CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, November 29, 2009

~~~Bon Voyage~~~


Ho Chi Minh ~~~ Phnom Penh ~~~ Siam Reap

30 November - 08 Disember 2009


Byebye :)

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha



Salam Aidil Adha untuk semua yang sudi datang ke teratak AGK ini



Kali ni nak beraya kat kampung, dah beberapa tahun raya kat bandar aje....



Assalamualaikum.....Bye-bye.....

Wednesday, November 25, 2009

Santai di Pantai Air Papan






























































Isnin 23 hb sebelum urusan rasmi selesai kami sempat ke Pantai Air Papan...
Wowwww sangat cantik pemandangan - masih ada lagi kawasan kampung walaupun tidaklah 100% kampung kerana kampung sekarang dah dimodenkan oleh arus pembangunan.


Budak2 kecik tu tengoklah - jakun dah lama tak pegi ke pantai.....


DIUCAPKAN
KEPADA SEMUA RAKAN MAYA


SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA - MAAF ZAHIR & BATIN

Tuesday, November 24, 2009

Program pertama cuti sekolah.....

Sekolah dah cuti...yei yei yeiiiii.....!

Sebut je cuti sekolah apa ke mende yang korang fikir2 dan ingat2????

Ha ha haaaaa.....betol ! Apa korang fikir tu?

Apa dia?

Yang memang paling2 biasa - terima jemputan kawen!!!
lagi satu - berjalan2 / melancong
---- ni seme sangat2 biasa masa cuti

Aku ntah berapa keping kad jemputan dapat setiap hujung minggu - melainkan hujung minggu ni raya haji....next week - next2 week...seme ada! Dah tiba jodohnya - dah ketemu buku & ruasnya - maka berkumpullah sanak saudara masa cuti sekolah ni...Kalau tak cuti sekolah, nanti kosong pulak khemah khas untuk sanak saudara...tak ade sedara ke??? sedara tak ramai ke???

Ahad baru lepas ni ( 22 hb ) , aku balik ke Kluang - ziarah mak pak mertua - lepas tu terus ke majlis perkahwinan anak adik no 2 aku!!! He he he anak adik aku dah berumahtangga rupanya - dah jodohnya cepat nak wat camana kan! Anak2 aku belum lagi -masih beringus lagi - masih terkial2 belajar lagi.....masih tercari2 siapa kah bakal2 nya....Tak pe nak - korang belajar sehingga ke tahap maksima....Anak adik aku ( pompuan ) baya anak aku Si Fatehah tu.....Bukan dia tak boleh belajar lagi, dapat masuk F6 , dapat masuk kolej tapi dah tak nak belajar lepas SPM , nak wat camana kan! Dah tiba resa nak berumahtangga - jangan ditunggu2 lagi!



Lepas tu, kita orang terus ke Mersing - sebab ada urusan rasmi di Pejabat Tanah Mersing. Menumpanglah aku kat Seri Malaysia satu malam......( terima kasih kepada sahabat Mr W. yang telah tolong membooking - kalau tak, waktu cuti2 sekolah ni - seme fully booked !) . He he he dah tiba Mersing, apa lagi...tersangatlah teruja dengan makanan2 nya yang hampir2 sama seperti di Trengganu - seperti sebelum2 ni aku ada cite - makan sata , keropok lekor , nasi dagang - dan dah terjumpa pulak satu gerai laksa kuah putih ( Trengganu style ) ---- huh memang sedap betol!!!



Petang Ahad tu, kami terus pergi ke gerai jual sata - bila tiba aje....budak tu dah kenal ----ha ha haa orang ni! Kita orang pun beli untuk makan petang tu saje, tapi order untuk dibawak balik sebanyak 70 biji! Bukan aku makan sorang - biasa la - beri kakak angkat sikit , singgah kat rumah makpak mertua masa balik beri sikit, Si Farhan nak terus balik ke KL bawak balik sikit.....akhirnya tinggallah beberapa ketul untuk aku bawak balik - simpan dalam freezer - esok Fahd balik dapatlah rasa...


