CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Saturday, January 31, 2009

Rewang Kenduri Kahwin & VIP

Kopek kak jangan tak kopek..potong bawang tu elok2, jangan potong jari udah le...

Ni satu baris lagi proses pemotongan bawang besar & bawang kecik,
air sirap tu bila nak minum, keje - keje jugak!
air kena minum , haus pe - cuaca panas gitu...


Ini pulak barisan kaum bapa yang sedang memotong daging lembu...
best2, daging segar..


Hahahha...ini tukang masak impot khas dari Trengganu, sedang menunjukkan
cara2 masak gulai kawah...sedap you...Trengganu style- rempah pun dibawa dari sana !


Kerusi2 yang telah siap diatur tunggu tetamu...

Pepagi aku dah round khemah memasak, semua dah ready...

Aku snap dari depan, panjang gak khemah jamuan ni... jemputan ramai..
.

Sempat aku snap pelamin raja sehari, tapi rajanya ngak ada..
.sedang bersiap2 nak majlis akad nikah kat surau...
dah sibuk2, wajah pengantin
tak dapat nak dirakamkan...tak pe, asal bahagia pasangan raja sehari ni...


Ni pulak, khemah makan beradap...lauk2 pengantin dimasak Chef Kolej Komuniti ...
Tak payah susah2, pensyarah ni menetap sebelah rumah mak pak pengantin!
Cukup senang...

Inilah ruang garaj 'kuda2' ku...dijadikan tempat jamuan VIP...
aku ditugaskan menyusun atur aje..


Sempatlah dalam kesibukan melayan VIP, aku "curi2" snap tetamu yang hadir

Dengan bantuan rakan2 setugas begini hasilnya susun atur yang dilakukan

Tetamu istimewa - Datuk Seri CM & Datin, yang baju biru ni mak pak pengantin
Terima kasih Datuk sudi datang, walaupun dah jam 4 petang!

Tak larat dah rasanya hari ni...sama naik la kita ni membantu jiran sebelah rumah buat kenduri kawen anak sulungnya...Aku tepek ajelah suasana kemeriahan merewang...Yang aku tahu, orang Johor cakap rewang...rewang maknanya bersama2 bergotong royong sebelum memasak hinggalah selesai majlis...

Wednesday, January 28, 2009

The blooms of my garden




Heliconia rubra &
Heliconia psitticorum










The purple & white bougainvillas








Vinca rosea of purple & white





Species of Alpinia purpurata


Columnea gloriosa that I bought from Cameron Highlands


Episcia cupreata with showy crimson flowers


The red Rose


Crossandra infundibuliformis or Firecracker flower



The climbing Tristellateia australasiae or Maiden jealousy


The pink Anthurium sp.


The elegant Clerodendron thomsonae or the Bleeding Heart


Vinca rosea in hanging pot


Water plant species with white petals


The full bloomed Garlic Vine

ESEI O ESEI

Apa yang aku buat la ni.....sorang2 , kawan ku buku & laptop, dok menaip ngadap komputer, & rakan2 maya...sape2 yang browse, sure aku ada depan laptop ni....buku besar tu, tesis aku masa sarjana dulu...tajuk pulak hampir2 sama, bolehlah guna...

Tuesday, January 27, 2009

Pokok Lama Pasu Baru

Pokok yang asalnya membesar atas permukaan tanah rata,
di'trim'kan supaya boleh muat dimasukkan dalam pasu.

Guna gunting untuk trim akar rerambut (macam sponge)
Guna parang pulak!

Berusaha memasukkan ke dalam pasu...
masih belum nampak muat sepenuhnya -
guna pisau besar pulak, nak bagi lagi nipis...macam2 digunakan , janji boleh muat...
Haahaa, 1 dah siap pun, ditenggekkan atas tembok

2 pasu dah siap ditenggekkan atas tembok...
Cantik kan!


Semalam on the way back from Kluang, singgah kat kawasan Air Itam sebelum masuk tol, hubby beli 2 pasu bunga agak besar & 5 yang kecik. Mintak kurang harga dapat le RM80 untuk besar & RM20 untuk kecik..

Apalagi, pepagi tadi dah tak sabar2 nak ubah kedudukan pokok. Kalau dia dah nak buat, dia akan buat serta merta. Kalau tak nak buat,pakat lama la tinggal gitu saja. Aku nak tak nak kena beri sokongan moral, buat apa disuruh, ambik apa yang dia suruh ambik. Parang, pisau, gunting, kenalah layan...Nak cantik kan, kena beri bantuan...Gambar2 ni menunjukkan cara2 mengubah pokok lama ke pasu baru dan diletakkan atas tembok, gantikan pokok lama yang dalam pasu agak kecik...

Sunday, January 25, 2009

Gotong Royong

Huh...berasap2 membakar sampah,
aku pun tak sidai2 kain baju, nanti semua berbau asap!


Kawasan lapang tempat nak dirikan khemah memasak

Hubby sibuk membakar sampah sarap
Pokok pisang ni dah banyak berjasa...Bila masak, semua merasa!

Kayu api yang dah dikumpulkan...


Pepagi hari minggu ni, jiran2 deret rumah aku bergotong royong membersihkan kawasan lapang yang agak bersemak samun sikit seberang rumah aku ni.

Sebab? Hah, hujung minggu ni 31 hb, jiran sebelah rumah ni pulak nak buat kenduri kawin anak sulungnya. Biasanya kalau anak sulung perempuan cepatlah bermenantu! Betul ke???

Kawasan ni dibersihkan, sebab nak buat tempat masak, katanya nak tumbang lembu sekor...Masak sendiri lebih baik la, kalau main catering2 ni, kira ikut berapa kepala jemputan. Macam order kat kedai - mahal belanjanya. Rumah aku ni dok kat corner, jadilah tempat persiapan kenduri. Biasalah ni, semuanya dah seperti sedara , tak kisah punya...

Sibuk nak raya cina ni, orang melayu sibuk jugak ambik kesempatan buat kenduri kawin.Jemputan memang ada, takat sekitar tempat aku ni, ok lah boleh gi...Gantung periuk lagi!!!

P/S: buat bersabor ujie, tiba masa hang pulak...

Saturday, January 24, 2009

Wedding In The Garden








Nurul Afidah binti Ahmad Shukri
&
Mohd Syukri bin Mohd Daud


Doa Untuk Pengantin
Ya Allah Ya Tuhan Kami
"Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan

Adam & Hawa,

Yusuf & Zulaikha

dan seperti Engkau satukan
Muhammad SAW & Siti Khadijah.

