea / mencari2  sesuatu yang boleh dimanfaatkan --- jika ade kat belog aku, ambik lah...aku halalkan seme nya...sebab aku berpegang teguh - ilmu ni perlu disebarluaskan - supaya bertambah2 pahalanya.....!

Inilah  jawapannya Pn KulnaLadyInRed....
Harap  betul menjawab soalan!!! kalau jawab soalan periksa subjektif susah nak dapat 100% - tapi 95% boleh kot!


Kepada semua rakan2 di persada maya ni...bolehlah kita berkongsi jugak...kenapa uols berbelog....

sekian....wasalam.

Sunday, January 24, 2010

kisah anak asrama....

bersantai hari minggu....
dah keje sampai 6 hari....
hubby pun keje sampai 6 hari - dia ke KL/UPM  semalam

hari ini hanya berehat2 aje....
dah selesai makan tengahari ponggg....!


semalam jugak si Fahd kata datang 
ke asrama bawak barang yang dia nak
hari ni tak perlu sebab nanti agak jem - 
sebab budak2 bukan tingkatan 3&5 balik rumah
parents hantar anak keluar masuk - 
kawasan sekolah dia agak sempit hala ke asrama...



masa mula2 masuk sekolah awal tahun 
( yang sekolah berasrama )
cikgu sekolah pesan - mulai tahun ni -
setiap minggu balik rumah
sebab? bajet makanan asrama dikurangkan 
kepada 200 hari saja
nak tak nak - setiap minggu anak2 diminta balik ke rumah...
mulalah terfikir di benak ini....
kalau dah saban minggu balik ke rumah
macamana dengan aktiviti2 untuk
pembelajaran waktu hujung minggu di asrama?
maka serupalah seperti duduk di rumah....
( satu aspek bagus - pendekakata ada pro & con...)

@ jika anak2 yang kurang mampu - 
macamana nak balik setiap minggu?
maka macam2 lah banyak masalah yang
tidak dijangka akan timbul
jika anak2 yang ibubapa nya berkenderaan - 
bolehlah ambik - anak2 yang kurang mampu?
kenalah balik naik bas turun bas
macamana dengan keselamatan anak2 ni...
pendekata macam2 la rungutannya

kalau sekolah jauh dari rumah?
kalau dekat boleh la gagahi jugak kan...
maka kedengaran jugak di tempat aku ini tentang hal ini....

apa nak kata - akur aje la kan...


TETAPI belum dikuatkuasa lagi
berita telah keluar..
pagi2 aku dah dengar bahawa bajet itu ditarik balik
dalam surat khabar pun dah tertulis....

aaaahhhhh lega la aku ...
aku rasa orang lain pun lega jugak la kan....
budak2 yang kat asrama akan balik 2/sekali dalam sebulan...
ini yang balik bermalam...la...
berbalik kepada cara asal sebelum tahun ini...
nampak macam suka keadaan ini...kan


TETAPI sebenarnya setiap minggu pegi lawat anak ni!!!
setiap minggu bawak makanan -
ibu masak @ tidak itu soal nombor 2
yang penting setiap minggu
pegi ziarah anak kat asrama ni....
kena tanya tentang belajarnya
kena tanya macam2 - bahawa kita 
very2 caring tentang hal pembelajarannya
tak boleh dibiar - dilepas begitu saja...
kita selaku ibubapa mesti ambik tau hal dia...
maknanya anak ni akan rasa kita tetap menyayanginya....
ambik tau apa masalah yang dihadapi
maka begini la tugas aku sejak 12 tahun lepas 
sampai ke hari ni masih meneruskan rutin ini....


cuma tahun ni - bayaran makan di asrama telah berubah....
jika dulu  disabsidikan oleh KPM ...hanya bayar RM1...

tahun ni pendapatan ibubapa &
> RM 5000 kenalah bayar RM3!



Saturday, January 23, 2010

Siapa arah siapa???

Di pejabat pagi tadi - lepas aku habis kelas - menuju ke pejabat...