pinggan laksa yang dah dilicinkan

Yang balik hanya lah Farhan, Fatehah & Farahin - Faisal ( Mohd ) tak balik lagi sebab prepare nak exam, & Fahd pulak masih terus sambung program persiapan untuk F3 next year...Huh advance betol!
Sebelah malam - kita makan di satu kedai yang sejak zaman hubby kecik2 lagi masih beroperasi sampai sekarang...Dia punya masakan sangat sedap ( tekak keluarga aku la ) - mee goreng / meehoon sop dan lain2 lagi semuanya sedap! Farhan kesedapan lepas makan mee goreng , order meehoon sop pulak---dah tersandar kekenyangan - apa punya budak daaaa.....Gasak ko la ....
alasannya bukan selalu!

Esoknya pulak ( isnin ) , dapat breakfast kat Seri Malaysia untuk 3 orang - tapi seme tak nak pergi - sebab nak sarapan nasi dagang....nasi dagang ni, mak sedara hubby yang buat - dia memang terror - dah lama buat, belajar dari arwah maknya! Huh memang kesedapan sangat...kuih2 yang dia buat pun sedap...tapi sedap2 pun , manalah larat makan ikut nafsu oiiii.....nak terbelahak??? makan berpada2 la.....aku makan sebungkus aje...ala macam makan sebungkus nasi lemak aje! mak sedara hubby ni pun buat nasi lemak - sedap jugak!
Sebelum pergi makan nasi dagang - kita orang berjalan di Mersing Waterfront -
Hotel Seri
Malaysia ni dekat pantai...
tengok je la gambar ni...sangat cantik!

farhan & farahin












gambaran susunan pulau2 yang terdapat dalam jajahan Mersing di Dataran Mersing

pantai Mersing

Saturday, November 21, 2009

Jawapan Contest : Sebelum & Selepas....

Sekarang aku nak beritahu jawapan contest aku last week. Ingat kan petang tadi nak beritahu tapi masa begitu mencemburi untuk aku berbuat demikian.


Pada 14.11.09 lepas (Sabtu) aku bersama Fatehah & Ayeen telah keluar -+ 9 pagi ke bandar untuk menguruskan pelbagai urusan - mula2 aku pegi tempah plak untuk sorang cikgu nak bersara. Lepas tu, aku pegi ke klinik gigi kerana masalah
sikit ( tampalan lama pecah - jadi sakit la ) & sementara tu Fatehah temankan Si Ayeen pegi beli baju untuk dinner - katanya baju style 1920an - ntah apa rupa aku pun tatau la....Adusss...nak ikut tema pulak dah....Selesai urusan gigi aku dan baju dah dapat - teruslah kita orang ke Melaka Sentral hantar Ayeen nak balik ke UIA.

Sebelum Ayeen naik bas sempat lah kita orang berjalan2 sekitar terminal bas di MS ni.....lantas:-



Budak 2 orang ni mengada2 pulak nak beli spek hitam - sun glass konon! maka dia orang ni sibuk lah menge test2 cermin mata hitam kat kiosk ni....Apa lagi aku pun, mehh ambik gambar korang - bergaya sakan la tu!!! harga nya nak tahu berapa? RM 10 aje...sesuei la untuk korang , bukan selalu guna pun!!! saje gatei nak beli! saje nak tergedik2.....

( ini untuk jawapan gambar sebelum )


Lepas tu kita orang lunch di McDonald.

Selesai makan si Ayeen pun naik bas ke KL - sebab malam tu dia ada dinner untuk course nya.

Aku dengan Fatehah sambung semula projek aku....he he he,
nak tahu ke mana aku pergi?

Kita orang pergi ke KK Deko di Lebuh Ayer Keroh - kedai cenderamata ala2 english....1st time aku masuk sebab nak beli hadiah untuk cikgu aku yang bersara. Dapatlah 6 biji set cawan & piring ala2 english...boleh tahan jugak harganya - dapat less sikit aje....Kadang2 pergi kedai macam ni - ayat sama aku dengar : kak-kak hari ni last ofer! Ye ke? Aku dah tahu tektik orang berniaga ni - ofer memanjang!

