CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Wednesday, April 29, 2009

KENANGAN ABADI.....





Semuanya ini tinggal kenangan abadi - sebagai lipatan sejarah - kegembiraan kami semua - terutama hubby, dan tak lupa untuk jiran2 sekeliling yang sama2 menikmati hasil mahsul yang tak seberapa - pisang , cili padi, daun pandan, serai , daun kunyit , pokok kari dan kadang2 kami menyemai sayur sawi serta kangkung. Kami yang tanam di seberang parit - reserve jalan - suka2 nak tanam, pada kosong aje - baiklah cucuk tanam serba sikit & hasilnya yang berlebihan, kami beri kepada jiran2. Sama2 merasainya - terutama jam itu nak tumbuk sambal belacan, nak masak lemak cili api, nak buat kenduri , jam tu lah minta cili padi - tak kisah - ambiklah...Daun pandan, nak buat kuih / nasi lemak dll - semuanya pakat ambik aje la....( gambar ini semasa jiran bergotong-royong membersihkan kawasan ini nak buat bangsal memasak majlis kerja kahwin jiran saya pada 31 Januari 2009 )

TETAPI hari ini apa sudah jadi???LIHATLAH rakaman dibawah ini....


Hari ini jentolak ini sedang menimbus semua paya & longkang seberang jalan seperti dalam gambar di atas. Habis dikepongnya parit sebelah reserve rumah aku ni. Maka ditebangnya pokok2 pisang yang selama ini entah berapa banyak kami semua kekenyangan pisang masak / pisang goreng / entah sampai ke mana panjangnya 'sedekah' pisang2 ni, hari ini - hanya itu lah 2 tandan pisang muda yang ditinggalkan di atas jalan. Tak adalah lagi aku nak ambik daun pisang nak letak nasi lemak atau nasi putih untuk bekalkan kepada anak di asrama - untuk aroma daun pisang. Ditinggalkan sebatang pokok mata kucing yang baru nak cuba berbuah.Aku teringat jugak tempat Kopi aku bersemadi, semuanya habis....Sedih....sedih.....sedih...kerana sebelah rumah aku akan didirikan berderet2 rumah yang entah siapakah yang bakal menghuninya....


Rakaman berikut adalah beberapa minggu lepas....

Tuesday, April 28, 2009

Tak sihat ......


Nak tak nak hari ni aku cuti sakit jugak. Demam & selsema ( oppps tak lah mcam selsema kat US tu ) & batuk. Balik dari Kluang aku dah tak sedap badan.Dok bersin memanjang...Pegi farmasi beli panadol - cold & flu. Dah makan ubat tu, tau lah mengantok - tidur. Pagi2 pegi sekolah gak, hubby dah bising - pegi la klinik.

Semalam aku masih bertahan kat sekolah, cikgu2 yang berurusan dengan aku, dok tegur - tak sihat ke? Kalau aku tak sihat, orang boleh cam benor muka aku...Aku telan 2 biji panadol. Semalam lepas sekolah terus la ke klinik. Doktor kata - you better need a rest. Ok lah. Aku kata, I just standby with the MC. Kalau dah ok, I 'll to school. Balik, makan ubat - tidur sampai petang. Malam pun bukan main cepat lagi tidur.

Pagi2 ni - lebih baik la aku rest kat rumah. Kalau ke sekolah, aku dok sibuk kerja sekolah, tak rest langsung! Hari makin meninggi ni, dah beransur ok dah. Apa taknya , lepas makan ubat tadi tidur semula! Hu hu hu...dan bangun ni, tak ade keje, dok 'post' ubat2 yang aku makan.


Sunday, April 26, 2009

Basuh Kereta RM1???





















Pagi tadi on the way ke highway, ikut jalan Ayer Keroh selepas isi minyak. Nampaklah iklan basuh kereta.

Basuh kereta RM1 ?

Jom, bang kita basuh , bukan main kotor lagi kereta ni.(Sebab masing2 kesibukan teramat sangat, kereta tak sempat2 samada nak hantar kedai, apa lagi nak basuh sendiri aje)

Ok, ala kena beratur pulak dah...

Tak pe la, kita try...Ye la, sape tak nak basuh seringgit je....

Kereta kami pun sambunglah beratur , giliran ke 4 bermula kereta yang dah masuk "pintu gerbang". Apa taknya, pepagi tadi semasa on the way nak balik ke Kluang.

Tak pe bang, kejap je tu. Biarlah , kita test, ok tak dia basuh. Kalau ok, akan datang boleh hantar sini aje.

Tiba giliran kami, kami 5 beranak dok diam dalam kereta - kereta lalu bawah macam pintu gerbang, menderu air paip menyembur pada kereta. Tak sampai 5 minit, kereta diminta berhenti kejap, bukan main cepat lagi mat bangla/nepal basuh dengan shampoo.Tak sampai beberapa minit, kereta lalu bawah"penyapu" - aku cakap penyapu la, sebab dia kibas bersihkan shampoo tadi. Sambil tu baca lah arahan2 bersimbol pada tiang kat tepi - off kan radio, jangan angkat handbreak , entah apa2 lagi. Jadi kereta terus berjalan...sampai lah arah keluar dah kering....

