CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Saturday, February 28, 2009

Semuanya sudah berakhir....

Kumpulan PV1

Kumpulan Utama

Alhamdullilah syukur ke hadrat Illahi, aku telah selamat kembali ke pangkuan keluarga, setelah 1 minggu terperap dalam Tropical Inn Hotel, JB... Semuanya dapat dijalankan dengan penuh 'suspen', 'stress' dan pelbagai perasaan mengikuti kursus ini! Tapi bila dah berkumpul, yang semuanya seangkatan, nak risau apa, semuanya sama..

Berjumpalah dengan rakan2 lama, seuniv. , sesekolah , se kursus sebelum ini , sekampung tak dak pulak...Yang best itulah jumpa rakan lama, seronok bukan main. Bila dah jumpa tahu2 aje lah kan, tanya keluarga masing2 dan sebagainya...Kalau ikut kursus ni, semuanya adalah GPK ke atas ...GPK, Pengetua, Ketua Jabatan Institut Perguruan, dan juga dari KPM. Mana yang baru kenal, dapat la kenalan baru.

Bagusnya kursus macam ni, kita dapat bertukar2 pandangan/pendapat/ikut contoh yang dilakukan di organisasi masing2. Dapat jumpa rakan di sekolah kluster & juga SBP.
Mana yang baik, dapat diaplikasikan di sekolah kita.

Berbalik kepada acara kursus, tahu2 ajelah, "orang2 lama" berkursus, dengan penuh tekun mendengar semua ceramah. Mana boleh buat acuh tak acuh. So kena concentrate, semuanya on time. Ceramah2 yang disampaikan, semuanya adalah menjurus kepada kita untuk memimpin ahli kita. Ilmu yang disampaikan amat berguna untuk diaplikasikan di sekolah. Yang bestnya, semua penceramah ni, menyampaikan ceramah dengan penuh humor! Ada yang gelak aje...Jadi taklah stress mengikutinya.

Bila penceramah sampaikan kuliah - cara menangani stress, dia kata kata buat apa nak stress2, buat biasa aje...takut public speaking? persembahan individu? tak ada apa la. Takut UAK? ala tak ape, jangan risau...lega & terubat bila di motivate kan begitu. Yang stress dan takut ni, bukannya apa, takut tak capai tahap! Kalau boleh nak lah 4-4! Entah lah aku pun tak mahu nak ulas panjang lebar lagi, biar la yang dah lepas tu, lepas la, jadi sejarah...Cuma aku nak rakam kat sini, aku dah pegi kursus ni PTK 4 (P & T). Tu aje.

Dalam kursus tu juga, aku ni pun terlantiklah sebagai salah sorang pengerusi kepada penceramah - tajuk Integriti. Ok lah, tak ada masalah, kalau dah biasa berucap, tidak lah kaku. Semuanya sama aje dengan kita ni. Rakan2 sejawat - ada juga yang lebih tua dari aku ni. Siap la juga aku sediakan pantun wajib negeri Melaka.

Kapal dagang dari seberang
Penuh muatan kayu meranti
Tuan penceramah sudi datang
Kami semua sedia menanti

Untuk penutup:

Anak itik lima-lima
Buah durian balik daun
Budimu tuan kami terima
Jadi ingatan bertahun-tahun....

Sekian, terima kasih. He he he.......

Thursday, February 19, 2009

Masanya pun tiba...

Alhamdullilah , hari ini dah selesai tugasan pertama - menyiapkan tugasan individu setelah hampir sebulan tempoh diberikan, pelbagai sumber dicari, buatlah setakat yang termampu diri ini. Apa cara sekali pun, sedaya upaya disiapkan sehari / 2 hari sebelum hari pendaftaran kursus. Jangan sampai hari terakhir sebelum pergi masih tak selesai lagi.

Biasanya aku macam ni, date line apa2 tugas perlu diberikan 2/3 hari sebelum hari akhir. Jadi, kita tidaklah kelam kabut, serba tak kena, kalau masih belum selesai. Mana lah tahu, jika ada apa2 hal tak ok, masih ada masa lagi...Begitulah cara aku bekerja.

