CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, May 31, 2009

D'Sonata Gallery 1 - Perkahwinan

Cuti sekolah sudah bermula. Inilah saat yang ditunggu2 ...
Semua orang terutama yang kenal erti alam persekolahan tak sabar2 nak bercuti.
Bila sekolah cuti juga , masa yang dinanti oleh bakal2 peng
antin....

Ohhh...tak sabar2 lagi dah...Makan tak lalu, tidur tak lena...
nak menantikan hari bahgia - hari ditabalkan sebagai Raja Sehari -
satu hari je tahu...
lepas tu jadi rakyat biasa le...
D'Sonata Gallery untuk pertama kali ini dibuka hari ini bertemakan Perkahwinan. Apa yang ada dalam galeri ini?

Hahhhha....ni dia - kad jemputan yang sangat cantik!

Ini adalah kad jemputan yang diterima semasa cuti sekolah ni...

kad yang telah siap ditampal untuk disimpan...setelah selesai majlis

Bila dapat undangan jemputan kita akan dapat kad. Kad ni direka khas - le ni macam2 rupa - macam2 warna dan macam2 jenis...Apa Sonata buat? Semua kad yang diterima, setelah pergi ke majlis tu....hahaaaa......semua kad2 tersebut akan ditampal dalam sebuah buku - Buku Kad Jemputan Kahwin. Tujuannya ialah aku suka rupa kad2 itu sebab cantik & nanti senang nak balas jemputan ( he he he kalau giliran aku nak buat majlis ). Itu sekadar 2 muka surat je...dah separuh buku penuh..

Selain daripada itu, apa lagi dalam galeri ini? lihat di sini...


Biasanya bila pegi majlis ni , tuan rumah akan memberi 'buah tangan' - dulu2 orang bagi bunga telur...Sekarang ni pun ada juga...Ada juga yang beri macam dalam bakul ni...Pelbagai jenis tuala kecik - comel lote...Sikit tu...banyak dah digunakan! Buat lap tangan...he he he..tu tujuan dia tu la kan..Mana yang tak digunakan lagi , dah susah pulak nak simpan kat mana...simpan juga la....


Cenderamata seterusnya yang macam di bawah ni pulak....Bakul2 yang comel juga! nak buat apa? Macam2 boleh guna - letak gula2 pun boleh, tak ada gula, guli pun boleh! jadi, aku simpan la juga...Tu yang dalam bakul, yang terselit sana sini, ada lagi! Apa2 pun terima kasih kepada pak & mak pengantin.




Seterusnya apa lagi? Yang ini pun aku simpan! Dah banyak , ada gunanya ....Kekadang aku bawak bekal roti / apa2 la time aku rajin sikit ke sekolah , guna lah beg2 kecik macam ni. Pendek kata macam2 juga lah gunanya...Banyak beg macam ni - le ni macam trend pulak dah...Pegi jemputan dapat macam2 dalam beg ni. Adayang ditempah khas nama keluarga & pengantin ! Beli yang ready-made pun banyak juga. Semuanya aku simpan!!!mana tak semak dalam gerobok.
( hah ni orang Johor cakap - maknanya almari )...




Ada juga tuan rumah bagi telur dalam bekas2 macam ini...




Akhir sekali bunga telur yang sangatlah cantik! Aku simpan juga...mahal setiap satu bunga telur ni....Sekadar yang ada...Dulu2 dah letak atas almari - berabuk, satu hal pulak nak kena mengelap...Akhirnya dah lama ....let go aje le...



Ini yang disimpan sebagai kenangan dan diucapkan jutaan terima kasih kepada tuan2 rumah yang aku telah pergi ke majlisnya.. Untuk masa2 akan datang tetap akan disimpan juga...Yang tak simpan ialah segala bentuk makanan - telur, kuih, gula2, coklat dan sebagainya...Kalau simpan? Sukalah sang semut singgah dan bertapa di sini...

D' Sonata Gallery

Undangan Rasmi


Undangan tersebut di atas adalah untuk semua bloggers...
Datanglah beramai2 untuk majlis ini...

Hadiah misteri sedang menanti kepada pelawat bertuah!
Untuk mengetahui apa terdapat di dalamnya , datanglah sendiri....masuk percuma!


D'Sonata Gallery : merupakan koleksi pelbagai items Sonata
dihimpunkan dalam sebuah galeri. Jom kita kongsi melihatnya nanti!!!


Tarikh & masa lawatan bermula seperti tercatat dan akan berterusan!...
hadiah misteri akan sentiasa menanti mengikut terma dan syarat -
( ada syarat pulak dah....ye le tu )


Kepada semua pelawat - diminta tulis catatan lawatan &
sila letakkan email anda...manalah tahu bertuah kan...
senang pihak penganjur nak hantar hadiah.....

