CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, June 28, 2009

Bersedia Menurut Perintah

Salam & selamat hari minggu....

Nak tak nak kene pegi jugak!

Nak menjalankan tugas rasmi di JB - 4 hari 3 malam!

Ok , bye....

Saturday, June 27, 2009

Selamat Belajar : A-Level

Pendaftaran Mohd ke sini : TUC , Subang Jaya - 27 Jun 2009
A - Level - Chem.Eng. ( Australia ) - Tajaan Petronas

Tajaan pelajar ke luar negara

Di antara bidang pengajian di sini - ke luar negara



Bermula lah hidup 'berdikari' di sini

My Place Apartment

Thursday, June 25, 2009

MTQ - Pegawai & Kakitangan KPM Peringkat Negeri


Baru balik dari MTQ - Majlis Tilawah Al-Quran Pegawai
Dan Kakitangan KPM
Peringkat Negeri Melaka di SMKA Sultan Muhammad.

Sepatutnya petang ada meeting UNIT HEM jam 3 petang.
Bila bos balik dari majlis pertandingan koir peringkat negeri juga pagi tadi ,
dia mintak aku wakilkan dia, sebab pada masa yang sama
dia pegi
meeting koperasi sekolah negeri Melaka juga.
Jadi meeting unit ni dia suruh tangguh lagi ke hari Khamis minggu
depan
lepas aku balik dari JB. Dah 2x tangguh!

Untuk makluman - Pasukan KOIR sekolah aku ,
sekali lagi JOHAN dan akan mewakili negeri di Johor.
Bila? Tatau....tak lama lagi la tu....

Aku dah beritahu bos - boleh pegi nanti?Dia jawab, boleh! Boleh aje.....


Wednesday, June 24, 2009

Toilet Bowl Cleaner



2 beranak sedang berjalan2 dalam sebuah pasaraya terkenal...

Sambil mata melilau2 - lepas satu - satu seksyen barang2 yang dipamerkan -
mana tau kot2 ada yang berkenan nak beli - beli aje la...


Umi - ni dia ! beli toilet bowl ni !

Toilet bowl ? Kenapa nak beli toilet bowl ?

Ye la, kan umi kata nak beli...

Ehhh...mana ade , buat ape toilet bowl -
kat umah tu kan dah ada - nak tukar2 pulak...


Ye ! Toilet bowl !

Ko biar betul, tak payah - tak payah...

La umi ni, ari tu umi juga cakap nak beli...
Alamak ! bukan toilet bowl - ni hah apa ni ?

TOILET BOWL CLEANER !

( Patutlah umi bekeras tak nak beli...)




Tuesday, June 23, 2009

Bicara Santai --- Guru , Ibu & Anak

Assalamualaikum puan....

Walaikumussalam...sila duduk.

Puan, saya nak masukkan anak saya ke sini. Ini suratnya. Saya baru pindah dari Milan.

Oh...

Duduk di mana ni?

( sambil tu , aku membelek2 surat pertukarannya)

Ehhh...jauh ni, kenapa datang sini?

Begini puan, saya tak tahu sekolah ini di mana, saya baru di sini...saya terpaksa bawa anak ke sini.

Kenapa?
Cerita dengan saya yang sebenarnya, supaya saya dapat bantu puan.

Puan?

Paula Dorantes.

Ok, beritahu saya Pn Paula ...

Saya terpaksa berpisah dengaan suami saya...

Ohhh...berpisah?

Ye....kami terpaksa berpisah - surat laporan polis pun ada - sebab dia pukul saya...tapi mengenang kan anak....saya nak anak2 dengan saya....saya tak berpisah secara rasmi, tapi kami berpisah macam ni....entahlah keluarga suami tidak suka dengan saya...kami memang baik. jadi saya ambik jalan lari dari keluarga pihak suami...bila senang , ada peluang suami akan datang menjenguk saya dan anak ini....saya bawa sorang dulu...2 yang kecik ada dengan emak saya di kampung....

( airmata berlinangan )

( aku mendengar penuh kyusuk tawaduk....)

Puan keje di mana? Kenapa tak bawa anak2 balik kampung aje?

Sebelum ini saya bawak diri bekeje di bandar Milan , sewa tingkat atas kedai . Buat masa ni saya tak bekeje lagi.Balik kampung susah juga puan, emak saya duduk dengan abang saya....abang tanggung emak...masalahnya pulak, kakak ipar pun tidak berapa suka dengan saya dan anak duduk bersamanya....jadi saya fahamlah keadaan ini...tu saya mengalah dan bawa diri...