Masa pulak  pukul 9 lebih - 
biasanya kerani2 ni pegi minum kat kantin...
Pulak tu hari ini tak ade la kerani2 ni bekerja - 
yang datang sorang saja jaga front counter & CC
Aku pun bertembung la dengan sorang parent 
duduk di kerusi di luar pejabat ni
Aku senyum - dia pun membalas juga senyuman manis ku ini....
ha ha ha ...melirik senyum ku!
Aku tak la bertanya pulak apa urusan dia....
aku nampak dia duduk aje kat kerusi itu...


Aku pun masuk pejabat & buat urusan keje aku...


Tak lama kemudian
datang sorang murid masuk jumpa aku...


"Cikgu, pak cik tu kata dia nak jumpa kerani -
tapi kerani tak ade"
" Awak tanya pak cik tu, apa urusan dia dengan kerani?"


Budak tu masuk beritahu aku semula -
"Pakcik tu  nak pulangkan buku teks"
" Nak pulang buku teks?"


Aku pun keluar....


Maka bercakap lah kami - aku di dalam pejabat, dia di luar pejabat - yang memisahkan ialah kaunter pejabat bercermin....Bagai nak apa kami bercakap - yang aku ni pendek - yang dia tu tinggi -
jadi bayangkan la - aku menjengkit & dia bercakap 
sambil menjengok ikut lubang cermin...
bukankah nampak ketidak selesaan tu!

( pada hal dia boleh masuk ke dalam pejabat
- bercakap di kaunter ! )

Aku perasan parent ni pernah jumpa aku....
tapi bila dah lupa ....seorang kakitangan beruniform...
Yang aku tau parent ni jenis berseloroh bercakap...
jenis biasa2 aje - pulak tu loghat utara ! 
( ade juga yang luarbiasa - bercakap begitu menyusun kata2 - iyalah nak bercakap dengan cikgu sekolah kan!)


"Masuk encik, senang sikit bercakap ni...."
" Aaahhh ye la...senang sikit - kalau tak macam kat pejabat pos! "

 ( nak tergelak bila dia cakap macamtu....)
"Ada apa2 encik yang boleh saya bantu?"

" Ni cikgu --- anak saya suruh pulangkan buku teks ini -
dan dia arahkan saya ambik sijil berhenti sekolah!"
"Apa? dia arahkan encik ? - 
kenapa nak ambik sijil berhenti sekolah ?"
" Dia dapat sekolah teknik...."
"Mana dia surat tawaran ke teknik?"
"Tak ade pulak cikgu, saya ni baru balik dari  ***** malam tadi - 
pagi ni dia arahkan datang sekolah jumpa kerani ambik sijil "
"La....mana dia ?"

" Dia tak sekolah cikgu hari ni...." 
"Mana dia pegi?"
"Ada kat rumah...."

"Mintak anak encik datang sekolah - 
nak sijil berhenti kena isi borang dulu -
lepas tu kerani akan taip -
tapi hari ni kerani tak keje - hari ni sekolah ganti....
tunggu hari Isnin jugak....bila nak lapor?"
"Isnin ni....di sekolah teknik*****"

"Tak ape-tak ape....datang sini dulu pagi2 -
hari ni isi borang - nanti kerani taip hari Isnin kejap aje"
"Ok lah cikgu...saya cuba call anak saya ni....."


Sampai dah nak balik sekolah pun, 
aku tak nampak budak yang nak isi borang sijil berhenti ni....

Entah macam mana - bila kerani yang bertugas tu masuk ke pejabat selepas minum - aku pun ternampaklah fail - 

bukak fail & di dalamnya ade sijil berhenti anak orang itu....
keje2 kerani ni , aku tak ganggu - hanya kerani aje tau kerja2 dia...
kang tak fasal2 silap sana sini....

"La....dah siap sijil budak ni..."
"Biarlah hari Isnin dia datang ambik"


"Patutlah dia arahkan bapak dia ambik sijil ! "


Apa yang aku nak beritahu ini ialah :


Aku rasa  agaknya parent ni bertugas dengan arahan2 dari bos dia - maka anak dia mintak dia pergi ke sekolah ambik sijil itu- 
sama juga dia ingat dengan arahan2 yang diterima daripada bos
penggunaan bahasa di situ - diberitahu sebagai : 
anak saya arahkan saya untuk ambik sijil tu.....