Saturday, May 30, 2009

Rantai Putih

Jam 12 tengahari tadi keluar gi shopping lagi!
Hu hu hu ...beza 12 jam je daripada tengahmalam semalam....apa yang dibeli?


Hahhhh...ni dia!

Dah lama hubby minta cari benda alah ni...akhirnya dapat kat kedai jual peralatan dapur
di Jalan Pantai - orang sini kata Kg Jawa...sebenarnya aku pun tak tahu...
secara tak sengaja terjumpa - lain yang nak dibeli,
ternampak rantai putih ni - langsung rembat je le...
Tu pun dah last kopek orang kata!!!

Apa hubby nak buat dengan rantai putih ni?
Hah tengok lah apa gunanya...Hubby nak gantung pokok !
Pokok gantung ni dah beberapa minggu dah tergantung tapi agak tinggi -
jadi kasi lawa lagi - kena sambung dengan rantai ni...

Midnight Shopping

Selamat malam semua...

Baru balik dari midnight shopping.
Lepas magrib tadi pergi Seremban ambik Farahin dah bercuti.
Tiba rumah dah jam 11 lebih.

Bincang punya bincang dalam kereta ....
macam2 isu yang dibincangkan....topik makan paling han
gat...

Apa lagi bila semua dah balik bercuti - melainkan Fahd aje yang pergi jambori -
keje nak makan aje le....order aje le...

Esok nak masak laksa yang kuah putih tu.....trengganu style...
Jadi nak makan pepagi, kenalah masak pepagi...
kenalah pergi beli laksa dan segala macam benda yang tak ada....
nasib baik ada kedai Mydin 24 jam . Tepat pukul 12 malam keluar dengan Fatehah...Bagus juga ada kedai macam ni kalau memerlukan dengan segera.

Tengok2.... punyalah ramai orang sedang ber
shopping....
ada yang bawak anak kecik lagi...
hai pak cik, mak cik, cik kak, cik abang dan sape2 lagi.....
dah jauh malam oiiiii........tidur - tidur le.....

***********************************************************************


ready to eat....

Friday, May 29, 2009

Album Kenangan

From : Ujie & Nan

From : Teacher Precious

From : Teacher Myza

From : Bapak

From : Dun Behrang

From : LoLPearls

Thursday, May 28, 2009

Certot 1,2, 3.....

Certot 1

pagi tadi...

2 'strangers' - bekas murid aku - kurang pasti
dah bermisai dah bergarau suaranya....

cikgu , boleh sahkan sijil saya?

boleh - mana yang asal ?

tak bawak ...

tak bawak, tak boleh disahkan - kerani nak semak dengan yang original.

saya duduk jauh...

kat mana?

Gangsa...

ala Gangsa..... Jauh lagi Perak!

murid : errrrr......terpinga2.

semua kerani ketawa ngekeh2.....

**************************************************************************************

Certot 2

Ini kisah sikecik anak aku...nak pegi Jambori Asia-Pasifik di Melaka
dekat je tempat tu dengan rumah aku ni...
Tapi dia punya loghatnya bukan main lagi...
Dia tulis nota :-


Nasi 2 kg

Sardin cap botan - 1 tin kecik

Bawang besar - 3/4 bijik

Bawang putih - 1/2 ketul

3 bijik telor

( aku kata - bawak nasi??? errrrr......nasi ke beras???)

sardin MESTI cap botan !!!

*************************************************************************************

Certot 3

Terlebih dulu mintak maaf berbanyak
sekiranya ada orang belah2 Jasin terbaca certot ini.

Ini adalah cerita benar belaka...tidak direkaciptakan....tidak terniat apa2...

Staf aku sedang makan nasi lemak dalam bilik disiplin.

" sedap nasi lemak ni kalau makan dengan telur mata"
( ada kata telur mata kerbau , ada kata telur mata lembu ...
seme betul la tu...sebab telur kuning tu bulat kan...)


Dia pun sambung lagi.

"ni nak cite - kisah benar"

"sekali tu, saya pergi makan nasi lemak belah2 Jasin -
hala nak ke Tangkak. Saya pun order telur mata"


Orang gerai tu tanya - "goyang ke tak goyang?"

Saya tanya balik - "apa mende yang goyang?"

Dia kata - "telur dia la!!!"

"Telur dia? Saya punyalah gelak dengar buat pertama kali mende gini...."

(rupa2nya telur kuning tu, nak yang lembik / cair atau keras )

kami seme gelak cite ni ....aku pun kali pertama juga mendengarnya.

*
*
*
TAMAT













Wednesday, May 27, 2009

Kelu lidah seperti ditindik jua....

