CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Monday, August 31, 2009

Tanggal 3 Puluh 1, Bulan 8, 5 Puluh 7


TANGGAL 3 PULUH 1, BULAN 8, 5 PULUH 7
( 31 OGOS 1957 )

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka


SALAM KEMERDEKAAN
KEPADA SELURUH RAKYAT
MALAYSIA

Friday, August 28, 2009

Kemas2 buku, jumpa majalah.....kena pindah.....

Dengan tergedik2nya aku nak beritahu, sejak mula puasa

aku dah jadi surirumah tangga
( kerana ada satu tangga ye, naik ke tingkat atas....) sepenuh masa.
*
*
*
*
*
*
ye le tu....
*
*
*
ye ye ye betul-betul.....aku bertugas sebagai suri rumah
sepenuh masa hingga 31.8.09 saja

(......selamat menyambut hari kemerdekaan ke 52 )

sejak mula cuti sekolah pada 22.8.09 lepas....bestnya!

Jadi, sebenarnya aku ada banyak masa untuk menguruskan rumah aku -
maklumlah bermulanya puasa - bermakna nak kena mula kemas2 rumah ini...
nak raya !!!
( tapi mengikut kata Farahin - bila tepon : umi buat apa?
kemas rumah....
umi ni asyik kemas -kemas - kemas - sejak dari In sekolah rendah lagi!!! )....

habis time dia tepon, aku dok kat rumah - aku tak kerja kat sekolah -
kemas2 lah rumah, sapu ke, lipat baju ke dan macam2 la nak buat....
apalagi nak buat kan? tak kan nak tido....

sebab tu jawapannya sama sejak azali lagi.....
( kalau senang2 aku buat N3 tentang aku kemas rumah pulak he3x....
apa
aku buat ye...)

( sebab tu N3 aku pun turut berpuasa....)
*
*
*
*
Dalam pada aku jadi surirumah ni, kita orang pun ade pergi ke sekolah sekejap ,
sebab prepare pemantauan oleh pengarah yang kata nak
datang pada hari Rabu lepas,
tapi tak dapat datang - ditangguh ke Khamis minggu depan....
*
*
*
*
Sejak hari Rabu lepas - aku telah dimaklumkan bahawa aku kena pindah!!!
Eh eh eh...pindah? Sebab???

*
*
*
Ohhhhhhhhhhhhh......
*
*
*
Pindah buat sementara waktu kerana pejabat sekolah nak di renovate kan....
Nak di upgrade kan.....sejak menjak dapat Anugerah Sekolah Cemerlang ni -
dapat peruntukan untuk pembangunan -

jadi bos bercadang nak upgradekan pejabat kerana
pertambahan staf sokongan yang ketidakcukupan tempat.....

best - best - best......tapi bab pindah2 ni yang lemah kaki ku....
nak berkemas2, mana nak bawak macam2 buku /macam2 fail???
katanya pindah ke Bilik Gerakan /Bilik Mesyuarat untuk sebulan 2 ni....

*
*
*
maka berkemas2 la aku segala macam buku dan fail -
buku2 aku semuanya aku nak longgokkan kat rumah dulu....

Tadi pagi aku kemas lagi - angkat lagi - sampah2 / kertas2 lama
( seme nya sayang-sayang-sayang.....at last aku buat recycle papers -
hantar papers lama....)
*
*
*
*
Aku kumpul buku2, aku kemas fail2 dan segala mende.....
hahahhah ni dia longgokan buku & bilik aku yang dah macam dilanda tsunami.....



Dalam masa aku kemas2 ni - terjumpalah aku dengan majalah ini.....


LAMAN : JUL/OGOS/SEPT 2006

Apa istimewanya majalah lama ni?

Mari kita tengok apa isi di dalamnya.....



Ini gambar 3 tahun lepas diabadikan sebagai kenangan ......
( nak jelas lagi - zoom la kat gambar ni...)


Kini , di sebelah laluan dalam gambar di atas,
sudah ade sebuah kolam rindu tempat memadu kasih sang ikan koi-koi-koi......