Ok, saya beri tahu keadaan bila bersekolah di sini...bukan saya tak nak terima...jika tak ada pilihan saya mesti terima. pihak jabatan tak beritahu ke?

Tak ada la pulak...bila saya tanya, sekolah yang dekat dan ada kelas RK - dia sebut 3 sekolah...tapi saya tak tahu di mana...

Cadang datang ke sekolah dengan apa?

Naik bas awam.

Bas awam? pukul berapa tu? awal pagi kena bangun...pagi - budak2 , orang ramai naik bas...nanti lewat tiba sekolah. Mesti masuk sekolah sebelum 7.20, 7.30 loceng bunyi - masuk kelas 7.40 mula belajar. Sari 2 bolehlah....kalau selalu datang lewat macamana?pengawas saya, memang jaga kedatangan murid ni...nanti , anak yang baik ni , selalu kena denda pulak sebab datang lewat.

Tu la puan, macam ni? saya serbasalah....

Ni dah lah jauh...awal pagi kena bangun satu hal...balik pukul 2.40...bila naik bas awam...kena tunggu di luar tepi jalan utama , bas datang bukan cepat - pulak budak2 kat sini ramai juga naik awam - bukan bas besar....murid ramai. Tiba rumah mungkin sampai pukul 4 lebih....sini sangat sibuk, hari rabu keluar pukul 3.30 , staf2 jabatan kerajaan lagi keluar masuk...sekolah rendah kat atas sana lagi...kalau hari jumaat, balik pukul 12. Memang jem kat sini...pukul 12.30 -12.45 baru kami semua boleh keluar...tu pun masih jem juga, sebab semua balik masa yang sama.ni tingkatan 1 - keselamatan anak kena ambik kira juga.

Belanja makan pulak...kena sarapan, masa rehat ....tengahari kalau boleh kena makan sebab balik lewat, tiba rumah dah petang....sebab jauh ni. ok, saya beri peluang puan fikir dulu...cuba tengok sekolah yang dekat dengan rumah ...tak kisah lah, kalau kena tukar ke kelas biasa pun, tak ape...kalau dah macam ni agak bermasalah...saya kesian, ni tingkatan 1 - kalau nak sampai ke tingkatan 5?
macama ? puan pun mungkin tak senang, tunggu anak tak balik2 lagi - dah jauh petang, esok kena buat yang sama...lama2 habis masa aje....


Saya beritahu perkara yang sebenar...biar saya cakap terus terang keadaan ni...lagi satu kalau sanggup, mungkin boleh cater seseorang untuk hantar....

Ok lah puan, terima kasih la... puan beritahu semua ini...baru saya terasa , jauh dan banyak kena ambik kira....

Ok, saya rasa lebih baik puan balik dulu...fikir dulu, cuba tengok sekolah yang dekat dengan rumah ni...cubalah tengok jalan ke sekolah XXX dekat dengan rumah yang puan sewa ni. tak kisah lah , kalau saya la, tak RK pun tak apelah...yang penting, anak pegi sekolah dekat....

Kalau tak boleh juga, saya sedia terima anak puan...tapi macam yang saya cakaplah tadi...

Ok....terima kasih banyak puan.....

Untuk hari ini...aku KIV dulu kemasukan ini.

Bila keadaan seperti ini - inilah jawapan standard yang aku bagi kalau duduk jauh dari sekolah. Aku kena tegas demi untuk menjaga keselamatan anak , dan juga disiplin....semua kena ambik kira. Masalah suami isteri - kalau boleh tidak'menyusahkan' anak. Beginilah keadaan para ibubapa kepada anak2 yang tidak mengerti / tidak faham tentang hubungan ibubapa. Anak yang masih mentah - hendak tak hendak terpaksa mengharungi keadaan yang sangat kontradik - yang boleh menyebabkan anak2 ini konfius....Para guru membicarakan tentang kebahgiaan keluarga...Apa yang berlaku kepada anak2 seperti keadaan yang di atas itu?