Pagi tadi....

Ada budak perempuan cina duduk di kerusi depan pejabat.

Aku tanya : kenapa ? sakit ye?

Ye cikgu - sakit perut...

Ok, nak balik? Dah telefon parents?

Dah...

Ok, tunggu la...nanti tulis borang keluar...

Aku pun teruskan urusan lain...

Tak lama lepas tu....

Kerani : cikgu, budak tu nak balik yang datang ambik boyfriend kakak dia....

Mana ?

Tu....!

MasyaAllah ! Terkedu lidah ku ! Kenapa? nanti aku catat kat bawah ni....
Ok ok ok...aku buat2 cool....
Aku keluar, soal siasat siapa dia - mana parents dia ...

Parents dia bercerai berai - emak ke mana bapak ke mana -
kalau you try telefon pun mereka tak akan angkat - anaknya tinggal 2 beradik sendirian -
so, I yang bertanggungjawab menjaga mereka !
dia beritahu...kakak dia tak boleh datang sebab kerja tak boleh keluar....



Ok, give me your girlfriend's name and number..
.I must confirm with her ...and give me your IC...bla bla bla bla......


Aku pun telefon girlfriend dia ....sorry to say...
your boyfriend entered this school like that ....
he shouldn't enter!


Semua orang yang lalu kat pejabat tengok that guy...Tahu apa?

Telinga & mulut bertindik! - berderet ! kalau satu , itu normal !

(Dia sentiasa tunduk sebab, perasan orang asyik tengok dia...muka tutup dengan topi)

Pssst...orang ni tak ape la....tapi tu la yang jadi ikutan budak2 kita!!!

Tuesday, May 26, 2009

Sakit mata atau Mata sakit?

Mana satu ni ?

Sakit mata ...

Mata sakit ...


Apa anda cakap bila berjumpa dokter untuk memberitahu bila warna mata putih tu dah bertukar ke warna merah ? macam warna biji saga tu...



Dokter : yes , good morning...apa sakit?

Aku : morning ...sakit mata...

Dokter : sakit mata ...mata sakit macam mana? ada berair?
ada keluar tahi mata? bila mata sakit?


Aku : semalam saya sudah mata sakit ...pagi tadi saya letak eye-mo...tapi doktor tengoklah, sakit mata saya ni...agak merah kan doktor?

Dokter : ya, nampak merah...ada ahli keluarga you mata sakit?

Aku : errrr...tak ada....

Dokter : ohhh...elergik....ada sapu2 itu habuk...sampai sakit mata???

Aku : biasalah tu dokter ...kemas2 rumah, sakit mata tengok apa yang tak kemas....errrr....

Dokter : ok - ok...tak ada apa2 masalah mata you ...ada rasa gatal?

Aku : ada sikit gatal - errr.....mata sakit gatal???

Dokter : ok, I bagi you ubat titik - ubat gel, nanti balik you letak di mata. So,you balik rumah rest...jaga jangan bagi mata sakit...I beri you MC 2 hari - bagi rest...

Aku : bila dokter?

Dokter : mulai hari ni 25 sebab you datang hari ni & esok 26 ....ok

Aku : ok, dokter...Thank you....

Aku pun balik ke sekolah, beritahu semua kerani di ofis - saya kena balik, dokter bagi MC hari ni dan esok! Kalau saya keje jugak, nanti all the eyes virus merebak...semua takut...

Sebenarnya aku 2 hari ni berehat di rumah MC mata sakit atau sakit mata???

Esok 27hb mula kerja....



Monday, May 25, 2009

Diiiiii manaaaa kan ku cari ganti....( versi P. Ramlee)

Dahulu

Dua pasu bertahta di sini (klik sini )

berasa megah kedudukannya di atas tembok pagar....

Itu bulan Januari dulu ...
Ramai orang memuji kecantikannya ,
juga bloggers yang singgah di sini!

TETAPI kini



Sekarang

Tiba2...malam Isnin minggu lepas 17hb ...
hujan lebat & angin bertiup kuat telah menjatuhkan pasu yang satu itu
dan menyembah bumi - pecah berkecai....
tinggallah sebiji pasu tanpa teman lagi...
diiii manaaaa kan ku cari gantiiiii......

2 , 3 kucing berlari,

mana nak sama si kucing betina...

banyak pasu boleh ku cari,

tapi nak cari yang serupa macam ni kat mana????

siang & malam

malam hari - bulan mengambang ?

siang hari

Saturday, May 23, 2009

World Turtle Day : 23 May 2009




Lindungi lah hidupan yang semakin pupus. Antaranya ialah penyu!
Cara2nya: ( klik & bacalah di sini )
Sekiranya terjumpa penyu... ( klik & bacalah di sini)

Friday, May 22, 2009

Dia buat hal lagi...