Begitu juga, sebelum aku pergi berkursus , semua kerja2 sekolah mestilah dibereskan, terutama ni Ujian Penilaian Pertama, baru saja selesai, jadi aku pulun siapkan markah untuk diserahkan kepada guru tingkatan yang nak buat buku pelaporan. Nanti susah pulak..

Kekadang aku pun tak faham, ada cikgu yang tidak menyiapkan sesuatu tugas dalam masa yang ditetapkan. Banyak berlaku, dah tahu nak kursus ke / atau apa urusan lah, kerja2 berkaitan ni, pakai tinggal "buta" aje. Kan ke tu menyusahkan orang lain pulak...Susah payah la kita kena trace ke mana depa pergi...apa sebab / terpaksa telefon untuk dapatkan keperluan yang mendesak...kan ke susah tu.


Sabtu 21 Februari - 28 Februari 2009 : tibalah masanya aku akan berangkat ke Johor Bahru. Aduhai, kursus oh kursus...kecut perut dibuatnya...mana tak nya, yang pasti kena buat presentation tugasan individu & public speaking...Lepas tu Ujian Akhir Kursus (UAK).. Semoga semuanya berjalan dengan lancar...Bye, bye....

Tuesday, February 17, 2009

Masalah - problem - fed-up

aku dah fed-up

sebab?

masalah internet!

sekali dapat - banyak tak dapat

buat kerja - terkujat2, macam apa tak tahu la...

nak blogging ni satu hal lah...

TAPI yang paling penting

aku tengah dok pulun nak buat assignment...

nak buat rujukan....

nak baca sana sini,
mana2 yang boleh guna pakai, nak ambik lah...

buku dah lah berlambak ni...

ni sangat2 problems...

sekali sekala tengok lah kat AGK...

tengok2 kekadang adalah juga
members yang dok komen...

tu, tengoklah comments yang jenuh dok delete...

sebab dok enter banyak kali benda yang sama...

mana tak bengang...

mana tak sakit jari2 ni, dok ketok key-board

sabor je le...

hari khamis lepas dah panggil member teror cek
dia kata ok je modem ...
takpe cikgu saya bawak balik pulak,
kalau ok kat tempat saya,
line ni problem..
malam dia tepon,
cikgu, ok no problem modem ni
ok, esok bawak sekolah.

dia kata, tepon 100
huh banyak kali jugak tepon, mesen dok jawab
macam tak ada orang kerja ke?
kan banyak kena buang kerja
ambik aje lah...
satu hal jugak, benci aku...
cakap dengan mesen ni, serupa tak cakap...
tekan 1 untuk BM, tekan 2 untuk BI...macam tu lah...

tepon lagi, dapat jawab
mulalah aku...
pokpek, pokpek, gitu gini, sana sini

senang encik hantar technician je...
ok ,ok,
ok, saya tunggu...

tunggu punya tunggu
datang la...
semua ok, hah katanya setting kat komputer pulak
entahlah,macam2, aku dok ketuk aje lah ni...
kalau jadi, jadi, kalau dapat, dapat le...

agaknya ramai orang macam ni kot???


assingment pun dah 95% siap...

cuma nak edit tatabahasa jer..

ni YDP tolong cek...

Dia , aku salute memang rajin tolong...

aku suruh le...sebab dia sentiasa/selalu buat kertas kerja,
selalu buat minit/baca minit mesyurat...
pantang dia kalau salah ejaan/nama eja tak betul
staf dia tahu benor...

jadi aku mintak dia tolong edit...
tolong bang ye!!! love you!!!



Saturday, February 14, 2009

Bila Sheikh Muszaphar pulang ke gagang...

Buku kenangan daripada Dr Sheikh Muszaphar

Sheikhs & pengetua

Sheikh Muszaphar- Angkasawan negara
Sheikh Nasir - Pengerusi (YDP) PIBG
Tn Hj Baharuddin - Pengetua MOZAC
merenung & memikirkan masa depan negara...