Sunday, June 21, 2009

Nenek Hubby Kembali Ke Rahmatullah

Masih panas lagi N3 yang aku publish minggu lepas -
kami telah pegi ke Mersing. Dalam kesibukan hubby berkeje ,
aku 'berkeras' juga mintak dia cuti.... akhirnya dapat dia bercuti,
itu pun 2 hari - tapi keje tetap diteruskan dengan
panggilan tepon yang bertalu2 masuk.


Sampai ke Mersing, kami telah melawat nenek hubby....
sudah agak lama awal tahun ini dia terlantar di katil - sakit tua....
90 an umurnya - tapi rasanya tak lah samapai 95 tahun ....
Arwah adalah orang yang lama menetap di Mersing -
( setahu aku la , selama aku dengan keluarga hubby ni ).


Hari ini, sebelum waktu Asar, hubby dapat cal dari orangtuanya ,
memberitahu neneknya telah kembali ke rahmatullah.


Hubby bersama Farahin telah balik ke Kluang,
ambik orangtuanya dan terus ke Mersing.
Aku tak dapat la balik, sebab esok Mohd dijemput memberi ceramah
motivasi kat sekolah aku ni...Bos yang mintak dia sampaikan...
kalau tak, mau aku cuti jugak.


Tapi, hari tu alhamdullilah semua anak2 pun dah jumpa -
melainkan Farhan...jadi tak ade la orang kata terkilan tak jumpa....
Sebab tu la, waktu sakit kena la pegi melawat....


Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh allahyarhamah. Al-Fatihah.

Saturday, June 20, 2009

Chef Wan , Kem Modal Insan = Homestay

Aku keluar semula lebih kurang jam 1.40 petang -
target aku sampai ke Kem Modal Insan di Sungai Rambai, Jasin
lebih kurang pukul 2 boleh tiba la...tapi apa
dah jadi ?
hah teliti kan peta lakar aku ni..




Aku tanya hubby macamana nak sampai ke kem ini...
dia kata ikut Lebuh AMJ -

- jalan terus sampai nampak Jalan Parit Penghulu.
Dah jauh drive masih tak nampak2 jalan yang dika
takan.
Sampai dah lepas Jalan Parit Sidang Seman,
aku jalan terus sebab tak nampak2 lagi papan tanda Jalan Parit Penghulu....
selagi aku tak nampak, selagi tu lah terus ke depan.....
alamak dah sampai ke Kesang , Muar

depan lagi aku rasa dah nak naik jambatan ke Bandar Muar.
*
*

*
*
*
Aku beri signal kiri - berhenti tepi highway ---- telefon hubby ---- dia kata ,
"nampak tak sign-board homestay..
.."
"mana ada, bukan homestay la...kem , sign-borad homest
ay pun tak nampak"
"awak tanyalah orang kat situ - masuk aje la simpang mana2 yang dekat tu....
hai graduate umi - tanya aje le "

"Ok lah kalau gitu, umi kena buat u-turn , dah sampai kat Kesang ni...."
*

*
*
Tengok2 dah jam 2 petang....
Aku telefon pulak cikgu aku yang ada di kem itu.
..
dia kata dah jauh tu...
Mau dekat 5-6 km aku terlajak dari simpang Jalan Parit
Sidang Seman
sampai ke Mukim Kesang, Muar.

*
*
*
Aku pun buat u-turn... dotted - line tu, hala aku buat u-turn.
Aku masuk simpang Jalan Parit Sidang Seman...
.
Eh? tak nampak2 juga Jalan Parit Penghulu.
Aku pun berhenti tepi jalan, tanya dengan sorang
budak
sedang mengecat tempat menunggu bas....

*
*
*
"Assalamulaikum....dik tumpang tanya la...
mana Jalan Parit Penghulu - yang ada Kem Modal Insan?"

" Kem? Kem rasanya tak ada...

kalau homestay di Jalan Parit Penghulu adalah...." jawab budak itu.

"Ok lah, tak pe la...homestay - homestay la ....mana Jalan Parit Penghulu? "

" Akak keluar semula sampai simpang depan tu,
keluar - masuk kiri kemudian masuk simpang kiri lagi...."


"Ok la dik...terima kasih ye!"
*
*
*
Aku pun ikut seperti yang dikatakan.....
Rupanya tak ada signboard Jalan Parit Penghu
lu,
tapi masuk ikut Jalan Parit Perawas...
Tak sampai 1 km, nampaklah papan tanda - Jalan Parit Penghulu -
dan ada sign-board Homestay....adalah dalam 3-4 km
nak sampai ke kem ini.