Benci aku!

Bosan!

Apa taknya, sari dua ni la , macam dulu ternet ( klik sini ) buat hal lagi...

Sekali ada, banyak kali tak ada...

Nak buat rondaan, perjalanan tak lancar...

Nak buat N3, hah tengoklah ni kekawan...mengalahkan biskut choc...

Petang2, aku memang rajin buat rondaan...bila macamni, benci! tak dapat jalan2...

Bila ada line, nak pegi lah...tiba2 mulalah..offline la, load error la...
try again...macam2!
nak loading pun lambat!

Jadi, kekawan , fahamilah keadaan aku ni...benci!...tak suka! tak best!

Dah baca2 blog kekawan, nak tinggalkan jejak2 langkah...pop! load error...
entah apa2 lagi.


Jadik, nak beritahu ni...kekawan bukannya aku tak nak pegi rumah korang...
ternet aku ni buat hal...


Aku rasa, modem aku ni sakit gamaknya, maklumlah dah lama!

Dulu buat hal...aku tukar kabel...ok la...kali ni mungkin modem ni agaknya...
lampu ternet asyik kelip2 je...


Tengoklah macam mana...kalau digodak2 ok, ok lah...

Bolehlah aku teruskan rondaan lagi...

Minta maaflah kekawan...korang tau lah nasib malang aku ni...

OKlah aku nak lepak ...nak tengok & dengar berita...hangat lo...





Thursday, May 21, 2009

Rezeki jangan ditolak....terima kasih

Ini adalah buah mangga & kuini yang telah diberikan oleh sorang staf. Selasa lepas, tiba2 ada 4 biji atas meja aku. Wow ...sape lah yang bermurah hati letak atas meja ni. Aku pun tanya dengan kerani , nampak tak sape2 yang letak atas meja aku. Tak nampak puan - saya pun dapat juga, tapi sebiji - eh saya dapat 4 biji...orang lain2 kot....Dalam pada aku dok tanya sape yang letak, kerani PSS terdengar...saya yang letak! Ohhhh....terima kasih. Bukannya apa , nak tahu lah sape yang letak...senang nak tujukan ucapan terima kasih.

Tengahari tadi murid Pendidikan Khas hantar makanan ini ke meja aku....Tengok murid2 ni, rasa simpati tu memang ada...dalam kalangan sempurna , ada insan yang kurang sempurna...mereka adalah yang bermasalah pembelajaran / slow learner. Setelah dididik / diasuh ada antara mereka yang memperolehi ilmu mengikut kemampuan mereka. Aku pun ucap terima kasih kepada mereka.

Lewat tengahari - sorang cikgu PK datang ke pejabat - aku ucapkan terima kasih kerana sudi menghantar ke meja aku. Rupa2nya murid2 ni meraikan hari terakhir salah sorang cikgunya yang akan bercuti tanpa gaji kerana mengikut suaminya bekerja ke Qatar!

Wednesday, May 20, 2009

Malang tak berbau....nasib baik lah....kalau tidak.....

Abah keluar lagi...sudah 2 malam abah keluar lepas magrib. Umi tinggal dengan Mohd & Farhan. Mohd dok buat urusan peribadi - mungkin baca buku Taylor's College , Farhan dok kat laptop memanjang...

Abah keluar bukannya apa - pegi tengok kereta dia yang bermasalah besar. Petang semalam, selepas ada program kat MITC , dia ada urusan di Bachang, entah macamana shaft (?) , betul ke eja ni? patah...nasib baik kat Melaka je...

Petang semalam jugak , laptop aku ni "demam" - tak lah pulak H1N1 - lepas luncheon talk semalam , hantar laptop ke "klinik" - dah problem - lambat loading dll. Jadi, kena format semula. Ambik jam 6 , kena RM30.

Lebih kurang jam 4 lebih semalam abah telefon, beritahu shaft kereta patah kat Bachang...Mintak insuran urus towing...malang nya lambat datang , hampir 45 minit tak datang2...Abah meradang...umi telefon semula insuran, jawapan macam tu, lambat bertindak. Akhirnya abah call private towing.Bawa ke mana tak pasti - aku tak tahu, tapi somewhere belah2 Ayer Molek.

Masa kat Bukit Beruang ambik laptop abah telefon, suruh ambik dia kat Ayer Molek. Ambik kat 7E.

Macamana boleh patah? Tak pasti...tapi dia kata, macam tak berapa sedap bawak kereta dia tu.

Jumaat ni nak pegi servis.

Abah beritahu - kalau tak arwah hari ni.