####sekadar berkongsi maklumat saje.....
wasalam....

Monday, August 24, 2009

Bloggers Pace Slow Down ....



Bloggers Pace Slow Down During Puasa Time......

But they increase their pace during Solat Terawih.....

Happy fasting during this Ramadhan....

Don't forget to give sadaqah & recite Al-Quran though a single line.

May Allah bestowed His rahmah to all of us
& ummah of Prophet Muhammad saw.

Amin.

Saturday, August 22, 2009

Album Kenangan 3.....




Aku simpan semua award yang dihadiahkan oleh kawan2 ni....Terima kasih.

###########



Ini daripada Alimaz skeluarga - teror dia buat kad ni...
boleh tempah untuk kad raya pulak...
( bungkuslah syarikat2 yang ada...seme orang teror buat sendiri...)

Terima kasih - Selamat melaksanakan ibadah puasa.....cadang masak apa petang ni...

*************************************************************************************


Ini award dari Linda Manisssss......


1. Mula2 suruh copy...dah copy dah...& simpan dalam album...

2. Nyatakan 6 fakta menarik mengenai pemberi award ini:-


1. Catatan Pn Linda Manisssss santai - maksudnya bersahaja...
seperti dekat dengannya....

2. Orangnya sungguh manisssss -
seperti Musliha dendangan Othman Hamzah....he3x

3. Ibu yang penyayang dan sangat prihatin tentang anak2...

4. Seorang isteri yang sangat taat kepada suaminya....

5. Sangat rajin & pandai masak!

6. Sangat suke pakai kebaya!!!
( berapa pasang untuk raya tahun ni???)


3. Pilih 10 orang penerima award dan describe tentang mereka...

alahai Linda Manissss.....tak terpilih lah...Tak ape la...
biar seme orang dok relax
pada hari pertama puasa ni....selamat berpuasa ye...
buat kuih apa bebuka nanti...

*************************************************************************************


Oleh kerana aku teka dengan tepat berat Naman sebelum dia bernikah -
aku telah dihadiahkan award ini...Tak sangka betol, aku rasa ni la aku teka dengan tepat...Dulu2 masa pasaria kat sekolah aku teka jumlah kacang ,
hampeh jauh sangat nak sipi2 tepat pun tak dak....Hu3x pandai aku....

Yang ni pulak Naman hadiahkan aku juga kerana aku jadi
antara top komentar kat tempat dia.
Rajin betol dia kira...aku tak pernah sekali2 nak kira
ke mana aku letak komen,
mahupun rakan2 yang datang ke rumah aku...
sape nak datang - datanglah...
kalu aku dok tunggu, letih aku nak jawab salam!
Datang aje la...pintu rumah aku sedia terbuka sebab pondok burok aje....
yang lapang - tak ade barang2....
Naman - Nak tahu sape akak yang bernama
Sonata anak Kancil ? (sila lah ke sini....)


****************************************************************************************

Thursday, August 20, 2009

Ayat-Ayat Pening Kepala....

Hari ini......

Baca ayat2 berikut....kalau salah....
salahlah gamaknya sebab aku tak ajar BM...

dulu2 aku ajar Geog.
sekarang aku ajar PSK - Pend. Sivik & Kewarganegaraan


1. Aku pening kepala tengok budak2 yang tak serius belajar.
PMR / SPM/ STPM dah doket ni...


2. Aku pening kepala bila kerje2 banyak tak siap.


3. Pening kepala aku , tak lama lagi cukup bulan , aku kena bayar macam2 bil
( kalau tak bayar lagi
pening kepala aku - nanti air kena potong / letrik yang tak disambungkan / astro hantar surat saman - sampai hati ye naikkan bil -
pening kepala ku / bil tepon di card credit naik intrest /
paling
pening kepala kalau tak bayar tenet , tak boleh blogging!!!)

4. Waktu aku ketok key-board ni - baca blog ni aku sakit pening kepala.
Jadi aku tak boleh nak berjalan2 - tak sanggop nak ngintai2 ....
sebab aku lepas ni nak rehatkan kepala aku ni
yang sedang sakit pening kepala.

