CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Saturday, November 21, 2009

Jawapan Contest : Sebelum & Selepas....

Sekarang aku nak beritahu jawapan contest aku last week. Ingat kan petang tadi nak beritahu tapi masa begitu mencemburi untuk aku berbuat demikian.


Pada 14.11.09 lepas (Sabtu) aku bersama Fatehah & Ayeen telah keluar -+ 9 pagi ke bandar untuk menguruskan pelbagai urusan - mula2 aku pegi tempah plak untuk sorang cikgu nak bersara. Lepas tu, aku pegi ke klinik gigi kerana masalah
sikit ( tampalan lama pecah - jadi sakit la ) & sementara tu Fatehah temankan Si Ayeen pegi beli baju untuk dinner - katanya baju style 1920an - ntah apa rupa aku pun tatau la....Adusss...nak ikut tema pulak dah....Selesai urusan gigi aku dan baju dah dapat - teruslah kita orang ke Melaka Sentral hantar Ayeen nak balik ke UIA.

Sebelum Ayeen naik bas sempat lah kita orang berjalan2 sekitar terminal bas di MS ni.....lantas:-



Budak 2 orang ni mengada2 pulak nak beli spek hitam - sun glass konon! maka dia orang ni sibuk lah menge test2 cermin mata hitam kat kiosk ni....Apa lagi aku pun, mehh ambik gambar korang - bergaya sakan la tu!!! harga nya nak tahu berapa? RM 10 aje...sesuei la untuk korang , bukan selalu guna pun!!! saje gatei nak beli! saje nak tergedik2.....

( ini untuk jawapan gambar sebelum )


Lepas tu kita orang lunch di McDonald.

Selesai makan si Ayeen pun naik bas ke KL - sebab malam tu dia ada dinner untuk course nya.

Aku dengan Fatehah sambung semula projek aku....he he he,
nak tahu ke mana aku pergi?

Kita orang pergi ke KK Deko di Lebuh Ayer Keroh - kedai cenderamata ala2 english....1st time aku masuk sebab nak beli hadiah untuk cikgu aku yang bersara. Dapatlah 6 biji set cawan & piring ala2 english...boleh tahan jugak harganya - dapat less sikit aje....Kadang2 pergi kedai macam ni - ayat sama aku dengar : kak-kak hari ni last ofer! Ye ke? Aku dah tahu tektik orang berniaga ni - ofer memanjang!

Selesai beli hadiah aku drive kancil balik - Si Fatehah ni apa lagi - melaram la dengan spek baru nya!



Dia pun berpura2 berlakon seperti kaum hawa yang baru keluar mahkamah - lepas habis bicara bab bercerai-berai .....konon2 menangis la tu!!!dengan gaya spek hitam menutup muka yang menangis!

( ini jawapan untuk selepas )


Hari tu kami sampai rumah dekat -+ 3.30 petang.
Apa taknya hari tu hubby outstation ke KL....
aku pun dah mintak izin nak uruskan pelbagai urusan -
&
yang penting dialah yang suruh pergi ke klinik gigi....lagi tak pegi,
lagi tu dia suruh pegi .....bimbang sakit berlarutan -
nanti dia jugak yang susah!



*******************************

Berdasarkan ulasan + jawapan itu, siapakah yang meneka dengan tepat? @ separuh tepat? Sape yang rasa dia berjaya meneka dengan betul , silalah nyatakan email anda agar aku dapat nak hubungi dan menghantar cenderamata istemewa dari Sonata anak Kancil....

Bye -bye

23 comments:

Unknown said...

pakai spek itam musim hujan ni... tak nampak jalan laaa

Maiyah said...

tak tepat laa :D

ONE ZABA said...

tapi artis sekarang ni macam bangga pulak keluar mahkamah syariah.

IMANSHAH said...

Saya pun pikir macam tu juga..tapi pegi tulis lain..huahua

Unknown said...

salam
akak tak jawab pun hari tu coz tak tahu nak jawab apa ,
tumpang baca jawapan jer , tp kalu boleh nk tumpang hadiah sekali , he he he he

Guru said...

assalammualaikum

ooo....gitu alkisahnya
kira, macam pelakon2 terkenal lah ni ya

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

saada ke yang tepat jawapannya? Kalau tak ada hantarlah ke Labuan, he he he

Yunus Badawi said...