Sambil kereta dibasuh , kami tolong kira berapa pihak ni boleh dapat keuntungannya. Katakan sekali buat tak sampai 10 minit, 1 hari senang2 mahu dapat RM100.

Bila tiba keluar , la patutlah RM1, promosi mulai 15.4 hingga 30 Mei!!!

Lepas tu, mat bangla pun tanya - mahu wax tayar?

Berapa?

Rm1.

Ok, wax. Sekejap aje lah dia wax - buat syarat aje wax...Jadi lah,baru RM2.


Tak termasuk kiraan beratur tadi, lebih kurang 10 minit siaplah kereta dibasuh. Ok lah, pada tak basuh langsung!

Lepas tu, kami pun balik ke Kluang. Masuk aje bandar Kluang, hujan bukan main lebat lagi. Jadi, 'terbuanglah' RM2, kerana kereta kotor semula. Biarlah, sebab esok hubby nak ke KL, hantar Mohd interview lagi!

Thursday, April 23, 2009

RIMUP Peringkat Kebangsaan 2009



Pagi tadi jam 9.00 pagi dijemput ke Majlis Perasmian Penutup
Khemah Kerja Perpaduan Dan Integrasi Pemimpin Murid Menengah Rendah

( RIMUP - Rancangan Integrasi Murid
Untuk Perpaduan )
Peringkat Kebangsaan yang dihostkan oleh Melak
a tahun ini.

Disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Melaka mewakili
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia
(Y.B. Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong)

Venue: Ayer Keroh D'Village Resort















Persembahan Kebudayaan


Monday, April 20, 2009

Naik pangkat = naik gred = naik gaji

Cite aku hari ni kisah kenaikan pangkat.

Petang tadi meeting/taklimat tentang lawatan pihak nazir ke sekolah , katanya mulai esok - bila nak datang belum pasti. Jadi, bos ingatkan lagi kepada semua cikgu apa yang perlu ditambahbaikkan lagi. Macam2 la. Ini semua perkara biasa yang perlu setiap guru hadapi. Perlu well-prepared.

Lepas tu pulak, taklimat dengan cikgu yang mengajar tingkatan 6. Tunggu punya tunggu, sekarang dah dapat la keputusannya. Maka tersenarailah mereka yang telah dilantik sebagai guru tingkatan 6. Sekolah aku ni layak 9 orang - termasuk seorang GPK Tingkatan 6 DG44 (sebab tingkatan 6 ada 4 kelas) , 1 orang DG52 ( alhamdullilah yang baru saje pencen tu la...tahniah Tn Hj - back dated 2008 ), 1 orang DG48 dan yang lain DG44. Semuanya gred hakiki. Jadi, mereka perlu mengajar di tingkatan 6. Mengikut senarai ada 2 lagi tak diisi & 1 yang dah pencen tu, jadi kurang 3. Nama2 yang dihantar ada yang tak terpilih , kita hantar aje, tapi keputusan dari bahgian sumber manusia. Mereka yang tak terpilih ada lagi peluang seterusnya.

Semuanya ini adalah untuk memertabatkan profesion perguruan. Akan datang murid tingkatan 6 ni seperti berada dikolej. Begitu tinggi dinaik tarafkan. Dan perubahan2 akan terus berlaku. Macam aku, macam ni la aku. Nak ke mana lagi? Aku suka seperti ini ...tapi pagi tadi aku terperanjat ada cikgu beritahu, aku akan ke tempat lain ! Alamak, sape cakap? Tuan badan tak tahu pun, memandai aje cikgu2 ni...Aku kata, tak ada apa2...Dan aku tak ambik pusing pun. Aku senang bertugas dengan bos sekarang ni. Dan beliau sentiasa memberi kepercayaan serta memberi komitmen kepada aku...Senang aku.


Saturday, April 18, 2009

Aku Sebagai Pengurus Tegar

Sebut fasal pengurus - macam2 jenis pengurus - pengurus apa? Pengurus sumber manusia (urusan staffs) , pengurus kantin ( tokeh kantin sekolah ke / pejabat dll ), pengurus bola sepak (dok jaga budak2 / orang2 main bola sepak ) , pendek kata macam2 jenis kerja pengurus ni.

Aku pun pengurus juga, tapi Pengurus Tegar. Iaitu menguruskan bentuk fizikal badan ni! So, aku kena sentiasa jadi pengurus yang sekian lama, tetap jadi pengurus tegar. Kalau tak , urusan badan aku akan jadi apa tak tahu la! Tapi la ni dah jadi sesuatu tak kena dengan bentuk badan aku ni - lain macam aje ! Alamak, kenapa la aku tak maintain sebagai pengurus tegar?

Aku agak risau kerana tidak bertindak sebagai pengurus yang terbaik. Bukti? Dulu2
( bila tu? - masa dara trang tang tang ) aku pakai saiz S....Dah lama gitu ( oh oh oh lama gak sampai waris zuriat ke 5 ) , aku maintain - maintain - lama2 dah mula tukar saiz M sikit2...Ok lagi. Tapi la ni
( faktor umur kot ) dah nak mula tukar saiz L...alamak, aku kena jadi pengurus terbaik sekarang!