@
@
@
@
@

pesan ngan hubby mintak belikan panadol ni saje masa dia balik keje petang tadi...




pening kepala aku sebab belum makan ubat ni , sebab belum makan malam lagi - aku tak beselera nak makan - pesan lagi ngan hubby mintak dia beli mee-hoon sop - sebab dia kuar jap ade urusan.


5. Oleh kerana aku sakit2
pening kepala & ntah silap makan ape kat sekolah gamaknya - yang aku tau pagi tadi sarapan nasi goreng+telor+air milo 0 -
tu pun sikit , jam 12 tgh makan nasi tomato - 1/2 saje + ayam sambal merah + air suam.....rasa tak sedap / rasa sakit perot , aku dengan tak malunya jumpa bos - mintak balik jam 1 lebih & cakap dengannya aku nak tido!

( Aku pun tido sampai jam 5....
masih pening kepala lagi ni....)

Hu3x - bos kasi balik....dah - dah pegi balik -rehat....
nanti lagi
pening kepala...katanya.

Apa tak
pening kepala - sebelum cuti ni -
kena letak all the files dalam Bilik Gerakan sebab
Jemaah Nazir & Pengarah , Timb. Pengarah dan pegawai2 bawahannya
nak datang lihat betapa mantapnya sekolah ini cemerlang!....

Aduhai lagi la
pening kepala ku ini.....


Bye2 semua yang sedang melawat2 persekitaran rumah aku ni...
minta maaf la - rumah aku ni burok aje...
tak mampu nak ngecat-ngecat baru....

nanti lagi pening kepala aku ini -
lagi2 mengenangkan nak raya ( oiiii - kasi habis itu posa dulu tau....)
lagi laaaa pening kepala aku !!!

ole itu ,
aku berpegang tegoh kepada prinsip,
aku nak kekalkan identiti rumah lama ku ini.....
raya la aku nanti dengan rumah lama aje...
tak la pening kepala ku ini...
*
*
*


psssttt....terima kasih kepada semua yang sudi menyampaikan ucapan
Selamat Hari Lahir kepada my hubby - punyala beronok2 dia!
( rakan maya aku - rakan maya dia gak! )




SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK




Wednesday, August 19, 2009

2009 World Water Week: 16 - 22 August



2009 World Water Week: ( read more...)
"Responding to Global Changes: Accessing Water for the Common Good”

World Water Week



Sayangi lah air.....

Air ibarat urat saraf alam sekitar ,
sama seperti urat saraf dalam tubuh manusia...

Jika tidak dijaga sakit lah tubuh kita! Begitu juga air.....
*
*
*
*

Pssstttt......

Happy Birthday To My Beloved Hubby &
also to those who's celebrate today

Tuesday, August 18, 2009

bayar utang 1....

Menjawab Tag dari Cik Adik Fauzieah....

1. Sila ambil gambar beg yang anda bawa pergi kerja...

Ni die rupa beg / ( bakul / raga ??? ) santai aku pegi sekolah...Aku suke tukar2 beg....Masa ambik gambar beg ni aku bawak....




2. Kemudian, sila ceritakan sedikit apa yang terkandung dalam beg kerja anda. Sila sertakan gambar sekali kemudian terangkan secara detail isi beg anda.



Dalam beg aku nih biasanya ada buku...Yang pink panjang tu 'buku utang' ( kalau guna buku 555 - kecik beno tak padan dengan beg besar nih ) ....aku kutip utang - 9 orang = members aku patutnya bayar utang ikut bulan...tapi members aku ni bagus punya members - depa malas nak bayar utang ikut bulan - depa bayar sekali gus sejak bulan 1 lagi...senang keje aku...bila meeting aje - aku lah tukang order makan & minum - pas tu aku tulis dalam buku ni...

Kadang2 ada buku nota - catat apa yang patut berkaitan tugas - kalau time aku rajin aku cek lah tugas ape yang belum diambil tindakan bila bawak balik umah /aku catat tugas apa nak buat kat sekolah esoknya...