Cikgu aku dah tunggu tepi jalan ....Dah dekat 2.30 petang - majlis sedang berlangsung...tak kisah la...janji aku dah sampai buat pertama kalinya ke sini.


Rupanya ini adalah homestay & telah diupgrade lagi (dalam 3 tahun lepas ) - dijadikan Kem Modal Insan - sekali boleh muat sampai 150 students.
Tempatnya sangat selesa - ia adalah homestay dalam
dusun milik individu -
En Suparman namanya . Dia juga adal
ah mantan jurulatih BTN ...
Jadi dia tahu konsep sebuah kem - lengkap dengan pelbagai tempat aktiviti ....
Masa aku sampai tadi, dah ada pelajar dari Selangor baru sampai....
Wow, hebatlah jadual sudah penuh sampai
Ogos.
*

*
*
Dah selesai majlis penutup - dijemput minum peta
ng ....
*
*
*
Tiba-tiba....aku dok perati orang sedang makan....

Sape ni? Eh aku rasa macam Chef Wan ....selebriti tu !

Dia pun dok perati kita orang yang sedang menunju ke meja makan...
Pegawai JPM pun tegur - all men bersalam dengannya....

Aku pun dengan selambanya ( macam dah biasa...)....bertanya...

"Chef Wan buat apa di sini? Nak snap gambar la"

" Ada penggambaran dengan TV9 - masak2 la tu....
nak ambik gambar? biarlah habis makan dulu"

" Tak pe la....candid lagi best...."

Dia pun posing la macam ni ha......menguntum senyum......


Chef Wan selepas makan dok berposing denga cikgu2....
aku pun zoom dari meja aku....

Chef Wan duduk di homestay ni untuk penggambaran...tengoklah nanti di tv9...
*
*
*
Lepas tu, kami semua dijamu dengan seperti dalam gambar ini!
Tahu tak, tuan homestay ini ada dusun durian dan jual 1 kg - RM1 !!!
alamak bestnya!!!




Aku tanya,"ada lagi?"

"Tak ada dah ,kalau nak, kena order hari ni, esok baru dapat.....
cikgu2 yang mengiringi murid2 order 100 kg - tapi dapat 60 kg!

En Manan - pegawai JPM kata ,
"pagi tadi saya beli 1 kg - RM 5 -
sebab sedara datang dari Singapore nak makan....
beli la juga...kalau tau macam ni, banyak
boleh beli!"
*
*

*
4.00 petang aku pun berangkat pulang.....


*******************************************************************************************

Kem ini disertai oleh gabungan 5 buah sekolah menengah -
Program PPDa ( Program Pendidikan Pencegahan Dadah )


***************************************************************************
Akhir kalam.....

SELAMAT HARI BAPA
ditujukan khas kepada semua kaum bapa
di Malaysia - Asia - & seluruh dunia.....
21 hb Jun 2009

terutama khasnya kaum bapa yang sentiasa mengikuti
Asam Garam Kehidupan

***********






Catan Ringkas

Enjin kete sedang dipanaskan....

Jap lagi nak ke sekolah...Sebelum pegi ke sekolah aku terpaksa makan ini ubat - kepala sakit! Tapi LDP ganti hari ini wajib semua guru attend. (Kursus Dalaman ). Sampailah makan tengah hari.


Jam 2 petang pulak aku kena berada di Kem Modal Insan , Sungai Rambai - jauh tu
( dekat sempadan Muar dah...) wakil bos ke majlis penutup kem SLAD...



Selamat bertugas .....Saya Yang Menurut Perintah



Thursday, June 18, 2009

Masih Sihat Walafiat.....& Dedikasi

majlis meraikan Birthday Pengetua - jam 3 petang - sebelum mesyuarat

Usia beliau genap 55 tahun hari ini : 18 Jun 2009

semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki & sentiasa dianugerahi keberkatan Allah swt.

kek ini dihadiahkan oleh Majlis G9


kek yang dihadiahkan oleh Majlis Staf

Tuesday, June 16, 2009

Tenglu, Mersing : Kucing - Kalimah Alif Lam Lam Ha

Selesai makan sata dan keropok lekor ,
kita orang sambung perjalanan arah ke Ten
glu....
adalah lebih kurang 5 - 6 km dari tempat makan sata ni...

Abah : kalau kita ikut jalan ni terus boleh tembus rumah Mak Long Esah...