Selesai beli hadiah aku drive kancil balik - Si Fatehah ni apa lagi - melaram la dengan spek baru nya!



Dia pun berpura2 berlakon seperti kaum hawa yang baru keluar mahkamah - lepas habis bicara bab bercerai-berai .....konon2 menangis la tu!!!dengan gaya spek hitam menutup muka yang menangis!

( ini jawapan untuk selepas )


Hari tu kami sampai rumah dekat -+ 3.30 petang.
Apa taknya hari tu hubby outstation ke KL....
aku pun dah mintak izin nak uruskan pelbagai urusan -
&
yang penting dialah yang suruh pergi ke klinik gigi....lagi tak pegi,
lagi tu dia suruh pegi .....bimbang sakit berlarutan -
nanti dia jugak yang susah!



*******************************

Berdasarkan ulasan + jawapan itu, siapakah yang meneka dengan tepat? @ separuh tepat? Sape yang rasa dia berjaya meneka dengan betul , silalah nyatakan email anda agar aku dapat nak hubungi dan menghantar cenderamata istemewa dari Sonata anak Kancil....

Bye -bye

Hari terakhir sekolah tamat 11.15 malam!

Selamat pagi kepada semua yang sedang membaca catatan ini...
Hari ini bermula cuti kepada anak didik yang tidak terlibat dengan peperiksaan awam. Kepada yang sedang sibuk mengulangkaji untuk peperiksaan - selamat mengulangkaji & semoga dapat menjawab soalan dengan baik.

Hari akhir sekolah semalam adalah hari yang paling sibuk. Tatau la sekolah lain. Sekolah aku semalam tersangat lah maksima kesibukannya
.
Semalam hanya 2 calon aje yang ambil EST. Itu pun dioarang belajar sendiri - budak pandai. Sebelum ni ade ofer dalam pakej - tapi sekarang dah mansuhkan - sebab boleh pilih elektif apa yang diambik.
Mulai jam 9 pagi dah berduyun2 cikgu menyerahkan helaian semakan bahan2 yang perlu diserahkan kepada pihak sekolah - serah kepada mereka yang berkenaan.
Tugas aku menerima & menyemak Jadual Kedatangan....Kalau tak clear / ade tak lengkap seme kena siapkan serta merta...kalau tak, masa cuti kena selesaikan...Jadi masing2 tak nak sibuk2 masa cuti , semuanya sangat bimbang bila nak ngadap aku! Mana yang ok....ahhhh lega ! Masih ada yang belum serahkan sebab jaga periksa....Next week la jawabnya.
Gitu gini tiba masanya majlis persaraan seorang GKMP Bahasa yang diadakan jam 11 - 12 ....Majlis berjalan dengan lancar walaupun dah tak ramai murid yang datang - tapi meriah! Hu hu hu sedih2 kerana berpisah....dah tamat keje2 rasmi....Lambatnya aku nak pencen....Sabo-sabo...Terus berkeje, khidmatmu masih diperlukan!
Jam 3 petang pulak mesyurat AJK PIBG - dah tak ada masa lain - cari punya cari hari ni je sesuai. Bermesyuarat la sampai -+ jam 5 lebih! Alahai dah petang....Lepas magrib pulak bersiap2 nak tengok konsert - Fusion Of Music! Sepatutnya konsert ini diadakan pada 1 Ogos - tapi masa tu sibuk H1N1 - ditangguhkan ke malam semalam.

Konsert ini yang dikendalikan oleh Kelab Muz
ik & Murid2 Kelas Muzik diadakan di Dewan MBMB jam 8.30 malam....Kat sekolah ini ada subjek muzik di antara salah satu sekolah perintis sejak 12 tahun lampau. Pelbagai jenis persembahan muzik telah dipersembahkan . Tengok aje lah gambar2 yang sempat aku snap....Ketua2 jabatan dijemput hadir.....Selesai semua hampir 11.15 malam! Tiba rumah dah dekat 11.45 malam....Aduhai hari akhir yang berakhir hingga larut malammmmmmmmmmmmm.....
lepas tu zzzzzzz
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz............
petang nanti nak umumkan ade ke pemenang meneka2 tu????