Kadang2 bila terpaksa bawak balik Buku Rekod Mengajar yang tebal , beg ni jugaklah yang tukang bawak buku tu...( tapi jarang2 kes ni - sebab aku siap keje kat sekolah - selagi belum selesai selagi itulah aku tak balik...sebab tu, balik lewat sokmo!!! balik umah aku relax !!!( bukak blog le - ape lagi!)

Setiap hari aku bawak balik Berita Harian dalam beg ni jugak..Tapi kadang2 aku lupa letak BH dalam beg ni - last2 buat rugi beli BH ni - apa nak kato - aku mintak order selagi aku keje kat sini....

Masa aku amik gambar beg ni - aku sumbat jugak face-mask - pakai masa masuk kelas...he3x - sebab tu ade jugak kat dalam beg ni...


3. Nyatakan sebab2 anda suka beg kerja anda itu

Beg ni besar - boleh pakai tangkap muat aje letak bende2 - selain buku,kadang2 aku letak bekas air / buah2an / bekal ( time aku rajin masak - tak pun roti je!!! )


4. Sila nyatakan kenangan manis atau apa2 yang istimewanya beg itu pada anda

Beg ni aku beli kat Sarawak (klik sini ) tahun lepas - masa tu aku dah 'terlebih' beli barang - beg cargo-luggage dah penuh - back-pack pun dah penuh - aku buat hand-luggage...
( tamak punya olang...he3x )

Tadaaaa......dah bayar utang Fauzieah....( tapi tak masuk dalam buku utang tu....)

5. Sila tag 10 yang lain....( saje aku suruh all men here answer this tag...nak tengok beg macamana depa bawak gi keje...he3x - ko orang jawab tau...)

1. Yunus Badawi ( ketua ) 2. OneZaba 3. Dun Behrang 4. GPI SKSV 5. Naman
6. Imanshah 7. Mknace 8. Bapak 9. Echam-Webmaster 10. Izman

Sunday, August 16, 2009

Chomel Mati!!!!!

Wahai Kucing ku !!!( boleh klik sini )

Uwaaaaa......uwaaaaa......
Chomel aku telah mati!!!
aku benci ! aku benci !
sebab aku buat dia mati!!!

Uwaaaa.....uwaaaaa........!!!

Sekor daripada anak Tam sangat comel - aku panggil dia Chomel.

Tapi dia dah mati!!!


Sediiiihhhhhh......sebab dia sangat comel...
semua orang kata dia comel, dia cantik, bulu hitamnya cantik, lembut macam kapas.....ekornya pun cantik.....matanya cantik, mukanya comel,
lain dari yang lain.....!!!aku benci ! aku buat dia mati!.....


Petang tadi, Sonata aku - terrrrrrr......langgar dia!!!!
dia mati! Tak lah kuat, masa masuk ke garaj pelan2....
tapi dia main2 jugak kat tayar nak lalu....

Kenapa ko tak nak lari masa aku masuk tadi????
kenapa ko degil??? kenapa ko nak lari2 jugak kat tayar tu????

Chomel aku dah mati.....!!!

Friday, August 14, 2009

Selesai Sudah Majlis Kenduri.......Amin

Baru sebentar tadi selesai majlis kenduri jiran depan rumah aku....Kenduri menyambut puasa. Sejak2 akhir Saaban ni - ade je jemputan kenduri - seperti satu budaya pulak...tak tahu la di negeri rakan2 maya yang lain di luar Melaka ni....

Aku ni kaki sebok aje....Tak dapet den nak nolong....sebab keje sekolah...tapi ramai lagi jiran lain yang keje sebagai menteri dalam negeri , masa nilah depa semua menunjukkan kebolehan memasak pelbagai jenis lauk yang sinonim dengan negeri Melaka ni....
( aku datang dari luar ye...tapi dah tukar kerakyatan dapat PR Melaka ).