Aku : hah ? tembus ? habis la rumah Mak Long Esah .....kah kah kah.....

Abah : ko orang ni betol la...ok ok ok....kalau takut tak boleh lalu jalan terus -
kita potong jalan tengah!

Aku : la....tadi tembus - ni nak potong pulak???
lagi la budak2 dok gelak kat abah dia....


Sorry - sorry bah...gurau je...jangan mare....sambil tepuk2 tangan dia....he he he


Mak Long Esah ni ialah kakak sulung kepada mak mertua...
pun dah tak berapa sihat - last year pernah masuk wad kat JB...
dah datang ke Mersing ni -

ambik la peluang ziarah mak long & pak long ni....
tengok2 mak & pak mertua dah tiba dulu ke sini . Mak Noi hantar.
*

*
*
*
*

yang nak dikongsi di sini ialah seekor kucing yang tersangat la cantik -
ada 4 warna . Namanya ialah Batik -
sangat manja - baik - tak takut dengan orang.
Kalau dengan bukan orang ta tau la...
.
Di atas kepalanya bawak ke tengkoknya ada corak
seolah2 nama Allah - sangat jelas....


tengok betul2...jengkilkan mata luas2....



sedang senyum dengan pose mengancam.....


dibelai mesra - bukan main menahan lagi...


macam nak tidur pulak...


nampak tak ...tengah2 tengkok dia....seperti huruf Alif Lam Lam Ha


membongkokkan Batik , kalau masih kurang jelas
*
*
*
*
*
*
ok la....esok sambung lagi




Monday, June 15, 2009

Makan sata - minum cendol & air katira

Dah settle semua urusan di Sri Malaysia - kami pun nak minum petang...
Kita orang pegi hala ke Mersing Kanan - tepi laut ...
Kat sini di pinggiran laut ni memang tempat orang belah sini jual keropok -
kering & juga keropok lekor...kalau tengok2 senarionya lebih kurang sama belah2 Kemaman, Trengganu gitu...( keturunan orang Trengganu ramai kat sini ).
Dah tak sabar2 nak makan seperti dalam gambar ni -
tak ade le nak snap orang2 yang dok jual keropok ni...
kalau ada cantik! tepi laut...

Apa lagi kita orang terjah aje le gerai yang membakar sata ni...
hu hu hu sedapnya....panas2 lagi.
Dan keropok lekor juga panas2 - baru naik dari kuali!


sata sedang dibakar - 5 biji = RM2

( order 50 biji nak bawak balik ke Melaka )


Cendol & air katira - bukan main sedap lagi....musim panas weh...

keropok lekor panas - menggelupor nak makan cepat2...

sata panas - bukak dulu - kasi sejuk, baru boleh ngap...ni aku punya la....


licin - sapu semua - macam dilanggar garuda - macam pirana....
7 orang punya makan....bukan kecik2 punya orang - besar2 !

*
*
*
*
*
*

lepas ni ke Tenglu & ke Endau....( satu hari punya schedule )

Sunday, June 14, 2009

Sri Mersing....



Tiba di Mersing dekat2 jam 1 petang...
Ibubapa mertua menziarahi ibunya (nenek hubby ) yang sakit tua...
Dia dijaga oleh anak perempuannya - kami panggil Mak Noi....

Lepas itu kami sekeluarga menziarahi rakan seperjuangan dari Sri Mersing....
Selepas keluar dari tol Ayer Keroh , aku dah telefon rakan kami ni....
seorang Datuk....he he he udah datuk dia ! Betol - betol
dia sudah berpangkat datuk....sudah ada 3 ke /4 orang cucu
( tak pasti - dah lupa - nampak benor daya ingatan makin merosot ! )


Dia pelawa makan tengahari di rumahnya -
aku kata, jangan susah2 nak masak itu ini -
cukup sediakan nasi dagang Mersing saje!
Tau apa dia jawab? Hilang akal ko , nak makan nasi dagang?
Ye la, apa tak boleh ke???
Kita orang gian nak makan nasi dagang - lama dah tak dapat!

Tak fasal2 aku kena 'marah' -
- ko jangan cakap banyak - hari ni ko tamu aku -
aku akan masak apa aku nak masak...
alamak....nak2 tak nak ---ok ok ok.... aku terima aje le...