Mr Yong menyanyikan Madu & Racun
Joget Melayu



Mr. Ronald - guru cemerlang muzik yang sangat gigih mengendalikan konsert ini

Thursday, November 19, 2009

cakap-cakap-cakap....dengar-dengar-dengar...

Hari ni aku masuk keje aku mula bercakap-cakap.....cakap-cakap-cakap...
tak habis2....lepas tu dengar-dengar-dengar...hahahaha apa ke mende ni?
naik penat lagi letih keje bercakap2 dan mendengar2 ni...
tapi Allah swt dah anugerahkan mulut kan - gunakanlah untuk yang baik2..
bukan salah guna tau!
INGAT!!! mulut ada insuran ke?
tatau la....aku tak ade...that's why jaga mulut dari bercakap yang bukan2....
dan telinga untuk mendengar yang baik2 juga okeyyyyy.....



Ni dah tahap merapu ...korang nak baca -baca lah....no hal punya...
....nak jalan2 ke tempat orang tak larat lo.....
minta maaaffff berbanyak....
hanya aku tulis keje aku yang tersangatlah tahap maksima.


1. Pagi2 dah round kat pentas - saje je eksyen -
tengok budak2 nak SPM & STPM....ade ke sorang budak STPM
bawak bapaknya mengadu tak dapat slip peperiksaan!
Heiiii apa ni? GPK T6 dah bagi semua awal2 masa dah beres
masa pendaftaran dulu. Dikatakan semua rakan dia pun tak dapat!!!
Hari ni nak exam baru ingat slip exam? Upper 6 tu!!! dah tahap ke univ....!


Kononnya nak salahkan cikgu la tu....woow havoc sekejap...
cikgu2 bertugas / GPK T6 sibuk menyemak ...
Dah diberikan! Dia yang buat hilang -
dituduhnya semua tak dapat...Rakan2 sejawatnya semua pegang slip kat tangan! hahahha amik ko, pecah tembelang...Jadi aku yang ini tak cakap banyak...
nanti kang lagi tension budak ni nak exam...
Cuma aku bercakap mula2 aje - mintak cikgu2 berkenaan semak!

(masuk ofis - sibuk pulak menyain slip periksa T1 & T2 -
lengok gak 2/3 hari ni - kalau purata 40 students x 14 kelas =? itu yang hantar kat aku!
)

2. Babak ke 2 ni memang aku bercakap banyak....penat gak lah,
tapi aku kena cakap - aku hentam - aku basuh budak ni dengan klorok!

Amik ko, ko nak masuk sini kan?Ko dengar cakap aku! Kalau tak ,
ko jangan sekolah kat sekolah aku....Ade ke dah nazak nak cuti sekolah,
hari ni sorang budak Tingkatan 2 dari sekolah jiran -
dibuang sekolah dan dicampakkan ke sekolah aku!
Nak kata apa....JPM dah campak , aku sambut aje la.....

( kalau dah kena buang - salahlaku berat /salahlaku berulang2 kali lah tu
yang tak terbendung lagi di sekolah asal - lepas tu merayu kat JPM
nak sekolah semula - jawabnya hantar ke sekolah baru !!!)

Maka aku pon pot-pet-pot-pet-bla-bla-bla....
bercakap macam2 depan bapaknya!
Aku kira apa - ko anak siapa - wahima anak orang besar sekalipun -
peraturan sekolah tetap kena ikut!
Aku perati budak ni dari atas sampai bawah!


Ade 9 kesalahan yang telah dilakukan!!! Mak datok banyaknya....!

Pendekata macam2 la aku cakap + nasihat = sibapaknya dah serah habis2an kat aku ni - ikut cikgu la nak ajar macam mana - saya nak dia jadi "orang" -
jangan patah riuk sudah lah...cikgu rotan la ..