Petang tadi, aku pegi la jugak - nolong apa yang patut! hah aku amik kesempatan snap lauk2 dan kuih2 tradisional yang kekal sepanjang zaman hingga ke hari ini! kuih moden tak main la....tapi jangan tak tau dalam beg cenderamata tu - ade juga kuih2 moden / biskut / muffin yang diletakkan! Kus semangat - tengok lah lauk2 dan kuih yang disediakan oleh tuan rumah....



gerang asam - lauk ini sangat famous di Melaka - daging + tetel & dengan cara masakannya Melaka style - seakan2 masakan asam pedas...

lauk lemak nangka - antara menu wajib juga di sini -
lauk pedas lawannya lauk lemak



ikan asam pedas + bendi


ayam masak merah

Selain daripada ini ada juga ulam2 + sambal belacan ,
ikan masin goreng , telur masin rebus , rojak pecal.....hu hu hu ....
sehingga menjilat jari! ( tak malu punya orang...)


bubur pulut hitam


air sirap asam boi + limau nipis


kuih seri muka ( Johor ) / Raden Galuh ( Melaka ) /
tok aji serban ( Trengganu - tapi atasnya warna coklat gitu....
betul ke Ann-Dehouzze yang berada di Paka, Terengganu? ) -

rasanya sama kot - bawah ade pulut & di lapis atas kepalanya lemak samada warna hijau / coklat . Sape2 nak tau resepinya carilah di alam maya ni - sangat banyak....Aku je tak kosa nak buat...tak padan dengan nak mengukusnya & tak ade sape yang nak makan - melainkan mereka2 yang seusia dengan ku saja!!!



kuih lapis ( biasa orang sebut ) /
kuih genggang ( tak tahu pulak negeri mana yang menyebut gitu ) /
dan paling best - ni orang2 moden le ni / anak2 moden panggil kuih flat!!!

( rumah flat yang bertingkat2 tu....)


kuih koci - sedap gak tapi aku kureng gemar...
sebab leceh nak makan - pulut hitam yang melekit bila bukak daun pisang...
tak kena gaya santan yang diletakkan cair & meleleh...
tu yang maleh nak makan!




door-gifts / cenderamata / berkat
( setahu aku orang Johor panggil ni - ye ke -
wahai orang2 Johor yang melintasi di sini??? )

Thursday, August 13, 2009

Salah @ Silap Siapa?

Di mana salah & silapnya?

Hari ini aku di arahkan oleh bos untuk
memenuhi jemputan satu majlis konvokesyen di Dewan Sri Negeri.



Kad jemputan telah diterima dan mesti dijawab sebelum 3.8.09.
Untuk tidak lupa, secepat mungkin kerani aku dah
fax jawapan memberitahu aku akan hadir.



Dik kerana bimbang kesesakan lalu lintas -
almaklumlah kan tentunya banyak kereta &
kesukaran nak parking ( mestilah cukup parking kan....) -
dari rumah aku keluar jam 7.45 pagi - sebab ketibaan tetamu jam 8 - 9 pagi.


On the way - selepas 2nd trafic-light - kenderaan mula bergerak perlahan....
( macam dalam radio pulak )....
aku dah agak mestilah sesak sebab kenderaan nak masuk ke DSN....


Bila tiba jalan masuk ke DSN - aku terus menghala
ke parking bahagian belakang ( kira dekat la dengan DSN ) -
kalau tak, kena parking kat bahagian dekat2 jalan masuk....
( penat la naik tangga tinggi ).



Selesai parking - aku berjalanlah ke arah DSN....
aku tengok2, mana orang ramai? sunyi sepi aje...


Ehhh...biar betul, ke aku salah tarikh?
Bukak kad jemputan ,ehhh betullah hari 13.8.09 - Khamis,
ketibaan tetamu jam 8-9 pagi...Ok , betul la ni...


Tiba depan DSN - eh? dewan kosong?
Mana graduan ni, tak beratur ke /urusetia pun tak ada
nak pendaftaran ke atau seumpamanya ?


Aku nampak ada seorang wakil dari jabatan apa ( dah lupa ) ,
berkenalan lah kami...Dok tertanya2, ada ke majlis ni?
Tanya Pak Guard - dia pun tak pasti ,
disuruhnya tanya bahagian kaunter tempat pertanyaan...
Ah tak payah la...


