CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Thursday, October 21, 2010

hari ini kerja di rumah sahaja...huhuhu ayat skema

Sekian lama menunggu perisytiharan Melaka Negeri Maju 2010 - hari ini dapat hadiah cuti sehari daripada menjalankan tugas2 rasmi....( Lihat ye semua.....ayat yang begitu skema untuk menjelaskan hari ini adalah CUTI UMUM bagi NEGERI MELAKA sahaja....)

Malam semalam telah diisytiharkan tepat pada jam 20.10 malam Melaka di umumkan sebagai Melaka Maju 2010 di Stadium Hang Jebat.


Maka seperti mana zaman dulu2......
( apa taknya - arahan supaya setiap sekolah MESTI hantar 12 wakil warga sekolah....)


gambaran betapa ramainya rakyat Negeri Melaka yang pergi ke Stadium Hang Jebat malam semalam.....

seperti apabila menyahut panggilan  dipanggil ke istana


Pukul tabuh larangan
Palu gong pelaung
Titir canang pemanggil
Yang capik datang bertongkat
Yang buta beraba-raba
Yang tuli leka bertanya
Yang kecil terambin lintang
Yang jarak tolak-tolakan
Yang pendek bertinjau-tinjau
Yang kurap mengekor angin
Yang pekak pembakar meriam
Yang buta pemghembus lesung
Yang lumpuh penghalau ayam
Yang pekung penjemuran
Yang kurap pemikul buluh
( Talibun - nak tahu rujuk di wiki..)


begitu lah gambaran rakyat jelata yang di dalam jajahan Negri Melaka yang di minta memenuhkan stadium - tak tahu lah jumlahnya berapa...tapi difahamkan supaya lebih 50k rakyat jelata....memang penuh lah dalam stadium semalam..... 
walaupun kad jemputan pukul 7 malam....tapi aku dan Farahin keluar lepas magrib ...
hubby tolong hantar ( dia dah letih bekerja sebelum function - 
sanggup dia tolong hantar aje.....
 lepas tu dia minta buat laporan kat dia !!! ) hahahaha.....


sepertimana gambaran dalam talibun di atas....dari MITC dah mula jem !!! padahal kalau hari biasa ke stadium ini mengambil masa 15 - 20 minit boleh sampai...........keluar dahlah pukul +- 7.15 - lekat dalam trafic jem lebih kurang 1 jam.....! 
inipun hubby redah dengan Kancil....bolehlah menyusup di celah2 kereta besar !!! 
bila dah pukul 20.10 ( 8.10 malam )...kami tengok bunga api dari atas jambatan !!!  
sampai depan stadium CM pun dah selesai berucap....acara padang dah bermula....
jalan punya jalan dengan Farahin - semua level dah penuh...akhirnya jumpalah  sorang cikgu aku....dapatlah di level paling atas - grand stand..........
okey lah pada tak dapat tengok langsong!


lepas CM buat cabutan bertuah......punyalah nama tak bertuah ! tunggu jugak lah....
kot2 boleh dapat rumah ke.....he3x ....hampeh....kami pun mulalah turun keluar...jalan punya jalan masih berlegar dalam stadium ! laaaa...........dah jauh rupanya - terpaksalah aku patah balik ke tampat asal masuk - sebab dah terlampau banyak kereta / bas sekolah....
tak dapat nak cam jalan keluar !!!  
pukul 12 malam baru lepas keluar dari stadium....
singgah minum kat kedai mamak 24 jam ....sampai rumah pukul 1 pagi......
hahaha....sebab tu lah dapat cuti hari ni....


tersekat di dalam kesesakan yang teramat dasyat !





ini adalah perarakan masuk kenderaan solar - 
Melaka Negeri Teknologi Hijau....
beca pun guna solar tau !!! selama kayuh je...



jadilah dapat gambar kecik2 pun....dapat duduk paling atas...
guna pulak kamera cokia je....

18 comments:

::FAIZ:: said...

smart gambar stadium tu

مسافر اسلام said...

Assalammulaikom cikgu....melaka dah maju, minda anak-anak muda perlu maju juga. Cantik gambar2. MI tgk di tv shj.

No name said...

best nya Melaka satu lagi negeri bergelar negeri maju,,.. huhuhu.. kedah tah bila lar... tak nmpak apapun perubahan,,,

Unknown said...

tahniah org melaka... ko tak dapat cabutan bertuah pun tak pe... kan ko dpat cuti... kalau nama ko CM panggil utk cabutan bertuah, agak2nya sempat ke ko nak sampai ke pentas tu... hehehe

sonata anak kancil said...

Faiz : tk...dah pernah ke sini ke?

sonata anak kancil said...

Musafir Islam: w'salam.Patutnya macam tu la....tapi...hanya orang Melaka je tahu !

sonata anak kancil said...

Lizzie Yasmin : tk...suke - suke juga negeri maju ni...tapi saya suke ke Kedah...banyak bendang

sonata anak kancil said...

Shifu : kalau dipanggil memang sempat turun ke tempat cabutan tu...diorang beri masa...lepas tu hantar sms lagi ! aku juga melepas....

Relevan said...

Orang Melaka bercuti hari ni yer..Selamat bercuti..

Naz Mohamed said...

Salam 1 Melaka...Melaka maju,

apa nk buat, nak suruh anak murid hadir, cikgu kenalah ikut sertakan. Email bos saya suruh juga hadir, tp ayatnya DIGALAKKAN HADIR. Tak koser nk pergi.

Dpt tgk gambar cikgu kat sinipun jadi le.

Nida n' Hanafi said...

selamat bercuti dan alangkah beruntungnya warga melaka kerana duduk di negeri yg indah permai :)

sonata anak kancil said...

Releven : sape tak mahu cuti kannnn...

sonata anak kancil said...

Ummufaiz: nama dah hantar...siap i/c lagi...tapi ade gak yang tak pergi...kalau pergi semua tak muat stadium Hang Jebat tu !

sonata anak kancil said...

Nida : he3x....kita ni dah jadi PR kat sini...mencari rezeki di negeri orang !

atuk said...

Assalamualaikum Cikgu Sonata

Taniah Melaka

Wassalam

NzA said...

meriah...meriah...tahniah org melaka....muo cuti gak sempena menyambut jerebu.....he....

sonata anak kancil said...

Rozali : tk - bagi pihak negeri...silalah datang melancong ke sini

sonata anak kancil said...

Nza : nampak dah okey pulak ni...ade hujan sikit2 ni...mendung