(senangnya cakap! tapi dia pun dah janji kat rumah dia akan pantau anaknya...)

eeehhhhh ingat senang ke nak rotan budak2 ni?
kalau tak ade surat kuasa merotan, tak boleh oiiii......


Saya memang tak merotan, walaupun saya dapat kuasa...
tapi bisa cakap saya, lebih sakit dari rotan! Kalau ko nak dengar,
ko nak belajar, ko ikut seme peraturan sekolah okeyyyyy!!!!


Hari ni, aku beri peluang dia balik saje ke rumah untuk
menyiapkan seme dokumen dari sekolah lama dia....


3. Bila nak close kes - bos panggil aku.....alamak apahal pulak ni... Jam dah dekat pukul 9 ....Maka mengadaplah aku dengan rakan sejawat aku - mengadap bos....Mendengar ........pelbagai kerenah dan ragam tentang urusan kerja....Bla...bla....bla.....tengok2 jam dah dekat 10.30 pagi! sambil aku menyampok2.....tuan, belum minum lagi la....ok - ok...jom2 kita minum!

4. Maka pergi la ke kantin untuk bersarapan
( nak sarapan ape dah jam 10.30 pagi !) -
tapi hari ni dapat jemputan Tingkatan 4A buat jamuan kat kantin....
Makan free lagi hari ini! nasi lemak - roti gulung goreng + inti sardin + kuih cara + ntah apa2 la kuih lagi + ayam KFC seketul & aku makan tahap meroyan kelaparan! apa taknya tenaga dah habis sebab bercakap & mendengar!
Bos pun sama - makan sama! Makan 1/2 jam sambil bersembang2
dengan bos lagik! & 2/3 orang cikgu lagik....


5. Selesai makan - bos panggil taklimat khas pulak dohhhh.....
Dari -+ 11.30 hingga jam 2 petang!
dengar-dengar-dengar lagi!!! Tapi taklimat bos ni ,
is not very serious but penuh dengan humor....
sampai tahap kedahagaan! tak order air ke? bos tanya...

tak....ingatkan sekejap aje tadi....
bila kita nak meeting lagi?

aku kata, bila lagi tuan, dah cuti!!!
alamak dah cuti pulak....

ok - ok...cukup untuk kali ini.....
Keputusan kita jumpa di Hi -tea pada 18.12.09 di CitybayView Hotel !!!

Tujuannya adalah untuk meraikan sorang GKMP bersara....
tarikh sebelum tu seme tak boleh sebab SPM/STPM belum selesai lagi &
tetamu yang nak diraikan pergi ke KK Sabah & lepas tu dia pergi ke Surabaya...
Bos pulak jadi penyelia kawasan & ade yang jadi ketua exam.

Dannnnnn.....kebetulan itulah tarikh yang amat2 sesuai -
jangan tatau itu tarikh hari lahir aku!!! he he he....
sape belanja sape ni.....& lepas tu pulak bos pergi Umrah sekeluarga.....


Akhir kalam : inilah keje aku hari ni...yang penuh dengan cakap3 & dengar3!


pssst.....esok tutup contest & keputusan akan diumumkan ASAP

Monday, November 16, 2009

Nasi Sudah Menjadi Bubur

7.05 pepagi ....

Masuk pejabat....

Arghhh????

En Brahim - sape kemas bilik saya? kenapa kemas?
saya dah kemas! dah 95% siap - hari ni sikit aje lagi nak habiskan...


( fail2 semua dah disusun mengikut kategori - ikut kepentingan - ikut kekerapan penggunaannya - dan macam2 lagi - seme kertas2 yang tak diguna semua dah dilonggokkan nak recycle - mana buku2 yang boleh disedekahkan -
mana yang boleh dihantar ke PSS - seme dah beres sejak minggu lepas )


berkemas2 ni kerana bilik baru dah siap direnovatekan....masuk bilik baru la ni....

Hahhhhaa.... Hjh tanya CC.....dia yang kemas....
saya dah kata - jangan kemas, kalau nak kemas tepon Hjh dulu!
Dia kata , kalau Hjh tanya , dia suruh tepon dia!

