CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Thursday, December 30, 2010

JUMAAT CUTI???

Kisah Jumaat cuti umum - aku tak sempat dengar - sebab lepas habis game tadi - aku terus menyiapkan bahan @ ucapan untuk meeting esok.Ini baru siap - huhuhu...panjang lebar jugak!

Rata2 bloggers beritahu tentang cuti ini.

Terkejut jugak aku....

Hari Jumaat - hari pendaftaran murid Tingkatan 1 - tapi aku perlu menemani Farahin untuk urusan di KL
Macamana ni??? Lepas meeting esok aku  perlu bergegas ke KL -
sebab taklimat pagi Jumaat - nasib baik lah hotel belum booking - esok jugak Farahin mesti telepon pihak berkenaan - masih diteruskan @ ditangguhkan!

Terima kasih kepada semua yang sangat peka urusan cuti ini.

Terima kasih YAB PM mengisytiharkan cuti umum!  Terima kasih kepada pemain bola yang bertungkuslumus untuk memastikan kemenangan ke pihak kita.....banyaknya USD 100K! sangat berbaloi....kita orang tumpang gembira . Maju terus bolasepak negara!

18 comments:

CIKGU NAMAN said...

haha..itulah, dahla Jumaat hari last bekerja..kelam kabutlah kan?

sonata anak kancil said...

Naman : kalau game hari Ahad kan best - cuti Isnin !!!

Bapak said...

yg Bapak dah ambil cuti tahun siap2 ni camner pulak? rugi tu, nak minta cuti extra la atau ganti kerja hari lain, leh dpt double pay...heheh

Hjh Noralenna Abbas said...

Bagi pesara hari cuti macam hari biasa aje.Walapun gembira dapat cuti free, impak cuti pada hari yang telah diprogramkan aktiviti, cuba fikirkan, tentu ada yang mengeluh!!Terpaksa reprogram balik!

Cik Melor said...

salam perkenalan ya nama ku melor. nice blog

faraulah said...

huhuhu...jumaat dah apply for annual leave...rugi!

Kakzakie Purvit said...

Salam cikgu,

Walau kerja banyak bila kata cuti semua suka. Tapi cuti esok banyak kerja tergendala dan tertangguh....

atuk said...

Assalamualaikum Cikgu Sonata

layan bola juga yerr

hari jumaat ramai yg mohon cuti

Wassalam

sonata anak kancil said...

Bapak : tanyalah bos Bapak...boleh ke tidak !

sonata anak kancil said...

Kak Nora : program diteruskan ! ada bagus & tak bagus cuti ni...cikgu tetap datang ke sekolah jugak !

sonata anak kancil said...

Melor : Tk sudi datang ke AGK...dan sudah buat lawatan balas !

sonata anak kancil said...

Faraulah : sila ganti cuti itu...

sonata anak kancil said...

Kak Zakie : betul tu...ada yang suka - tapi sy kurang suka...bila ada kerja nak diuruskan...

sonata anak kancil said...

Rozali : W'salam - semua orang ngadap - kita pun tumpang jugaklah tolong sokong ! alhamdullilah dapat cuti...tak sia2 mmenyokong!

Maiyah said...

cuti jgn x cuti.. pasni kejeeeee :D

sonata anak kancil said...

Maiyah : keje jugak Maiyah !

Hairun Azmi said...

Selamt bercuti....:D

Bila saya blogjogging $$$$$$.....

sonata anak kancil said...

Miecyber : tak cuti jugak !