CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Saturday, October 31, 2009

Berhibernisasi.....

Sabtu 31.10.09

hari ini hujan sepetang nak kata lebat sangat ntah la -
lebat la jugak - kain baju tak kering sekering2nya...
yang penting pokok2 tak perlu diberi minumannya.....!


tak lama dah, lagi 2 bulan nak penghujung tahun, tirai 2009 semakin sikit lagi nak melabuhkan dirinya....lagi 1 bulan jugak aku nak ke oversea...
sebab tu aku semakin rancak nak menyiap siaga lebih awal per
siapan pembukaan persekolahan tahun 2010 jika boleh sebelum 30.11.09 -
kalau dah beres, aku bolehlah bersenang lenang -
bebas dari beban tugas! he he he...mau rehat la...
dah 11 bulan dok kerje -kerje - cuti sekolah ni aku ambik pe
luang ,
berehat lah kejap...pertengahan Dis lepas aku balik, aku sambungla keje semula....

Seharian aku berhibernisasi di rumah aje....

Nak buat N3 yang baru - memang ada -
koleksi gambar2 pun ade - biar dulu la...Aku layan emosi aku dulu .....

Cermin kereta 2 hari lepas dah pun selamat digantikan...kena RM 80
( kalau tak silap - hubby bayar...)

Kisah itu akan aku bukukan dalam buku sejarah hidup aku.
Untuk itu, sebab tu, aku rakam catan itu di dalam blog aku ni....

Bila dicerita2kan dengan rakan sejawat -

kemungkinan besar aku ini telah diekori dari bank lagi...
Kalau tak apa fasal...tiba2 kereta aku ditujunya???
banyak kereta lain berderet di belakang aku...
kereta ku nombor 2 jadi sasarannya....
Jadi ini adalah untuk peringatan &

jugak didapati ramai yang turut simpati dengan diri aku ni -
aku ucapkan infiniti terima kasih....

Bukan untuk sejarah hitam hidup aku saja - tetapi untuk dikongsi bersama -
kes itu benar2 terjadi dalam hidup aku -

semoga jadi peringatan kepada semua....
Seolah2 dalam negara kita yang aman makmur ni sebenarnya tidak selamat....
Amat mengerikan....Oklah kita simpan kemas2 dalam buku sejarah hidup -
inilah salah satu rencah dalam Asam Garam Kehidupan
yang menyedapkan lagi masakan kehidupan aku....

Ketika aku berhibernisasi di rumah - ini lah kerje2 aku -
di samping berjalan2 di alam maya....
( he he he macam di awangan2 pulak ye.....)


Buat kek cokelat kukus

- jangan tatau tepung kek ni asalnya nak buat hari raya hari tu...nasib baik belum expire - kalau tak ditongsampahkan !!! Nampak besar kan? makan hanya untuk bertiga ( hari ni Fahd balik rumah ) saja , tu pun hubby jamah sikit aje - TAKUTTTTTT.....konon la tu, takut gemok, padahal dialah yang suke cokelat2 ni....Takpe, usah gundah gulana,

esok Fahd bawak balik ke asrama,
aku sedekahkan untuk makan bersama kawan2nya....



Aku jugak merajinkan diri menggoreng keropok keping
yang dibeli di Batu Rakit, Terengganu semasa balik dari Kelantan
masa cuti Deepavali hari tu....makan bersama nasi goreng...
he he he ...nasi goreng tak sempat nak digambarkan....

Makan dengan Fahd - habis!!!
( hubby pegi bergotong-royong - jangan tatau orang Melaka ni rajin2 -
suke bergotong-royong -mengeratkan silaraturahim )



Selepas tu, aku membongkarkan saki baki jajan
dalam bekas kuih semasa raya....
tu lah yang tinggal "sisa" nya....kerepek pisang, kuih bangkit,
kuih gunting / goreng - aku masukkan dalam bekas2 tu,
esok jugak aku suruh Fahd bawak balik ke asram
a...
kasi raya sama budak2 asrama...suke bukan main ,
kalau dapat makanan .....bekas2 kuih tu, aku dah nak simpan...



Aku jugak sempat mengelap, pasu2 ini yang dibawak balik
dari pejabat aku kat sekolah...pasu2 ini adalah sobenir dari
Sabah &
belakang tu bakul mini dari Sarawak - semasa aku ke sana....
( kalau kecik beno - Zoooooommmm sendiri ....he3x cukup la tu )
Kenapa letak kat rumah...seperti kat bawah ni???
kerana pernah aku katakan bilik pejabat aku nak direnovatekan...
last Friday,aku pulun angkut seme sobenir2 ni ke rumah....
dah bersepah pulak dah kat rumah aku ni.....nak wat guana....
takkan nak campak merata tempat,

lagi le bersepah2 kan....huhuhu...orang bagi beb.....aku simpan...
lawa kan,buat tatapan seharian kat rumah.




Ni lah deretan atas cabinet aku susunaturkan teko2 mini dan sebagainya
(he he he...hobi lah....yang cute miut ni ) -
pasu2 tu tadi, aku letak kat hujung , nampak ?
ade lagi sambungan mini2 teapot ni -
ambik gambar sekerat cukup la.....macam2 teapot mini ade -

kalau takat aku ngan hubby nak minum, aku capai aje lah teko kecik....
sambil buat tatapan , aku guna jugak...kalau 3/4 tetamu -guna yang besar.....



aku pun sambung berhibernisasi........