Aku menggeleng kepala bila seorang parent &
anak yang berurusan sedemikan....

Macamana seorang anak boleh mengarahkan 
 bapanya untuk buat urusan dia???
yang dia sendiri tak datang ambik tu kenapa? 
apa salahnya kan - hari ni hari terakhir di sekolah ini - 
datang lah jumpa kawan2 buat kali terakhir! 



macam-macam.....








Friday, January 22, 2010

Parent - Teacher Day - MPH -TUC

Berikut adalah siaran2 tertunda .....


16 hb Januari 2010 - Saturday

Parent - Teacher Day di MPH - TUC ....
Bukan MPH kedai buku yer...
MPH - Multi-Purpose-Hall


Pukul 7 pagi gitu  - 
kedua2 laki-bini yang sangat prihatin akan anak2 nya....
berangkat ke stesen pertama :  
KMS - sorang anak masuk ke dalam kereta mak-pak nya - 
ikut sama  ke stesen berikut : TUC - Subang Jaya -
jumpa dengan anak bujang -
Sheikh Faisal namanya a.k.a Mohd.

Bermulalah era pertemuan 4 mata - 
pertemuan para pensyarah & ibubapa 
membicarakan prestasi anak yang belajar dengan mereka....


Setiap subject lecturer memberitahu prestasi 
anak dalam kelasnya.....bla - bla - bla...........

abah serius mendengar penjelasan drp Physic Lecturer


he can do - hope he could do much better in next exam.....
you must practise - practise - practise all the past years papers....

~~~~~ biasala kan....bukan nya luar biasa ---- inilah nasihat / ucapan standard 
bila mendengar penjelasan samada lecturer universiti wahima cikgu sekolah pun!












selepas selesai perjumpaan .....

makan ini.....

******************************

lepas itu - ke stesen berikut : 
UIAM - ade 2 orang anakanda di sini......


sampai ke stesen asal dah lewat petang.....


~~~~tamat~~~~


psssstttt......kerana nak cuti panjang sempena raya cina -
esok sekolah ganti!
ganti - ganti la....janji nanti cuti seminggu......seronoknya!

Thursday, January 21, 2010

Tidak pelik.....beli 2 dapat 3....

 meeting pengurusan dari pukul 12 - 2.45 petang
mana cikgu yang kena buat kelas tambahan jam 3 -
dipersilakan   arahan   bahagian akedemik
aku? 
kalau orang tengok, 
aku duduk atas kerusi lembut tapi keras berair-con
macam duduk saja....
ambik fail - bukak fail - 
baca surat - sain surat
kerja aku ni , ade orang kata - 
fening tengok aku kerja!

apa taknya
keje aku juga layan pelanggan yang macam2 ragam
mana ade seragam sama masalah 
macam2 hal
gini la keje aku...
jadi keje aku, memang keje letih....
baik aku guna kudrat kaki tangan   
minda ku bergerak aktif memenatkan


ala sudah la Cikgu Sonata - 
tak habis2 ko membebel keje ko
macam la dia sorang keje macam tu....
sebenarnya gini la - buat keje masing2 -
tugas aku sejak awal2 tahun begini la

ibubapa nak tukarkan anak ke sekolah sini - 
nak tukar sekolah sana .....macam2

**************************
pukul 3, aku mintak balik la.....
dengan alasan nature call   nak solat kat rumah
hari ni tak ade air paip kat sekolah
hu hu hu sangat2 problem


belum selesai aku solat....
sereikkkkkkkkkkkkkk.......
assalamualaikum...............

hubby balik....
kalau dia balik awai gini
ade le tugas dia sekitar bandar ni
"huh....awak tau tak?"
"takkkkkk!"
pagi2 lagi dah ke sana ke sini..... 
mana2 lah hubby sebut aje le.... isterimu setia mendengar

lepas tu .....hujung sana - hujung sini
lepas tu .....balik sana - balik sini - 
meeting kat sana - cek keje kat sini - 
lepas tu...... lepas tu......

hu hu hu....banyak lah lepas tu lepas ni....
begini la juga tugas hubby - meeting sana meeting sini

jadi kami sama2 sibuk dengan tugas masing2....
"dah makan bang?"
"makan sikit aje masa meeting tadi...."

nak dijadikan sebab...
aku terlupa nak bawak balik laptop yang di upgrade ram -
kasi laju2 sikit berjalan  kat pejabat
"ok la bang 

umi gi beli nasi lemak kukus kat Bear Hill
lepas tu nak gi ambik laptop kat ofis..."