Kenapa?


Ikutkan dia kena pegi ke UPM / Putrajaya (?) , tapi ada function kat MITC , surat tak diterima - so dia tak pegi...Sekira nya dia pegi pagi / tengahari , dan shaft kereta tu patah di highway, apa akan jadi?

Dah tentu serta merta tayar kereta terpelanting / terduduk kereta / berpusing2 ke / entah apa akan jadi! Drive kat highway tau2 la....berapa laju meter tu...90 - 110 - salah hemat cecah 120...tak ke laju tu?

Jadi, kejadian yang berlaku semalam sememang ada hikmahnya....Sekiranya dari ofis dia telefon aku, nak ke UPM / Putrajaya...macamana? biasanya pegi teruslah...

Alhamdullilah , syukur tidak berlaku perkara2 yang tidak diingini...kalau tak?

Jadi, abah pegi tengok kereta dia....ok ke tidak / dah siap ke belum.

Tadi dia beritahu, Jumaat ni nak kena pegi meeting kat KL...kereta tak siap lagi. Nak pakai kereta apa?

Susah apa...bah...kereta lembu pun ada! "marah"nya dia....gurau sayang...

( Bila dia nak keluar tadi, abah bawaklah kereta umi - kenapa?
- minyak dah kuning!!!tolonglah isi - esok nak gi sekolah...padahal kalau keluar lampu kuning tu masih ada untuk 50 km lagi.... he he he dapat minyak "free")

Abah pun bawak kereta umi.....






Tuesday, May 19, 2009

Jamuan lagi....19.5.09

jam 8.30 pagi dijemput bersarapan
- potluck yang disediakan oleh GKMP - meraikan hari terakhir rakan setugas bersara

jam 10 pagi ke Dewan Sri Negeri untuk majlis Forum sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Melaka : Speaker - Prof. Dr Sidek Baba, Prof Teo Kek Seong & Prof.Madya Rajendran Nagappan. Tajuk : Guru Pembina Negara Bangsa - membahaskan tentang siapa guru, cara untuk membina negara bangsa / apa itu negara bangsa...Bagus, good info
- tahu lah sedikit sebanyak tentang kupasan tajuk ini.


( rakaman guna hp cokia - sebab semuanya ini tanpa diduga!)

masuk je pejabat -+ jam 7 - bos pun beritahu - nanti awak pegi ke Seri Negeri ...untuk apa tuan? luncheon talk sempena perayaan hari guru...saya? ye la , awak dengan saya...ekhs?
pukul berapa ? pukul 10 kita pegi la...suruh GPK1 buat relief biar dia jaga sekolah....ok, baik tuan ...kete asing2? ...ye! nasib baik la...( aku kena tanya ,orang kata ambik bahasa, kang kata tak pelawa pegi sama, sebab nak ke tempat yang sama...aku selalu rasa bersalah kalau tak bertanya). lega aku. aku tak tahu menahu tentang ini, rupa2nya fax masuk petang semalam...

tak lama lepas tu, sorang GKMP jemput - nanti dipersilakan sarapan kat atas ! ( bilik GKMP ).
ekhs? ada apa ? saje, kita orang buat makan2 sikit...hari ni kan last day Pn Ooi...
( sebelum ni dia mintak kalau nak buat majlis rasmi biarlah sekali dengan sorang guru yang bersara bulan lepas...lepas tu dia teruskan 'sisa2' hari terakhirnya hinggalah hari ini )

jadi hari ni...makan free lagi!!! macam mana nak susut !




Monday, May 18, 2009

Jamuan & hadiah hari guru....

sarapan pagi selepas majlis perhimpunan rasmi

jamuan makan tengahari yang disponsor oleh pengusaha kantin
- ada lagi tu + bubur pulut hitam - bateri kamera dah out.....

kek yang dihadiahkan oleh Amnie Thum
- salah seorang best student yang telah dapat tawaran JPA buat medic

Balik rumah keluarkan hadiah sempena hari guru di sekolah
-
sumbangan PIBG ( special bag ) , para pentadbir , murid2 serta individu
2 guru yang telah bersara - nanas diberikan oleh NYDP - ada ladang nanas la tu!