Kedai KK Deko tu dah melambak sekarang. Sekitar KL ni aje entah berapa banyak dia dah buka cawangan.

Yunus Badawi said...

Hari tu aku tak masuk contest ni sbb nak bagi peluang org lain ecece (dibaca tak tahu jawapannya)ngeh3x

cheryna zamrinor said...

sha hanya tergelak baca komen yb sebab sha rasa sha pon mengada2 memandai2 nak bagi jawapan. padahal bukan tau pon:P

sonata anak kancil said...

Shifu : spek hitam aku ade power! tapi dah lama tak pakai...


Maiyah : haiyaaaa.....lain kali cuba lagi....


OneZ : aku pun pelik - kot ye pun trend2 barat tu janganlah ikut...aib diri tu!

sonata anak kancil said...

Imanshah : ni yang orang kata cakap tak serupa bikin! kan dah rugi...kalau tak, gerenti ko dapat!


Ummi Humaira : kan dah rugi! hahahah lain kali kena jawab! ada jawab ada hadiah ( he3x tu pun kalau betol! - nikes naya betul... )


KL Citizen : W'salam - apa nak kata syok sendiri je!

sonata anak kancil said...

Cikgu Sahar : Ada sorang separuh tepat - tunggu dia balik - dia tak respon lagi tu, ntah2 kena banjir agaknya! cuba risik2 sape tuuuu?


YB : Masuk kedai KK Deko hari tu pun tengok2 aje - beli set cawan utk hadiah saje....kurang menepati cita rasa ku!!!( barang & harganya tak ngam aku tengok )

YB lagi : leceh la ko ni tak sporting langsung - hantam aje la!!! ngeh3x

sonata anak kancil said...

Cheryna : salah bukan kena denda pun! cuma tak dapat hadiah....tak payah repeat macam periksa....he3x

Che' Pit said...

hmm kalau tak teka tapi gatal nak cenderamata? mcm ne tu? haha

Dearie Pearls said...

hekhek..
terlepas menyertai contest..

tahniah kepada yang berjaya..

sonata anak kancil said...

Che Pit : ni lagi dasyat!Ha ha ha.....kalau Che Pit kata no problem - saya akan kata no problem jugak! amacam?


LotosLove : suka2 buat contest konon2nya...nasib lah sape2 yang mencuba - untung sabut timbul,kalau batu tu berat tenggelam la !

sonata anak kancil said...

Aku dah cek sape yang bertuah, tapi aku tengok2 dia tak respon lagik...aku rasa dia teperangkap banjir tu...tak pe aku nak tengok, dia perasan tak dia tu bertuah kerana telah meneka dengan separa betul!

sonata anak kancil said...

Kepada semua yang dengan sukarela meneka2 - mencuba2 aktifkan minda , terima kasih lah diucapkan....oleh kerana keputusan muktamad - dengan rasminya hadiah ditangguhkan untuk lain kali.Sedang menunggu seseorang menyemak statusnya!

daydeck86 said...

ke Bandung tak tau lagi la kak SAK
menarik tuh ke Vietnam & Combodia tuh

next year ke Pulau Tioman dalam bulan berapa kak SAK??


cenderamata akak bg dulu sayang nak pakai rasanya....ehehehee
buat kenang kenangan... :):):

sonata anak kancil said...

Daydeck : akak pun tatau la nak kata, mereka2 yang pernah dapat dari akak , kat sekolah ni pun - seme nya sayang nak guna!!! ade orang nak frame kan!!!

kalau nak ke pulau tu cuti sekolah la....bulan 5/6 gitu...biasanya cuti sekolah la...yang buat pakej ni memang kawan akak - very good price!akak tak pernah pergi lagi ni...

daydeck86 said...

setahu saya kak kalau ke pulau ni yang cantik dalam hujung june awal julai time ni coral tgh cantik
waktu ni la besh nak snorkling
selalu nya every year saya ngan kengkawan ke pulau antaranya pulau redang & perhentian, tapi redang mmg mantop kak ....

Bapak said...

alahai jauh menyimpang jawapan Bapak..hehhe

pandai anak2 Kak Sonata buat twist..heheh