"ok gak....tak yah makan malam...
letih sangat ni...."

Jam dah pukul 4 - aku terus berdesup ke Bear Hill
tempat biasa beli nasi lemak kukus
hasil jualan ibu anak murid aku.....
tapi bukan selalu pun aku pegi
bila teringin tu .... pegi la...

14 tahun lepas 

kami pelik rakyat hang tuah makan nasi lemak 
waktu petang / malam 

-----senyum------
-----balas senyum - senyum sedekah - free


" saya nak 2 bungkus
ayam goreng satu"

~~~~tunggu~~~~~
15 minit 
alamak cepat la sikit kak oiii
nanti ofis tutup!

aku dok perati cik kak ni letak nasi lemak 3  bungkus....
~~~~~siap~~~~~

"saya nak dua aje....."
"tak pe cikgu...
saya beri cikgu~~~
lama cikgu tak datang !"

alahai ~~~~ rezeki lagik~~~!

"berapa ni ? "
"RM 4.60 ( ringgit : empat dan enam puluh sen sahaja )"

alahai.....malu saya ni...
tak ape cikgu .....
dua-dua senyum melirik
terima kasih yer.....

lepas tu aku pun terus ke sekolah ambik laptop...
~~~hai merah baju~~~senyum.....bos tegor aku....
he he he.....sengeh
lupa laptop tuan! 


( murah kan? beli 2 dapat 3 & seketui ayam goreng )
( cuba kira mahal ke murah - ? )
( aku punya minyak kete yang dekat 20 km 
pegi balik tatak kira ka??? ) 

cukup lah aku makan satu - hubby makan satu - 
yang satu lagi sape la nak makan....
ade kang aku bergaduh berebut dengan hubby ....
tak ape - jika lapar lagi ....kita kongsi yer bang....


Wednesday, January 20, 2010

aku peramkan dia.....

hari Ahad 17hb
rezeki murah
terima kasih kepada pemberi hadiah


ntah berapa biji 
tak kira pulak
ade le 3 beg plastik


sape nak makan?
Farahin sikit, aku sikit 
habislah jugak 2 biji...
nak tambah makan lagi?
eehhhh tak berapa berani....
kolestrol tinggi - yer ke? menggemokkan ke???


Kopek untuk Farahin
dapatlah 3 bekas tipuware - guna - buang punyala....
memanjangkan sedekah dari aku pulak -
bawak balik ke kolej - kasi kawan2 rasa makan....

( aku dapat hadiah ) - sebab tak layak terima sedekah
sebab tu aku kata, aku dapat hadiah...he he he.....


Bakinya?
2 biji
sudah 4 hari terperok kat belakang almari
apa lagi....
aku kopek - peram aje le......
kasi simpan sama dia - boleh aku buat masak.......
TEMPOYAKKKKKKKK................................!
hu hu hu sedapnya.......
masak pucuk ubi sambal tempoyak!!!
TUNGGUUUUU..............hujung minggu ni 
( jika aku tak sakit M**** )



2 biji durian , aku peramkan dia.....







Tuesday, January 19, 2010

Begini la nasib kami......

aku pandang hubby
hubby pandang aku


aku tanya hubby
hubby tanya aku


abah  nak makan apa malam ni?
umi nak makan apa?

la ---- abang ni - kita tanya dia

dia tanya kita pulak daaaah...


-----pause----
solat


........ok umi....abang ade cadangan 
apa?
apa kata , kita pegi makan naan chicken tandoori 
kat Taj Restoren
kat mana tu?
kat BB


ok la....umi tak pernah pegi sana.....


okkkkkk..........
lepas magrib kami pun ke Taj Restoren di BB.....


he he he beginilah "nasib" kami bila tinggal berdua.....


( bukan selalu ponggggg.....
tapi ni akibat keletihan menggunakan kudrat fizikal hari ini 
yang dah nak masuk ke pintu gerbang setengah abad )
