CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Tuesday, September 29, 2009

Sambung cerita semalam....

Hari ini aku sepatutnya tunggu 2 pelanggan, tapi yang datang hanya 1....sape dia?

Hahahahah....bapa datang bawa anaknya yang nak disekolahkan semula...

Mana surat yang tuan dapat ?

Ini dia...

Ha...kan ini ada surat akujanji -
jadi kena sain surat ini. Ni sape tulis?


Saya....( bapa murid yang tulis )

Tak boleh - awak sendiri mesti tulis...baca apa yang ditulis depan saya -
bapa jadi saksi - jadi penjamin....Baca betul2, jangan main2 - serius...!


Murid baca....

Faham?

Faham cikgu...

Jadi, awak tahu sekarang surat ni akan dihantar ke JPM -
1 untuk awak,1 untuk bapa & 1 untuk sekolah ...
Untuk sekolah ni,saya akan hantar ke unit disiplin...
saya sendiri akan simpan...

Dalam masa sebulan awak dipantau -
ni dia surat pemantauan &
pihak sekolah akan buat laporan tentang awak....Faham?


Faham cikgu..

Betul faham? baru nak faham...
selama ni yang ko buat tak faham kenapa?
yang ko ponteng sekolah kenapa? Ko pegi mana?


Duduk rumah cikgu...

Betul ke?Baik tak payah sekolah....bla...bla...bla.....
aku terus membebel....biar dia rasa...

( jangan main2 dengan aku...aku tak beri muka....serius...)

Ko cakap terus terang - jujur dengan saya apa sebenarnya ko buat...!
hal awak ni dalam poket saya....cakap benar...
aku renung muka dia ( memang aku tenung muka dia...
biar dia tahu yang aku ni ambik berat hal dia.)

( dia pun cite dia ada buat hal kat luar -
aku tahu dia buat apa, sebab dapat laporan....
)

Sibapa dalam pada tu memberitahu perihal anaknya -

Dah puas saya suruh pegi sekolah...jangan berkawan dengan
orang luar - budak2 yang dah habis sekolah dsb nya....
mintak tolonglah cikgu pantau dia ni...
( mak aiiii....aku ada 1700 murid - nak dipantau! )

InsyaAllah, kami disekolah akan bimbing & ajar - didik - tu keje kami -
tapi yang penting diri sendiri - mesti nak berubah!!!
Kalau diri tak nak berubah - susah la....


Dipendekkan cite:

Mulai esok setiap hari jam 7.30pagi
ko lapor kehadiran ko kat saya....faham?

Jumpa saya setiap pagi , saya catit kehadiran awak....
nanti pegi kaunseling...faham?
( bila cakap macam ni - cara bersahaja -
kemesraan antara murid-bapa- guru )


Faham, cikgu - terima kasih...

Ok, belajar rajin2...jangan ponteng2 lagi -
jangan nyusahkan bapak...

( aku pun catat dalam buku ...siap esok ko tak datang...aku tepon bapak ko...!)


Tu ubat dia...






Monday, September 28, 2009

Melayan Pelanggan.......

Selepas 1 minggu bercuti raya...

Hari ni seluruh sekolah di Malaysia dipenuhi dengan murid2 semula...
macam2 cerita - bila dah berjumpa semula -
cikgu cara cikgu - murid cara murid...

Apa kerja aku hari ni....macam2....melayan pelanggan....
kalau orang tengok,macam aku duduk saje...
duduk macam saje ni, naik letih sebenarnya.


Keluar kete .....

Assalamualaikum cikgu....

Waalaikumussalam...

Morning...

Morning...

Selamat hari raya...

Selamat hari raya...

Hari ni aku pakai baju raya!!!

Puan, dengar tak berita sorang anak murid kita meninggal masa cuti raya?

Tak ada pulak...sakit ape? accident?

Cuba pastikan berita ni....aku beritahu kaunselor.

Dekat2 7.30 pagi....

1. Linda : mintak buat pengumuman - waktu pertama ni - hari pun hujan renyai2 - beritahu semua guru tingkatan masuk kelas ....kena ingat2kan...kang ade yang leka....

( wow....Linda ( PAR ) , suara ko sedap lah...macam pramugari buat pengumuman....keh keh keh...Linda ketawa - mana ada cikgu....naik kapalterbang pun tak pernah....ye betul2....suara ko memang jelas & sedap ....bukan aku nak perli2....memang betul, suara dia bila pengumuman jelas & tepat )

2. Seorang ibu datang -

Puan saya nak beritahu....anak saya tak sekolah hari ni...

Kenapa?

Dia tak nak datang, sebab ada budak sebaya dengannya nak ajak dia lari...

La,kenapa pulak?

Masa cuti raya,budak tu datang rumah - pakat dengan sorang kawan , nak ajak dia lari/keluar rumah...nasib baik jiran nampak...
lepas tu saya cari lah dia...dapat bawak balik....
Budak tu kelentong, dia kata emak dia pergi KL, dia tinggal sorang2....
jadi nak tumpang kat rumah saya...

Tahu sape nama?

Tahu....nama dia S******

Oh...budak ni....tau-tau....
Mana ada, baru ni sebelum cuti, dia dengan nenek dia datang ambik telepon...
pandai betul dia tipu..

