CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Thursday, September 9, 2010

Projek Besar !!!

waktu ni sedang menyiapkan projek besar...

lihat lah projek apa ni...lepas maghrib tadi uruskan projek ini....

kena buat malam ni jugak...kalau esok dah tak sempat !
banyak mende lain nak buat ...

ntah sampai pukul berapa projek ini nak siap....
nasib baik lah sekolah cuti .....
kalau tak ....tak ade le aku nak buat ni semua

kenalah tunggu jugak....paling minima 4 jam kena rebus !



sarung ketupat yang mesti diisikan beras - bukan aku anyam pun !
beli sarung yang dah siap - sebiji 30 sen....belilah 100....jadilah...
 nasib baik lah ade jejaka2 idaman yang sanggup mengisi beras....lega aku ...
aku boleh buat urusan lain...

bersungguh2 nampaknya kedua  jejaka ini mengisi beras dalam sarung ketupat

biar diorang belajar isi beras ini...jangan tahu makan je - 
tapi tak tahu macam nak buat jadikan ketupat nasi
kira2 macam pratikal lah ni....hands-on !


dah mula merebus.......
( ketupat dah duduk diam2 atas dapur... terus solat Isyak & terawih -
alhamdullilah semua anak2 dah balik....
mungkin ini buat kali terakhir dapat bersama2 sekeluarga - 
tahun depan mungkin dah tak dapat  lagi kerana 2 orang akan ke oversea )

rebus pun atas dapur gas je....
gas pun dah stand-by extra tong ...
kalau habis - siap dah ade...mana nak cari kayu api nak buat rebus kat luar
tengah2 / pinggir bandar ni ! nak makan ketupat jugak....buat le sendiri



ayam masak merah dah siap !  sahur akhir nanti boleh makan dah.....
sekarang ni si jejaka sedang mengacau serunding ayam !
esok pepagi nak masak rendang daging pulak....hu3x


~~~ selamat hari raya ~~~


16 comments:

daydeck86 said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kak SAK
awalnya masaka ketupat kami esok operasi membakar lemang plak... eheheh

Ayah Zain said...

salam sak

SHRMZB

mesti meriah raya ini tahun tu.

chekdenoor said...

Selamat Menyambut Hari Lebaran.
Mudah-mudahan, kita semua memperolehi keberkatan.

nadz said...

Assallamualaikum Cikgu Sonata,

Kalau dekat boleh kita berbalas juadah. Ketupat daun palas dan ketupat daun kelapa! pulut dan jawi.

Alhamdulillah,
anak-anak yang rajin...yang mana yang akan ke oversea tu..

::FAIZ:: said...

Selamat Hari Raya

ISZA said...

memang projek besar tuuu..
saya kalau masak ketupat tak sampai pun 10 biji...

penjejak maya said...

salam,

ape la ertinya raya tanpa ketupat kan..

IMANSHAH said...

Salam, kami belah kelantan tak biasa dengan ketupat nasi, tapi ketupat pulut/palas memang kami xpert

sonata anak kancil said...

daaydeck86: SHR senang masak awal2...sebab nak raya kat kampung!

sonata anak kancil said...

AZ : SHRMZB....raya kat kampung ! memang meriah

sonata anak kancil said...

Chekdeenor:SHR - insyaAllah semoga kita sentiasa diberkati Illahi

sonata anak kancil said...

Nadz : SHR - sure punya ! saya suka ketupat palas....

sonata anak kancil said...

Faiz : SHRMZB - semoga riang ria

sonata anak kancil said...

CIkgu Isza : buat lebih - bawak balik kampung dan hantar kat jiran

sonata anak kancil said...

Penjejak Maya : ade ketupat...best lah raya kan ! kalau tak - hantam nasi impit plastik pun boleh...

sonata anak kancil said...

Imanshah : SHR - akak suka ketupat belah2 Kelantan tu !