Tuesday, October 27, 2009

Ya Allah, aku amat bersyukur kepadaMu...


Lokasi :

Di trafic light depan SM Sains Muzaffar Shah ( high-way ) - lampu merah -
semua kenderaan berhenti - patuh undang2 jalan raya....


Masa :

Dah dekat pukul 5 petang ,
sebab aku baru balik dari bank settle duit kereta...

Aku :

turut sama berhenti belakang sebuah kereta -
aku berhenti tengah2 ( ada 3 lane ) - kiri kanan aku ada kereta jugak,
belakang aku pun aku notis ade kereta....
dalam kepala aku, berangan2 nak terus ke Jusco - nak beli ABC...


Tiba2....KETUKAN kuat cermin kancil aku ....
TERKEJUT! handbag aku nak diragut -
dengan cepat aku tarik sekuat hati handbag aku -
terlepas dari tangan peragut - terus dia lari ke motor kawan dia di depan -
dan terus pecut lari! Orang kiri kanan yang tengok agaknya terkejut -
lihat cermin pecah berkecai - tak boleh buat apa2...
tapi alhamdulilah handbag aku dapat diselamatkan -
aku sentap handbag sekuat aku.....tangan peragut itu agaknya luka kena kaca cermin...biarkan...ntah2 tak jadi kudis pun pada dia.


Aku pun teruslah balik ke rumah....
Contact semua mereka yang berkaitan...

Aku dinasihatkan pergi ke klinik untuk membersihkan
kaca2 kecil ditangan aku, kedapatan luka2 sikit terkena kaca itu....


Ya Allah, aku amat bersyukur kepadaMu dengan kejadian petang tadi...
masih menjadi rezeki aku lagi...
aku sujud syukur, aku solat hajat, aku baca Yassin...


Aku jadi fobia , berlaku begitu cepat...masih terngiang2 di ingatan aku ni...

Aku tahu aku sangat zalim - aku mendoakan :
Ya Allah, Kau turunkan musibah kepada peragut itu!!!
Aku berserah kepadaMu Ya Allah...



Sunday, October 25, 2009

Faisal & Fatehah


Hari ini kami sekeluarga telah "berkampung" di UIA

Kerana "meraikan" hari kelahiran kedua-dua anakanda ....

Saban tahun begini la..."jimat" kos....sekaligus, jalan serentak...

Oleh kerana masing2 semua di tempat berlaian -

Sheikh Faisal @ Mohd telah datang ke UIA...

Lepas siap makan - hantar dia balik ke Taylor's Univ.College....

Yang tiada hanya Sheikh Fahd sebab tak dapat bersama kerana tinggal di asrama - semalam petang aku dah lawat dia & beri sebab kenapa tak dapat datang hari ini...

Tahun ni kami berpiknik di tepi kolam ,
somewhere kat tempat festival konvo tempohari...

Datang bersama meraikan - Farhan (UIA ) , Farahin ( KMS ) ,
Ayeen ( UIA ) & Aween ( Kolej UIA ) -
anak mak-pak lain dari Sabah - dia orang ni sisters &
Ika - (Selangor ) - housemate Aween


Selepas hantar Mohd - hantar Farahin ke KMSeremban - 6 petang tiba rumah



Umi & abah sentiasa mendoakan kejayaan anakanda -
semoga kalian menjadi anak yang soleh & solehah -
cemerlang di dunia & juga di akhirat


Friday, October 23, 2009

Semua perlu dipenuhi , semua kena pantau....


Sekali sekala - SAK muncul semula....

Cite balik dari Kelantan tak habis lagi - nanti aku upload gambar &
story bila lapang....Bila lapang? Bila aku dok saje2....
bila dah keletihan - nak relaxkan urat2 yang kejang lagi kejong
di sekolah - sebab asyik berjalan ntah berkilo2 meter gamaknya....


Ok la lah layan aje la gambar2 yang ade lain -
aku suke upload gambar makanan aje -
menunjukkan aku sentiasa makan !!!




Ini adalah Music Club Dinner di Equatorial Hotel - mahal lo.....
nasib baik guru penasihat telepon aku - aku memang dah lupa -
sebab penat baru balik dari Kelantan - dinner ni pada 19.10..
kalau tak melepas la aku....tapi depa kena call aku jugak -
kalau tak sape nak penuhkan meja utama itu???
Jadi nak tak nak,penat ke,letih ke -itu soal ke 2, yang penting,
sape2 yang jemput aku - selagi tak ade halangan yang sangat2 ketara yang menyebabkan aku tak dapat memenuhi jemputan -
insyaAllah aku akan pergi...Harapan orang menjemput - aku kena pegi jugak....
TK
Mr. RH....hehehe....ini guru cemerlang - jangan ko orang tatau.....

Persembahan live band tu oleh pasukan muzik sekolah aku le tu....huhuhu...tak yah nak sewa2 band lain....gaya profesional gitew....

Dinner ni dikendalikan oleh junior untuk F5 & U6 yang akan "meninggal" sekolah....


**************************************************************************************
Ini pulak ialah jamuan hari ini -meraikan hari terakhir salah sorang GKMP yang dinaikkan pangkat sebagai GPK Koku di SMKKG - apa nak kato -
takkan nak ditahankan - dah arahan - kenalah dipenuhi arahan itu!