( budak ni sebenarnya problem - sebab broken family - duduk dengan nenek )

Dipendekkan cite - aku cadangkan tukar sekolah yang dekat dengan rumahnya,
kerana ibunya nak selamatkan anaknya dari berjumpa dengan kawan dia tu....
sebab masa awal tahun budak ni diarahkan ke sekolah aku ( Tingkatan 1 ) ...
jadi ada sebab boleh mohon tukar sekolah.

3. Rohaya ( clerk ) masuk...

Cikgu ni ada parent nak bawak anak dia tukar ke sini...

Mana surat?

Ni dia...tapi tak ade cop PPD...

Ok, mintak dia pergi ke PPD dulu...

Nak suruh dia masuk?

Tak perlu - terus ke PPD.

( Aku tengok2 surat - bukan ke sekolah aku dia mintak ,
tapi ke sekolah jiran aku...harap2 PPD tak hantar ke sini )


4. Seorang ibu datang -

Puan, saya nak tukarkan anak saya ke sini?

Dari mana?

Dari SMKMA.

Tingkatan berapa? Kenapa pulak?

Tingkatan 4, dia tak sesuai kat sana...tak ade kawan boleh geng...
Dulu dia sekolah sini...T1 - T3, pas tu mintak teknik, tak sesuai kat teknik,nak sekolah kat SMKMA, pas tu tak sesuai jugak...nak kat sini semula...

La, apa fasal macam ni...Kalau tak sesuai, nanti kalau masuk IPTA -
boleh kata tak sesuai?Boleh tukar dari UPM ke UM , dari UM ke UITM...???
Belajar lah sesuai kan diri...!!!

( ingat sekolah ape ni? ikut suke dia je nak tukar2....budak-budak..ntahlah....
rasa tak sesuai , tak nak sekolah - ni lah budak zaman sekarang )


Habis tu, ni PPD belum sain lagi...

Itu lah PPD suruh tanya kat sini ,boleh masuk ke tidak...

Ok, puan tengoklah sendiri jumlah murid tingkatan 4 tu...
dalam satu2 kelas ikut elektif mencecah 40 orang...

( aku tak nak beri keputusan lagi - aku mintak biar dia jumpa pengetua...)

5. Sedang aku tanya kaunselor -minta pastikan berita seorang murid meninggal...

Datang seorang bapa...

Encik nak jumpa siapa?

Saya nak beritahu anak saya sudah meninggal dunia...

Ok-ok, encik mari masuk ...

Aku ajak kaunselor sekali...

Bila meninggal?

Malam raya cikgu...
( air mata dah bergenang...aku pun turut simati - tahan aje airmata ni )


Sakit apa?

Tak sakit apa2...kata doktor jangkitan kuman...

Dia sihat , hari terakhir dia sekolah hari Rabu, hari Khamis,dia tak sekolah
sebab rasa demam ,lagipun dia tak ada kertas periksa hari tu
(percubaan SPM peringkat negeri ) ....saya bawak dia ke klinik...

Lepas tu dah ok, hari Jumaat cuti kan, malam tu,
siap dia pegi ke Mydin beli baju,
beli barang...hari Sabtu, kami balik kampung ke BP...sihat cikgu...

Malam raya tu...tiba2, dia telefon saya
( dia balik ke rumah emaknya dekat kampung situ jugak )
kata kakinya krem...saya bawak dia ke hospital...
masih boleh bercakap..ok, tak ade apa2...

Dalam masa urusan nak alih tempat --- tiba2 dia seperti sesak nafas..
doktor buat CPR...tapi lepas tu tak lama sudah habis..
Kebumi selepas sembahyang raya....

( berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul...)

Guru kelas pun masuk - so, aku beritahu yang bapa murid buat laporan
tentang kematian anaknya...

Dia mohon melalui guru tingkatan - pastikan sekiranya anaknya ada terpakai duit/apa2 yang terhutang ,buku2 teks yang kurang ,
sebab dia pun bawak buku2 teks nak dipulangkan...

Guru tingkatan beritahu - saya tanya kawan2 nya -
kawan2 rapatnya menangis....
tak nak cakap2 lagi....masih sedih...

Kebetulan pulak cikgu tingkatannya Guru Insuran -
jadi dia akan uruskan insuran murid ini.
& mintak tabung kebajikan sekolah,
sediakan sedikit sumbangan kepada keluarganya....

Selepas bapa keluar, aku dan kaunselor mengesat air mata...
sedih mendengar berita ini...



6. Masuk kelas 3RK1 & 3A - budak2 sibuk buat latihtubi/ulangkaji -
kelas baik .......bagus - senyap kelas...masing2 bertungkus lumus
untuk persiapan PMR minggu depan....

Lewat tengahari....

7. Guru tingkatan 4Perdagangan - beritahu :

Cikgu, budak yang kena buang ada dalam kelas la..

Mana boleh! Ibubapa dia mesti jumpa saya dulu...
serah semula ke sekolah, mana boleh masuk2 terus kelas...

Ok, you telefon bapa dia, suruh dia datang esok ...mesti datang...
sebab dia mesti sain surat akujanji dari jabatan...