Aku tahu faktor utama ialah, aku dok sibuk pegi sana sini , meeting & terutama kursus - tapi bila berkursus, tahu2 aje la, berapa kali makan? Lepas tu masuk dewan, lepas tu makan, malam lagi , dah letih duduk lama2, terus tidur. Kerja duduk di kerusi tanpa berjalan2 ni lebih letih daripada mereka yang guna kudrat kaki tangan...Aku tahu ni la punca utama , aku tak boleh jadi pengurus terbaik.

Bagaimana nak jadi pengurus tegar yang terbaik? Yang utama aku tak kan tukar saiz, tapi aku akan terus jadi pengurus tegar.

Friday, April 17, 2009

AFS Prog. & Selamat Bersara....

Aku kena pegi meeting tadi jam 3 kat SMKTP. Jumpa pegawai , tanya sape yang chair meeting (sebab ada majlis hi-tea ) - rupanya satu taklimat tentang AFS Programme - di Malaysia dipanggil Antarabudaya Malaysia - iaitu khusus untuk Exchange Students Programme ke negara2 luar seperti USA, German, Jepun, Australia dan beberapa lagi la - ada aku mencatatnya & borang berkaitan pun ada dalam kete!

Program ni dibuka kepada F3 & F5 students with various criteria yang ditetapkan - ada yang diberi biasiswa & ada yang partially biasiswa. Ada 1 yr , ada 6 mths, ada 6-8 weeks & ada 2 weeks. Kalau terpilih, pegi lepas habis exam terutama next year. Untuk murid OKU pun ada juga.Dan tak lupa untuk educators macam aku pun ada....he he he aku nak cuba mohon ! TAPI tanggung sendiri! (ada sape2 boleh sponsor?)



Habis taklimat hampir jam 4, patutnya semuanya dijemput minum, tapi aku mintak excuse sebab nak ke CityBayview. Aku pun tiba lebih kurang 4.15 sebab dari SMKTP tak jauh dah nak ke hotel ni...Tak sempat aku masuk, nama aku telah dipanggil untuk menyampaikan cenderamata kepada Tn Hj Zaaba, tapi somebody telah menyampaikan bagi pihak diriku ini... Tak lama lepas tu, dapatlah aku menyampaikan cenderamata kepada Pn Ooi.

Sempat la juga aku bersama2 mereka. Bos aku dah 'berbisik' kat aku, kalau aku tak muncul2 jugak, dia nak belanja aku dengan rakan setugas makan kat sini satu masa nanti. (sepatutnya bos kena pegi meeting , tapi dia mintak member aku wakilkan dia - dia utamakan untuk raikan stafnya). 4.30 member aku pulak muncul, dia pun cuba secepat mungkin mintak excuse dari meeting di SMKAK. Kalau tak dah tentu bos kena belanja aku!

Thursday, April 16, 2009

Clash...

Hari ni, pagi tadi majlis persaraan 2 cikgu sampai jam 9. Nak letak gambar2 berkaitan tak dapat2, masing2 semuanya sibuk. Tak kisah la...yang penting aku ni hah yang nak kata sibuk, memang sibuk, macam2 sibuknya uruskan bebudak ni. Parents lepas satu, satu datang , nak ambik anak yang sakit , nak sain dokumen dll.

Tapi paling aku tak dapat nak settle - ada parent (bapa) datang nak ambik anaknya - alasan nak bukak buku akaun bank. Dia maklumkan, datang nak jumpa anaknya - sebab dah tak duduk sama lagi. Anak2 duduk dengan bekas isterinya , jadi aku banyak lah soal siasat - kang buat dia bawak lari anak dia dari sekolah, aku kena bambu...Aku pun mintak nombor telefon isterinya & telefon. Isterinya cakap macam2 tentang dia & offcourse la aku tak menyebelahi mana2 pihak, jangan cari fasal dia ambik bawak keluar anaknya, lepas tu tak hantar balik ke sekolah / rumahnya.

Dia mempertahankan haknya sebagai bapa - tapi aku kata tak boleh. Lepas tu, nampak macam tak puas hati , aku & kaunselor bawak jumpa bos. Sebelum dia masuk, aku dah maklumkan pada bos , gitu gini tentang dia & isterinya.Lepas dia masuk, bos cakap tak boleh - walaupun tak adahak penjagaan sape2, "saya tak benarkan bawak anak keluar dari sekolah tapi lepas sekolah terpulang pada awak!" bos cakap. Habis cite. Lepas tu bos cakap dengan aku, jangan benarkan, nanti kita jugak yang susah, hal mungkin perebutan anak ni.

Esok petang ada majlis hi-tea meraikan cikgu yang bersara ni. Bos beritahu, dia kena pergi meeting kat jabatan , mungkin cuba mintak keluar awal untuk ini. Ok la tu...Dia suruh aku & rakan setugas handle majlis ni. Satu lagi meeting tempat lain sorang Ketua Bidang kena pegi.

Lewat tengahari bos panggil aku - "ni awak kena pegi meeting kat SMK XXX, tentang program AFS students". La, aku pun kena pegi jugak!!!!Habis, nak wat macamana - kena lah pegi meeting - hi-tea tinggal la hi-tea. Kalau dapat mintak keluar awal, aku akan keluar...Tinggal la rakan setugas aku tengok2 majlis tu...Nak kata ape...