SMS yang diterima

1. Selamat Hari Guru diucapkan...
semoga sentiasa sihat selalu dan dimurahkan rezeki...
Terima kasih atas segala kerjasama anda selama ini - Tn Hj Zaaba (bersara)


2. Selamat Hari Guru. Semoga baktimu dikenang sepanjang zaman
- Pn Rosada ( yang telah berpindah ke Rinching Selangor )

3. A teacher's achievement is not how many 'A's she produces .
But how many lives she changes and how many hearts she touches.
( tq 4 you have touched mine 2 ) - Happy Teacher's Day
- Pn Mainon (mantan pengetua yang telah bersara)

4. Guru..Dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa,
dalama marahnya ada sayang, dalam tawa ada mesranya,
dalam diam ada bijaksana, dalam tangannya kita terbina.
Berbahagialah menjadi guru...
- Pn Saniah ( GPK 1 SMKDT )

5. Assalamulaikum. Happy Teacher's Day
- Pn Maryamah ( Guru Besar - Tawau Sabah )

6. Happy Teacher's Day - Ayen & Fatehah ( uiam )

7. Assalamualaikum & Selamat Hari Guru kepada Sonata.
Jasa2 mendidik anak bangsa selama ini akan tetap dikenang.
Semoga menjadi saham untuk Akhirat.
- En Yunus Badawi ( rakan maya )

8. Selamat Hari Guru buat kalian. Moga diberkati selalu.
Kalau ada hadiah lebih tu, pas la kat aku sikit.
Apalah ertinya hari guru buat aku yang tak ada anak murid ni...huwaaaaaa
- En OneZ ( rakan maya - PKG CH )

9. A TEACHER Takes A Hand, Opens The Mind and Touches The Heart.
Happy Teachers Day. - Pn Umaizahrah (pengetua SMKGB)

10. Selamat Hari Guru, semoga berbahagia selalu.
- En Ibrahim Yaacob ( GPK Ko-ku SMKSP Selangor )

11. GURU, dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa,
dalam marahnya ada sayang, dalam diam ada bijaksana...

Adakala...
kita dicaci
kita dimusuhi
kita dimarahi
kita tidak dihargai
tapi...
kita kan tetap tersenyum walaupun dalam pilu,
kita kan tetap melangkah biarpun hampir rebah,
kita kan tetap tekun,
ikhlas dan sabar meskipun terkadang hati tercalar dan maruah tercabar...

Berbahagialah menjadi guru....
"Selamat Hari Guru"
- En Ghazali & Isteri - (Tanjung Karang? - JU PSK KPM - Selangor)





Sunday, May 17, 2009

Exercise - Nasi Lemak - Roti Canai

Pagi2 tadi nak cerita hujung minggu ni...mana sempat, macam2 yang diuruskan...

Seawal 6.30 pagi dah ke Stadium Tun Fatimah (sila ke sini)...Dah lama tak ke stadium ni. Tiba -+ 6.45. Orang dah ramai - kereta banyak dah berparking . Biasanya yang ramai adalah orang Cina. Mereka rajin exercise...

Aku buat
brisk walking ( klik sini )...Jam -+ 7.30 lebih aku dah mula beredar & terus lah pergi ambik nasi lemak
(sila la ke sini) yang biasa beli. Aku order ( telefon - kalau tak telefon memang tak merasalah ) pepagi sebelum ke stadium. Aku order 5 bungkus saja, sebab untuk 2 anak teruna aje...Beli untuk 2 bungkus sorang - yang sebungkus tu aku makan le...tapi aku sememangnya tak berapa gemar nasi lemak ...


nasi lemak ni aku makan suku saje


aku bungkus semula - lepas tu Mohd tukang sambung makan

Makan lah aku nasi lemak ni sorang2! Kesian kat aku - sebenarnya sejak Sabtu semalam, hubby pergi Port Dickson - meeting. Dah 2 minggu macam ni - biasanya hujung2 minggu ni kami 'dating'...Apa lagi la biasanya - cari roti canai
(sila lah ke sini ) atau ikut hubby nak ke mana.


Dah selesai semua urusan rumah - aku pergi....ke mana? Hari ni ada ruang, aku ke sauna!!!Tak ada hal penting & aku pun tinggal dengan anak teruna yang buat hal masing2 - apalagi kalau tak meng'laptop' kejenya. Pergi "merehatkan & menyihatkan" diri ni...Dah lama tak pergi - semuanya dek kesibukan yang macam2 sibuknya...kalau pergi kursus di hotel , kalau ada peluang & ruang , aku pergi jugak!

Sebelum keluar - hubby telefon ...Rupanya dia pesan petang masak kari daging sebab nak beli roti canai
(sila lah ke sini ) kat Port Dickson yang biasa beli tu...Ok la...no problem.

Lebih kurang jam 2 , hubby telefon semula - beritahu roti canai dah habis! Tak payahlah masak...Aku kata tak pe lah, ganti dengan roti canai yang jual kat supermarket & masak jugalah kari daging. Hubby setuju. On the way balik dari sauna aku pun singgah le kat tesco.


roti canai yang dibeli


Jam 3 hubby pun tiba dari PD.
Mulalah aku memasak kari daging untuk makan malam.


kari daging + roti canai

Inilah dinner kami, sebelum jam 7 petang!



