CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Tuesday, November 24, 2009

Program pertama cuti sekolah.....

Sekolah dah cuti...yei yei yeiiiii.....!

Sebut je cuti sekolah apa ke mende yang korang fikir2 dan ingat2????

Ha ha haaaaa.....betol ! Apa korang fikir tu?

Apa dia?

Yang memang paling2 biasa - terima jemputan kawen!!!
lagi satu - berjalan2 / melancong
---- ni seme sangat2 biasa masa cuti

Aku ntah berapa keping kad jemputan dapat setiap hujung minggu - melainkan hujung minggu ni raya haji....next week - next2 week...seme ada! Dah tiba jodohnya - dah ketemu buku & ruasnya - maka berkumpullah sanak saudara masa cuti sekolah ni...Kalau tak cuti sekolah, nanti kosong pulak khemah khas untuk sanak saudara...tak ade sedara ke??? sedara tak ramai ke???

Ahad baru lepas ni ( 22 hb ) , aku balik ke Kluang - ziarah mak pak mertua - lepas tu terus ke majlis perkahwinan anak adik no 2 aku!!! He he he anak adik aku dah berumahtangga rupanya - dah jodohnya cepat nak wat camana kan! Anak2 aku belum lagi -masih beringus lagi - masih terkial2 belajar lagi.....masih tercari2 siapa kah bakal2 nya....Tak pe nak - korang belajar sehingga ke tahap maksima....Anak adik aku ( pompuan ) baya anak aku Si Fatehah tu.....Bukan dia tak boleh belajar lagi, dapat masuk F6 , dapat masuk kolej tapi dah tak nak belajar lepas SPM , nak wat camana kan! Dah tiba resa nak berumahtangga - jangan ditunggu2 lagi!



Lepas tu, kita orang terus ke Mersing - sebab ada urusan rasmi di Pejabat Tanah Mersing. Menumpanglah aku kat Seri Malaysia satu malam......( terima kasih kepada sahabat Mr W. yang telah tolong membooking - kalau tak, waktu cuti2 sekolah ni - seme fully booked !) . He he he dah tiba Mersing, apa lagi...tersangatlah teruja dengan makanan2 nya yang hampir2 sama seperti di Trengganu - seperti sebelum2 ni aku ada cite - makan sata , keropok lekor , nasi dagang - dan dah terjumpa pulak satu gerai laksa kuah putih ( Trengganu style ) ---- huh memang sedap betol!!!



Petang Ahad tu, kami terus pergi ke gerai jual sata - bila tiba aje....budak tu dah kenal ----ha ha haa orang ni! Kita orang pun beli untuk makan petang tu saje, tapi order untuk dibawak balik sebanyak 70 biji! Bukan aku makan sorang - biasa la - beri kakak angkat sikit , singgah kat rumah makpak mertua masa balik beri sikit, Si Farhan nak terus balik ke KL bawak balik sikit.....akhirnya tinggallah beberapa ketul untuk aku bawak balik - simpan dalam freezer - esok Fahd balik dapatlah rasa...


pinggan laksa yang dah dilicinkan

Yang balik hanya lah Farhan, Fatehah & Farahin - Faisal ( Mohd ) tak balik lagi sebab prepare nak exam, & Fahd pulak masih terus sambung program persiapan untuk F3 next year...Huh advance betol!
Sebelah malam - kita makan di satu kedai yang sejak zaman hubby kecik2 lagi masih beroperasi sampai sekarang...Dia punya masakan sangat sedap ( tekak keluarga aku la ) - mee goreng / meehoon sop dan lain2 lagi semuanya sedap! Farhan kesedapan lepas makan mee goreng , order meehoon sop pulak---dah tersandar kekenyangan - apa punya budak daaaa.....Gasak ko la ....
alasannya bukan selalu!

Esoknya pulak ( isnin ) , dapat breakfast kat Seri Malaysia untuk 3 orang - tapi seme tak nak pergi - sebab nak sarapan nasi dagang....nasi dagang ni, mak sedara hubby yang buat - dia memang terror - dah lama buat, belajar dari arwah maknya! Huh memang kesedapan sangat...kuih2 yang dia buat pun sedap...tapi sedap2 pun , manalah larat makan ikut nafsu oiiii.....nak terbelahak??? makan berpada2 la.....aku makan sebungkus aje...ala macam makan sebungkus nasi lemak aje! mak sedara hubby ni pun buat nasi lemak - sedap jugak!
Sebelum pergi makan nasi dagang - kita orang berjalan di Mersing Waterfront -
Hotel Seri
Malaysia ni dekat pantai...
tengok je la gambar ni...sangat cantik!

farhan & farahin












gambaran susunan pulau2 yang terdapat dalam jajahan Mersing di Dataran Mersing

pantai Mersing

20 comments:

Muallim Adham said...

salam..
heh heh bila ada akt x la boring.... heh heh.. mantap pelbagai

ckLah @xiiinam said...