Tuesday, April 14, 2009

Hectic Days




Hectic Days?


Yeah! Apa taknya dok "melayan" interview Mohd. Last Saturday & Sunday hantar dia ke Tronoh untuk Educamp Petronas (yang aku dok cite tu...) . Tiba ke rumah , hampir jam 11 malam Isnin...


Esoknya pegi sekolah macam biasa. Mana ada istilah nak cuti2, tapi ada orang dah mohon cuti awal2 (macam2 cuti), tak ke letih tu! kalau aku cuti - "lumpuh" lah kerja yang sentiasa menanti, bertambah ade le...Bila di pejabat tu, macam2 urusan murid ni yang tak pernah habis2...betapa ramainya anak murid, macam tu la banyak kerenah nya!


Tak pe la, aku ni sambil menyelam minum air ( tak lemas ke???).... Hantar je Mohd masuk kampus, lepas tu, aku & hubby pergi lah ke Lumut...Melancong lah kita orang kat Lumut ! Jalan di Bandar Lumut ...

(nanti aku tepek Lumut next N3 kat sini - tolong promosi percuma) - hubby yang ambik sekitar Lumut untuk dia punya koleksi gambar landscape untuk lectures/ceramah kursus.


Hari Selasa semalam pulak ke KL, hantar Mohd interview Mara jam 4 petang...Mintak jasa baik dengan bos, keluar awal sikit, & kebetulan Melaka cuti pada hari ni 15 hb
( Hari Raya Melaka Bandaraya Bersejarah ), so lebih baik lah aku ikut - kena tido di KL sebab pada hari ni dia dapat juga interview Telekom.


Pulak tu kat sekolah ada majlis jamuan makan tengahari 2 orang staf pencen, tapi cikgu ni bungkuskan aku nasi beryani sebab aku dah tak sempat nak bersama2 mereka ( dapat jugak rasa nasi orang pencen)....Entah lah ada rezeki ade le...Punyalah ramai yang datang ! Dalam hujan agak lebat, meredah KL - biasa la kan orang2 di KL kan , jem memanjang ....nasib baik tiba almost on time petang semalam.

Dekat jam 5 petang baru dia habis interview - cadangnya nak tido kat Quality Hotel - cari parking susah - penuh! Tak jadi...teruslah ke Dynasty Hotel Jalan Ipoh.

Dah selesai check in , aku ngan Mohd pegi ke KLCC - saja jalan2, Mohd pun nak release tension , sebab hari ni nak pegi lagi . Hubby nak rehat aje - dah keletihan dok drive. Naik LRT, kejap je sampai - habis jalan2 - biasa la, aku akan ke Kinokuniya. Jumpa lah satu buku ni : La Tahzan - Jangan Bersedih ( teringat lah kat ckLah - La Tahzan ) , belek punya belek, aku sambar aje le! Mohd ambik satu buku cite omputih apa tajuk entah le...dok baca la tu, senyap aje. Balik ke hotel kat jam 9 lebih.

Pepagi tadi jam +- jam 7.45 dah keluar nak pegi hantar Mohd ke Menara Telekom kat Bangsar ( ye ke???agaknya la - aku tak ambik pot kat mana ). Nak hantar dengan teksi - hubby takut tak cam nak lalu jalan arah ke sana - lama2 kang ada tak sampai on time - tengok2 teksi yang lalu, ada orang je...Dah agak cemas, dah dekat pukul 8, nanti jem lagi - sibuk dengan orang nak masuk pejabat dll. ( teringat jugak kat YB - kalau YB boleh tolong hantar - boleh tak YB??? masa ni lah teringat kawan - tak gitu YB??? tapi YB sibuk kot...harap2 YB baca la N3 ni , he he he....).

Nak jadi rezeki kita orang , hubby terjumpalah member dia sedang minum somewhere belakang hotel tu. Rupanya, depa selalu lepak kat situ pagi2 sebelum pegi pejabat. Hubby kata nak cepat nak naik teksi - tapi member tu hantar aje kita orang ke sana.

So, sampai lah before time jam 9 pagi. Bila Mohd dah daftar , dia kena naik ke tingkat 9, aku kena tunggu di bawah. Alamak, apa aku nak buat ni? Hubby dah keluar semula dengan member dia pekena kopi kat mana tak tahu.


Buku La Tahzan pun aku tak bawak, huh buang masa aje , termanggu2 tengok orang dok masuk pejabat. Telefon hubby, aku nak balik ke hotel. So, naik LRT di Kerinci - sampailah aku ke hotel. Lega, habis 2 papers NST & Metro aku baca - sampai jam 12 kena check - out, si Mohd tak habis2 lagi interview! Hubby pun dah boring jugak, nak tak nak dia kena tunggu j, jam 1 baru beres!

Lepas tu, pegi keUIA ambik Farhan nak balik - bawak balik barang2, dia dah habis exam , Fatehah next week baru habis. Dah kelaparan - bersantap kat cafe UIA nasi ayam - ok la, kalau dah lapar , bantai aje la, jangan banyak soal.