Sorry ....dah habis! Sape yang masak sedap2 nih???
Hahaha.....seorang GKMP dengan bantuan kakaknya....
tugas aku bawak pinggan mangkok & serba serbinya la....


*************************************************************************************

Dalam aku sibuk menyibuk ni semua - budak2 yang dah selesai PMR MESTI dipantau....Kalau tak....huhuhu.....lagi kejang kejong lah urat sarap aku ni kalau nak berlari bersama depa...dengan pantauan oleh guru2 lain - program2 yang dikendalikan oleh kaunselor , budak2 ni yang dah tinggal 1/3 daripada jumlah F3
( entah ke mana lesap nya - ramai tak datang - ambik kesempatan agaknya - selama ni dok datang sekolah pulun belajar ) .....bolehlah aku kalih2kan ke tugas2 lain.....Aku dah pesan - datang sekolah seperti biasa ! Bukan seme dengar cakap...( telinga seme ada 2 - tak nampak pulak yang ade telinga sebelah aje ) !

Ooo....ok ok...aku nak luruskan kaki nih...esok ada LADAP pengabis.....
MESTI dipenuhi jemputan lagi arahan ini!!!

Wednesday, October 21, 2009

Habis dah duit aku....opppsss bukan ...bajet KPM la

Hari ni aku dah boleh menarik nafas lega...

Selesailah sudah Program RIMUP peringkat kelompok - sekolah aku & 2 lagi sekolah jiran. Bajet RM 2000 untuk setiap sekolah MESTI dihabiskan dengan program RIMUP yang merangkumi 5 kategori .

Esok , last sekolah rakan sejawat aku di SMTMTBP - uruskan ke program lawatan rumah orang tua.

Sekolah aku handle 2 kategori - iaitu kategori sukan & permainan ( pada 14.10.09 ) dan tadi kategori ko-kurikulum . Yang hebatnya program peringkat kelompok hari ini - dikendalikan oleh anjuran bersama Panitia PSK - yang buat program khidmat masyarakat - pameran & persembahan 1Malaysia , dan ceramah gejala sosial oleh Timb Datuk KP Melaka. Selepas acara perasmian untuk program RIMUP - semua peserta RIMUP mengikut ceramah gejala sosial ini....

Lepas itu diadakan jamuan 1Malaysia....120 murid dari 3 buah sekolah ....semua gambar2 tak dapat aku nak snap sebab aku terpaksa bersama Timb Datuk KP mengikuti ceramahnya - semuanya di snap oleh jurugambar sekolah....banyaklah gambar aku ni merata majlis......lepas tu dialbumkan untuk dokumentasi sekolah.

Monday, October 19, 2009

Dah balik - berhenti - makan - beli barang

Bertemu kembali di alam maya.....terima kasih atas kunjungan & jengokan rakan2 yang sentiasa berkongsi cite2 harian aku - yang aku rakamkan dalam bentuk catan & jugak rakan2 yang buat pertama kalinya singgah ke teratak burok ku ini....Ucapan selamat jalan , selamat pergi dan balik amat aku hargai....


19.10.2009

Dah selamat pulang ke negeri sendiri ! Penat lo....sampai hampir jam 2 pagi....he he he - semuanya enjoyed - nice trip & holidays!

Hari ni sekolah cuti - lepas hubby gi keje aku pun ......zzzzzzzzz.........sampai la tengahari - kepala pening. Apa tak pening , jalan jauh satu hal - huhuhu....ntah berapa banyak aku & ahli rombongan simpan duit kat 2 buah negeri yang lawati itu....Kawan2 kat Kelantan & Trengganu - aku rangsangkan ekonomi negeri mu...patutnya ko orang ucap terima kasih lah aku & rombongan aku ni...Ambik purata la - kalau sorang RM1000 x 10 = RM 10000!

Itinerary kita orang:

1. Dari sekolah jam 9.30 malam - berhenti kat Muazam - berhenti kat Setiu
( subuh ) - berhenti breakfast di Pasir Putih ( aku makan nasi dagang ).

2. Terus ke Rantau Panjang - shopping - tak lah sampai tahap giler ! semua line clear - aku beli paper bags sebab nak buat cenderamata untuk 160 tetamu program hari Rabu ni. Orang lain aku tak tahu -tengok2 penuh kat bawah bas tu!

Makan tengahari kat RP - cendol secawan tak cukup !

3. Lepas tu , kita orang tiba kat Hotel Raudah - dah jam 2 lebih & aktiviti bebas. Aku dah kepenatan - mampu ke MPKB saja .

4. Lebih kurang 5.30 petang kita orang ke PCB - tengok2 ade orang main layang2! Nice beach...Kat Melaka - habis kena tambak! Aku makan nasi goreng - style sini la....biasalah pegi tempat orang, kena makan jugak lah kalau tak lapooooo......


