CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Friday, March 26, 2010

jom......kita berkhemah !

Mulai pukul 3.00 petang tadi...pengawas dah mula sibuk mendaftarkan diri untuk mengikuti perkhemahan kepemimpinan ...
perkhemahan @ kursus ini bemula hari ini hingga tengahari Ahad....


mana2 pengawas yang ade alasan kukuh,
yang tak dapat dielakkan lagi telah dikecualikan
mengikuti kursus ini....
( tak ade lah aku ni sebagai cikgu yang tidak berhati perut langsung!!! ) kang tak fasal2 kena dakwa dakwi ....ho ho ho ....jangan cari fasal...
cikgu2 aku  buat semuanya ikut prosedur....dan semuanya dalam kawalan




khemah mula dipasang....

1

proses pembinaan khemah untuk pengawas lelaki
menentukan tapak khemah
khemah dibina dipadang sekolah 
pengawas lelaki tidur lambak je....!

2

 dah mula nak menaikkan palang tengah

3

tolak kuat2 cikgu....kang roboh khemah tu....!

4

tarik kuat2.....sedang mencacak tali khemah





khemah pengawas perempuan yang sudah siap dipasang
 khemah pngawas perempuan ni istimewa sikit....


pssstt........... terkenang la zaman sekolah menengah dulu, pernah berkhemah di sekolah juga
menyertai pekhemahan pandu puteri dan pengakap....best betul!
malam esok , kat di sini kita orang akan buat malam kebudayaan.....ade barbeque .......ni yang best....


ini zaman sekolah....zaman jadi cikgu pulak...
pernah jugak berkhemah pandu puteri 
kerana mewakili negeri Melaka untuk perkhemahan pandu puteri peringkat kebangsaan & komanwel semasa sukan komanwel di Malaysia tahun 1998....berkhemah di Ulu Bendul, NS.



32 comments:

nadz said...

Assallamualaikum, mama teringat zaman berkhemah dolu-dolu apabila melihat gambar kat bloq cik Sonata.. apa pun kita seronok dengan kerjaya guru..slm.

Che' Pit said...

hmm dah lama x berkhemah ni.. sekali sekala seronok juga kan

aznaz said...

salam from makkah...


bestnyer dapt berkehmah dan barbeque tuh

lama tak merasa...


waslam

Yunus Badawi said...

Dulu masa aku sekolah menengah, kami berkhemah di hutan. Skrg kat padang sekolah aje. Apa kelaaaaasssss? hehehe

mknace unlimited said...

:) :) :)
selamat berkamping..
kami buat kursus setengah hari jer..

ahmad humairi said...

berkhemah biar berhemah,
jaga disiplin,
jaga keselamatan..
cari pengalaman..

Ayah Zain said...

Salam

best juga berkemah kat padang.

Cikgu Yang said...

Salam!! Bestnyer!! terkenang kisah2 lama yang masih subur dalam ingatan. Bilalah agaknya nak berkemping lagi!! Rasanya dah takada chance lagi he he he!! Selamat mengawasi anak2 murid, banyakkan doa supaya semuanya selamat.

ONE ZABA said...

pastikan diorang tu tak belasah mi maggie je. ada yang tumbang kang.

rezeki said...

salam cikgu SAK

last sekali saya berkhemah di Gunung Ledang dulu, malam dibantai dek hujan, habis semua lencun psl lebat sangat, lembab2 pun psl letih sgt , kami terus tertidur hehe

Catwoman said...

Salam SAK......

Wahhhhh best nye!! Berkhemah gituuuu.....nak tumpang berkhemah jugak la.

:)

sonata anak kancil said...

nadz : salam...bila berkhemah macam ni....semua guru sebenarnya juga seronok!!!

~Ikut Rentak Jari~ said...

selamt berkhemah lah yer ..
semoga semuanya berjalan ngn lancar ..
semoga tak ujan di malam hari..

مسافر اسلام said...

Salam....bestnya..nak join boleh tak...jadi fasilator...boleh traning satu skot kesedaran pada adik2 ini...cara hebat menjadi peminpin yang di segani...heheh..pandai2 MI ini kan...

adie said...

wah! bestnyer dapat berkhemah.kali terakhir saya berkhemah rasanya zaman sekolah² dulu kut.huhu

atuk said...

Assalamualaikum Cikgu Sonata

Anak saya sekarang ni perkemahannya di sekolah, petang tadi hantar dia

Wassalam

NzA said...

pelikkn budk2 skrg...camping pn xminat..kalu kita zaman skolah rasa sronok sgt nk ikuti program cam gini...

sonata anak kancil said...

Che Pit : pasang je khemah depan rumah tu....berkhemah lah

sonata anak kancil said...

Manzlie : mintak CL buat perkhemahan untuk rakan2 PDKM...tentu lagi best!!!

sonata anak kancil said...

Yunus Badawi : hutan dah tak ade kat sini.....berkhemah kat padang lagi lapang!!!

sonata anak kancil said...

Mknace : bawak budak2 berkhemah dalam kawasan sekolah je....tentu suka budak2 kecik tu

sonata anak kancil said...

Ahmad Humairi : oh .....keselamatan anak2 sangat2 penting...harap semua selamat...pengalaman yang penting..budak2 bandar ni mana biasa bekhemah2 ni....

sonata anak kancil said...

Ayah Zain : senang macam ni AZ...budak2 boleh kawal....tak boleh menyelinap2 sana sini....kalau dalam hutan...buat dia orang nyorok belakang2 pokok tu....hahaha payahlah nak cari

sonata anak kancil said...

Cikgu Yang Azmah : harap semuanya berjalan dengan lancar....bila buat2 pekhemahan macam ni @ apa saja...keselamatan budak2 amat penting!!! buat khemah sendiri cikgu! berkhemah jugak

sonata anak kancil said...

OneZaba : dioarang ni tak macam kita dulu2....namanya bekhemah...makan minum semuanya ditanggung beres!!!

sonata anak kancil said...

Rezeki : saya pun pengalaman masa camping kat Ulu Bendul....bantainya hujan @ air turun dari gunung....habis ranap khemah...pasang semula...tidur dalam lembab2.....!!!

sonata anak kancil said...

Catwoman : berkhemah kat Gunung Jerai lagu best!!!

sonata anak kancil said...

Ikut Rentak Jari : lepas magrib semalam dah nampak tanda2 nak hujan!!! palan B - tidur dalam kelas

sonata anak kancil said...

Musafir Islam : pucuk dicita ulam mendatang....akan datang sonata akan hubungi MI....!!! best ni....sure budak2 terpegun kehebatan MI berceramah

sonata anak kancil said...

Mr Penyu Biru : jom kita berkhemah geng2 bloggers....! jadi punya

sonata anak kancil said...

Rozali : wow...macam janji2 aje.....sekolah jiran saya pun berkhemah kat sekolahnya jugak!!!

sonata anak kancil said...

Nza : yang mereka penting...tuition la....pergi belajar piano la.....itu ni....pelik betul budak2 ni...