On the way back, singgah jugak la kat kolej Farahin di Seremban, tak singgah kang - muncung la jawabnya! Dekat jam 6 baru lah tiba ke rumah. Huh letih , esok gi sekolah & esok pulak ada majlis send-off cikgu yang bersara tu! Hari Jumaat ada majlis hi-tea kat CityBay View Hotel meraikan depa ni. Masa sangat2 berkualiti! What's a hectic days!








Melaka - Tronoh - Lumut
































Majlis Perasmian - Di Dewan Cancelor





Lebih kurang jam 4 pagi aku & hubby berangkat bersama Mohd menuju ke Tronoh. Bersama2 pepagi buta tu, Fatehah dengan Ayeen nak balik ke UIA. Hantar depa kat KL Central dah dekat 5.30 pagi...LRT pun dah mula bergerak atas landasan!!!
Perhentian pertama & terakhir (ikut style YB) : Tapah R & R - solat subuh & makan le apa lagi! Dok perhati2, kedapatan ramai yang nak ke Tronoh jugak! Hubby jumpa member dia, (masa pendaftaran perasan spt mereka yang berhenti kat Tapah R & R).
Tiba kat UTP , lebih sikit jam 8 pagi. Sedang elok bebenor le tu, pendaftaran bermula jam 8 - 10 pagi.

Jam 10 mula taklimat untuk se
lected candidates ni - sempatlah aku rakam gambar2 semasa dalam Dewan Cancelor UTP. KAGUM lah, tengok UTP ni! Pegi tetap pegi, dapat tak tahu lah, tengok la ada nasib ke tidak! Mohon 8 ribu lebih, panggil untuk Educamp 15oo lebih (lupa exact figure), nak diberi hanyalah lebih kurang 595 sj!
Entah le...ada, ada la, tak ada, dah bukan rezeki, tak yah lah nak susah2 hati....



Dah selesai taklimat aku & hubby ke Lumut. Tido kat Marina Cove! Tak sangka pulak nak ke sini tahun ni - nostalgia, tahun lepas aku baru ke Marina Cove semasa pertandingan koir peringkat kebangsaan, bebudak aku wakil negeri Melaka.

Hubby tanya, ada bilik untuk hari tu (Sabtu).

"Berapa harga satu bilik?"

Staf pun tunjukkan flyer - price list.

"Ok, nak bilik cukup la", kata hubby.

"Hari ni, RM 158"

"Goverment servant?"

Aku pun lupa berapa ...( RM 140 lebih kot - tak ingat)
"Dik, ni apa beza harga bilik yang bawah ni - harga murah sikit?"aku tanya budak tu lagi.

"Yang atas tu, ada balcony - harga lebih sikit"

"Hah, tak payah - tak payah dik, tak perlu balcony - nak tidur aje, dah letih ni, nak balcony apa, tak ada balcony pun boleh tidur", hubby sambung lagi.

"Tapi yang ni single bed!"kat staf tu lagi.

"Tak pe, tak pe dik, single bed ke, janji boleh tidur - 1
malam je - bila boleh check-in?"

Staf tu pun check bilik , dapatlah kami check-in jam 12.

"Ok, ada queen bed ni, ok boleh?"


"Tak kisah dik, kalau queen bed lagi ok la!"kata hubby.

Goverment servant dapatlah discount lagi. Kurang lah sikit daripada harga yang ada balcony.























Friday, April 10, 2009

Perasan glamor.....


Mana satu Sonata?

Salam YB : beri salam dulu kat YB...rindu ye cite2 sonata? Ni terpanggil nak cite, sebab YB dok tertunggu2 cite apa balik dari kursus...huh macam2 ada!

Begini : sejak dapat berita "tergempar" kena pegi kursus , aku
dah kata "bersilat" habis kena siapkan kerja2 "hakiki" samada di rumah / di sekolah. Sebenarnya aku pegi kursus tu naik kereta! Sepatutnya naik bas yang disediakan macam rombongan cik kiah tu....1 negeri katakan - 2 buah bas express. Ada juga yang lain naik kereta dengan sebab2 tersendiri.

Aku naik kereta sebab kawan ajak teman dia, kerana dia terpaksa menyelesaikan kerja2 anak buahnya berkemas sempena karnival pendidikan di MITC. Jadi dia beritahu jabatan akan bawa kereta ( tak boleh claim la - sebab arahan naik bas - t
ak kisah lah janji senang kerja ) dan pergi dengan aku. Orang lain naik bas jam 3, aku dengan dia naik kereta dari rumah jam 5.30 petang hari Ahad. Dalam hujan lebat kami ke PD, akhirnya lebih kurang jam 7.30 sampailah ke Mayangsari Resort.

Orang lain sampai awal, tengok2 jadual yang tersangatlah padat - dah ada
icebreaking petang tu. Aku terlepas la...sebab sampai lewat. Jadual padat - bermula 8.30 pagi - 10.30 malam. Macam2 di'kuliahkan', semuanya mengenai dengan pengurusan berkaitan tugas. Setiap slot ada pengerusi yang dipilih...Alamak aku dipilih lagi! Boleh dikatakan setiap kursus aku dilantik jadi pengerusi...Dulu masa kursus kat JB, aku jadi pengerusi jugak. Kali ni jadi lagi. Nak tak nak, tak boleh tolak...Nak tolak, cakap banyak? Huh nanti tak 'glamor' pulak kita kan...