Mungkin tetamu pergi breakfast kot - sebab ada catat pada
kad jemputan sarapan di Dewan Bunga Raya...
Dah lah aku & pegawai ni tak mahir dalam kawasan dewan ni....
Kami pun bertanya lah...mana D.B.Raya...tengok2 ....eh tak ada orang pun!


Salah dewan kot...kami pun pergi semula ke DSN -
berjumpa pulak dengan seorang pegawai lain -
pun tertanya2 ade ke konvo ni?


Kemudian kami jumpa 5 tetamu dari Singapura datang untuk majlis ini.
Mereka bukan calang2 orang - yang aku tahu salah sorang tu beri business card - tertera Dr. Isa Hassan dari Management Dev. Inst. of Singapore....
( he he he dia pelawa jika nak ke S'pore boleh call dia ! sudah bagus ni...) , tercengang2 , bertanya jugak , ade ke majlis ni ?


Salah sorang pegawai yang datang telefon kenalannya -
dan dimaklumkan konvo ni dah dipinda ke sebelah petang!
Alasan CM ada majlis dengan TPM yang merasmikan hari peladang / tani kat MITC. Tak kisah la ni....apa yang penting beritahu la kepada kita ni!!!


Alamak, kenapa tak beritahu / kenapa tak telefon semula?
Padahal masa fax jawapan semua dah mintak
catat nama / organisasi / jawatan /phone number....


Angkat telefon la....kenapa tak telefon ?
Jadi, apa guna kita fax jawapan untuk pastikan kehadiran kita?


Urusetia pihak berkenaan pun tak ada di dewan
untuk beritahu sekiranya tetamu seperti aku ni hadir /
papantanda2 memaklumkan penangguhan masa pun tak ada!
Tak ke haru tu....


Aku rasa malu dengan tetamu luar negara ni....
Mereka beritahu keluar S'pore jam 5 pagi

( lajunya....dah sampai within time - frame )
- meeting /apptn. ditangguhkan...Mereka kata, sebaik habis konvo -
nak terus balik sebab urusan kerja.


Aku pun gitu juga....Petang ada meeting...
mungkin tak datang la jawabnya!


On the way ke tempat parking - aku berjumpa dengan salah sorang oficer organisasi ni yang incharge bahagian jamuan & beritahu hal ini....
Memang la dia jawab tak tahu sebab bukan jawatankuasanya!
Dia pun mintak maaf on behalf of this orgnization.



Aku pun balik ke sekolah & petang pergi meeting.....


( entah2 dewan tak penuh....)


Peringatan di sini:

Jika kita dah jemput orang - jika berlaku perubahan masa /
tarikh TOLONG maklum semula!





Wednesday, August 12, 2009

Suke nya Hari Ini......

Hari ini dalam sejarah....



Sekadar berkongsi perasaan bangga & gembira......
*
*
*
*
*
*

Hari ini : Sekolah aku di nobatkan sebagai penerima ....................
*
*
*
*
*

ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2009 !


***********************************************************************************

Di ruang maya ini - aku merakamkan jutaan terima kasih
kepada seluruh warga sekolah ku dari semua lapisan staf - guru - staf sokongan - pekerja swasta - pengawal keselamatan sekolah -
pihak pengusaha kantin & semua murid
yang telah bersama2 merealisasikan kejayaan sekolah ini !

Ini merupakan anugerah tertinggi dalam kecemerlangan sekolah


Bulat air kerana pembentung
Bulat manusia kerana muafakat


Hati gajah sama dilapah
Hati nyamuk sama dicicah


Yang berat sama dipikul
Yang ringan sama dijinjing







Tuesday, August 11, 2009

SAHABAT MAYA..........album kenangan 2

Sahabat Maya -
istilah sahabat yang berkata-kata tanpa kedengaran suara....
Ada kalanya hanya bersua muka di alam bayangan ,
ada kalanya menatap wajah di paparan ....
Persahabatan ini memberi inspirasi -
yang berkongsi pelbagai kisah suka duka perjalanan hidup ini melalui catatan ...
Semoga persahabatan maya ini akan berterusan....
Ini amat jelas menunjukkan bahawa sahabat2 kalian -
telah / dan sentiasa mengikuti arus kemajuan teknologi hari ini....SYABAS!!!
*
*
*
*
*

Aku paparkan di sini antara cenderamata / award
sahabat yang aku terima & amat menghargainya....