Kami memohon doa restu Mu berkatilah majlis perkahwinan inidan semoga majlis ini berjalan dengan sempurna
sepertimana Engkau kehendaki. Limpahkan juga barakah dan
rahmat atas suami dan isteri ini
dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah
serta sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.
Semoga Allah memberkati keduanya di dunia dan akhirat."Amin Ya Rabbal Alamin.

P/S: Setelah diperkenankan oleh Raja Sehari,
dapatlah kita semua berkongsi rakaman yang dibuat di laman rumahku.

Bridal Shooting !




Hari ni, pengantin nak ambik gambar berlatar belakang kawasan rumah aku. Jiran aku di lorong belakang taman perumahan ni buat kerja kawin anaknya, datang nak berposing kat rumah aku yang seadanya ini.Aku pun tumpang le buat kenangan, ye le bukan senang pengantin nak berposing kat rumah ni..yang mula2 tak ambik pakai baju lain, ni kali ke 2 tukar baju lain...

Hari ni aje, 2 jemputan kawin...orang jemput pegi la juga....rezeki jangan ditolak.

Thursday, January 22, 2009

Ubi rebus cicah sambal tumis !

Ubi rebus cicah sambal tumis? Huh sedapnya!

Petang tadi mesyuarat 3K.

Sebelum tu, ada program pengawas dalam Bilik Gerakan. Aku dijemput untuk menyampaikan cenderamata jam 2.30 petang. Habis majlis, aku pun keluar.

Bila aku keluar je bilik , nampak staf kantin berdedai bawak air teh, 2 pinggan kek, 2 pinggan ubi kayu rebus dan sambal tumis.

Eh? Untuk sape ni? Untuk cikgu2 yang nak mesyuarat jam 3 orang kantin tu beritahu. Sape pulak yang order ni? Kan saya nak mesyuarat dengan pentadbir lain...Tak ada la pulak nak order2 minuman ni...

Aku pun terus ke kantin, tanya dengan bos kantin, sape yang order. Oh, rupanya bos kantin ni yang beri jamuan minum petang. Ada ubi yang diberi oleh staf sekolah ni jugak, so dok pakat rebus, dah lebih dan nak kata banyak tu tak adalah...dibawaknya ke Bilik Gerakan untuk minum petang.

Makan la semua sebelum mesyuarat, semua dok kata, sedap - sedap , lama tak makan....rindu benor pulak da...

Oiii sedapnya, lama tak tak makan ubi rebus cicah dengan sambal tumis...Habis you...Sekarang ni nak cari ubi semuanya kat pasar aje la... Berapa sekilo tak tahu lah sebab aku ni lama dah tak gi pasar!

Bertahun ade le tak makan ubi rebus ni, zaman anak2 dulu, semuanya makan!!! La ni, anak2 pun tak tahu makan...kalau kerepek ubi tu ade le...Tu memang selalu makan...

Tengoklah kot cuti2 minggu depan , try gi pasar besar cari ubi dan rebus ( kalau ada, entah2 ubi pun semua dah melawas )...makan ngan ikan masin pun sedap!

Tuesday, January 20, 2009

Pergaduhan anak-anak

Aku terpanggil untuk merakamkan peristiwa pergaduhan anak-anak pagi tadi.

Kisah bermula...

Lebih kurang 9.15 pagi kaunselor masuk pejabat, hantar kad laporan 2 murid perempuan bergaduh dalam kelas. Apa yang berlaku?

2 murid perempuan, dalam satu kelas , sepupu pulak tu. Apa sebab? Saling kata mengata perihal emak masing2. Yang sorang ni si A dah tak tahan dengar si B kata emaknya macam2, dia pun lesing si B ...Masa tu cikgu belum masuk lagi. Diberitahu begitulah. Bila dah jadi macam ni, rakan2 bawak ke bilik disiplin. Di bilik disiplin, semuanya dah ambik statement masing2, dan boleh kata settle dah... Tapi si B katanya tak puas hati.

Tak lama lepas tu, ada sorang perempuan masuk nak jumpa aku. Rupanya emak si A dah datang, sebab si A ni telefon emaknya.

Emak si A, beritahu tentang budak2 ni...Mulanya aku ni confuse macamana boleh berlaku? Lama2 baru boleh tangkap apa dia cakap. Dia mintak aku settle hal budak2 ni...La, come on man...you settle lah anak2 you all ni!!!( aku cakap dalam hati). Dia pun telepon emak si B, dan pas the phone pada aku, dan mintak dia datang. Ok, emak si B setuju datang.

Sementara nak tunggu emak si B ni datang, aku pegi ngajar dulu. Aku buat selamba aje la, sebab ni semua perkara remeh aje. Hah duduklah emak si A ni kat luar sementara tunggu emak si B datang.

Tak lama dekat2 jam 11 emak si B pun tiba. Dia datang dengan abangnya, suaminya kerja tak dapat datang. Si abang nya beritahu ni adik saya (emak si B), dan ni anak buah saya. Huh ? Macamana ni?

Rupanya begini ceritanya: Abang emak si B, ialah bekas suami emak si A. So fahamlah aku keluarga depa ni. Tapi mereka ni semua tak ada masalah. Ibubapa ni tak bergaduh pun. Ex-husband (bapa si A ) masih berbaik dengan ex-wifenya. Mereka semuanya baik2...Masing2 ibubapa si A dah berumahtangga dengan pasangan baru. Mereka tak bergaduh..malah emak si A, nak mintak anak dalam kandungan emak si B ni, nak bela sebab dia dah tak ada anak kecik.

Tak lama 2 sepupu ni datang masuk pejabat aku. Aku pun jadi hakim, nak jatuh hukum. Sekarang saya nak tanya apa punca boleh jadi macam ni? Mesti ada sebab, kalau tak kenapa dok kata emak masing2. Tak malu ke, you all ni ceritakan kepada saya perihal keluarga awak?

Budak2 ni, dok saling menuduh. Si A kata si B buat dulu, si B pulak kata si A dulu. Ada ke depa ani bertekak dalam pejabat aku. Aku pun hentak meja (tak le kuat benor, kang tangan aku sakit, tak fasal2 pulak ). Ok DIAM!

Emak2 ni senyap , dengar anak2 ni dok bertekak. Ok, aku dok dengar, tak heran pun, ni semua kisah anak2 dia orang. Si A ni agak ok sikit lah, tak lah keras hati macam si B. Dia kata, berpunca sejak raya puasa dulu. Sebab si B jelous, si A naik kereta kakaknya bawak pegi jalan2. Itu puncanya, sampai la ni...Aku direct cakap dengan emak budak2 ni, mesti ada sebab, kadang mungkin rebut pak we pun ada juga, budak2 sekarang macam2...

Dah tahu punca, aku pun lecture budak2 ni depan emak masing2. Si B, masih berdegil dan tak puas hati dengan si A. Aku kata, saya tak sebelah mana2 pihak, sana betul, sini betul. Dua2 pun salah. Si A pun lagi salah, sebab dia gi lesing si B. Patutnya dia tak boleh bertindak macam tu...

Lepas tu, masing2 dah mula reda, ok dah. Tulis surat perjanjian. Saya tak mahu tengok awak masuk pejabat saya lagi lepas ni, this is the first and the last...Aku suruh bersalam. Salam dengan emak masing2, dengan makcik masing2. Si A & B, aku peluk semua, nasihat lagi, supaya tak gaduh2 lagi, belajar rajin2 , tahun ni nak SPM...Aduhai mak datuk....Satu kerja pulak, aku dok settle anak2 mereka. Hukuman: dua2 kena hantar kaunseling serta amaran keras.

Bila anak2 dah keluar pejabat aku, emak2 ni masih ada depan aku. Aku pun beri lah tazkirah sikit, bukannya apa, terutama nampak si B, nampaknya dia ni kurang mesra dengan emaknya, mungkin dia rasa tersisih daripada emaknya. Adik beradik pun ramai, jadi agaknya keprihatinan kepadanya kurang, seba tu dia boleh bertindak macam tu. Emak si B ni menangis depan aku, dia pun rasa sedih perihal anaknya macam tu, dia tak boleh buat apa lagi...La, macamana ni??

Itu lah kisahnya, anak2 orang yang bergaduh, aku jadi hakim memberikan hukuman. Sebenarnya budak2 ni, aku kenal semua. Masing2 ada kelemahannya. Si A perangainya macam tu, si B ni pulak , dia suka cakap lepas...

Jam 12 barulah aku dapat keluar pejabat dan makan nasi ( breakfast & lunch )....

Pengajaran: Setiap anak perlulah diberikan kasih sayang sama rata. Tapi kekadang tu, kita sebagai ibubapa rasa dah samarata, anak2 ni tak kata itu samarata. Anak2 semakin meningkat remaja, lain cara tacklenya...kena pelu buat kawan dengannya, cerita2 perihal remaja ni dah boleh kita campur tangan, tanya dengan open-minded.

Monday, January 19, 2009

Tetamu Istimewa

Sedang aku bersama hubby 'melayan' pokok2 di taman petang tadi, tiba2 orang datang salam...
Alamak, Mr Hosaini & kawannya (Mr Fauzi) dari MOZAC datang. Dengan gaya aku yang santai , mereka datang semata2 nak tengok landscape rumah ni. Aduhai, macam nak tengok pameran pulak!

Si Fauzi ni macam2 ditanya, mintak pandangan hubby nak buat landscape rumahnya yang baru dibeli.Apa yang patut ditanam dan lain2...Nak ikut macam hubby buat kat rumah ni...Si Hosaini memang dah pernah datang , tak ingat pulak berapa kali...Dah biasa la dengan dia ni. Dia pun memang baik dengan Mohd. Orang bujang katakan! PR dia memang bagus. Pernah sekursus dengan aku,aku jadi JU , dia jadi peserta...

Lepas tu, dia ajaknya Si Fauzi ni masuk dalam rumah. Huh, habis ditanya macam2 perihal rumah ni. Rasa hairan ke, pelik ke agaknya la. Berapa kos buat renovation, macamana jadi ada tingkat atas...Orang akan pelik, bila tengok dari luar nampak seteres aje, tapi bila masuk dalam, eh ada 2 tingkat pulak.

Habis la depa naik terus sampai tingkat atas. Gaya tour guide aku bawak pelawat pulak! Semuanya ditengok dan ditanya. Ya Allah, mak tuan...Pas tu dok lepak kat sofa. Tanya lagi, aku beri penerangan apa yang ditanya. Betul2 macam tengok bahan pameran pulak...

Kita sebagai tuan rumah yang dah biasa, tak ada le luarbiasanya rumah ni. Seperti rumah orang lain jugak. Tapi, biasanya bila orang datang, kebanyakannya dari luar sampai dalam rumah akan dilihat, diperhati dan ditanya!!! Agaknya, mereka tengok lain daripada lain yang mereka pernah lihat agaknya.

Apa taknya, member hubby datang semalam , dia bawak 2 orang kenalannya dari KL - sorang pengarah apa tak tahu lah, sorang lagi kontraktor besar juga, nak datang bawak mem dia pulak, nak suruh tengok landscape & rumah ni. Malu nya!!! Ya la, rumah kita ni kecik aje...Tak ada istimewanya rumah ni...Orang nak datang, datang le...orang kata, kalau orang selalu datang, murah rezeki....Mudah2an begitu la.

Tak ada apa yang nak dibanggakan, semuanya ini adalah pinjaman semata2. Bila2 aje, boleh ditinggal begitu saje...Tetapi hingga hari ini, insyaAllah, aku bersyukur apa yang ada seadanya. Sesiapa yang datang "melawat" insyaAllah, dengan penerangan yang diberikan, kebanyakannya berpuas hati. Apa taknya - dapat free consultant!!! Nanti bila cuti next week aku akan tepek gambar2 terbaru - bunga2 yang sedang mekar di taman...Sekarang ni, sibuk bebenor...

Sunday, January 18, 2009

SAKIT GERAM

Aku tersangatlah geram!!!

Aku tahu sape2 pun boleh geram. Kalau sebaik mana pun manusia ni, aku rasa sifat geram sikit sebanyak tu ada punyalah...Bohong kalau tak ada, tak kiralah dengan sape, suami/isteri/anak/staf dll.

Aku geram, aku rasa orang boleh tahu aku geram dengan air muka aku akan berubah. Aku tak boleh nak sorok. Tapi aku cuba juga sedaya upaya supaya berlagak cool. Hati ni Tuhan aje yang tahu. Geram sungguh aku. Aku pun tak tahu lah sifat manusia ni, tak reti basa ke?

1. Semalam aku dah mula geram. Kunci Bilik Gerakan entah ke mana 'menghilang' selepas prefect buat perjumpaan .Cikgu prefect cari aku, ada tak prefect pulangkan kunci. Tak ada, aku kata ada prefect mintak pinjam dan akan dipulangkan. Tapi tak ada. Dekat jam 3, semua dah nak balik. Alamak macamana ni?

Aku cakap dengan cikgu tu, you cari sampai dapat prefect mana yang pegang kunci, dan make sure bilik ni dikunci. Aku dah mula hot. Aku tinggal aje sekolah, biar cikgu tu cari sampai dapat budak mana yang pegang kunci tu. On the way, aku tak sedap hati, mana lah tahu memang budak tu terbawak balik, apa akan jadi bilik tak berkunci. Telepon cikgu tu, nasib baik dia jumpa budak dan dah pun kunci bilik tu. Mana tak geram bila jadi macam ni...

2. Tengahari tadi, hubby gi jumpa member dia. Balik jam 1 lebih nak masuk zohor. Lepas zohor nak urus anak. Ada ke dah dekat nak sampai kat rumah baru dia telepon ada orang nak datang nak tengok landscape rumah. Dah la kita ni, kepala masih miung2. Tak ada la nak marah orang nak datang. Tapi beritahulah semasa nak bertolak dari rumah kawan tu. Tak la kita terkocoh2 nak sediakan kurang2nya air nak membasah tekak. Tak sampai 10 minit, dia pun tiba. Tak lama, membernya pun tiba jugak. Alamak, dia pun suruh buat air sikit. Ye la, sabau le, baru tiba...nak buat le ni. ( nasib baik la air panas sedia ada ). Aduhai abang, janganla buat macam ni. Awak tahu kan saya tak berapa sihat ni!!!Mana tak hot...

3. Hari ni jugak , aku geram juga dengan orang parking kereta depan rumah aku. Dah la separuh hari aku tido' lepas makan ubat sakit kepala/pening/migrain. Lepas zohor dah ok sikit. Lepas hantar baju anak kat asrama, terus ke Seremban hantar si In ke KMS.

Jiran depan rumah buat kenduri birtday cucunya. Jemputan lepas asar. Lepas balik dari Seremban terus la nak ke rumah nya. Alamak sape la yang parking kereta depan rumah aku ni???Dia blok pintu pagar rumah aku. Apalah punya manusia ni , tak faham ke depan rumah orang?

Aku dah mula hot. Patah selera nak pergi jemputan ni. Terpaksa hubby parking kereta berderet dengan kereta jemputan lain. Betul2 geram aku. Apa taknya, yang aku tahu ada kereta merah, menantu dia punya, parking depan rumah aku. Bukan dia tak tahu, takut sangat kereta tu kena panas matahari? Jauh sangat ke nak berjalan ke rumah. Setahu aku dari simpang jalan utama nak ke rumah tak sampai pun 100 meter.

Tak kira la kereta jiran ada atau tidak, yang penting jangan parking depan rumah orang. Mula2 kereta merah, belakang kereta merah ada kereta lain pulak, dah jadi berderet. Blok jalan. Hai nak tayang kereta ke???Dia orang parking kereta tu, betul2 depan khemah. Aduhai, cuba la hormat sikit depan rumah orang.

Aku hot, masuk rumah. Hubby ajak gi jemputan. Aku berkerut benci. Berdentum juga aku tutup gril pintu. Nasib le...Dengar agaknya aku tutup gril. Hubby memang tahu perangai aku kalau dah hot. Dah nak pegi ke tidak? Pegi - pegilah....Aku cubalah buat muka manis...Oh, Tuhan aje yang tahu ...Aku bukak luas2 gate, biar orang nampak. Huh geram betul. Orang yang tak reti basa, main suka2 parking depan rumah orang. Entah2 jiran aku ni tahu aku hot tak???Biar aje la...benda dah lepas.

Jangalah buat macam ni. Sape2 yang terbaca yang aku tulis ni, kita hormatlah orang. Kita tak tahu hati budi orang, aku adalah antara orang2 yang tak suka orang buat macam ni. Sebab aku tak buat kat orang macam ni!!!


SIAPA JUARA LAGU MALAM NI???







Friday, January 16, 2009

Confirmed!

Masa makin hampir...

Terasa benar begitu cepat hari esok akan menjelma...

Last Monday, Guru Data sibuk cari aku...Rupanya nak daftarkan aku untuk kursus PTK. So, interview la jap kat aku yang dok sibuk dengan pelbagai urusan....

Aku pun ambik surat tahun lepas yang aku dah fax ke KPM. Yang bestnya, lepas aku fax tu, aku terus tak ambik pusing...Sampailah satu masa (tahun lepas - member lama ....Cikgu Noor - KL ) tanya kat aku tentang hal ni. Punya la teruk aku ni... Beritahu cikgu data tentang hal ni, so aku akan semak dengan KPM.

Hari ni dapatlah bercakap dengan pegawai berkenaan. So, confirmed nama aku naik untuk gi kursus ni...Alamak, tuan, bila akan dapat surat? Dalam masa seminggu dua ni...Aku kepanikan, dah tahu dah kena buat esei yang soalan akan diberikan. Tapi kenapa lambat nak hantar???Pegawai tu beritahu tak perlu daftar lagi, cukup dengan tahun lepas yang dah di fax nanti overlap pulak...ha ha ha...padan muka aku!!!


Walau apa pun aku kena bersiap sedia sekarang. Buku dah lama beli, tapi dok terperap aje. Bila nak bukak baca, tengok kiri kanan, pas tu tutup buku!!! ( satu contoh tak baik, jangan tiru aku macam ni...)

Macam mana sekalipun, perlu kuatkan semangat untuk terus berjuang. Berjuang dan berjaya! Cakap boleh la kan...InsyaAllah, semoga berjaya lah...berkat doa / tiupan semangat kekawan ni, mudah2an beroleh kejayaan la...




Wednesday, January 14, 2009

Data - meeting - data - meeting - data - meeting

Dah masuk 2 minggu sekolah...mata ni naik berpinor dengan data2 dan meetings. Tak habis2 , dok kira murid memanjang....

Dari hari pertama 5 Jan mula sekolah semula, tak terkira entah berapa ramai yang masuk ke sekolah aku ni...

Yang murid Tingkatan 1 satu hal, yang tingkatan lain dari 2 hingga 5 satu bab lagi...Aku tak la gi kira budak2 tu, yang aku 'mabuk' dok terima dan layan parents yang bawak anak2 ni...macam2 cerita , macam2 sebab nak pindah masuk ke sekolah ni. Dari dalam / luar negeri nak masuk sekolah ni.

Sekolah aku ni memang strategik lokasinya, pencapaian akademik boleh la tahan. Kebanyakan murid sedia ada ni, depa dah memang tak nak keluar..Keluar pun tak ramai...Kalau non-malays tu memang kat sini aje le..Dah lebih kurang 1650 murid !

Lepas interview sikit ( tak boleh la lama2 ), serah kepada penyelaras tingkatan. Hah ikut depa la, kelas mana nak letak berdasarkan keputusan akhir tahun lepas.

Jadi, hari2 sampai hari ni, masih ada lagi yang masuk ke sekolah ni...Aduhai...data murid kena update setiap hari.

Data murid kena kira , meeting 3 unit pengurusan setiap hari jugak...Biasa la ni semua, nak mintak semua orang jalankan tugas untuk sekolah. Kalau tak meeting, depa tak tahu pulak nak buat apa...Mesti meeting dan bincang. Punya lah banyak sub unit, sampai habis bulan 2 baru la nampak reda sikit.

Dah la tu, kegiatan koku pun sama rancak. Sukan pun gitu juga, masuk bulan Mac dah sibuk pulak nak bersukan! Makin ligat lah lagi cikgu2 'berpencak' di padang. Masing2 semua nak 'berlawan' sape jaguh tahun ni...

Hari makin petang, senja mula melabuhkan tirainya...mentari mula memalapkan sinarnya...


Sunday, January 11, 2009

PERANG-PERANG-PERANG, TAKKAN TAMAT...

HAH, SIBUK KISAH PERANG.
PERANG-PERANG-PERANG !!!


Macam2 perang ada...Yang kat Gaza tu usah cerita lah, kita yang tak 'berpeluang' ke sana, bukan main ngeri lagi...Tengok gambar/dengar berita pun kecut sekecut2nya tentang perang ni...Aku anak lepas merdeka, tak terasa masa penjajah dulu - zaman perang.

Apa yang boleh kita buat, kita pakat perang saraf aje la...Boikot barang2 yang boleh menyemarakkan lagi perang kat sana. Kita dari jauh ni mampu berdoa sebagai senjata perang kita di sini. Semoga, mereka berjuang tu kategori syahid...

Itu hal kisah perang yang sedang berlaku.


Sekarang dah sekolah nak masuk minggu ke2. Perang boleh berlaku juga!!!Terutama anak2 yang akan periksa tahun ni, UPSR/PMR/SPM/STPM....Bersiap sedialah nak berperang tahun ni...Awal2 tahun ni, lengkapkan dengan latihan yang mantap, senjata2 yang kuat lagi kukuh...Kalau tak cukup latihan/ tak cukup senjata, nak menang dengan cemerlang, usah harap le...Yang penting dengar cakap ketua. Ketua cakap /perintah kena ikut. Kalau tak, jadi macam perang Uhud ...tak dengar cakap, habis kalah...

Aku pun nak berperang juga tahun ni. Semalam aku dah mula nak kumpul senjata! Nak mantap betul2, kang aku kalah, tak best la....Aku nak menang!!!Walaupun tarikh peperangan tu belum diumumkan, aku tahu , aku akan tempuh juga...Akhir tahun lepas, aku dah confirm nak gi perang tahun ni...Mungkin bulan Mac / April kot....Tak tahu la...( apa lagi PTK la ni ! ) Yang sebelum ni
dah menang 4-4...Ni yang wat berkobar2 nak menang lagi...

Kalau perang peringkat2 'general' ni, huh payah juga! Aku kena get ready awal2 ni, tengok2 banyak nak kena siap sedia!!!Aduh banyak nya....Ya Allah, ya Tuhan semoga aku memenangi peperangan ini! AMIN.

Friday, January 9, 2009

Awak Baik Dengan Saya, Saya Baik Dengan Awak

Aku diberi peluang berucap kepada anak2 yang baru melangkah ke sekolah menengah.

Wow, depa tengok aku dengan pelbagai andaian (agaknya lah).

Assalamualaikum wbt...& selamat sejahtera.

Anak2 yang dikasihi sekalian...

Kenal saya?

KENAL....Sape saya?

Puan.......

Tahu tugas saya sebagai apa?

Tahuuuuuuuu....

Hah, kalau tahu bagus....

Hah, tugas saya ialah......jaga kamu dalam sekolah ini, macam ibubapa kamu jaga kamu semua di rumah. Di sekolah saya jaga kamu...Macamana ibubapa kamu nak suruh awak semua cemerlang, macam tu lah juga saya di sekolah ini. Dari 7.40 - 2.40 dalam sekolah, saya dan cikgu2 lain jaga kamu...

Hah, sifir saya senang aje, dengar baik2...

AWAK BAIK DENGAN SAYA, SAYA BAIK DENGAN AWAK....

(Anak2 kecik ni agaknya dengar pelik...)

Faham tak maknanya apa?

Maknanya ialah...Bila dah masuk sekolah ni, jangan sekali2 nak langgar peraturan sekolah. Jadi awak semua buat baik dengan saya. Kalau awak semua buat baik, sudah tentu saya akan baik juga dengan awak semua...Tak kan lah kalau awak buat baik, saya buat tak baik pulak...cikgu giler ke???

Hah,macam tu la...Kalau sape2 yang cuba nak buat tak baik, maka cikgu2 sekolah ni akan ambik tindakan kepada awak...Dalam erti kata lain, jangan buat salahlaku, bersahsiah baik, jangan nak buat nakal2 dan sebagainya yang boleh dianggap melanggar peraturan sekolah. Jadi, semua mesti
well-discipline.

Faham semua?

Fahammmmmmmmm...

Contoh senang...

Lampu isyarat...ada warna merah, kuning, hijau.

Semua nya dah cukup mendisiplin kita, supaya ikut peraturan.Jangan warna merah nak terus jalan juga.Apa akan jadi???, Jadi, anak2 semua mesti ikut peraturan supaya pembelajaran dapat berjalan dengan lancar , insyaAllah anak2 sekalian akan jadi manusia cemerlang.

Ok semua? Oleh itu, ingat sifir saya tadi, apa dia?

AWAK BAIK DENGAN SAYA, SAYA BAIK DENGAN AWAK....

Sekian, wassalam.

Wednesday, January 7, 2009

Profesional atau Emotional?

Pengalaman aku sebagai salah seorang pentadbir, 'terperangkap' dengan masalah 'profesional' dan 'emotional'.

Mengapa ini?

Susah nak jawab.

Aku tidak mempraktikkan mana2 teori...kebanyakan yang aku lalui, aku guna 'pemikiran positif', yang realiable ( yang ikut sebaik mungkin ) kepada mereka yang aku hadapi.

Sebagai pentadbir, inilah yang sentiasa 'menyusahkan' hidup aku...Sebab tu, kalau di'boleh'kan, aku tak mahu jadi pentadbir. Maksudnya 'pentadbir' untuk menguruskan sumber manusia guru...Tetapi kalau 'pentadbir' dalam organisasi yang kecil contohnya, sebagai semata2 guru kelas, hah aku boleh buat...Ini pun sebenarnya sama juga~~~pilih nak 'profesional' atau 'emotional', kalau kita berdepan dengan murid2. Kalau boleh 'dipatahbalik' tugas aku ni, aku kekadang nak patahbalik...Tetapi bila fikirkan semula, aku perlu berada seperti sekarang ini!!!

Bagaimana kalau berdepan dengan para guru? Aku tak pasti...Yang aku tahu, biasanya....pentadbir ni ramai orang tak suka...Sifir aku takat hari ni, aku sedaya upaya menjalankan tugas ikut semua prosedur...Kalau ikut prosedur, ikut pekeliling, insyaAllah selamat....

Apa yang aku cuba praktikkan~~~aku gabungkan dengan apa2 teori yang aku belajar...campur aduk lah orang kata...Kalau aku dah buat keputusan , aku akur dengan keputusan aku, tetapi, bila dapat maklumbalas dari pelbagai sudut, kalau di'bicara'kan ada rasionalnya, aku akan ubah keputusan tadi...

Ada boss / pentadbir yang mengamalkan ikut teori2 tertentu...Contoh : demokrasi/otokratik/ lassierfier/ apa2lah yang digunakan...Aku tidak reti guna teori2 tertentu ni...InyaAllah , aku guna ikut situasi...ada masa kena demokrasi, ada masa perlu guna kuasa veto (selagi kita ni berkuasa!!!).

Jadi, sebenarnya jadi pentadbir ni, kerjanya pada hemat aku, memang memenatkan...Yang paling 'takut' ialah kerja2 'menyain' satu2 surat, yang tulis orang lain ~~~so kita kena semak apa yang ditulis, apa bunyi ayat2 itu, apa isi2 yang sebaik mungkin nak diisikan...kalau ada guru2 merungut kepada aku begitu begini apa yang mereka hadapi, aku beri semangat kepada mereka...Aku jadi begini, bukan aku tak lalui seperti mereka yang peringkat 'adik2' ni lalui sekarang...Aku dah lalui semua itu!!!





Monday, January 5, 2009

Kes Lupa

Inilah kisah anak aku yang sekarang ni, dah tidur ke, atau masih ada program sekolah, tak pasti...Yang penting, mudahan dengan 'penghijrahan' ke sekolah baru ni, dia boleh belajar dengan lebih cemerlang lagi...Ini lah harapan biasa seorang ibu / bapa untuk anaknya....

Ini kisah dia yang selalu lupa. Kita kongsi sama. Apa you all buat kalau anak2 ( ni ramai yang anak dah sekolah kan...) ni lupa?

Kat rumah ni, selalu lah lupa. Pueh cakap...

1. Pagi nak hantar ke asrama jam 8 lebih , semua barang dah siap...Rasanya semua lengkap..
Aku ngan hubby pun, terus lah nak keluar. Aku punya fiil pulak, jadi tukang cek. Biasa gitulah.
Belum jauh keluar dari simpang rumah, aku pun tanya, semua dah ada? Dah dia jawab...beg sekolah dah ada ye...Alamak, beg tertinggal...Dah, mana aku tak meradang...Apa lagi, pok pek, pok pek la....Patah balik, ambik beg sekolah yang tercicir...

2. Sebelah petang, aku kena hantar semula, sebab nak buat pembayaran, pagi2 untuk F1, tak mahu ganggu lah sistem depa tu...Petang hubby tak ikut, so Mohd ikut nak tengok sekolah baru dia.

Sambil drive tu, aku sentiasa mengingatkan tentang belajar2 ni la...Ok, semua mesti cukup, akademik, sahsiah diri mesti bagus, jaga nama /maruah ibu bapa, koku pun mesti masuk...teruskan pengakap... ( Ni dah nak sampai kat simpang sekolah dia ). Molek ada, dia pun cakap...alamak, buku koku / kad koku tertinggal dalam fail...Satu fail dia tinggal atas kerusi...So apa lagi? Aku pun sambung, pok pek pok pek lagi...Lupa lagi...Apa nak jadi macam ni???

Dah esok aje (5/1), aku kena kirim dengan staf aku...Tak kan nak patah balik lagi...

3. Hari ni dah mula sekolah la...Harap2 dia ok dengan situasi baru.

Aku jumpa staf aku yang mem dia jadi warden...Ok, bagus kak, solat magrib semalam dia duduk sebelah saya. ( Staf aku ni, cikgu dia semasa di sekolah aku ni~~~so, memang kenal benar lah )...

Tapi kak, dia sorang tak ada songkok! Staf aku tanya dia, tak bawak songkok ye??Dia kata, ala ustaz lupa.....Aduhai anak - anak, lupa memanjang....

Jadi esok 6/1 aku akan kirim songkok pulak dengan ustaz aku ni...Hari ni kirim fail semalam....

Tapi satu je dia tak pernah lupa....Breakfast makan apa? Lunch lauk apa? Petang nak minum apa? Begitu lah seterusnya sampai malam, selagi belum tidur, selagi ada apa yang boleh dimakan, dia akan teruslah nak makan /mengunyah....

Sunday, January 4, 2009

Asrama oh asrama...

Hari ni pagi2 jam 8 dah keluar nak uruskan sekolah baru Fahd. Cikgu M sekolah ni yang aku tak pernah jumpa, hanya pakai tepon aje...mintak aku datang pagi jam 9. Ok, aku akur, anak nak sekolah kan mestilah urusk ikut peraturannya..

On the way aku tepon cikgu M, dia pun on the way to school/hostel.Aku cakap, kita ni tak pernah jumpa lagi, mana satu nanti cikgu M ni...Hah senang aje nak kenal saya, saya pakai baju koporat yang ada nama,tu lah saya...Ok, saya pulak pakai baju hijau...(macamla aku sorang pakai baju hijau nanti). Parents dah ramai datang.Aku cakap ngan hubby kita kena awal, nanti kalau dah ramai datang, parking susah...So, bila tiba tadi bolehlah parking yang tak ade la jauh sangat nak berjalan ke asrama...

Aku tiba aje, wow dah nampak, staf aku berjalan ke arah aku. Staf aku ni, mem nya jadi warden kat SMKTM ni...Tu yang senang nak buat urusan. (Agaknya dia nampak kereta aku tiba, dia pun keluar dari rumah )...Rupanya, dia kata, cikgu M dah tepon dia, beritahu aku nak datang...Jadi, nampak macam smooth aje perjalanan urusan..Aku pun agak, cikgu M ni pun nak tahu aku yang mana satu, bila staf aku ni (ustaz) berborak dengan aku, itu lah aku yang dia nak kenal ni....(agaknya la )

Dia pun serahkan buku2 yang aku mintak dia belikan, kerana aku tak sempat nak ke koperasi sekolah pada hari yang ditetapkan. Oh, terima kasih cikgu M...kalau tak susahlah anak aku ni tak ada buku tulis...

Tanya urusan byaran asrama..rupanya pagi tadi adalah penempatan murid T1 dulu, petang baru murid F2 - F5. Fahd ni tukar sekolah, sekarang F2...Dia pun beritahu, ok boleh naik ke dorm dulu, aku dah awal2 mintak tolong uruskan supaya letakkan katil bawah, nak panjat2 ni, teruk nanti orang bawah / bergoyang sakan lah katil tu, disebabkan badan yang "tersangat" lah besar!!! Jadi, letaklah barang2 dulu..petang baru buat urusan bayaran.Dapat Dorm 1/oo3. Ok lah , satu dorm 10 orang + dengan F1 dan lain2.

Petang jam 2 lebih aku pun hantar semula Fahd untuk uruskan bayaran...Jumpalah members yang hantar anak ke sekolah ni juga. Dia orang ingat anak aku ni F1...Bila dah lama tak jumpa tahu2 aje lah..Dari jauh dah jerit nama aku.Alamak, riuh dibuatnya...tahu2 lah cara orang Melaka..kalau tak riuh sekampung bukan orang Melaka lah jawabnya...Yang sorang sejawatan dengan aku, yang sorang lagi tu GC, mem dia pun aku kenal...dulu sama2 belajar MA ...

Lepas jumpa lak dengan pengetua,pengetua pun aku kenal jugak. Jadi,alhamdullilah senang urusan semua...mudahan2 si Fahd dapat manfaat sepenuh masanya untuk belajar bersungguh2. Kalau kat rumah ni, (aku gelar asrama bukit ), ikut suka dia nak belajar...Dok sorang2, kawan dia komputer/tv/games...Hah tu aje kawannya.Macam ni tak boleh jadi, budak RK..Tapi tak gaya RK...So, tukarkan ke RK berasrama...masa F1 dah dapat ke sekolah ni, aku tolak, mohon untuk RK ke sekolah aku, pas tu bincang punya bincang tak boleh jadi, kena ikut sistem asrama sebenar2nya, baru boleh lebih cemerlang lagi....

Friday, January 2, 2009

Macam-macam ...

Pagi2 jam 8.00 aku dah berdesup ke sekolah...Hari ni, pendaftaran murid Ting.1...

Seperti biasa, pagi2 dah mula bersiap sedia seawal mungkin....Hari ni , aku nak pakai baju koporat style...cek2, ok blouse coklat + kain hitam...senang sebab ada poket ~~~letak kunci, handphone, pen...sebab nak round kelas2 yang ditempatkan untuk pendaftaran.

Ok tak baju ni bang?Ok,ok....hubby kata. Gitu lah, selalunya, dia jadi "fashion consultant" aku...he he he...Dia pulak tanya, ok baju ni? Ok,ok, matching, matching (matching ngan seluar la..dia ni rabun warna...) Cerita bab warna baju, kekadang dia selalu salah, bila nak warna yang dia nak, aku ambik lah.. tapi dia kata salah.. kata nak warna biru..rupanya dia nak baju yang warna light purple...huh berat2 ...

Siapkan sarapan nasi goreng + karipap (ready to fry ~~~senang je ) untuk 3 anak bujang+dara yang masih bercuti...Hubby pun makan sikit , dia gi lewat sebab nak terus meeting kat MITC jam 9...Huh dah dekat jam 8, panaskan sonata aku 5 minit...ok bang, gi dulu...salam~~~zap-zap-zap-zap~~~muahh....

Alamak, lalu depan sekolah rendah kat laluan aku..dah berderet kereta mak bapak hantar anak darjah 1 lah tu..jem kejap...aduh sampai kat trafic light jem...agaknya semua sekolah hari ni buat pendaftaran murid baru...

Sampai trafic kat Lebuh Ayer Keroh, wow jem lagi...banyak nya oiiii kereta / motor dll! Ni semua kes ke sekolah gamaknya...Nasib baik lah aku tiba sekolah pun tak lewat mana pun...Ibu bapa ramai dah datang...

Nampak kereta bos dah ada...ramai cikgu pun dah datang. Berdedai mak bapak datang bawak anak masing2...cikgu aku cekap, semua dah siap sedia, pengawas sekolah semua dah ready jadi pembantu...kelas2 semua dah ditanda...

Thumb-print....ucap salam kepada bos...ok semua, terus gi round,pastikan cikgu2 yang terlibat dah mula berada dalam kelas untuk menerima murid baru...Ingatkan semua cikgu, cikgu hanya boleh kutip duit insuran sahaja, lain2 urus dengan koperasi...tahun ni senang kerja cikgu kelas, tak payah2 nak pungut bayaran2 tambahan, arahan drp kementerian. Lepas PIBG meeting tahun ni , dah setuju dalam PIBG meeting baru boleh pungut bayaran2 yang dikenakan...

Ok, semua cikgu dah settle dalam kelas...Yang mana tak ada dalam senarai nama, yang baru pindah masuk/yang tercicir nama, kena semak kat kaunter pertanyaan di kantin.Aku tengok semua berjalan lancar. Mana yang ada komplikasi, cikgu2 rujuk / telefon aku. Segera aku settlekan...Ada yang nak mintak tukar sekolah, ada yang nak tanya boleh terima tak anak nak tukar ke sekolah ini, macam2 ...

Yang nak masuk kelas RK, nak masuk kelas muzik....semua kena settle dengan cara berhemah...mak bapak ni kena cakap baik2, kalau very good result bolehlah consider juga, yang agak problem ni, result yang kurang mantap. Nak masuk RK (ranc. khas) & muzik, result UPSR kena 5A). Kalau RK, nama dari Jabatan hantar...yang nak mohon masuk, hah tunggulah rayuan.

Dalam pada tu ada kes2 pindah masuk dari luar negeri, ini memang kena terima. Kejap2 kerani hulur surat pindah masuk, mintak aku sain. Sain pindah keluar / sain pengesahan sijil...Parents datang bawak anak pindah masuk, mintak rayuan kelas, macam2 urus murid ni....

Nak tergelak pagi tadi, cikgu SPBT jumpa aku: puan, macamana esok nak bagi buku teks? Hah, kenapa nak bagi esok? aku kata. Dia pun berkeras lagi, ye lah esok kan nak bagi buku, kalau tak macamana lagi? Eh , kan esok cuti, kenapa nak bagi esok! Aku beriya2 beritahu dia...Eh tak lah...esok hari Isnin...Hah hari Isnin, habis you cakap esok, I ingat esok lah, esok kan hari Sabtu. Dah sama2 tergelak...

Ok, cuba you comfirm dengan bos, apa kata bos, kalau you mintak izin nak bagi lepas rehat. Ini semua kes arahan, hari pertama semua P & P dah berjalan dengan lancar. Pemantauan akan dibuat dari pagi2 lagi drp JPM mahupun dari pihak nazir...Tak lama lepas tu, dia kata, bos suruh bagi minggu depan. Habis macamana ni, arahan pihak SPBT hari pertama kena bagi...Tak pe, you jangan risau, apa2 bos akan jawab...ok ,ok,ok.....

Lebih kurang jam 11.30 baru dapat minum & makan nasi goreng kat kantin...Duduk semeja dengan bos, PK1 & CC..tak lama lepas tu, penyelaras F4 datang, beritahu murid lebih tak cukup kelas...alamak macamana ni? rupanya baru sedar/perasan , F3 tahun 08 lebih ramai naik F4 berbanding F4 skg yang naik ke F5...Ok, ok, tak pe kita bincang, cari peyelesaian. Bincang punya bincang, dapat settle, F3 kelas ke 10, tutup. Alasan nak buat 10 kelas, sebab kelas exam nak focus kurangkan jumlah murid...rupanya tak boleh, so, tukar tambah ke F4. Jadual pun kena settle juga...Dah nampak ok, semua bla nak balik sebab hari ni hari Jumaat...Bos pun bayar semua...huh hari pertama bos dah belanja!

Balik tengahari kejap, jam 2.30 nak ke sekolah semula, telefon cikgu jadual waktu, mintak datang sekolah petang ni. Ok dapat beritahu dia , kenapa jadi macam ni. Bergegas aku keluar, sebab nak ke Pejabat Pos kat Jusco dulu, nak buat money order untuk Farahin, bayaran KMS dia. Nak kejar masa, agak laju berdesup aku bawak kereta...tiba kat PO, ambik nombor. Dapat no, dah banyak! kira2 100 lebih dari nombor yang sedia ada dengan nombor aku. Alahai aku tak boleh tunggu, aku kena pegi sekolah sebab ada murid mintak mohon pindah.

Tiba sekolah, bos, PK1 dan cikgu jadual dah ada...Ok, bincang lagi...dapat keputusan. Panggil PAR, mintak dia tukar labeling kelas~~~segera kena buat, masa dah suntuk. Tak nak hari Isnin ada yang tak settle. Ok, nampaknya settle. GOOD...

4.30 aku mintak izin dengan bos, nak ke PO. Ok, you can go now...Agak laju jugak bawak kete, nak kejar masa, kang jam 5 PO dah tutup. Nasib baik tiba 4.45...ambik nombor, alamak, banyak lagi! dekat2 1oo juga. Punya lah ramai orang, macam ni tak boleh jadi, tepon hubby, beritahu orang tersangatlah ramai. Ok, balik dia kata....aku pun keluar PO.Rupanya hari ni 2 hb, orang update /keluar duit ASB....alamak, sabau2 le.. tak ke mana pun dividen tu!

Keluar Jusco terus gi nak ambik seluar sekolah Fahd, janji siap hari ni. Cari punya cari tak jumpa. Hai macam mana ni???Bos dia datang, seluar dah diambik oleh stafnya, tapi ntah mana diletak tak jumpa...Ok, cikgu datang ambik pagi esok. Siap ke? siap katanya...ok.

Tepon tailor (pengetua bersara) buat baju Fahd, dia on the way to Jusco (janji nak jumpa kat Jusco). Sorry, lambat sikit, jem lah...kete banyak! Memang kete banyak, ni lah gara2 duduk kat kawasan bandar.Ok,nanti saya balik dulu, you call me later...

Aku pun balik rumah, hubby pun baru tiba, sedang makan apam balik. Apa lagi, mamam aje la...
Tailor pun tepon, dia dah sampai kat Jusco. Ok, tunggu saya akan datang...

Keluar semula ke Jusco, jumpa kat food court. Kalau dah jumpa tu, macam2 la yang diborakkan.
Balik kat magrib...Hubby dah siap2 nak ke outstation pulak! Kawan dia akan datang ambik lepas magrib. Huh, macam2 hal....

Sedang ketuk2 laptop ni, GPK1 tepon, esok jam 8.30 pagi, bos nak jumpa semua yang dok bincang petang tadi...Nak pastikan semua beres, hari Isnin semua ready!Ok, ok.....

Aku kena edit pelan kelas yang dah ditukar.. Nak kena beri kpd semua guru hari Isnin ni...Semua kena buat segera!!!







Thursday, January 1, 2009

Kek Tahun Baru 09


KEK KUKUS CARROT

Dok rehat2 cuti tahun baru ni - godaklah apa2 yang ada, jadilah kek ni... kalau kekawan dekat2 sini, bolehlah mai minum petang...hampir separuh dah habis dikerjakan...