Bila jadi pengerusi, aku akan sediakan pantun wajib Melaka. Setahu aku, selalu aku jadi pengerusi, jadi semua yang sewaktu dengan aku ni ( seluruh negeri Melaka ), dah kenal sangat lah denga
n aku ni....he he he....masa dulu2 seram sejuk jugak , tapi dah lama2 ni, aku tak kisah dah...Jadi pengerusi ni kena buat 'homework', kena susun nak 'address' ikut protokol, kalau tak nanti tak sedap ucapan kita, lain kali orang dah tak nak lantik lagi kita...hampehhhh....Jadi, kalau dah dipertanggungjawab tu, buatlah yang terbaik....Pantun wajib ( pembukaan ) seperti di bawah ini:

Kapal
dagang dari seberang
Penuh muatan kayu meranti
Dari jau
h, tuan penceramah datang
Kami semua setia menanti....


Ok tak? ok lah tu.
Bila dah selesai , hah ni pulak pantun penutup:

Anak itik lima-lima
Buah durian celah daun

Ceramah mu tuan ka
mi terima
Jadi ingatan bertahun-tahun...


Begitu lah biasanya kalau aku jadi pengerusi...

Aku ni bercadanglah petang2 nak pegi jogging kat pantai, tapi tak sempat2 jugak. Apa taknya aku ditugaskan cari / beli cenderamata...habis kuliah 4.30 petang , barulah boleh keluar cari cenderamata kat pekan PD. Agak payah jugak lah nak cari ikut kesesuaian, tak banyak pilihan dengan bajet yang terhad.

Kita orang kalau berkursus, biasanya berpakat kutip sumbangan 'menghadiahkan' cenderamata kepada pihak penganjur yang telah bertun
gkus lumus menguruskan kursus ni..,Aku lah juga jadi bendahari ( dah famous nak buat macamana kan...kita setulus ikhlas buat, tak kisah, tu yang depa senang dengan aku ni ).

Biasanya yang lebih2 tu aku pulangkan semula kepada peserta dengan membelikan cenderamata juga, jadi depa tahulah, setiap kali pergi kursus, biasanya dapat 'buahtangan' - tu yang seronok...Jadi, duit lama ada sikit, aku berpakat dengan kawan yang bawak kereta ni, beli kacang dan buah asam...Habis! Seronok, sebab dah malam2 berkuliah , faham2 ajelah mata mulalah kuyu...ke
cik besar, kecik besar tengok penceramah...Ada yang puji, wow best lah kali ni dapat makan kacang..macam murid2 jugak!!!tak kisah lah janji semua happy...

Kalau aku bawak laptop pun tak sempat2 nak bukak - walaupun ada wi-fi, sebab padat dengan 'kuliah' - malam habis , dah letih , titun aje le...


Inilah cendermata selaku pengerusi slot yang aku kendalikan.
Kegunaanya untuk meng'klip'kan paper notes - comel kan?


Lepas ni, aku nak berkemas2 dan get ready sebab esok 4 pagi aku dan hubby nak ke Tronoh Perak hantar Mohd ke Educamp Petronas selama 2 hari. Ikutkan esok sekolah ganti , tapi aku aku ambik cuti rehat.....


Baju dan blazer Mohd dah siap !




Thursday, April 9, 2009

Buku pelawat ditutup & kembali sedia kala...

Mula2 nak beritahu aku dah pun balik kepangkuan keluarga....he he he, macam jauh no...berkursus. Pada hal kat Port Dickson je - dari Melaka takla jauh sangat.

Sejak dapat berita kena pegi kursus, terus aku pulun siapkan segala tugasan supaya sepanjang ketiadaan aku samada kat sekolah maupun di rumah semuanya berjalan seperti biasa. Terutama aku menanda kertas ujian ( paper PSK habis hari Jumaat). Nasib baiklah jawapan objektif , bolehlah diswastakan ada 6 kelas ( 3 F3 & 3 F1 ) .

Jadi, dek kerana kesibukan/ kesuntukan masa, maka tu lah sebab nya tidak dapat memberi respon balas kepada semua rakan maya dan pengikut setia yang anonymous , menyampaikan ucapan takziah atas kematian Kopi tempoh hari.


*****************************************************************************


Sesiapa saja yang telah menyampaikan ucapan takziah , simpati terhadap kematian Kopi tempoh hari, aku ucapkan terima kasih. Satu peringatan kepada kita - setiap yang hidup, akan menempoh kematian.

Kalau memanjat dah sampai ke puncak
Kalau berenang dah sampai ke tepian
Kalau berkursus dah penuh ke benak
Kalau dah ajal , tamat la riwayat....


CkLah : dah seperti sebahgian ahli keluarga - memanglah sedih, nasib baik pegi kursus, lupa tentang kes kematian itu, sebab memberi sepenuh perhatian pengisian kursus.

Yunus Badawi : tak bela ayam / itik lagi ke? lagi hebat semua bernama...t.kasih

Shifu67 :
hidup ini bagai lampu dinding

yang dinyalakan di malam hari
apabila minyak sudah kering
ianya kan pasti padam sendiri.....