maka nak masak - rasanya tak payah la hari ni.....

inilah naan chicken tandoori - 
minum air milo

satu pinggan kongsi berdua - pun tak habis!!!
semuanya RM10  ( ringgit sepuluh sahaja ) 


Monday, January 18, 2010

Dah lega hari ni baru sihat.....

Lega rasanya hari ini!
Macam orang baru sihat - baik dari sakit!
Apa tak sakitnya.....tenet buat hal! sejak hari sabtu....

Kenapa pulak tenet buat hal?
Sebab line telefon putus...
Kenapa line telefon putus?
Anak kucing bermain2 kang belakang gerobok kecik tu...
Hai si anak kucing - betul la korang ni - nyusah kan aku je...
( aku agak diorang la punya kerja - sebab aku tengok dia bermain2 kat situ takkan aku nak tarik pulak kan.... )

Puas aku cari kenapa la jadi macam ni...
Wayar dalam spliter tu putus - 
lepas tu aku nak pasang dah tak reti -
sebab aku tak belajar - nak sambung wayar mana satu...
kang jadi apa2 hal...lagi susah.

biarlah orang yang pakar betul...

Aku pun tepon member kamceng komputer...
"Cikgu dial 100" dia kata - tanya orang TM....
( sorang kawan aku hubby dia orang TM - sape tu ?)
Cit - cat - cit - cat....ambik nama - ambik nombor telefon....
ok - ok dalam masa 24 jam akan beres!
 Nasib baik pagi tadi hubby ade kat rumah -
orang TM datang ...

Terima kasih TM....
tapi kadang2 streamyx ni buat hal jugak lah....
kenapa tu wahai orang2 TM???
saya tak faham.....



Thursday, January 14, 2010

Bila sakit perut - sapu minyak...

" kenapa ni?"


"sakit perut cikgu"


" tak makan pagi?"


"makan cikgu....tapi ntah la tibe2 je sakit"


" dah telepon ibu / ayah ?"


" dah...."


" ok tunggu ye....
nanti mintak ibu/bapa awak tulis borang keluar sekolah"

******************************************************

Sakit-sakit perut ni sakit biasa. Sebab ? macam2 sebab...ade tak makan pagi , ade sebab makan lebih sakit perut juga. tapi ade jugak yang luar biasa - contoh gastrik /masalah dalaman dll. 
Yang aku nak query ni yang biasa2 aje.



Aku nak kata selalu sakit perut tu takla....ade masa sakit gak.


Tapi yang aku sangat2 musykil hingga ke hari ini -
bila sakit perut orang kata sapu minyak kat perut.


Sapu minyak - apa2  minyak panas la...jangan minyak kelapa pulak...
kang satu badan bau minyak kelapa...
ntah lah ....kalau tak silap aku - 
dulu2 pernah gak orang kata sapu minyak gas @ 
minyak tanah ( yer ke???) - minyak pelita tu...


Sekarang dah macam2 minyak ade....sapu-sapu-sapu atas perut....apa kaitan sapu minyak atas permukaan perut dengan sakit dalam perut ni? Minyak yang disapu tu sampai ke dalam perut? hahaha ni yang aku dok tanya orang bila timbul sakit perut ni....tanya cikgu sains apa kaitan nya - pun tak dapat nak beri jawapan yang musabah... Apa hubungkait sapu minyak atas perut dengan sakit dalam perut tu???


Contoh lain - bayi - bila kembong perut - sapu minyak - aku pun dok bela anak kecik2 dulu - anak kembong perut 
( angin la tu kan ) - lepas sapu-sapu minyak ---- ekkk...ekkk....ekkk...sedawa - lama2 lega....tidur pun lena....


Jadi apa kaitannya bila sakit perut sapu minyak?