Inilah dia hidangan yang cukup menyelerakan -
ikan di Mersing ini sangat fresh -
Mersing kan salah satu pusat pendaratan ikan
( dulu2 belajar Geografi - sekarang dah kurang kot....
haha bab ni tak berapa pasti sebab Mersing dah jauh lebih moden !!!)



dalam daun pisang tu nasi dagang -
habis kami bantai nasi dagang - macam pirana - oh dasyat-dasyat....
(
ade orang tak dapat ye....he he he sape tu???-
cian dia ...ok ok ok - esok ada banyak lagi
)

Datuk Wahab & hubby - datuk tak bagi tunjuk2...
nanti orang kenal --- ye le tu datuk....



Lepas selesai mengenyangkan perut....
kami pun check - in Sri Malaysia...patutnya namakan Sri Mersing.... betol tak?


Seterusnya nanti minum petang di tepian pantai.....

Saturday, June 13, 2009

Melaka - Kluang - Mersing : Gaya Seorang YB

Perjalanan dari rumah di Melaka ke rumah mertua di Kluang lebih kurang 2 jam.
Tak ada la bercoti macam orang2 lain bercoti - 3 D 2N ke / ape ke....

Musim cuti sekolah ni - aku ni memanglah bercoti sakan...
tapi hubby payah betol nak bercoti....itu pun puas jugaklah aku kata ,
dah musim cuti sekolah ni...coti2 lah jugak!
Bolehlah nak ke sana sini ke / nak urus ape ke /
nak rehat kat rumah saje ke....
macam2 la boleh buat kalau dah bercoti ni kan....
(
aku rasa golden-handshake banyaklah nanti bila pencen -
sebab banyak tak coti
)


Ok, hubby pon mohonlah coti...ikut kan nak pegi ke Mersing hari Isnin 8.6.09 -
jadi dia mintak coti Isnin - Selasa - Rabu.
Oleh sebab kami bercadang nak tidur di Mersing -
mintaklah seorang kawan lama ( nanti tunggu N3 seterusnya )
booking Sri Malaysia pada hari Isnin.
Last minute , apa dah jadi? Coti hari Isnin terpaksa dibatalkan!
Sebab mesti pegi ke PD - akhirnya tak ke PD -
tapi kena siapkan report SEGERA di ofis....


Alamak hai...tak fasal2 mintak tolong kawan tu,
batalkan booking hari Isnin - tukar hari Selasa pulak...
Nasib baik lah masih ada bilik family ...
kalau tak, tak jadi le ke Mersing / balik malam tu jugak la jawabnya!
Sepanjang perjalanan ke Kluang dan seterusnya ke Mersing ...
hah tengoklah ni gaya seorang YB!!!
Oppppsssss.....bukan Yang Berhormat ye.....
Yang Bekerja!!!


Entah berapa banyak call masuk dari ofis -
sebab orang lain kerja termasuk bosnya -

macamana tak lama perjalanan tu -
bila cal masuk , nak kena perlahan sikit kete...
kang lain pulak jadinya....


nak suruh aku drive?.....tak ade le....sanggup dia drive !!!
padahal pengarah JPJ dah dekat 22 tahun beri aku lesen....
Hubby aku ni - kalah pengarah JPJ ....lesen dia lagi besar oiiii......
Oleh kerana dah tergendala perjalanan ni dengan cal yang masuk...
aku dengan anak2 dok snap sedang dia berurusan.....
sampailah kat rumah di Kluang - dan bersambung lagi perjalanan ke Mersing....
jadi macamana nak bercoti macam orang2 lain tu !!!
ta tak cenang....

Akhirnya hubby coti hari Selasa & Rabu saje - hari Khamis pegi keje .....


from back view

hati-hati bang oiii....

pusing depan - pusing belakang

entah apa yang dikeruk kepala - gatal ke / pening ke?

hah...sampai bercekak pinggang pulak dah...

Friday, June 12, 2009

Melaka - Kluang

9 & 10 Jun lepas aku sekeluarga menziarah ahli keluarga
di Mersing, Johor....
Sebab tu lah rumah aku ni tinggal berkunci -
nasib baik taklah sampai bersawang....


Cuti sekolah dah nak sampai ke penghujung...Esok, lusa...Isnin dah sekolah! Alahai...sekolah o sekolah....sejak umur 7 tahun mula jejak kaki ke sekolah - sampai nak pencen pegi sekolah!!! Tak kira lagi tu sekolah anak2 - tak terkira dah berapa banyak aku pegi macam2 sekolah ni...