Azlanlin : patah tumbuh, hilang berganti ! ganti dengan anak Kopi ( Tam ) dan cucu2nya yang masih terus hidup...tapi tetap tak sama!

Tirana : semua yang bernyawa, PASTI kan MATI jua! kita pun sama - awas!

Dun Behrang : jangan ngangis lagi - sekarang tukang apa?

Lots of love : terima kasih - pergi tetap pergi, pergi tak kan kembali!!! uwwwaaaaa....

Obor - obor & Alyn : jangan sedih2 lagi - jaga kucing kat umah tu baik2...jangan jadi macam Kopi.

Arryani : tak kira, apa saja yang kita bela / simpan, semuanya kita sayang. Bila dah mati / hilang, macam ni lah kita alami...lama2 lupa la tu...jangan sedih lagi - cari ketam lain lak...

OneZ : buat masa ni, mula pujuk / mula 'berjinak2' ngan Tam / Koko dan lain2. Tapi masih ingat sikit2 lagi la....

Intan : jika diingat2 memang masih terasa, tapi dah ok dah...apo nak kato.

Bawangmerah : tak nak sebut2 lagi fasal Kopi...banyak yang lain ganti.

IdzaRis79 : Salam kenal, sonata dah ziarah rumah Idza - ok kita panjangkan silahrahturrahim...

Sahar Misron : terima kasih, sama2 turut simpati dengan kehilangan Kopi, sekurang2nya mengingatkan kita semua , kita juga akan MATI - bila2 masa aje!

Melawis : Salam kenal, ni kena cari kat mana , ngajar mana? Dekat Bkt Beruang, dekat bebenor ni, sekolah mana? Jangan2 satu sekolah! ha ha ha ...MATI aku, kalo ko kenal aku! Ok, kita link - kongsi cite2 sekolah dan lain2....

MDFarid : Salam, ingatkan sape tadi...tukar nama ya? asyik tukar ni, tak kena saman ke??? apa yang ada di dunia ni, semuanya bersifat sementara.
Syukur kerana
dipinjamkan di dunia ni, jadi jangan lupa pulangkan semula.

GPI SKSV : tak kisah, lambat ucap tak pe, yang penting, ingatan tu!

Hadfina / Aizan / Na Shari / SSSini : terima kasih turut simpati...semua yang hidup akan mati juga...


serta tidak lupa anonymous yang sudi & setia mengikuti "rakaman" sonata
& lain kali tepek nama yeah!!!

Dengan ini buku pelawat di 'tutup' dengan rasminya.

Thursday, April 2, 2009

Ajalnya sampai jua....


































Lebih kurang dekat jam 4.00 petang - 2.4.09.

Aku dah bersiap sedia dengan hubby nak hantar mak & pak mertua balik Kluang, Johor.
Semua dah ready - Sonata pun dah dipanaskan. Tiba2...

"Umi, umi...pegi tengok kucing sape sakit tu? " hubby dok jerit.

"Apa?"

"Acik, acik, tu ada kucing macam sakit la kat rumah Cik Miza, macam dia semput" - anak Cik Lin beritahu.

"Kucing yang hitam , kucing acik agaknya"...

Aku pun bergegas berlari-lari ke rumah Miza - selang 3 rumah dari rumah aku.

Jiran2 dah datang tak tau nak buat macam mana agaknya.

Aku pun terkam tengok...

"Eh, eh Kopi, kenapa ni? Dia tercungap2, dah terjelepek atas tanah , lembik...air liur meleleh, nak kata benda apa dia makan tak tau la...tapi kaki tangan dah lemah...Miza dah menangis.
Aku dah meleleh air mata,sambil mengusap kepala Kopi. Kopi kesakitan.

" Tak tahu kak, Miza baru balik, nampak dia kat situ"...

Aku tak cakap banyak, angkat Kopi bawak balik ke rumah, letak kat atas rumput.Kopi semakin tercungap2.

"Dah, dah cepat bawak klinik, takkan biar aje, kita ni nak balik Kluang...biar masuk wad.

"Klinik mana yang dekat?" ( Aku je tau hal klinik2 kucing ni.)Tengok jam dekat pukul 4, hah masih bukak lagi klinik kerajaan ni.

"Yang paling dekat klinik haiwan kat jalan ke MITC, Ayer Keroh "

"Tapi tak tau lah ada tempat kurantin ke tidak".

"Ok, pegi ambik kain , pangku dia"

Bergegas aku cari kain dalam laci, dan serta merta pangku Kopi, tak bercakap apa dah dengan jiran2 yang datang tengok. Aku pangku Kopi yang kesakitan.

"Macam mana ni, kita terus ke Kluang ke?"

"Ye la, hantar Kopi masuk wad dulu semalam, esok kita ambik, cepat la!"

"Ok kita ikut Seri Negeri, pas tu kona kiri, masuk ke jalan MITC tu, cepat sikit"

Belum tiba kat trafic light JPJ, alamak dah merah pulak dah.Tak jadi nak terus ikut Seri Negeri.Hubby pun kona kiri, masuk hala ke JPJ. Pas tu tiba kat trafic light Hospital Pantai...alamak merah lagi....Kopi, terus mencungap2...aku dah sedih , tahan air mata...