Susah jadi cikgu ni kan...
Asal cuti...kena pi jalan..
Asal cuti...kena pi jalan...





Jiran ckLah asal cuti je akan tanya (soalan retoris yang tak mintak jawapan sebenarnya!) "Hai cikgu, cuti tak jalan kemana ke?" Kan..kan..kan....susah kan?He...he...

sonata anak kancil said...

Cikgu Adham : w'salam. macam2 aktiviti nak buat ni...yang penting 30hb - 8 Dis...he3x gi over-c

sonata anak kancil said...

CkLah : sama la soalan di sini...tak jalan2 ? ....Jalan! gi kedai - gi JJ - seme jalan! he3x tu jawapannya...

Sonata pun esok nak melilau2 ke mana nak cari daging sikit buat lauk...nak balik kampung!

Dalam pada tu...he3x esok bertugas kat sekolah sebab exam la ni...tengok2 sape yang tak nak exam tu!

insan pendidik said...

salam sonata,

wah awal lg dah pegi jalan2. Yela nk berjalan tu jd senang anak2 pun dah besar kan. Selamat cuti2 Malaysia...

sonata anak kancil said...

Insan Pendidik : selamat bercuti jugak - selamat hari raya.

Lusa balik kampung untuk raya pulak!

Lepas tu nak ke vietnam pulak.cuti2...lupakan keje yang banyak!

daydeck86 said...

salam kak SAK
selamat bercuti cuti
nanti jgn lupa hapdet yerk
mana tau hati berkenan nak ke vietnam plak ke
eheehehehheee

sonata anak kancil said...

Daydeck : ni dok sdg keje editing planner next year ! nak kena siapkan secepat mungkin..tu yang agak sibuk & pulun mengedit2...sambil tu...he3x dok ber'longgok' ( istilah hubby - blogging..he3x )

Maiyah said...

amboii.. jeles.. jeles jln2 cari makan yek.. tapi musim ni mkn free :D

sonata anak kancil said...

Maiyah : biasa gitu la...jalan2 pas tu makan ( dah lapar penat berjalan ). Nasi minyak pun banyak! hu hu hu...naik lagi la kolestrol ni !

Unknown said...

cuti sekolah... kena musim hujan.... duk dalam selimut je laaa...

NzA said...

wah dh besou ank2 sdara akak ye..ank sdara sy yg besau br 15th da...2pn kita org adk bradik kawin muda gak..

rindunya kt Mersing...sy prnah ngajar n tinggal kt sana slama 9 thn da...2 org ank lahir kt sana..kita dok kuarters guru kt SMK Mersing...bersebelahan pntai...best sgt.
Kt Seri Msia tu le slalu kita org wat Annual Dinner cz 2 je le hotel yg kira ok kt Mersing...

Che' Pit said...

cuti sekolah? apa yg terfikir?

ye ye jalan tak jem.. boleh ikut jalan belakang nak g keje, tak yah bayar tol, leh kuar lambat sikit..

FaridRashidi.Com said...

Selamat berprogram!

Jemput baca dan beli! sila ke url:

http://www.faridrashidi.com/2009/11/24/bawa-bersama-khasiat-habbatus-sauda/#comments

Araz said...

Huiyooo... penuh aktiviti...

sonata anak kancil said...

Shifu : hai makan tido aje la tu....baru balik bertugas budak exam daaa....

sonata anak kancil said...

Nza :itu aje anak sedara yang sulung lain seme kecik2 ( agak payah dapat rezeki anak ) - orang mintak - kasi jalan aje la....

Oh lama kat Mersing rupanya , kalau dah 9 tahun lama la tu...nasi dagang tu depan sekolah arab , mee yg sedap tu sebelah panggung wayang lama yg dah dibuat bengkel ( hala ke Mersing ) , sata & keropok lekor kat gerai di tanjung tu...dan laksa tu di gerai Pn Azian depan tempat bot mendarat - betul tak???

sonata anak kancil said...

Che Pit : nampaknya sekolah main peranan penting dalam kegiatan sosial/ekonomi negara!

jadi bila cuti - lapang juga la staf2 bukan guru pegi keje....hu3x

sonata anak kancil said...

Faridrashidi : sudah ziarah rumah & baca - khasiat habbatussauda sudah dikenalpasti & sy dapat yang serbuk direndam...TK tentang info ini.

sonata anak kancil said...

Dr.Araz : ye sentiasa sibuk dengan macam2 aktiviti - sama macam hari kerje juga....sy diamanahkan siapkan planner 2010 - tu yang sibuk + dengan aktiviti keluarga