CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, July 25, 2010

Empangan Durian Tunggal


Ini adalah salah satu daripada empangan kawasan tadahan air di Negeri Melaka. Namanya Empangan Tasik Durian Tunggal yang membekalkan air untuk kegunaan rakyat negeri Melaka...sangat cantik pemandangan di waktu petang semalam semasa saya pergi memantau @ melawat anak murid yang sedang mengikuti program bina insan di salah satu kem bina insan di kawasan ini...ada 2 pusat kem motivasi yang diuruskan oleh pihak individu @ konsultan tertentu...kalau tidak kerana murid2  mengikuti kem di sini, tak sampailah saya ke sini.

Tengahari ini jam 12 adalah majlis penutup, oleh kerana bos tak ade maka saya diminta menggantikan beliau untuk menutup rasmi program ini....maka akan berangkat lah saya ke sana pulak....hu hu hu....bertugas dihujung minggu...saya hanya pergi untuk majlis pentup aje...tapi petang semalam selepas balik seminar pun dah pergi jengok budak2 ni.....cikgu2 lain dah berkampung 2 hari....!  terima kasih cikgu....pretasi tahun up punya !!! ngeh3x


Ini lah nama kem tempat nak murid saya ber camping...bukan camping apa pun...tidur dalam chalet yang disediakan...zaman sekolah dulu rasanya  lagi seronok merasa tidur atas tanah dalam khemah - macam main pondok2...he3x.....masak sendiri - masak ke tidak ke....makan aje le.....budak2 sekarang ade suka macam ni ??? masak pun ramai tak pandai !!! ( rasanya ini untuk budak2 bandar kot...budak2 di luar bandar dah biasa dengan alam sekitarnya )
banyak benor kerenah nya...itu tak boleh ini tak boleh....

okey la kawan2 semua...mahu bersiap2 nak ke sini...jauh jugak dari rumah saya ni...lebih kurang 40 - 45 minit....trafic light bila merah  kena berhenti...kalau tanpa trafic light ....15-20 minit boleh tiba dah....bye

9 comments:

al-mankaraqi said...

salam ziarah!

atuk said...

Assalamualaikum Cikgu Sonata

selamat bertugas, walaupun hari minggu, ada ganjaran menunggu cikgu

nasihatkan kpd murid2
sekiranya ada tanda demam yg tak kebah, terus jumpa doktor, takut demam kecing tikus, nauzubillah

Wassalam

piewahid said...

ziarah lewat senja menikmati pmandangan empangan durian tunggal. kat kampung asal saya empangan ni dipanggil 'gedung'

aznaz said...

salam cikgu sonata


wahhh besar ayer empangan Durian Tunggal tuhhhh


wasalm

sonata anak kancil said...

al-mankaraqi : w'salam...lama tak datang !

sonata anak kancil said...

Rozali : w'salam...yer sangat membimbangkan...tapi alhamdullilah okey semua

sonata anak kancil said...

piewahid : panggil gedung ? gedung ni macam tempat simpan barang...lain tempat lain bahasanya...

sonata anak kancil said...

manzlie : w'salam...yer sangat besar dan tempat ini merupakan tempat kawasan keselamatan negara - bukan boleh masuk sembarangan

rosli said...

Salam Hjh Zaleha,

Info yang menarik dan aktiviti yang menarik