Dia kata sudah dapat sekolah semula lepas rayu nak sekolah...

Ye la, dia mesti ikut prosedur ...ni surat dia, I dah terima dari jabatan,
I tunggu2 jugak ibubapa dia datang serah anak hari ni....tak datang2...
I ingat dia tak jadi masuk semula...

( dia kena buang sebab ponteng sekolah - dah sampai tahap buang - panggil ibubapa -ibubapa tak datang2....kaunselor pegi rumah - tengok2 dok tidur - dok relax2 -malas nak sekolah....kita pun buat tindakan ikut prosedur jugak lah...bukan boleh buang2 sebarang2 jugak -pas tu nak sekolah semula -tapi cikgu tu cakap - dia tidor dalam kelas!!!macamni nak sekolah??? )

8. Seorang ibu datang....

Puan, saya nak tanya ni,
anak saya nak ambik periksa PMR tapi dah lama tak datang...


Tanya2 ...

anak Tingkatan 3 apa?


Tak pasti puan...

( La,anak sendiripun tak tahu tingkatan 3 apa )

Nama?

Mohd *********

Semak punya semak...

Kita dah hantar 3 surat amaran ...ni dah tahap nak kena buang -
takade maklum balas dari ibu bapa...

Kebetulan kaunselor masuk....
Kita dah nak pegi ke rumah ...tapi dah sambung2 cuti sampai ke raya,
ingat nak pegi lepas naik cuti ni...

(- anak tak sekolah pun - tak kisah -ikut resa anak - nak sekolah - sekolah - tak nak sekolah - biarkan ikut anak....macam2!!!)

Si ibu ni merayu2 supaya anak dia dapat ambik periksa


Kalau gitu, tulis surat kepada saya , esok bawak anak datang jumpa saya....
mesti mulai esok datang sekolah, jangan ponteng2 lagi...
( aku tegaskan kepada si ibu ni....)



Separuh hari aku dok melayan pelanggan ni....kalau tak ade pelanggan datang, aku tak ade keje pulak....kalau orang berniaga,pelanggan tak datang, tak dapatlah rezeki pada hari itu....ini tak masuk cikgu tanya itu ini...




Friday, September 25, 2009

Once In A Blue Moon....

Once In A Blue Moon....

Ape mende nih?

Ha ha ha....malam ni tadi hubby teringat &
terasa nak makan Chicken Mayonnaise...

Apa lagi keluarlah resepi dia semasa zaman dulu2 -
masa bujang trantangtang & housemates sewaktu belajar di USA.

( YB - ko tak masak ke macam nih??? )

Baru sekarang teringat pulak nak masak semula...
Masaklah abang....umi tukang snap gambar....
Dik kerana kesibukan keje - tak pernahlah dia masak
(pernah masak 13 tahun lepas masa anak kecik2 ) -
pada hal bukan susah benor....
campur2 semua bahan - bakar - siap.


Sape nak cuba buat - buat lah...


sediakan bahan & baking dish yang dialas dengan aluminum foil & sapu butter
alas dengan aluminum foil supaya tak melekat pada baking dish


bahan2 rempah/sos - campur2 aje - tak ade sukatan khusus

+ mayonis + rempah kari + cili serbuk + cili sos
+ sos tomat0 + kicap manis + sos tiram

( masa ni sos tomato dah habis -
ganti dengan 2 biji tomato dicincang / potong kiub )

ayam disusun dalam baking dish - ikut lah berapa banyak nak buat -
suai dengan banyaknya sos



lepas tu curahkan campuran sos ke atas ayam

ratakan sos

bakar dengan suhu -+ 220 degree @ ikut oven masing2 le selama 40-45 minit


tadaaaa.....masih panas2 lagi......dah siap untuk dimakan dengan nasi

Thursday, September 24, 2009

Hari ni beraya di KL.....

Hari ni aku hantar anak2 balik ke UIA & Taylor's College....lepas siap2 sarapan - nasi impit + lontong + sambal kacang + serunding ....

& dia orang pun masing2 bawak balik sebekas sorang + kuih2 lagi.....

Nasib baik sepanjang perjalanan alhamdullilah - clear - tapi on the way to Seremban dah nampak Pak Polis nak sedang bersiap sedia nak buat "tembakan " kepada sape2 yang melebihi had kelajuaan....

Aku sentiasa mengingatkan hubby supaya sentiasa dalam had kelajuan yang dibenarkan...Kang tak fasal2 habis kena saman......!
( Saman atas nama aku...haru nama aku naik....)

Sempat jugak kita orang ambik kesempatan menziarah ke rumah jiran lama di Bandar Baru Selayang....lepas tu,baru lah hantar anak2 .....

( YB : kalau ko ada - sure aku ke rumah ko....! ) - tanggoh lain hari - banyak hari raya lagi - raya deepavali , raya haji , raya cina ...hehehe.....

*************************************************************************************

7 Comments - "Pilih nak raya ke mana...."

Blogger imanshah said...

Makan sikit2 je kak..kang naik 5 kg

September 22, 2009 5:37 PM

Sonata : Memang tak larat nak makan banyak2....3 buah rumah sepetang & 1 malam oiiii...Sebelum ni pun dah naik .....!