Pantai Cahaya Bulan

5. Kita orang terus ke Wakaf Che Yeh....Dengan cikgu Khairul + cikgu Nisah - kami berjalan - cikgu Nisah dok sibuk2 pilih baju - last2 aku dengan cikgu Khairul dah tercicir /terpisah dengan cikgu Nisah . Akhirnya kami jalan2 - tengok2 orang dok berjual. Kemudian emak cikgu Khairul telepon -mintak belikan toto - narita - kami pun cari, rupa2nya dah tak ade stok - yang ade lain jenis....jumpalah aku kat satu gerai yang tak ade orang - biasanya bila tak ade orang aku suke masuk - senang nak tawar menawar. Oleh kerana kepenatan aku duduklah kat kerusi - cikgu Khairul dok belek2 comporter - dia tak reti nak membeli & menawar - dia suruhnya aku tolong beli....( cikgu GSTT )....



kelihatan geng2 aku dah mula ke dalam gerai di Wakaf Chek Yeh

antara gerai di sini

buah duku ...beli 1/2 kilo , nak makan selalu

Dalam masa aku dok belek2 comporter ni - orang mula datang - dia orang ingat aku penjual - semuanya tanya kat aku....apa lagi, aku pun berlakon jadi penjual - mana yang boleh aku kecek kelate aku pong kecek kelate....macam2 aku tanya - ade yang datang dari Pasir Putih, dari Kedah, dari Muar - ntah dari mana lagi....merayu2 mintak kurang - aku kata harga 45 rial - tapi kita buiii 35 rial aje hari ni! nak 30 rial - huh tak dapat la mek....tokey sebenar senyum dok tengok aku melayan pelanggan.... cikgu Khairul nak pecah perut dok ketawa kat aku...ramai jugalah orang beli - mahu lebih 10 orang! bila dia orang bayar kat aku - aku kata - beri kat tokey besa tu - saya ni tolong2 aje - tokey kecik!!! akhirnya aku dapat pujuk tokey besa dengan harga 30 rial ....cikgu Khairul beli 2 , aku beli 1.....punya lah nak tergelak....tokey sebenar , ucap terima kasih kat aku, sebab dia kata aku bawak rezeki ke pada dia.

inilah comporter yang aku tolong jual

6. Pukul 9 malam kita orang pun balik ke hotel - keletihan. Lepas urus diri semua - aku yang 'bujang' dah kelaparan - pegi ke restoren berhampiran dengan cikgu Khairul - dia pun lapar jugak. Makanlah nasi + tomyam + telor bungkus = yang lain2 jenis tak leh gi....sebelah petang tadi aku dah makan nasi goreng kat PCB - ( sorry - aku dah rasa lain macam - nak tak nak makan aje la....macam aku cakap lain negeri tak sama masakan dengan tekak kita kan!!!)

******************* oklah aku sambung esok pulak sebab sibuk nak siapkan gifts untuk esok

Friday, October 16, 2009

Pintu berkunci...


Aku kunci pintu rumah ku....
Wahai teman2 , tolong tengok2kan / jeling2kan kat rumah aku nih!
Aku nak gi Kelate/ Ganu kito ...he he he....malam ni pegi,
malam senin insyaallah aku bukak kunci rumah aku ni...
mana tau kalau aku boleh teropong dari Kelate , best gak....
lawatan penanda aras! ye ke?
aku dengar2 macam jalan2 cari barang aje!
apa2 pun selamat bercuti semua -
ade sekolah hari ni cuti - hingga senin,
sekolah aku cuti - sebab tu aku nak jalan2....bye!

Wednesday, October 14, 2009

Tolonglah beri signal ...............

Sejak sekolah hari Senin kelmarin aku tersangat sibuk - macam2 sibuk - jadi tak payah cite2 sibuk - cite macam mana pun tetap jugak sibuk - takkan jadi tak sibuk - biarkan sibuk2 keje ni berlalu - yang penting semua keje tu dah beres!!!

Begitu juga cite bab makan hari raya @ rumah terbukak @ open-house - selagi tak cukup tempoh tamat bulan Syawal - nak tunggu anak bulan Zulkaedah dilahirkan - selagi itu bab2 makan ni tak habis2...Dengar2 cite ( kalangan members aku kat sini - bloggers tak pasti la...) - tak cukup masa dalam bulan Syawal ni - jadi rasa nak sambung bab2 makan raya ni melanjut ke bulan Zulkaedah - lama2 kang - terus bersambung ke bulan Zulhijjah....Begitu la hebatnya penangan bab2 makan raya ni....

************************************************************************************************
Yang nak dikongsi cite.....

Aku rasa apa yang aku alami ini & ramai orang di luar sana mengalaminya juga - samada yang pandu kereta sendiri atau hanya sebagai penumpang di sebelah pemandu utama ( bertugas sebagai co-pilot ) - iaitu akan marah / akan mengomel2 / akan ( menyumpah2 ???) / akan mengutok2 ( dah tentu lah kalau pandu sendiri - seperti orang tak betul - cakap sorang2 / kita sebagai penumpang akan bingit rasa telinga bila pemandu utama marah2 / mengutok2 ni....

Aku cukup marah, bila kenderaan di depan beri signal salah / tak beri signal / lampu signal tak ada / signal betul tapi salah masuk simpang dsb nya - main pakai redah aje bila masuk simpang / nak keluar simpang / tiba2 brek mengejut..

Beberapa hari lepas aku keluar dengan hubby dah tak ingat ke mana - yang aku tahu kete kita orang follow satu kete MPV - kami jalan ok la follow dengan steady aje ....tiba2 dia beri signal - bagus beri signal kanan - maknanya nak belok ke kanan kan?

Bila dah beri signal kanan - apa patut kita buat? mestilah kita susurkan kete hala ke tengah2 jalan - cadang2 nak belok ke kanan kan...supaya kita di belakangnya senanglah akan beri signal kiri pulak, sebab kita nak pintas /overtake dia ikut kiri , supaya kenderaan di belakang kita pun aware bahawa kete depan nak belok ke kanan....