Dr Sheikh Muszaphar Shukor
- bertandang ke SM Sains Muzaffar Syah
pada 14 februari 2009
SEHARI BERSAMA DR SMS-ANGKASAWAN NEGARA





Majlis Sidang Akbar



sedang menunggu ketibaan KP Perpustakaan Negara di holding area


sedang khusyuk menyaksikan persembahan orkestra

puteri2 Mozac

persembahan wind orchestra oleh putera puteri Mozac




majlis penyampaian cenderamata dan buku2
kepada sekolah & sekolah jemputan

VIP semasa acara gimik membaca beramai2

ni sape snap gambar sape? merakamkan gelagat anak2 Mozac


putera puteri Mozac mengambil bahagian - membaca beramai2

seorang puteri Mozac sedang membaca bahan dalam Bahasa Perancis


Rakaman YDP PIBG bersama Dr Sheikh Muszaphar Shukor
di SM Sains Muzaffar Syah pada Sabtu 14 Februari 2009
sempena kempen membaca
anjuran Jabatan Perpustakaan Negara
dengan kerjasama SM Sains Muzaffar Syah

Monday, February 9, 2009

RAGBI MSSM NEGERI MELAKA 2009



Pertandingan akhir Piala Plate - SBPI Selandar mengalahkan
sekolah tuan rumah
( aku le tu...) Ok gak, dapat naib Johan, kira ok la tu...

Majlis penutup : pada Ahad 8.2.09 - mulai 4.30 petang

Johan : KYS

Majlis penyampaian hadiah - yang berkemeja kotak2 tu Pengarah, yang pakai t-shirt putih sebelah kanan pengarah - bos aku la tu...Berbaju batik jingga tu, PPD Melaka Tengah. Sengaja tak mahu tunjukkan muka, snap dari atas pentas...Yang ber-t-shirt putih kiri sekali, itulah coach budak2 aku...cikgu K.


Peringkat kebangsaan akan diadakan di Melaka (cuti sekolah bulan Mac) - sekolah aku jadi salah satu venue jugak...Kalau nak tengok pengarah / bos / (aku???) hahahha...sila lah datang ke Melaka...

Johan Piala Bowl Kolej Yayasan Saad mengalahkan
SM Sains Muzaffar Syah (MOZAC)


Saturday, February 7, 2009

Haaaa....Dah lega!




Buka mata, buka mata...



Bukan main kuat lagi, Dr Dass mencabut gigi tepi bawah ...bayangkanlah macam cabut ubi kayu!...Kita orang lama ni, tahu lah macam mana payahnya nak cabut sepokok ubi kayu...Macam tu la gambarannya doktor ni mencabut gigi pagi tadi.

Dek kerana ngilu bunyi serekkkkkkk...serekkkkk pembantu dia meletakkan hose penyedut air liur, tambah pulak doktor macam susah nak cabut, lagi la aku kejam mata... Tu yang dia suruh bukak mata! Lama kang pengsan baru tahu....

Sebenarnya gigi aku ni kuat lagi...Tapi tu lah dulu2 tak rajin nak jaga (ye le tu ), jadi berlubang lah...Bila dah berlubang ditampalnya...Maka lepas tampal tu ( dah lama dah entah berapa tak tahun lupa dah ), takut makin merebak ke kalau dah lama2 , sayang kan gigi tu, maka dulu2 tu buat lah rawatan root-canal . Ni adalah untuk mematikan nerves , so tak lah rasa sakit,kalau sikit2 ada masalah...( gigi mati )

Nak jadi kan sebab, petang semalam, separuh gigi ni dah patah / serpih...Jadi tertinggal tunggul tampalan tu...Agaknya dah nipis gigi ni. Baki gigi tu, sangat tajam, sampai luka bawah lidah..Memanglah rasa tak selesa nak makan minum.

Pepagi tadi,aku nekad pegi ke klinik gigi, untuk tampal semula. Pergi la ke klinik Dr Dass Jalan Ong Kim Wee. Ini doktor lama, memang famous, kalau cabut gigi ni, kalau sape2 takut cabut gigi, dengan Dr Dass ni jangan bimbang lah gerenti tak sakit!

Bila beritahu aku nak tampal, dia kata dah tak boleh tampal lagi, dah besar patah gigi ni.So kena cabut. Nak tak nak kena setuju cabut le...

Dibiusnya dekat gigi dan gusi, sakit cucuk jarum je, tak lah sakit benar...Tunggu sekejap supaya rasa kebas...hah lepas tu doktor ni kerja kan lah mencabut gigi, macam cabut ubi kayu!Bukan main kuat dia mengerudi gigi ni...Nasib baik lah Dr Dass ni tegap orangnya! Sesuai lah jadi doktor cabut gigi ni... Lepas tu dia jahit lubang gigi tu, hari sabtu depan datang semula untuk cabut benang...

Hah dah lega dah...hilang sebatang gigi dengan harga rm80 sahaja! He he he...yang pasti aku dah lega....

Thursday, February 5, 2009

Nasib Kartun

Tuesday, February 3, 2009

Sepak Raga @ Sepak Takraw?

Kongsi cerita...

Tengahari tadi, seorang staf tulis kat white-board, esok / lusa dia ada urusan sepak raga.Nak jadikan cerita, aku pun lalu semasa dia sedang tulis notis tu...

Ke mana?

Ni nak gi sepak raga...

La, nak sepak raga? Apa akan jadi bila you sepak raga ?

Kalau gitu, pecah lah raga ...

Jadi? Sepak raga ke atau sepak takraw?

Dia konfius...

Tak pe la...kita guna sepak raga ( orang lama guna sepak raga ) - biar la nanti ada orang betul kan...

Dah nak balik, aku kata lagi...

Dulu2 yang kita tahu, biasa lah orang main sepak raga. Pandai orang dulu buat permainan, mula2 ambik benda di sepak2, lepas tu di inovasikan jadi bentuk bulat dibuat dari anyaman rotan, jadi dimainkan sebagai sepak raga.

Lepas tu bila pulak jadi sepak takraw?

Entahlah kak....

Ha haha....pandai orang lama buat permainan...

Takat ni saje...Sepak raga @ sepak takraw? Sama / beza ?Apa sama /apa beza???

Sunday, February 1, 2009

Ciptaan Lelaki & Perempuan

Entah kenapa, saat aku dan hubby sedang breakfast...

Menu: biasa lah : roti canai + milo + neslo (hubby)

Waktu2 inilah biasanya aku akan gunakan masa "keemasan" bersama hubby berdiskusi macam2 hal...dari hal anak/keluarga/apa2 yang nak dibincangkan...sambil2 tu jugak aku suka tengok/perhati gelagat "lakonan" manusia ni...

Aku suka tengok, pasangan yang berjalan bersama2 pergi breakfast, beli ikan/sayuran dll -mungkin mereka dah tak ada anak2 kecik /anak2 kecik ditinggalkan di rumah/apa2 la terpulang lah keluarga masing2 kan...(macam aku dah tak ada anak kecik...hujung2 minggu ni, kalau hubby tak ke mana2 macam ni lah kami)

"bang, Allah Taala jadikan manusia/lain2 ni berpasang-pasangan...agak2 ada tak manusia ni tak ada pasangannya?"

"ada", ringkas jawabnya...

"kan Allah Taala dah kata begitu, pasangan dah ditentukan / dah ada, kenapa tak nak cari pasangan masing2?"

Entah kenapa, rasa macam soalan budak2 pulak...

Allah dah berfirman, dah kata..."Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?" - surah 78, ayat 8

Tafsiran: Allah menciptakan kalian dalam dua jenis, iaitu lelaki & perempuan agar kalian saling mengasihi dan membantu dalam mengupayakan kebahgiaan hidup serta melanjutkan kesinambungan keturunan" ( ni bila balik rumah, aku rujuk, sebab tak ingat ayat lengkap masa berborak tadi..)


Aku tanya lagi "adakah mereka yang dah ada pasangan, tapi tak nak berpasangan, langgar perintah la macam tu"...

"tak tahu lah tu.. tak nak ikut sunnah nabi..."

Hahahah...nampak simple, tapi "berat" nak diskas...

Sape nak sambung , sambung le...


******************************************bersambung semula


Tengahari tadi, aku diminta mengiringi pengantin bertandang
ke rumah pihak lelaki pulak di Taman Asean,Malim.


Lepas tu, dimintanya aku juga menepung tawar pasangan ini.
Selesai, aku ucapkan Tahniah! Dapatlah satu bunga telur...
Teringatlah aku entry yang aku tulis...

"Sesungguhnya hari ini, kau orang dah bertemu pasangan masing2"