( yang tak ada senarai award di sini & semua followers =
terimakasih = sahabat maya jugak !!! = hantar awards banyak2 he3x )
*
*
*
Sahabat yang dikenali sebagai.....



Linda Amri - Sabah : Pencinta Buku


Hasni, Johor : Beliau akan hadiahkan setem jika ke rumahnya




Anakanda Awin - Tawau, Sabah :
adik beradik dengan Obor-obor & Kak Bie - selamat maju jaya


Fauzieah , KL - very sweet & lovely mummy


LotsOfLove - Pearls : Malaysia -
banyak pearls bersinar2 dipancari mentari....


Cikgu Nza , Johor : nampaknya orang kuat KPPK....


Cikgu Chekdenoor , Selangor : Bos Pusat Tuisyen




Azlina , Perak : Pakar dekor

Wednesday, August 5, 2009

Drama Sebabak.............

Petang 4.8.09

Aku keluar buat urusan tak rasmi - Pos-ofis AK bayar bil tenet - pegi rumah adik kat BB dia nak bagi buah pulasan - pegi beli all sort of home & fabric cleaners -
pegi bank - bank-in cek

.....tiba2 kat trafic-light...


Tepon bunyi ....lagu Rossa Pudar...

Alamak - nama bos kuar . Bos tepon. Apa hal ni? Suspen.....

Helo - assalamualaikum .....

waalaikumussalam ....ya tuan haji ?

Ni lah - tadi dapat mesej dari PPD ,esok kita kena pegi meeting
dengan Jab. Kesihatan kat BB, 9.00 pagi...

Mulalah aku berkecamuk fikiran - apa lah lagi ni ....murid aku +ve ke,
atau ape ke...nak kena extend cuti ke? ehhh macam2 la....tak menentu...

Ok, insyaallah tuan,terima kasih.Assalamualaikum.


*********************tamat ************************************************

Petang jam +- 5 ....dah sampai rumah.

Tepon bunyi lagi.....

Bos tepon.

Assalamualaikum....

Waalaikumussalam ....ya tuan haji...

Ini lah...baru kejap dapat mesej lagi - esok tak jadi meeting kat Jab. Kesihatan -
tapi meeting kat Dewan Bestari , JPM jam 2.30 petang...

Kalau jam 2.30 petang ni, saya tak dapat datang la, sebab saya dah ke JB kursus Star Rating....Jadi , saya akan tepon yang lain mintak wakilkan saya ni....

Ok, tuan - insyaAllah saya akan hadir.
Terima kasih....Assalamualaikum.



******** terus memikirkan apakah agenda meeting ini****************

Pagi 5.8.09

jam +- jam 8.45 pagi.

Tepon bunyi.....

Alamak - bos tepon...apa hal lagi ni!

Assalamualaikum .......buat ape tu?

Waalaikumussalam.... kemas2 rumah sikit ni....

Ni lah , hjh...saya ada masalah.

Masalah apa tuan?

Saya petang ni kan kena pegi JB - tapi Hj.***** dari JPM
tepon saya ,esok pengarah nak jumpa tentang yang saya mohon DG 54 tu....

Oh gitu - jadi, kenapa tuan haji?

Saya tak boleh la nak pegi JB - pengarah nak jumpa ...tak boleh saya tak ada..
Jadi, saya mintak awak gantikan saya pegi kursus petang ni....boleh ye!


Waduhhhh.......aku kena gi JB?


Ok, baik la tuan , macamana saya nak ke sana?


Ok, awak tumpang dengan kawan saya dari SMKST.....
nanti saya tepon dia....Jadi petang ni meeting awak tak payah pegi,
saya cari ganti orang lain pulak....