TAPI apa kete depan aku buat ? Signal kanan - jalan hala ke kiri !!! - jadi kita di belakang dia konfius!!!! Mana nak ikut ni? Signal kanan - tapi jalan hala ke kiri....Hubby pesangka baik - agaknya nak belok kiri - cuma salah signal ....Bila hubby nak jalan terus - tiba2 dia pun belok ke kanan ....!!!!

Pagi tadi aku nak ke sekolah - aku lewat sikit sebab pegi ambik nasi lemak yang di order kat tempat biasa untuk Program RIMUP - aku dah tahu kalau lewat keluar memang jem - perjalanan agak lembab - sebab laluan aku depan sekolah rendah - kalau lebih jam 7 memang agak jem - sebab tu aku selalu keluar awal sebelum jam 7.

Dalam semua kenderaan berjaga2 dengan jem ini - kete depan aku tiba2 brek mengejut - yang marahnya aku - sebab lampu brek dia tak menyala - terbakar la tu !!!! jadi mana nak nampak warna merah lampu dia - tiba2 berhenti - aku punya GERAM !!! - nasib baik aku sangat berjaga2 kalau dalam keadaan jem....

Nak cite kisah ni banyak lah....jadi aku mengingatkan diri aku ni supaya berhati2 memandu - beri signal betul2 dengan harapan orang yang follow aku takkan marah2 aku - yang aku tak nak dengar ( memang tak dengar pun kan ....) ialah........
Patutlah pompuan bawak!!!

Saturday, October 10, 2009

Sesat...........

Hari ini selesai aku ke 3 buah rumah open house...menu biasa la - mana2 rumah semua hampir sama sepertimana pada hari raya pertama. Hari ni merupakan sejarah aku pegi ke rumah open-house ni - mencari rumah tak jumpa2...sampai aku patah semangat - aku dah nak balik....

Oleh kerana hubby baru balik jam 2 lebih - dia tak larat nak ikut.Ok la, aku bawak Fahd yang balik dari asrama sebab Isnin dia dicutikan kerana peperiksaan PMR - tak cukup kelas la tu...sekolah aku pun giliran cuti gak...aku pun berpeluang la tak yah masuk kelas....ohhhh dah melalut dah...aku nak cite aku pegi ke rumah open-house ni...

Mula2 aku pergi ke rumah Cikgu Z. - rumah dia senang aje nak cari Tmn BKD - Jln 7, no 7. Jemputan lepas zohor....pada hemat aku biarlah aku pegi lewat2 sikit - ada alasan aku tunggu hubby balik. Akhirnya aku keluar dari rumah jam 2.30 petang. Tiba kat rumah dia...lengang aje...biar betul - betul ke rumah dia ni? ( rumah baru ) - bila tengok hubby dia keluar - ok betullah....rupa2nya aku orang pertama sampai
( dah dekat jam 3 )...Aku pun terus masuk ke dalam - nampak la ada 2 lelaki - one of the man macam familiar aje nampak ! Dia yang beri salam kat aku...aku pun jawab kembali....Aku tertanya2 - macam sorang pelakon!


Cikgu Z pun layan la aku makan - borak2 & aku pun tanya - sape the men inside....Dia kata yang sorang tu abang ipar dia - & yang sorang lagi - biras dia! Biras? "Ye la - isterinya adik kepada suami saya" cikgu Z beritahu.. Sape agak2 ko orang??? Datuk Ismail Hutson! Aku pun buat dunno aje le...macam biasa2 aje...masa makan2 tu, cikgu Z ni perkenalkan jugak aku kepadanya.........



Menu ni kat rumah Cikgu Z....sedap2 belaka - ade rendang kerang - dia kata "kak - ok ke bergedil tu, baru belajar buat dengan Cikgu R"....he3x ,
"sedap !...jadi la ni ...!"aku kata



**********************selesai di rumah cikgu Z ,aku ke asrama Fahd sebab dia nak ambik kasut sukan nak bawa ke kem sains esok*****************************


Dari asrama Fahd aku teruslah pulak nak ke rumah Cikgu R pulak....Tengok2 jam dah hampir jam 4...Ok lah, baik terus pergi ke cikgu ni...Rumah cikgu R ni di fasa baru - dah jauh ke belakang dari fasa rumah aku - dah hampir2 nak bersambung dengan taman perumahan lain....

Aku dengan penuh konfiden cari rumah dia di taman yang sama tapi Jln 17....Masa dia jemput di sekolah :
"ala kak , senang aje rumah saya - dari rumah akak - akak carilah jalan 17 - jumpa punya!" Ok la aku kata....

Aku pun masuk ikut jalan 12 - sure lepas ni jumpalah jalan 17 kan! tapi aku dah jalan2 - tak jumpa2 jalan 17 ni...mana dia? Dah salah ni! Aku keluar semula - ikut satu jalan - tiba2 - jalan mati! alahai...aku gostan keluar - terhegeh2 jugak la nak keluar ...

Aku keluar ke jalan utama - aku belok ikut lain pulak - sampai ke surau - kat surau tu ada nampak jalan 10 - cakap dengan Fahd - "ok, kita masuk jalan ni - mesti jumpa la nanti..."