Saturday, May 16, 2009

Happy Teachers' Day

Wish to all educators throughout the world. Do take this card!

Friday, May 15, 2009

Seoul Garden....

Petang tadi aku & Mohd pergi ke Seoul Garden...Bunyi nya memang lah sedap - Seoul -
walaupun tak sampai ke tanah Korea sebenarnya - aku sampai ke sini kira ok dah tu....
Pergi hi-tea ...wow2 Mohd belanja lah - special for Hari Ibu & Hari Guru katanya...
Apa taknya malam tadi dapat hadiah daripada CM kerana kecemerlangan SPM .
Hari ni dia ajak ke Seoul Garden yang terletak di Mahkota Parade!
Dia dah pernah ke sini masa majlis sekolahnya & dia dapat
student price.
Aku kira adult le...Duduklah kami dari 3.30 - 5.00 petang!


Mula2 - switch-on the gas - nak panaskan 'kuali' & rebus sup

kami masak ini - macam2 ada - rebus & bakar


aku pilih cendol & jus oren

lepas tu, aku ronda ke MPH , aku borong buku2 ini!
Dapat bocer RM10 sempena hari guru.
(mesti tunjukkan bukti sebagai guru , nasib baik aku ada bawak kad KPPK )

3 buah buku ditulis oleh Hamka . Memang aku sedang cari buku2nya juga...
Jumpa , terus sapu je le...Akan aku baca pelan2....lapang2....lama2 habislah tu....

Balik rumah dah jam 6 petang....
Malam jam 8.30 pergi jemputan kahwin kat Tasik Utama - majlis berinai

---keje makan aje le!

Wednesday, May 13, 2009

Tragedi 13 Mei ....

13 Mei 2009 ...

Sebut 13 Mei, kebanyakan orang di negara ini tahu apa yang berlaku pada tarikh ini...Kalau budak sekolah tentunya ada belajar dalam subjek sejarah. Tak pasti pulak aku dalam tingkatan apa, sebab aku tak major sejarah & tak pakar sejarah.

Lain pulak sejarah aku hari ini.

Petang tadi aku pegi renew pasport - dah lama "mati"....Mulanya memang aku tak perasan tentang tarikh ini, sebab aku dah kata, aku tak mahir bab2 sejarah ini. Yang perasan tarikh ni, hubby masa dia belek nak tengok pasport aku yang dah siap...

"Tahu ni tarikh apa?"

" Apa eks?"

" Hah tu lah....takkan tak ingat? Kan rusuhan kat KL....1969..."

"Ahaaaa....la. Wow bagus lah tarikh renew pasport hari ni, senang nak ingat..."
( masuk dalam kalender bulan Mei )

Hubby pun dok rancang tarikh istimewa dia nak renew pastport dia....nak tunggu 12 Julai.....tarikh apa ni?



Monday, May 11, 2009

Terkejut @ Terperanjat @ Tak Sangka # Itu Adalah KehendakNYa....

Pagi tadi di sekolah aku terima satu berita yang amat memeranjatkan....

Semasa naik tangga ke pejabat....

Bertembunglah aku dengan seorang staf lelaki.

Cikgu ni aku tahu dia tak berapa sihat...

Aku pun tegur dia...

"Cikgu J**** sihat?"

" Macam ni lah, tak berapa ok ni...lemah je badan ni". Minggu lepas dia MC 1 hari sebab demam.

"Ok lah, cikgu, take care..."

Lepas tu dia pun beritahu...

"Cikgu kenal Cikgu Mohd Noor Ali?"

"Ya, kenal la...kan dia ngajar kat sini dulu, sebelum pegi ke KUTKM..."

"Hah, kenapa?"

"Dia dah meninggal, cikgu tahu?"

"Innallilahhiwainnailairajiun...."

"Apa? Betul ke?"

"Betul!"

"Sakit apa? bila dia meninggal?"

"Ha tu la, semua orang terperanjat, tak sangka dia dah meninggal, hari Sabtu semalam, katanya sakit kencing manis, umur dia muda lagi dari saya! " kata Cikgu J****

" Saya dah masuk 52, dia 51 / 50 tahun"....sambung Cikgu J***** lagi.

Memang betul arwah ni, senior daripada aku...tapi itulah, maksudnya di sini...kalau biasa2 nya umur 50/51 ni, masih kuat lagi bekerja kalau sebagai cikgu ni....Sebab ada cikgu aku yang dah pencen hari tu - masih sihat lagi!