Sekarang aku nak tunjuk gambar masa aku pergi ke Mersing....
On the way singgah kat rumah mertua kat Kluang...ha ha ha...apa lagi,
kalau lalu ikut Kg Melayu, kita orang biasanya singgah kat gerai ini...kat simpang masuk ke Kg Melayu dari kawasan bandar baru Kluang...(ikut kem tentera)



Beli air tahu , kuih lompat tikam , karipap, taufu fa -
oleh kerana selalu gak balik ke Kluang & singgah kat sini...

Mamat ni tanya...macam biasa nampak abang ...
ye le, kita orang kan selalu singgah sini...
ehe he muka familiar la...
ye la...apa tak nya...saya ni anak saudara kepada cikgu R....
cikgu R.....yang ajar muzik ....

Pak cik A...yang dulu2 ada driving school....
tu semua rumah sepanjang jalan MS -
semuanya rumah pak sedara saya.... tu jalan atok saya!
( Atok hubby ni dulu2 adalah engineer jalanraya! dari Sri Lanka )
Oh ye ke...patut le ada rupa....

*
*
*
*
*

Bila tiba kat rumah mertua...hah apa lagi....
hasil dari Durian Tunggal....(macam kat Melaka je...sebab sepokok je ada...)


dapat lah merasa durian yang baru gugur...hubby memang tutup hidung!
Dia tak suka dan anti durian!!! havoc la satu rumah...
apa ni makan durian? busuk!

aku makan beberapa ulas saja...dah kureng makan!!!
takut lo...tak fasal2 kang terbongkang....



Dah rehat kejap kat Kluang , mertua pun nak ikut ...
jom kita ke Mersing pulak lepas ni....



Tuesday, June 9, 2009

D' Sonata Gallery 2 - Tema & Majlis Jamuan Perkahwinan

Jemputan Sabtu 6 Jun 2009

Rumah pertama di Peringgit - tema pink. Tuan rumah mantan pegawai JPM.

Rumah ke 2 - kuning coklat - di Batu Berendam. Tuan rumah ni kenal hubby -
hubby pun dok konfius - sapelah orang ni...Bila jumpa rakan staf l
ama di MBMB baru boleh recall...Ayer sirap bandung u!!!
Sedap...d
an dapat epal sebiji sebagai pencuci mulut.

Rumah ke 3 - bekas staf hubby semasa bertugas di Alor Gajah.
Anak sulung - buat dekat kampung emaknya di Lendu...
Mungkin cucu sulung gamaknya! Buat kat kampung lagi
meriah...
sedara mara pun agaknya ramai kat kampung.
Berpusing gak
cari rumah!

Rumah ke 4 - Pegawai Polis - kuning diraja - di Sri Pengkalan Alor Gajah.
Semasa hubby bertugas di AG dah kenal , tu dapat jemputan.

Rumah ke 5 - rumah staf aku di Ayer Molek. Tu dia nampak tuan rumah pakai baju biru bertuala di leher - kepenatan la tu ! Masih ada tetamu lagi - sebab rumah staf - bila sampai buat macam rumah sendiri - riuh - bising ! Dihidangkan lauk2 pengantin makan beradap...Ni orang kata rezeki orang datang lambat - tapi yang ni ok lah...kalu nasib tak baik - habis semua! Putih mata la jawabnya.

Rumah ke 6 - dekat dengan rumah ( kampung sebelah ) - dah hampir jam 4 ,
tetamu pun dah makin kurang. Rumah yang terakhir -
hanya minum a
ir saja...dah kepenatan!


*************************************************************************************

Jemputan Ahad 7 Jun 2009

Jemputan pertama ialah staf CM - buat kat Dewan Bistari.
Kelihatan hubby melalui pintu gerbang...
Pintu dah ada - kenalah lalu ikut pintu kan....


Rumah ke 2 - taman sebelah rumah aku...kira dekat la tu...
dekat tak dekat kena naik kereta gak..Nak menapak mahu berpeluh...
Kebanyakan majlis di Melaka ni - atas meja ada tapai ! Mac
am wajib ade le...
Dan aku memang suka tapai pulut ni -
tapi orang kata tak lah tah
ap melampau!!!


Cenderamata / door-gifts yang dihadiahkan oleh tuan rumah. Terima kasih!