Aku jalan2 - jumpa jalan 14,15, 16...la mana jalan 17 ni???tak jumpa jugak...akhirnya aku keluar semula - masuk ikut jalan utama yang mula2 tadi...tak boleh jadi ni - aku pun tepon kawan aku yang dah balik - sebab aku tahu masa kat rumah cikgu Z tadi , dia kat rumah cikgu ni....

Dia pun kata - "u cari lah sampai dapat - nanti jumpa juga - dekat2 padang permainan - ada khemah! saya pun tadi dah give-up jugak, akhirnya baru jumpa! kan dekat rumah u, tak jumpa jugak?" Cikgu Rm beritahu...."ok la..."

Aku pun ikut jalan mula2 tadi....sampai ke hujung jalan - tak jumpa2 jugak...! Lepas tu aku nampak kete cikgu lain sedang mencari2 jugak....masuk jalan mati - keluar semula...dia bertanya di sebuah rumah - yang ini ke rumah cikgu R...BUKAN!!! nasib baik tak singgah - takut salah jalan....aku dah tahu salah!

Aku beritahu cikgu A ni - aku akan ke belah belakang pulak - lepas surau ...sebab masa aku berhenti tepi jalan aku bertanya dengan sorang yang keluar dari rumahnya....
"cuba akak pergi ikut belah surau - belah2 belakang ni - nombor jalan tak teratur" - katanya....

Aku dah penat cari tak jumpa2 lagi...aku balik semula ikut surau pulak - jalan punya jalan sampai ke jalan mati - lepas tu jalan /pusing2 lagi sampai ke taman lain pulak! Terjumpa satu khemah - Fahd kata -"ok kita cuba tengok, betul tak khemah rumah cikgu R"....SALAH! khemah orang kawen!!! Aku keluar semula jalan yang dah di sekat ...satu keje aku, terpaksa bersusah payah keluar dari khemah orang kawen ni...Ntah berapa lorong - keluar lorong aku dah jalan!

Aku masuk semula jalan 10, takut tadi tak nampak....Lepas tu aku buat selamba - aku berhenti depan rumah orang buat open-house juga ( jalan 16 )
"tumpang tanya - macamana saya nak ke jalan 17 - mana jalan 17? tak jumpa2 ni"
"jalan 17 - belakang jalan ni - tapi tak ada jalan nak terus ke sana - akak kena keluar semula -ikut belakang sana " sambil dia menuding hala ke belakang....

Aku keluar semula....aku ikut jalan utama yang mula2 masuk tadi.... cakap dengan Fahd -
"kalau tak jumpa juga - kita balik aje la...."

Tapi mengenangkan staf aku jemput ni - tak sedap jugak lah kalau aku tak cuba cari sampai dapat - sebab members yang lain dah jumpa...Aku teruskan juga masuk jalan 12 , mula2 tadi...
Aku kata - "dah puas cari rumah tak jumpa2 - naik lapar semula!!!"

Aku jalan semula sampai ke belakang - masih tak jumpa...Lepas tu ternampak sorang kawan lain sedang mencari2 juga ( aku ingat dia dah nak balik - aku angkat tangan kat dia...rupa2nya dia pun sedang mencari2 jugak - bila dia tiba lewat selepas aku tiba )

Lepas tu aku cuba masuk ikut jalan BKK 1 - sebab nampak bendera2 kecil...Aku jalan terus sampai ke hujung jalan ni - barulah nampak khemah cikgu ni! Dekat 1 jam aku berpusing2 dalam taman ini!

Tiba di rumah dia aku tengok, cikgu2 lain ada juga yang baru tiba...semuannya bercerita kisah sesat !!!
Aku kata :
" kalau tawaf - dah habis tawaf - rumah ko tak jumpa2 jugak!" Kalu tak kerana ko, aku balik aje tadi...."

Inilah kisah aku cari rumah , tak jumpa2 dekat 1 jam! nak snap gambar pun terlupa...letih cari rumah punya fasal....

Balik ke rumah dah jam 5 lebih - jiran sebelah buat open-house jugak - aku kata, aku akan datang lewat sikit....sebab baru lepas makan kat rumah cikgu R di belakang....
( aku pegi dekat2 nak magrib - sekejap aje - raya hari tu pun dah beraya...)






Semua tutup!!!

Apalah nasib hari ini!


Nasib baik ....yang penting aku selamat kembali semula ke rumah....he3x....rehat2....relax2....aku nak mula menaip borang prestasi.....
cikgu2 lain ramai dah hantar...aku masih bersenang lenang lagi...
sebab aku sebenarnya banyak nak tulis....
walaupun aku dah 3 hari usung laptop aku ke sekolah -
aku tak dapat nak fokus pada borang prestasi ini...
Aku harap target aku, 2 hari ni siap -
taklah susah mana pun - edit yang lepas aje....tulis tetap tulis!



Apa yang tak nasib baik nih???


Aku mula keluar rumah jam 9 pagi - sorang2...hubby ada urusan lain....
Keluar rumah, ikut highway Bukit Baru - Duyong -
nak ke Pejabat Pos Besar ( PPB ) - memang cepat le -ikut highway katakan -
terus boleh straight ke PPB - nak hantar baju Mohd dengan pos-laju &
nak bayar broadban Fatehah....
Yang aku tahu, biasanya hari Sabtu pejabat pos & pos laju bukak pintunya....