"Entah la bang, kalau dah ajal dia, kita terima je la..."

"Kesian Kopi, ok ,ok sayang...jap lagi tiba klinik ye...kenapa ni? makan apa? ke orang langgar ni?"

"Macam motor langgar kena kaki dia la, tengok tu, kaki dia lembik, terkulai"

Trafic light dah hijau - jalan. Dah nak tiba kat trafic light kat kawasan Ayer Keroh, merah lagi. Hubby pun kona kiri, masuk jalan Muzaffar Heights, buat u-turn kat BP. Jalan terus lepas kawasan industri terus kona kiri....

"Mana-mana klinik ni..."

"Perlahan -perlahan sikit, hah nampak tu, sign board ..."

Masuk kawasan klinik. Tiba depan pintu besar klinik. Cepat2 aku terus menuju ke dalam klinik.

Seorang pembantu klinik / kerani ke tak tau lah.

"Kenapa cikgu? Orang dah tak ada, saya tinggal sorang ni, kaunter tak ada orang" dia beritahu.(Dia tau aku cikgu, sebab aku pernah datang buat rawatan).

" Tak tau lah, dia jadi macam ni..."

"Keracunan ke? mulut dia berbuih ke?"

"Tak, macam ni la, saya terus bawak sini"

"Ok, ok, bawak bilik belakang.."

"Sekarang you tolong tengok, apa hal kucing ni" hubby cemas.

"Saya bukan doktor, saya tak tau, saya boleh tolong tengok aje...apa saya boleh bantu saya cuba"

Hubby dah naik angin.

"Ok, kalau you tak boleh buat, apa cara boleh selamatkan kucing ni? Saya nak tinggalkan kucing kat sini, esok saya ambik, sebab nak balik Kluang kejap"

"Sini tak ada tempat tinggal kucing". Pembantu tu, cuba ambik jarum nak isi ubat, nak cucuk Kopi, nak jap tahan sakit ke / apa tak pasti.

"Saya cuba cik ye, saya bukan doktor, kalau kucing ni mati, jangan salahkan saya pulak"

"Tak pe, tak pe..kalau dah ajal nak buat macam mana," hubby mencelah.
Aku membelek si Kopi, dah nampak makin lembik, lain macam aje.

"Kalau gitu, I bawak ke klinik lain la...cadangan you klinik mana?"

" Lebih baik pegi klinik terdekat , Klinik Maju kat Batu Berendam, sana ada tempat tinggal, boleh orang jaga". ( Klinik ni selalu la juga pegi kalau kucing sakit.)

"Beritahu doktor, kucing ni bunting"

"Ok, doktor tau lah sebab nampak perut dia besar"

Aku pun terus angkat Kopi, balut dengan kain. Makin lembik kucing ni.

"Angkat la betul2" hubby nak cepat2 nak bawak ke Klinik Maju.

"Ye la, tapi abang tengok lah ni...kaki tangan dia dah lembik"

Bergegas keluar klinik, terus masuk kereta. Aku pangku Kopi.

"Abang, tengok Kopi ni, Kopi dah tak ada ! Tengok mata dia, bulat aje, tangan keras dah ni..."

"La, habis dah Kopi..."

Hubby sedih, aku pun sedih...air mata berlinang...aku tahan. Hubby senyap. Kopi mati atas pangkuan aku. Aku tutup Kopi. Kesian Kopi.

"Jadi, kita balik rumah, tanam dulu"

"Patutlah sari dua ni bila beri makan, macam tak berapa nak makan" hubby beritahu.

Hubby terus patah balik ke rumah. Terus telefon Mohd...

"Mohd, Kopi dah tak ada....pegi gali lubang , abah on the way balik ni"

Tiba rumah, nampak Mohd sedang gali lubang.
Aku letak Kopi atas rumput. Hubby tolong Mohd gali lubang...Dan Mohd "kebumikan" Kopi....

Tamatlah riwayat Kopi. Kopi la antara kucing kesayangan hubby. Bila hubby duduk kat kerusi luar, dia mesti bertenggek minta diusap kepalanya, kekadang minta makan. Hubby rajin layan dia. Dia selalu meminta nak dibelai2. Sama juga, kalau aku duduk, dia akan tumpang duduk sebelah juga. Selalu berbual2 dengan dia. Dia sangat manja.

Selepas Kopi selamat bersemadi, kami pun terus balik Kluang.Aku masih sedih, Kopi dah tak ada.

"Tak pe la Umi, dah ajal dia macam tu, nak kata apa"...

"Ye la...ala kesian la kat Kopi"....

"Dah, dah...dah tak ada dah lah..." hubby terus senyap. Sedih la tu.

( semua rakaman gambar menggunakan hp cokia aku )

*************************************************************************

N3 INI MASIH TERUS & SENTIASA DIBUKA KEPADA SESIAPA SAJE YANG INGIN MENYAMPAIKAN UCAPAN TAKZIAH....TERIMA KASIH. ( BERKABUNG 7 HARI )

(Pada hal, aku tersangat sibuk untuk menyiapkan kerja2 yang mesti diselesaikan sebelum aku pegi kursus , jadik tak ada le n3 baru lagi....sehinggalah aku balik kursus, tak ke betul tu, berkabung 7 hari???)