Delete
Blogger kakpah said...

wei banyaknya jemputan. Jamah sikit2 je cukup le. Kpah lalu je kat bukit katil tu. Singgah maghrib kat masjid bukit katil semalam. Nak singgah rumah sonata tak tau alamat hehe..

September 22, 2009 6:27 PM

Sonata : Banyak kakpah...tu pun pilih2 aje...
Rumah saya 1 km dari masjid!!!Delete dah doket bonar tu!

Blogger cHeRyNa PiReS said...

huiiiyooo...diorg hidang ape ek, SAK? best tak menu2 dowang? ramai ke org datang? update la sket SAK...nak gak tau camne VIP melaka beraya:)

* SAK VIP jugak kan...bila nak wat open house plak nieh:)

September 22, 2009 7:29 PM

Sonata : Ala menu dia orang pun sama..tak ade beza...macam hari raya pertama - ada ketupat/nasi impit/rendang / nasi beryani dsb nya...biasanya orang tempatan tu ramai lah datang.

Kita yang datang ni tunjukkan muka & bersalaman pada datuk/datin YB - pas tu pegi aje le ambik makanan ...Biasanya YB2 ni , mereka buat style buffet & juga style stall....ada pelbagai jenis stall spt roti canai. mee goreng, satay, goreng pisang, keropok, cucur dll....kadang2 macam pegi bazaar - pilih nak beli apa....! ( orang M'sia ni memang mewah makan! )

Sonata - sentiasa buat open house - anybody can come!

Delete

Blogger ONE ZABA said...

wah, boleh kunci dapur rapat-rapat tu.

September 22, 2009 10:05 PM

Sonata : Malam nak tidur , memanglah aku kunci dapur rapat2....kang pencuri masuk...!

Delete
Blogger insan pendidik said...

Salam,

tak berasaplah dapur tu. Macam-macam dapat makan. Selamat menjamu selera

September 22, 2009 10:57 PM

Sonata : Masak jugak, anak2 ni bukannya nak ikut kita....makan memang macam2 jenis - pilih yang nak makan aje....( 1 rumah tu kononnya nak tunggu satay - kalau dah orang berderet beratur - tak payah la....cari makanan lain pulak )

Delete
Blogger relevan said...

Uwaa..bes rumah terbuka VVIp ni..meriah..

September 23, 2009 2:39 PM

Sonata : Kalau rajin pegi - memang best ! pagi 1 rumah - petang 1rumah - cukup...tak payah susah2 nak masak!!!

Delete
Blogger Shifu67 said...

amboiii ko... pegi beraya rumah YB sajeee.... yg tak YB tak de dlm list
aku pun bukan YB... patut la tak de dlm list ko

September 23, 2009 5:51 PM

Sonata : YB ni beri jadual , aku tepek jadual dalam bilik - hubby highlight mana yang kena pegi....

Ko tak nak bagi jadual , macamana aku nak ke rumah ko!

Yang tak bertitle YB - jemput secara lisan/SMS....Hari Jumaat esok dah ada sebuah kena pegi ( staf aku )....Hari ni, tak sempat pegi rumah YB sebab baru balik dari KL.

Hari Sabtu -jemputan kawen ...

Next week- siapla....berderet ( insyaAllah ) adelah tu dapat...
Yang aku pasti pada malam 30hb ada jamuan hari raya
di Dewan Japerun Bachang....

Lepas tu sekolah aku pulak nak buat jamuan hari raya...

Yang aku pasti lagi - Jamuan Hari Raya ( RIMUP ) pada 21 Oktober
peringkat kelompok -2 buah sekolah datang ke sekolah aku....

Pendek kata sampai habis syawal - kenyang le.....!!!
( Puasa tetap insyaAllah puasa -pilih hari yang tak ada jemputan
open house - biasanya bila dah naik keje -open house ramai yang
buat sebelah malam /hujung minggu )
Delete

Wednesday, September 23, 2009

4 Syawal - baju terbalik

Hari ni berehat2 di rumah

Masak nasi lemak ( dah lama tak masak )
+ sambal tumis telor rebus ) + ayam goreng


Hubby pulak ajak gi breakfast -

Kat mana?

Duyong..
.

( semalam dia tanya aku nak ke mana? aku kata MCDonald -
so kami pegi dating kat McDonald breakfast semalam )


Ok la...apa lagi roti canai la jawabnya...

Tengok2 kedai biasa pegi, masih tak bukak...

Mana nak pegi?

Ok...tu gerai sebelah - selang satu jalan...

Order....milo 0 satu, neslo satu ,roti canai kosong 2....

Orang tak ramai , bila aku masuk - orang mula datang - duduk meja depan aku...borak2 berdua...tengok orang - tengok orang beli sarapan di gerai depan - tengok orang beli sayur2an, tengok orang beli ikan kat depan seberang jalan....

Roti canai tiba, air pun tiba....

Zap-zap-zap-zap....makan .....air masih panas...ok relax lagi...

Habis.....

Abah!

Kenapa?

Abah pakai baju terbalik!

Alahai ....awak tak perasan ke?

Tak! baju hitam...mana nak perasan!

Kami buat muka slumberdog...he3x
Nasib baiklah ( agaknya ) - fesen baju sekarang kalau terbalik pun tak perasaan...

Tapi ntahlah...kot2 orang dok kat depan meja aku perasan...
gasak la, nak kata ape....


Ok -ok....awak pegi settle seme....
biar abang pegi kat kete tukar semula baju!!!


***********************************************************************************

Tengahari , Fatehah tak sihat - pegi klinik...
rasa2 macam nak demam - batuk - sakit tekak....dapat ubat.

Hubby tepon dari Jasin ( dia gi pejabat jap ) ....

Kat mana?

Baru lepas kuar klinik...


Kenapa?

Staf lama nak datang...1 jam dari sekarang...

Datanglah...

Lepas tu aku gi Jusco - aku tahu orang nak datang lagi 1 jam -
sempatlah nak beli sikit barang...


****************************************************************************************

Hubby tepon lagi...

Kat mana nih?

Baru kuar Jusco...

Kenapa?

Orang nak datang nih...

La.....datanglah.....aku jawab selamba...

(selagi aku tak balik dengan segera - dia akan tepon aku )

..........................................................................................................................................................................

Tengok2 dah dekat 1 jam orang tak datang lagi....

Mana orang nak datang nih?

Ntah....janji kata 1 jam....

Dah biarlah....nak datang - datanglah....

( dalam pada tu aku pun - sediakan perencah mee basah - senang cite...ketupat seme dah habis - esok lusa aku rebus nasi impit pulak -
sebab serunding ikan masih ada lagi )
tengok nanti berapa ramai yang datang....


Dekat jam 2 baru lah orang datang.....Hanya 3 orang saje....
( aku pun siapkan untuk 3 orang makan & anak2 yang nak makan jugak....)

kata ramai nak datang -
rupa2nya 1 kete lagi tak jadi pulak nak datang

( Hubby , kalau berjanji dalam masa 1 jam - 1 jam la...)


**************************************************************************************

Tuesday, September 22, 2009

Pilih nak raya ke mana.....

Jadual Rumah Terbuka YB
bermula 1st raya hingga hari raya ke 21


Ikutkan senarai tak larat nak pergi semua rumah YB ni...1 hari aje ade
1 - 8 buah rumah YB nak dikunjungi....Tapi, mana larat oiiii.....Hubby akan 'heret' aku ke rumah YB-YB yang telah dijemput secara lisan saja....so, dia highlight dengan marker pen - mana yang kena pergi ....kena pergi, sebab YB-YB berkenaan nak kata kenal sangat2 tu taklah....tapi kalau dah dok selalu meeting bersama2 mana tak kenal ! Kalau dah dalam surau pun boleh ditegur / disapa ,
betul tak Pak Sheikh....?( salah sorang YB dok sapa hari tu),
nak tak nak,orang kata kenalah tunjukkan muka j
ugak...

Hari ni nak pergi 3 buah rumah YB saja....lepas2 zohor karang....
malam 1 buah ....selamat beraya....


*******************************************************************************************

Rumah yang dihadiri

Raya ke 2
YB Datuk Hj Md Yunus Husin
( ADUN Ayer Molek )


Raya ke 3

1. YB Encik Ismail Othman
( ADUN Kuala Linggi )


2. YB Datuk Kapt Hj Ab Karim Hj Sulaiman
( ADUN Tanjung Bidara )


3. YB Datuk Wira Abu Seman Yusof
( MP Masjid Tanah )
merangkap Timb. Menteri Dalam Negeri


Rumah Terbuka Timb.Menteri


Rumah Terbuka
4.YB Datuk Hj Abdul Wahab Abdul Latip (malam)
( ADUN Durian Tunggal )



Sunday, September 20, 2009

Kad Raya # Kad SMS # Kad Maya


SELAMAT HARI RAYA

1 minggu sebelum hari raya adalah juga aku terima kad raya secara langsung dari staf & juga pihak luar. Dik kerana bahang teknologi terkini - kad2 raya yang diterima dah tak semeriah dulu2 lagi...Dulu2 sejak sekolah - dah mula kenal kad raya ni - bukan main seronok jika dapat kad raya....banyak ke tidak....siap balas membalas lagi.

Kali ni aku dah tak gantung2 lagi kad2 ni kat bilik aku...sebab bilik aku ni tak lama lagi nak direnovate...sia2 aku gantung2 , lepas tu sibuk pulak aku nak tanggalkan ....jadi tak payah le...


Antara kad yang aku terima - kad ini adalah kad yang buat aku teruja terima ! Ingatkan sape yang hantar....huhuhu....my beloved hubby....dia pos ke sekolah! aku suspen bila kerani beri pada aku....nak bukak pun suspen....bait demi bait, susunan kata aku baca ....menusuk & sangat syahdu aku membacanya...nak luahkan dengan kata2 - tak terucap seperti yang tercetak....bila dia hantar , tahu lah aku luahan kata hatinya terhadap diri ini....aku amat menghargai nya....terima kasih abang!

Dengan senyap2 aku pun membalasnya dengan kad - payah jugak aku nak memilih kad yang banyak dijual - dapatlah juga yang bersesuaian & aku pos jugak ke pejabatnya!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kad SMS banyak jugak aku terima - sehingga malam ni, masih ada lagi yang aku belum membalasnya....mana2 yang aku dah balas- semuanya dah dideletekan....Jadi, apa bukti yang rakan2 hantar ucap selamat hari rayani???nak simpan dalam memori? tak tersimpan banyak2 kan....nak tak nak delete lah juga....jadi, habis begitu saja....sari dua ni, ingatlah sape yang hantar - lepas tu? hilang begitu saja....

Aku letakkan SMS yang berbeza dari biasa ...Ni semua SMS standard , hantar kat seseorang lepas tu forward kepada yang lain...Yang lain - SMS kira biasa diucapkan - seperti Wish you happy hari raya , selamat hari raya - maaf zahir & batin dan sebagainya....

Yang aku tulis ni, yang lain dari lain...seingat aku tahun lepas tak ada, tahun ni baru terima.

1
Biar rambut segelap ALMOND LONDON
Asalkan hati sesuci KUIH BANGKIT
Biar iman sekental DODOL
Jangan senipis REMPEYEK
Biar jiwa selembut BAULU
Asalkan akhlak secantik BISKUT DAHLIA...
Senyumlah semanis WAJIK
agar lambaran yang mulia disambut lebih bermakna...
Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin

2
Menadah tangan tanda KESYUKURAN,
RAMADHAN berakhir SYAWAL dinantikan,
SALAM dihulur pohon KEMAAFAN,
tulus dan ikhlas sesuci lebaran.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN


3
Kalau dilipek sebosar kuku
Kalau dibontang sebosar alam
Kok hilang dicari
Kok hanyut dipinteh
Kok tonggolam disolam
Datang biarlah nampak muka
Kok poie biarlah nampak belakang
Jauh diimbau, doket digamit
Seuntai salam
Sejambak kata
Doghup bicaro
Menghisik raso
Yang mudo disayangi
Yang tuo dihormati
Salam 1Malaysia
Salam AidilFitri

4
Jika langkah membekas lara
Jika kata merangkai dusta
Jika jelingan jadi bisa
Jika tingkah menoreh luka
Jika suara menikam rasa
Ampun maaf dipinta
Hapuskan dosa tanpa dikira
Tiada prejudis wasangka
SELAMAT AIDILFITRI

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dalam pada ni, kad rakan maya pun dapat - macam2 jenis kad dapat - yang ini khas daripada rakan maya...Kad ini, istimewanya kena ambik sendiri - tak ade lah posmen tukang hantar ( tak lama lagi, posmen dah kurang kerja menjurus kepada pemberhentian kerja sebagai posmen ).

Kad jenis ni tak tahu berapa banyak yang dapat, termaktub kepada pemberitahuan oleh rakan2 maya mintak ambik kat "rumah"masing2....Kalau tak diberitahu, tak dapatlah kad ini....Kadang2 sambil2 lalu ke rumah rakan maya - tengok2 ada kad....kadang2 terserempak, dapatlah kad ini...

Jenis ni, sebenarnya ( agaknya la ) kalau rajin berjalan2 - tak tersenarai kad rakan maya ni.....Tapi aku mintak berbanyak maaflah kepada rakan maya yang hantar kad - sebab aku tak sempat nak ambik....tak cukup masa nak meronda di bulan puasa lepas...Mana yang sempat aku ambik aku ambiklah dan gantung kat rumah aku ni... Sekiranya ada rakan2 maya yang hantar kad kat aku, tapi aku tak ambik, usah lah berkecil hati....bukan aku tak sudi tapi aku kesuntukan masa....Namun begitu, aku amat menghargai ingatan rakan maya sekelian....

SELAMAT HARI RAYA

Thursday, September 17, 2009

Esok Mula Cuti & Nostalgia Balik Kampung

Esok cuti?

Ya , esok semua warga sekolah & institusi pendidikan diberikan cuti khas.

Pagi2 tadi sewaktu dalam perjalanan ke sekolah, dengar berita ni. Terkejut !

Sebab sebelum ni jika sekolah nak ambik cuti kena ganti / cuti peristiwa jika masih ada lagi.

Bila dah diumumkan macam ni , maka seperti lipas kudung lah di sekolah membereskan tugas2an.

Anak murid pun bertanya - esok cuti cikgu? Cuti kot...aku jawab. Nantilah pengumuman dibuat.

Apa2 pun , walaupun telah diumumkan oleh Pak Menteri, JPM akan keluarkan arahan untuk berbuat demikian. Pihak jabatan akan bertindak secepat mungkin. Peperiksaan SPM selaras seluruh negeri Melaka pun dah dapat arahan - last papers esok ditangguhkan naik cuti nanti.

***********************************************************************************

Minggu ni, minggu yang amat sibuk untuk persiapan sambutan hari raya. Anak2 dah mula balik...mana yang dah ada - dapatlah kami berjemaah solat terawih di rumah
( selepas hubby balik dari majlis berbuka puasa - minggu ni ada beberapa
jemputan berbuka puasa di luar ) sehingga lah paling akhir sampai rumah ialah Fahd dari asrama petang tadi. Riuhlah, bila semua berkumpul....



***********************************************************************************

Sape2 yang nak balik kampung , esok dah cuti , bolehlah mula mengorak langkah - untuk berangkat pulang ke kampung masing2.

