perayaan hari guru di sekolah aku pagi tadi dimulai dengan
perarakan masuk semua guru dari pintu pagar utama hinggalah ke pentas....
kami di arak dengan paluan kompang & deretan pembawa bunga maggar
sampai ke satu "perhentian" sebelum ke pentas
- pencak silat dipersembahkan kepada kami semua...
biasanya bila sambutan majlis rasmi lain...kami sebagai penonton saje.......
tapi hari ini...kami pulak yang diarak...............
bukan main megahnya anak murid menunjukkan ketangkasan mereka bersilat..........
acara pentas dimulakan.............semuanya dikendalikan oleh badan pengawas....aku pulak bos suruh bacakan perutusan KPM.....bos dah suruh - susah ape kan....baca aje le!
rakaman acara2 pentas ni tak lah aku dapat merakamkannya....sebab kami semua diraikan.......duduk diam le! tak pe..........acaranya sama seperti sekolah2 lain buat
( biasanya la )......baca perutusan & acara persembahan murid & juga guru!
kami telah memperbaharui @ baca ikrar ( sebab ni kena ikrar setiap tahun!!! ) dan tak lupa juga menyanyikan lagu Guru Malaysia......sape tak nyanyi rugi...sebab lagu ni hanya dinyanyikan hari ini ( sambutan hari guru ) saja - setahun sekali ! rugi - rugi - rugi sape tak nyanyi....
Tapi satu acara yang sekolah lain tak pasti ade ke tidak buat ke tidak ialah acara anugerah guru! macam anugerah APBH pulak dah.....
Jeng - jeng - jengggg.............. dijangka @! tak sangka aku telah dapat anugerah.....
paling prihatin? kalau tak dapat memang tak patut!!!
hadiah di dalam biarlah jadi rahsia untuk simpanan di guna
bawak bekal roti ke...kuih ke.....ke sekolah....
agaknya budak2 ni mintak aku lebih prihatin lagi
kepada mereka semua....
yang ini pulak ialah cenderamata ( goddie-bag ) di dalamnya
terdapat macam2 jenis barangan yang telah disumbangkan oleh
Majlis Staf , Para Pentadbir, Pengusaha Kantin,
Koperasi Sekolah & tak lupa murid2 pun ade menghadiahkan semua guru sebiji mug.....
( supaya cikgu rajin minum air kalau dah penat ngajar )
***************
selepas acara pentas...rehat...
( rehat makan cha - kuey - teow yang dimasak oleh cikgu K @ cikgu Din -
memang teror masak cha-kuey-teow ...sumbangan bos....&
spring potato hasil sumbangan majlis staf ) - kenyang aku ! erghhhh......sedawa kekenyangan
lepas tu ade perlawanan bola sepak , bola jaring & sukaneka
aku jadi penonton je......bolehlah aku meronda2 -
melawat2 melihat aktiviti yang sedang berlangsung.....
ni dia persiapan masak memasak untuk jamuan makan tengahari....
ade sekumpulan guru bermuafakat membawa berkat nak masak nasi minyak...
Cikgu Pengerusi Majlis Staf telah berjaya mengumpul dana untuk memasak ni....
dengan lauk utamanya kambing sekor ! ayam ntah la banyak jugak nampak -
makan untuk 150 orang dari semua peringkat lapisan staf di sekolah ini....
cikgu2 glamor sedang mengupas buah mangga , betik , belimbing untuk dibuat rojak
kelihatan cikgu K , cikgu S , cikgu MZ , cikgu I , cikgu Z......bukan main rancak mereka memotong buah2 ni...sampai tak perasan gambar istemewa mereka di snap oleh paparazzi
ni kambing masak beryani @ kari - lupa pulak nak tanya dengan chef ni...
asal masak sudahlah....habis!!! chef utama cikgu Z glamor baru pindah ke sini
dari Labuan....( orang Melaka balik kampung --- teror masak you ...! ) - merangkap cikgu disiplin jugak....& dialah jugak yang tukang masak nasi minyak
lepas memantau2 tempat cikgu2 tukang masak ni...
aku melawat ke tempat lain pulak ....
lalu depan kelas Pendidikan Khas....budak2 ni jemput makan lagi!
alamak.....makan lagi...........aku hanya makan us-pizza - kentang goreng
sebab dah kenyang makan cha-kuey-teow tadi....
majlis makan2 di kelas PK....kus semangat makanan....mewah sungguh!
murid2 & guru PK telah menghadiahkan kepada aku sebentuk brooch....nak mintak aku melawa aje le tu....bukan main cantik lagi....lupa pulak nak tayang2 kat sini.....
*******
di bawah ni pulak ialah makanan semasa jamuan makan tengahari tadi...
semua kuih muih / buah2an dan sebagainya adalah sumbangan daripada para guru
dan individu luar
kek saje ade 5 biji yang disumbangkan oleh bekas anak murid , guru , badan koprat
ni pulak adalah hidangan untuk pentadbir.....penuh meja...
mana la nak letak pinggan makan ni...
macam2 ade .... satay pun ade! cendol pun ade....macam2 la....
mana larat nak makan semua mak oiiiii.....
akhirnya semua makanan yang tak habis dimakan....semua ditapau sikit sorang ....
dan akhir sekali...semasa acara bertukar2 hadiah aku telah dapat hadiah misteri ini
sebuah album gambar yang tersangat la cantik!!!
( gambar pun dah tak banyak nak letak ....main sumbat kat CD aje!!!
tak pe tak pe...suruh aku banyak bergambar lagi le tu )
acara berkaraoke tidak dapat dijalankan kerana kesuntukan masa....
kalau tak.... sure aku karoke kan lagu Butakah Cinta....he3x ....ye le tu.....!
~ kenangan berlalu untuk sambutan hari guru tahun 2010 ~
terima kasih kepada semua yang telah
menjayakan sambutan hari guru tahun 2010
bye bye....jumpa lagi di tahun 2011
doakan cikgu semua panjang umur & sentiasa sihat walafiat
untuk menjalankan tugas
demi untuk mendidik anak bangsa
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA