CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Friday, December 4, 2009

2nd day di Cambodia - 4 Dis 2009

Just arrived from city tour in Phnom Penh.

Kat sini, kita orang jadi mat salleh la speaking memanjang...Tapi jika di kedai2 ada yang boleh cakap Melayu sikit2...Kita tanya, from where you can speak in Malay...Oh...we learned from Malaysian! Takat ni, aku tak nampak la ramai Malaysia kat sini...Mungkin tak sama masa.Tapi kalau kat Ho Chi Minh, ramai jumpa orang Malaysia ber shopping!...Hu hu hu.... Ho Chi Minh sangat best untuk shopping! Bawak la duit...sangat murah!!!

Aku ikut cikgu yang jadi ketua , dia memang kaki jalan, sebut la pelusok dunia mana dia tak sampai...rata2 dah dia sampai & pakej dia bawak ni memanglah berbaloi! For 9 days RM1900 shj + flight + hotels + makan + all bus fares lagi & pergi ke 2 negara...Kami semuanya 8 orang shj ...ramai2 tak best, senang boleh satu coaster saja.Jom sape nak join...!

Pagi tadi , kita orang pergi ke Chheung Ek - The Killing Field. Tempat tengkorak2 manusia yang dibunuh zaman Regim Pol Pot. Kalau kau orang tengok, sedih la...Sorrylah, balik Malaysia nanti aku upload gambar, sebab kat sini, dapat internet yang basic aje!

Lepas tu kami ke Muzium tempat tahanan semasa Regim Pol Pot jugak. Iaitu sekolah yang dijadikan penjara....Lagi sedih tengok mereka yang diseksa..Cikgu2 sejarah bagus pergi ni! CK Lah, mai sini tengok...Ke dah tengok?

Last kita orang ke Royal Palace ( Putera Sihanok Palace ) & Silver Temple ni dalam kawasan istana. Tiket masuk ke dalam kawasan istana sebanyak USD 6.25 ...darab la sendiri dalam ringgit, mau dekat2 RM20. Bila kita berjalan dalam kawasan istana ni, punyalah luas...ikutkan tak habis nak jalan ...Ada Silver Temple dalam kawasan ni, aku tak pegi la...Kalau orang bukan Islam tu...masuk lah, kita orang lalu aje...Snap gambar kat sini pun tidak, melainkan istana aje.

Lepas tu, ke kawasan dataran - macam la kat Trafalgar Square - banyak burung merpati...

AKHIR - singgah ke pasar besar nya lagi....Kalau shopping kat sini pun murah. Di sini kebanyakan guna US Dollar.

Ok la, sampai sini dulu.....malam esok ke Siem Reap dengan bas express juga, hampir 6 jam perjalanan...Adalah kawan aku yang bersama2 ni nak sangat tengok Angkor Wat dia ( Sabahan Chinese guy )- kita tengok2 aje dah lah...

10 comments:

cheryna zamrinor said...

baca siem reap tuh teringat pulak kat Amazing Race Asia yang lepas. Diorang amik flight from Siem Reap.

SAK masuk ARA jugak ke? hehehehe...

best dpt jalan2. sha selalu bayangkan rupa tengkorak tuh everytime tgk kat tv.

azlina said...

salam sonata..
seronok di negara org..dpt shpg kt sana tentu mrh2 ramai peniaga yg beli brg kt sana tapi jual kat sini mhl bangat...mana gmbr nya sonata dpt tgk gmbr pn jadilah..

Guru said...

assalammualaikum

jangan sampai kapalterbang senget sebab berat barang2 shopping udah lah ya....

Maiyah said...

ada buah tgn utk sy tak hehe.. rasa menarik le dpt gi tmpat cam tu kan

sonata anak kancil said...

hi ....memang seronok makan angin...nasib baik la perut tak kembong makan angin ni...

ONE ZABA said...

belalang kunyit goreng setengah kilo jadi la...

SAHAR MISRON said...

Seronoknya makan angin, as pengetua payah nak dapat cuti panjang, ni baru balik seminar tg 6, minggu depan nak ke KK pulak. Ketuanya cg Labuan, siapa nama, dari sekolah mana? Kalau cg tu lama mungkin beliau kenal saya, dan mungkin saya kenal juga sebab masa di JPN jaga rekod guru dan staf satu Labuan. Selamat menimba pengalaman baru di sana...jangan lupa upload gambar-gambar nanti

sonata anak kancil said...

OneZ : takat ni aku tak jumpa lagi belalang kunyit...ko cari sendiri aje le....

sonata anak kancil said...

Cikgu Sahar : Salam...wow best jalan2 ni, ketuanya ialah Pn Hjh Rokiah + the gengs ada 3 orang lagi dr SMK Mutiara...Bila saya tanya, hahahah memang kenal sangat2 cikgu....so small this world !!! nanti boleh pi Labuan pulak...he3x

SAHAR MISRON said...

Pesan kat Cg Rokiah, dan geng SMK Mutiara bawa oleh-oleh untuk pengetua SMK Lajau, he he he....jangan bawa labah-labah goreng sudahlah..