Semoga selamat pejalanan pergi dan balik....

***************************************************************************
Teringat la aku, dulu2 duduk di KL, dengan anak2 kecik - kalau esok nak balik, hari ni semua dah siap kemas....kalau lengah2 berkemas - ade lah kang yang tercicir....kalau kain baju - semua dah siap masuk bag & bakul...masuk dalam bakul senang....buat check-list lagi - apa yang belum beres...travel dengan anak2 kecik ni semuanya mesti lengkap - terutama makanan!!! susu dan air...tau2 lah budak2 kecik ni, bukan boleh jalan terus - mesti berhenti2 - nak muntah lah , nak kencing lah, nak minum susu lah....macam2 la dengan kerenah anak2 kecik ni....

Bila tiba kampung rumah atoknya....meluru keluar - seolah2 macam terlepas kandang! punyalah seronoknya terasa lapang - suasana kampung - tak ade 'sekatan' ....kalau di rumah sendiri - asyik berkunci pintu / grill terkurung dalam rumah...Tu bezanya di rumah kat bandar dengan di rumah kampung...


*************************************************************************************

Kini aku tak bersusah payah nak berebut2 balik kampung. Sebab kat kampung pun dah tak ada orang tua lagi - yang tinggal sedara-mara aje...Adik2 beradik pun semua dah balik ke rumah mentua masing2...samalah aku - ikut hubby...tapi ibu mentua aku pun tak berapa sihat - maka senangnya aku bawak dia beraya di sini aje...tinggallah kampungnya begitu saja - sebab dah tak ade orang jugak!!! lebih baik dia berehat aje kat sini...

Hari ini - anak2 semua dah belajar di univ / kolej / asrama / dah besar panjang!...sekarang mereka semua sendiri2 lah balik "kampung" - ( sebab kampung depa kat bandar ni!!!)....bila mereka balik ....hahahah tugasan sedia menanti....yang pompuan dan lelaki - semua ada tugas...


*************************************************************************************************


Sunday, September 13, 2009

Monolog Diri - Sedih & Gembira & Persiapan Hari Raya

Ahad 13.9.2009
23 Ramadhan 1430


Hari-hari terus berla
lu ...
Ramadhan akan sampai ke penghujun
gnya...
Syawal akan munculkan dirinya.


Aku terperangkap antara dua rasa - gemb
ira atau sedih?

Di antara kesedihan meninggalkan Ramadhan dan
kemeriahan persiapan menyambut Syawal.
Sedih kerana Ramadhan yang akan pergi.
Gembira dengan Syawal yang bakal menjelma.

Layakkah aku gembira menyambut kedatang
an Syawal?
Takbir bergema di mana-mana.
Takbir itu mengingatkan kepa
da kebesaran Allah.
Dia Yang Maha Besar. Takbir itu petanda kemenangan.
Kemenangan kembali kepada fitrah hasil mujahadah sepan
jang Ramadhan.

Di kejauhan Ramadhan seiring dengan kehadiran Syawal,
ku titipkan dua air mata…
air mata kesedihan dan air mata kegembiraan.

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Dan padanya segala pujian…
Aku bersyukur....
“ Ya Allah, terima kasih kerana mengiz
inkan aku
menempuh dua rasa ini - sedih dan gembira."

Ya Allah , panjangkan lagi usiaku agar dipertemukan
lagi Ramadhan tahun depan...!
Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa ku
Ya Allah....


****************************************************************************************
Minggu ini minggu terakhir persekolahan sebelum cuti raya selama 1 minggu....

Persiapan menyambut kedatangan Syawal , insyaAllah seadanya...
Baju baru untuk aku , hubby & anak2 semuanya telah disiapk
an
sebelum kehadiran Ramadhan bertemakan warna kemerahan....

Begitu juga dengan persiapan dalaman - semuanya telah tersedia....

Tunggu hari aje! hanya nak final touch-up yang sikit2 saje...

Bekas2 kuih - pinggan/piring - semuanya tunggu untuk dikeluarkan &
diaturkan atas meja. Jika ikutkan aku nak letak siap2 kuih dalam bekas2 kuih ni!!!
Ada kuih beli & ada yang insyaAllah akan dibua
t 1/2 hari ni....

Juadah hari raya pertama pun telah diputuskan - 100 biji ketupat -
orde
red ,
rendang + sambal kacang + serunding daging + ikan &&&
nasi kebuli / daging + ayam masak merah + dalca & daging + acar.



KHAS UNTUK SEMUA YANG MENGUNJUNGI

ASAM GARAM KEHIDUPAN

diucapkan

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR & BATIN

Saturday, September 12, 2009

Majlis di MPJ & AKCR


Majlis khatam Quran & berbuka puasa di MPJ pada 11.9.09

Majlis berbuka puasa di Ayer Keroh Country Resort
pada 4.9.09 selepas meeting koperasi

Friday, September 11, 2009

Suasana Majlis Berbuka Puasa Warga Sekolah

10.09.2009 - majlis berbuka puasa ini adalah anjuran Kelab Majlis Staf
dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam


suasana majlis berbuka puasa - turut serta ahli keluarga masing2 -
cikgu-cikgi sibuk melayan anak2 mengambil makanan -
riuh suara anak2.....

hidangan utama - nasi hujan panas - dimasak oleh makcik kantin - sedap !!!

ambik nak -ambik nak.....nyummmmm.....!
anak2 warga sekolah turut memeriahkan suasana majlis berbuka puasa

masing2 dah mula memilih kuih muih
kuih2 ni semenya dibawa oleh cikgu2
kalau sepiring sorang bawak - itu kalau sepiring .....
tapi nampaknya bertupperware2 yang dibawa....tak ke banyak tu....!
macam2 ada....pilih - pilih.....