Bila tiba kat depan PPB , aku slowkan kete ....alahai gate utama pun dah bermangga - jengah2 ke pintu pejabat - sah lah hari ni PPB ni tutup - kenapa ? Aku tak tahu - tak kisah la...Maknanya pejabat pos-laju pos tutup jugak....

Ke mana sekarang ? - dari PPB - aku terus konar kanan lepas trafic-light terus lalu depan Melaka Sentral nak pergi ke pejabat pos-laju di Malim...
Ceeehhh...aku beri signal-kiri ....tengok2 banyak gak kete pos-laju ni....
ohhh....nak operasi hantar barang la nih....
Tak puas hati, aku masuk ke dalam kawasan pejabat ni ....
tengok2 tulis kat pintu sabtu -ahad - cuti umum : tutup...Ok tak ape la....sabo...

Lepas tu, aku keluar semula ke jalan utama semula - belok ke kiri -
nak ke City-Link service pulak....Dengan konfiden - ini mestilah bukak punya - swasta kan - mesti la jalan jugak sevice ni....Beri signal-kiri ,
berhenti tepi jalan ---- ehhhh...tutup jugak?
Apa hal ni??? Tak kisah lah jugak...ada kurier lain lagi....

Aku pun teruskan perjalanan aku , lepas round-about nak hala ke Cheng -
aku konar ke jam 3....nak ke G-Dex kurier - letaknya berdepan dengan kawasan kilang.....tengok2 ...eikkk? Tutup jugak???
Hai kilang2 ( Industri Kecil ) tutup jugak????
Apa hal ni....MOGOK ke??? Ok -ok ...dah lah aku kata...
baik balik aje la....baik lah aku pergi hantar cuci kete ni....

Aku pun konar keluar semula - lalu la depan kawasan kilang di Batu Berendam --- lalulah depan airterjun Bukit Baru
( yang air terjunnya kadang2 boleh berhenti terjun - aku pun pelik jugak - setahu aku kalau air terjun ni - sentiasa terjun!!!)....ceeehhhh...sambil2 tu aku perhati sebelah kanan aku - kedai basuh kete kat Mobil yang opposite Jusco -
tempat yang biasa aku hantar .....
la tengok2 ---tutup jugak!!! Dah - dah...baik aku balik aje la....
berdesup la aku terus balik ke rumah....
semua tutup.....!

Aku fikir2 jugak, kenapa tutup? kedai swasta pun tutup!
Aku pun cari2 kalender - tak ade - nasib baik ( yang ni nasib baik la ) ada buku takwim sekolah aku - rupa2nya hari ini cuti umum Melaka
kerana Hari Lahir TYT Melaka....padan muka aku ! tak ape la....

Wahai anak2 ku , ko orang tunggu la hari Isnin nanti ...okey!!! Patut la semalam baru aku teringat dimajlis hari raya dengan anak yatim - YB yang berucap address kepada seorang YB dengan sebut Datuk....orang duduk depan aku pun cakap...ehhhh...dah dapat Datuk??? ohhhh besok ( hari ni la ) dapat anugerah...
ye lah tu gamaknya.....
Itu dia orang punya hal...aku ape kira...tak masuk dalam otak aku ni!

Dalam masa lebih kurang 45 minit urusan aku semua selesai....selesai round kawasan - tengok2 orang - tengok trafic-light - kalau merah berhenti - hijau jalan ---- he3x , ntah berapa kilometer aku pusing sepagi ni....last2 aku balik rumah -
kang bersiap2 nak beraya lagik!!!
Hari ni 3 buah rumah, semuanya selepas zohor.....
makan - jangan tak makan - rezeki jangan ditolak!

Friday, October 9, 2009

Beraya bersama anak yatim



Hari ini dapat undangan beraya bersama anak yatim Fatimah Al-Zaharah. Jemputan untuk pengetua, tapi pengetua berpuasa hari ni dan lagipun rumah dia jauh, diminta aku memenuhi undangan itu. Lagi satu undangan yang sama datang daripada Rumah Kebajikan Budak Laki-laki Abdul Aziz - yang ini member setugas dengan aku pergi...Kedua2 kompleks rumah kebajikan ini , anak2 yatim dan penghuni rumah kebajikan bersekolah di sekolah aku. Jadi dapatlah aku merayakan selepas berpuasa 6 di kompleks anak yatim ini.

Thursday, October 8, 2009

Siapa Aku?

Tarikh : tak ingat +- 2 minggu lepas

Tempat : shop-lot di Jusco di tingkat atas

Masa : malam - dengan hubby

Tujuan : nak beli supplement

Penjual : bekas murid sekolah aku - +- 4/5 tahun lepas

*************************************************************************************

Penjual : macam kenal la.....biasa nampak!

Aku : agak2 awak sape saya?

Penjual : errrr....cikgu ke? ehhhh...kerani ke....

Aku : la awak tatau saya ke? saya kerani kat sekolah *******

( saje aku nak test dia - dan aku pakai sempoi aje - hu3x - bert-shirt & slack - tapi aku sebenarnya tak suka dikenali - sebab aku suka menyamar - dalam aku sempoi begini pun - orang boleh cam aku - tetap tegur ...cikgu beli barang ? / apa khabar ? kat mana sekarang ? dll )

Penjual : cikgu kan....ye ke cikgu? ntah la ....kerani kot!
saya pun sekolah kat situ - dah lama dah habis Form 5.