Sampai bila tuan haji?


Hari Jumaat....ok, selamat berkursus.....


Ok tuan haji, terima kasih, assalamualaikum....

Mula lah aku agak 'kecoh'....nak kemas baju - nak itu nak ini....
tapi tak pe, capai beg - capai baju ...semuanya dah ready
bungkus2....jalan .....jam 12, cikgu tu datang ambik aku kat sekolah....


********************dan2 aku pun tepon hubby**************************


tepon...

Abang, kena gi JB, tak pe ke?

Ok lah....take care.

Bye - see you then - love you!


****************************tamat**************************************


Monday, August 3, 2009

Banana Choco-dough

Hari ni aku kan 'rajin'....

maka dengan bangganya...
aku buat
banana choco-dough untuk minum petang

Hubby balik keje - 'umi buat apa ?

Banana Choco-dough.....
sedap you.... minum ngan teh-0...!

Macam2 nak buat.....

Orang sekolah , aku dok rumah....orang keje sekolah, aku keje kat umah....
hu hu hu , keje gak namanya....pendek kata bila kata dok kat umah ni...
ha ha ha....macam2 la nak buat, nampak sangat keje kat umah ni tak pernah selesai, tak pernah habis!. apa2 pun sama lah jugak - asal nama keje, mana nak selesai....nak selesai senang aje - tak payah keje....aku suke buat keje rumah - boleh buat keje sambil relax2 - take my own sweet times....



ni baju dok tergantung ape ke hal? alamak ni baju batik minggu lepas, nak hantar ke dry-clean - tak sempat2 nak hantar...tengoklah petang karang, sempat ke tidak...

ni pulak coridor kat luar - dah lama tak basuh se throughly...hehehe...hanya basuh gitu2 aje...lalu2 air je...macamana tak berkelarah - hah tengoklah seberang jalan rumah aku ni, dah buat rumah berderet2....nak wat macamana - bising satu hal, habuk pulak tu ...mana tak berlapok corridor aku....jadi kena sentiasa lalu air....hubby rajin - dia buat le juga petang2....hari ni kenalah aku basuh jugak....

alamak sebakul aku nak gi sidai kain baju ni....nasib baik la dimintak sidai aje...kalau suruh basuh ngan tangan - tak siapla keje2 lain ( terima kasih la pada teknologi - dari Jepang pulak tu....), pendek kata tak sempat lah aku nak layan blogging ni!!! hahahaaa ni pun aku sedang relax2 jap, lepas minum neslo tadi....

Hanger pulak, ini kes semalam la...dah angkat kain baju - pakai letak aje atas sofa...eeehhhh...kalau orang terjah datang, kelam kabut kena alih ni semua...tapi biasanya member hubby datang dia orang dok kat luar aje...kat luar tu aje garden chair...hah duduk la ko orang kat situ....minum sambil menikmati pokok2 menghijau....


satu sudut garden chair - agak2 macam omputih gitew...

ni satu hal lagi ----minggu lepas pi beli mangkok , bekas gula & susu cap vantage....he he he....dapat very2 good ofer, sambau aje le....pakat letak atas meja...nanti la petang nanti, Mr Lim nak hantar pintu cabinet yang diubahsuai....rearrange ! tak ade keje, cari keje , tambah keje...


Apa2 pun aku seronok duduk kat rumah! Release tension aku dengan keje2 pejabat....sambil tu aku menjengok2 kat tv yang bila hari2 keje mana aku dapat tengok semua!

( jangan bos telefon aku udah le...sebab hari ni dia gi sekolah - pejabat bukak - ada staf sokongan keje bergilir2 - sebab ofis kena bukak juga untuk urusan rasmi & pekerja cleaner nak cuci seluruh bagunan sekolah....nak kasi berbau detol bila budak2 & cikgu2 masuk sekolah semula hari Khamis ni...TETAPI bila bos tepon, kena lah jugak ikut arahan....nak culas2 ngan bos??? tak nak aku....)