Cikgu Din & Cikgu Isk. sedang rancak menggoreng char-kway-tiaw -
permintaan khas dari rakan sejawat mintak dia
goreng char-kway-tiaw yang panas2 ....dibawa khas dari AG....

sedap lah Din ko buat....boleh bukak warung ni....
ambik alih makcik kantin....he3x


susunatur dimeja utama

nasi yang aku makan
nasi hujan panas - berlaukkan daging + dalca + ayam merah
nasib baik tak hujan.....hanya panas saje sampai petang.....


selepas berbuka kami solat berjemaah di surau sekolah


*************
petang ni menghadiri majlis khatam Quran & berbuka puasa di MPJ ( pejabat hubby )

Thursday, September 10, 2009

Berbuka asing2.....

hari ini peluang aku me'rehat'kan diri bekerja keras di dapur....

aku tak perlu masak apa2 untuk berbuka puasa petang ini...
tak perlu aku nak fikir masak apa ....kalau tak dah ber'silat' aku di dapur....

peluang bukan datang selalu....

semuanya kebetulan...

aku akan ke majlis berbuka puasa di sekolah....

dan hubby akan berbuka puasa di Sri Malaysia selepas meeting ....



******BEST!!!*****


Wednesday, September 9, 2009

silap cakap @ silap tanya?

cikgu sedang mengajar PSK tingkatan 1....

membincangkan cara2 tulis laporan khidmat masyarakat...

cikgu : cara tulis laporan , ikut susunan yang telah ditetapkan....

murid : cikgu, sama tak macam kita buat folio sejarah...

cikgu : isinya sama la....kalau adik beradik ada 5 orang awak buat dalam folio sejarah, dalam PSK ni mestilah sama jugak - takkan jadi 6/7/8 pulak ......bezanya PSK ikut cara laporan PSK....isi sama.

ha ha ha......murid gelak...

murid : cikgu, boleh tulis dengan tangan tak?

cikgu : selama ni awak tulis dengan apa? ikut awak la nak tulis dengan apa - tulis dengan kaki ke , dengan mulut ke - kalau tangan tak de.....! asal kan laporan siap!!!

ha ha ha ha.....murid gelak lagi.......lepas tu bunyi loceng habis waktu ....

murid : ok....janji siap! selamat hari raya cikgu!!!

Begitu la cikgu melayan anak2 didik....
yang nak bersalam , bersalam la...yang tak, tak jugak....




we're friends.....


to all my followers......do take this note ! thank you




What's so special today?

09.09.09



Monday, September 7, 2009

Goodnight......zzzzzzzz.....

ngantok.....zzzzzz........
esok bangun sahur 4.15 pagi....insyaAllah.

Sunday, September 6, 2009

Mesyuarat tergempar!

Mesyuarat dijalankan sebelum waktu zohor tadi...

Yang ada hanya pengerusi (P) dengan naib pengerusi (NP)...tak pe la,
mesyuarat boleh diadakan juga.
Kira cukup la korum ni....
mesyuarat kerana dah kehabisan
menu apa nak masak.....

P: Umi - petang ni masak ape?

NP: Entah la...abang nak makan ape?

P: Ok, awak nak mas
ak ape?

NP: La....kita tanya dia nak makan ape, dia tanya kita nak masak ape......

P: Ok la, kalau gitu hari ni, umi rasa nak makan nasi putih sikit
dengan lauk asam pedas te
tel .....( tetel dah sedia ada beli kelmarin )

P: Ok ...abang ikut aje...petang nanti beli mu
rtabak sekeping cukup la...
makan nasi sikit dengan lauk tu cukup dah.....


NP: Okkkkk, untuk Fahd nak balik asram
a - dah rebuskan nasi impit sikit tak sampai 10 biji pun - sambal kacang semalam ada, biar dia bawak balik...
pas tu dia mintak buatkan agar2 jagung....


P: Ok...ok...

NP: Abang tolong g
i kedai jap....

P: Hahhah...cepat lah nak beli ape?

NP: Kalau nak masak tetel asam pedas - ( orang melaka kata gerang asam ) - kenalah ada telor masin - ulam timun dah ada cukup la tu....
belikan juga agar2 sepeket & jagung setin...

Jangan lupa beli suratkhabar....( kalau hari kerja aku dah order kat sekolah...)

Maka, selesai mesyuarat tergempar tak sampai 10 minit...
berdesup la pengerusi pegi kedai....
*
*
*
*
*
*
ini dia agar2 jagung - yang dalam 7 acuan tu,
cukuplah untuk aku berdua aje nak makan....
yang lebih tu biarlah Fahd bawak balik k
e asrama....
makan dengan kawan2nya...