Aku : apa2 la...saya tak kisah - saya ni seme boleh -
kerani pun ye - cikgu pun ye jugak...


Penjual : he he he...tak kisah la kak....
( akak ? dia tak nampak ke muka aku ni dah berkedut halus seribu )
-
akak nak beli apa?


Aku dan hubby gelak tengok gelagat penjual tu....

*************************************************************************************

Nak jadikan cerita ....esoknya aku pergi Jusco lepas balik sekolah - dengan pakaian rasmi - baju kurung le ....pendek kata - smart - ade gaya / ade tokoh cikgu / salah hemat pengetua ....( he3x yang ni lambat lagi.....perasan aje aku ni...)
tapi name-tag siap2 aku dah letak dalam kete.

Lepas beli barang - aku singgah kat kiosk di ground-floor ( cawangan kedai yang sama yang aku pergi malam semalam ) sebab nak beli toner pulak....( tak perasan dah habis ) - aku malas nak naik tingkat atas & lagi pun kalau naik tingkat atas nanti aku jumpa dengan penjual malam semalam....

Tengok2 penjual malam semalam bertugas di kiosk tu....

Penjual : Ehhhh...cikgu! nak beli apa cikgu?
malam semalam saya rasa cikgu kan yang beli ubat?

betul ke?

Aku : ntah la....ye ke saya semalam?

Penjual : ye la cikgu - tapi semalam cikgu lain - hari ni lain!!!

Aku : apa yang lain??? muka berubah ke???
( saje aku berseloroh dengan dia...sebab anak murid kan ...sambil2 gelak )

Penjual : ala cikgu - sorry la cikgu....

Aku : tak pe....saya kan pelakon handalan!!!

**************************************************************************************************
psssttt.....esok raya!!! alhamdullilah ( dalam kebizian - aku dapat selesaikan puasa )

Wednesday, October 7, 2009

Masa ku untuk semua....


Sebelum Raya

jemputan majlis khatam Quran & berbuka puasa JPM

majlis penyampaian sumbangan kepada
staf sokongan & murid kurang berkemampuan



Selepas Hari Raya

majlis sambutan Hari Raya Koperasi Bumijaya Melaka - 30 Sept.09

jamuan Hari Raya di sekolah - 1 Okt. 09

jamuan Hari Raya di sekolah - 1 Okt. 09

solat hajat untuk calon PMR/SPM/STPM -1 Okt.09



majlis RIMUP peringkat kelompok ( gabungan 3 sekolah sekitar ) -
perhimpunan patriotisme : 1Malaysia - 2 Okt. 09


majlis solat hajat di MOZAC - 2 Okt. 09
jemputan YDP PIBG


Ini tak termasuk memenuhi undangan rumah terbuka hariraya & jemputan kawen yang dah dihadiri.


Jemputan hujung minggu ini :

1. open-house - sabtu - 10hb - BKI 17 ( 1 - 6 ptg )
2. kenduri meraikan staf menunaikan fardhu haji - ahad 11hb -
En . Raes (mulai jam 12 tgh )

Jemputan minggu depan :

1. jamuan akhir tahun unit displin : Seoul Garden - 14hb ( 3 ptg )
2. jamuan akhir tahun PSS & Pengakap : BBQ - 15hb ( 3-6 ptg )
3. majlis bacaan yassin meraikan staf menunaikan fardhu haji :
di surau sekolah - 15hb - En. Raes & Pn. Esah. ( 2.45 ptg )
4.Sukan & Permainan RIMUP peringkat kelompok - 14hb -
sekolah aku tuan rumah ( 8.30 pg )

***************************************************************************************
Nota :-

Jumaat : 16hb - cuti peristiwa sempena Deepavali
Sabtu : 17 & Ahad : 18hb - Deepavali
Isnin : 19hb - cuti berganti sempena Deepavali

( Pn. Esah jemput kenduri 18hb - maaf tak dapat hadir -
insyaAllah akan hadir sebelum tarikh ini )

Malam 17hb - malam Isnin 19hb :
Lawatan Majlis Staf ke Kelantan ( aku dilantik jadi ketua )


21hb - jamuan Hari Raya & Deepavali RIMUP peringkat kelompok - sekolah aku tuan rumah
( mulai 8.30 pg )

Tuesday, October 6, 2009

GOOD LUCK....ALL THE BEST

kepada semua calon PMR 2009
seluruh Malysia

cikgu
ucapkan


Majlis Restu


Sunday, October 4, 2009

kenapa jadi begini?


Disebabkan pokok ini telah membesar sehingga pasu dah tak dapat menampung rumpun pokok dan akar pun semakin membiak ....maka daun pokok jadi seperti di bawah ini...apa kaitannya?



Ini adalah kerana akar sudah padat memerlukan penukaran pasu yang lebih besar atau dibuat belahan dan dimasukkan ke dalam pasu lain - tanah baru yang bernutrient hendaklah digunakan - walaupun disiram dengan secukupnya, air banyak digunakan oleh akar2 pokok...hasilnya daun pokok ini tak berapa sihat....apa dibuat?



Hahaha...hubby pun untuk sementara waktu ni, mana yang larat digunting2kan bahagian daun yang kekeringan ...bila ada masa nanti , barulah nak ditukarkan pasunya.


tadaaaa....inilah hasilnya - salah satu daun yang telah digunting...
daun yang dah tak ada bahagian2 yang kering....

cantik kan?