Aku macam tak percaya, sebab kekadang arwah ni, lalu kat rumah aku...seingat aku akhir tahun lepas ada lalu...bukannya apa, dia tu rajin berkebun & buat projek cendawan. Dia jual lah cendawan kat aku - murah2....Arwah ni kalau bercakap mengalahkan LRT....punyalah laju & suka buat lawak. Tak ada dengar pulak dia sakit...

Dengan motornya...dia jerit aku..."ko ambik lah ni, aku jual kat ko murah2 aje...kalau ko beli jusco / mana2 la, mana dapat macam ni" begitu la dia bercakap - orang berniaga, pandai lah cakapnya.

Kawan punya fasal, aku belilah juga - tanda sokong dia. Dia jual pun suka2, bukan kata tak cukup gajinya...

Aku masih ingat lagi - tahun pertama aku berpindah ke Melaka ni & dia pun baru posting ( habis degree ). Seingat aku,aku dilantik jadi Pengerusi Majlis Staf.

Ingat lagi aku, masa sambutan hari guru ( 1996 ) , aku diminta berduet dengan dia menyanyikan lagu ! Cikgu2 ni mengenakan aku dengan dia. Dia pun beriya2 petik gitar tongnya...Memang dia pandai main gitar!
Aku praktis bagai nak rak menyanyikan lagu :
Masihkah Kau Ingat - Kopratasa
Lagu ni memang ok pe....aku suka!

Tengahari tadi, aku tanya pulak dengan staf lain yang memang kenal sangat dengan arwah ni untuk confirmed. Memang sah la dia dah pergi meninggalkan kami semua untuk selama2nya.

Al- Fatihah untuk arwah.

Saturday, May 9, 2009

Kalendar Bulan Mei 2009


1 Mei : Labour Day
cuti umum - waktu ni aku berada di Cameron Highland -
bercuti & bertemu rakan blogger OneZ & famili
Mohd dapat berita : Dapat Medic Course - UIAM


4 Mei : Pemantauan Anugerah Sekolah Cemerlang
tarikh ni kena ingat gak - aku ditemuramah mengenai
bidang tugas aku dan lain2 dan staf serta anak didik aku...


8 Mei : Insurance & Roadtax Day
ada gak hari special ni? apa taknya aku terpaksa bergegas ke bank,
pegi bayar insuran & roadtax - dah last minit - kerana kesibukan teramat sangat -
roadtax 'mati' pada 10.5.....habis...kete tak boleh jalan, nanti kantoi!
Mohd terima cal dari Petronas -
dia dapat offer buat Chemical Engineering di Australia

jadi dia tolak Medic kat UIAM - confirmed untuk ini.
aku juga gembira kerana telah lulus PTK...


9 Mei : Wesak Day
cuti umum & hari sabtu aku dok kat rumah - relaxxxxxx.......
jalan ke rumah kawan2....makan angin


10 Mei : Happy Mother's Day
istimewa untuk semua kaum ibu -
semoga semua kaum ibu sentiasa ceria pada hari ini!

untuk aku? anak2 nak suruh aku masak sedap2....
eh eh eh...ada pulak macam tu....ok la, tak pe tak kisah, boleh aje....



meraikan hari ibu malam tadi

ada orang sponsored
shakey pizza +

fish & chips




11 Mei : Farahin's Birthday
ha ha ha - hepi besday In...special gift? tungguuuuuu......
tak suprise dah...udah lewat remaja - he he he.....
oh oh oh belum - belum lagi.

Selamat menghadapi final exam...Best of luck.

.

12 Mei : Nurse's Day
khas untuk jururawat ....hari doktor bila ye?


15 Mei : Hari Belia Negara
hari ni khas untuk para belia negara...
dulu pada tahun 2003 aku dianugerahkan PBB ( Pingat Bakti Belia )
- bukan bangsa2 bersatu punya
kerana aku aktif dalam Persatuan Pandu Puteri...


16 Mei : Teacher's Day
hari yang aku tunggu!!! sebab aku guru, ada hari guru!
untuk semua blogger guru - jom hari ni, hari kita!
biasanya ada je hadiah2 istimewa yang aku dapat -
ada yang buat terkejut terkujat -
orang hantar bunga!!! from my loving hubby - muaaah...
tahun ni ada lagi?

dan aku tak lupa untuk cikgu2 yang telah mengajar aku
sehingga aku berjaya seadanya hingga hari ini.....




27 Mei : Fahd's Birthday
ini pulak istemewa untuk Fahd - belanja makan balik cuti nanti....



30 Mei : Mula cuti sekolah pertengahan penggal.....
selamat bercuti
tapi mesti ingat,
ada kelas intensif pada minggu pertama cuti
untuk
tingkatan 3 & 5
aku pun kena gak pegi sekolah untuk bertugas & pemantauan....