Dan - dan aku terus tepon dia yang sedang berkursus di atas bukit tinggi.....

Ade buang ke dalam tong sampah ? Mana surat2 rasmi atas meja?
kenapa tak tepon saya...saya dah kemas - dah susun .....
ala hari ni saya kena la bongkar balik - serupa tak susun !!!


Minta maaf lah Hjh....hari tu hujan....saya tolong kemaskan -
susun2kan....seme saya tak buang , saya tolong susun aje..
..

Ye la...saya sebenarnya dah susun seme , ikut kepentingan....tepon la saya...

Mintak maaf banyak2 Hjh....

Ok la...nak kata apa - dah susun .....

( tapi serupalah tak susun , sebab aku kena susun
semula fail2 yang telah dicampurkan adukkan.....
) -
niat & keje tu memang la baik, tapi dah jadi macam ni, amacam???


Ada beberapa orang staf sokongan datang berkemas2 pada hari Sabtu lepas....overtime la tu nak kemas ofis....

Aku menangis! sebab kena rearrange !

Nak kata apa - ni la kekadang orang kata rajin tak bertempat -
memang bagus keje tolong kemas bilik bos ni....
tapi tanyalah dulu , aku pun suka orang menolong2 ni....
lain kali tanya dulu okey!!!

( agaknya kertas2 yang aku nak recycle tu agak bersepah -
si CC ni keje memang bagus - sentiasa kemas!!!)

nasi dah jadi bubur!!!

Pengawas datang : Cikgu , going to have assembly now....
ok ok...

sob...sob...sob.....


*************************************************************************************

Tuan - saya tak nak pegi asembly!
nak pegi macam ni mata merah....
sob...sob....sob.....


Ehhh kenapa ni???

Bla...bla....bla.....bla....

Ok - Ok - tak ape la...saya pun kena jugak minggu lepas -
entah mana pegi surat2 saya - surat habis bayar kete .....
dia nak tolong kemas....ok - ok....pegi la assembly ,
nanti awak tak ade, apa orang kata....


( cewah...bos pujuk aku....macamlah anak dengan bapak!!! keh keh keh....)


Dengan masih ber air mata sedih - ntah berapa banyak tisu paper,
capai blazer - dengan menyorokkan mata merah turun assembly....



Perasan:

cikgu2 dok perhati kat aku - sebab aku naik stage semacam aje....menonong dengan bos ke depan......agaknya apa sebab la cik puan ni menangis!



*************************************************************************************

Habis assembly - staf sokongan dah perasan kat aku...
sebab aku tak ceria seperti biasa...diorang ni cepat beno nampak
kelainan muka aku ni....masing2 buat keje dengan sunyi sepi -
apa aku mintak buat - terus buat tanpa banyak songel -
biasanya bila mintak buat2 keje ni - sambil2 berseloroh2 -
sambil mengusik2 membawa bahagia -
ofis yang ceria.....dah .... dah....usah ganggu aku,
yang sedang berduka nestapa kerana aku kena

SUSUN SEMULA!




Psssttt: contest masih diteruskan okeyyyy.....jawapan hari jumaat.

Saturday, November 14, 2009

Contest : Apa yang berlaku? Sebelum & Selepas


sangat happy sebelum berbicara



selepas berbicara

sape menang sape kalah? sob....sob.....


****************************************************

Contest

Apa yang berlaku sebelum & selepas....

Lihat gambar di atas...

Sape2 yang melintasi di sini, jika berminat nak meneka apa yang berlaku
sebelum & selepas, silalah berbuat demikian.....


Tiada syarat yang mengerikan....very simple & very clear


Hanyalah :

Add blog Asam Garam Kehidupan di bloglist @ blogroll anda semua dan
jadilah follower AGK ( yang belum follow lagi )

Yang dah sudah follow tu,
korang terus ajelah meneka2 apa yang sebenarnya berlaku.....


Tak payah tulis panjang2 - jawapan ringkas :

Sebelum....................................

Selepas.....................................

3 bloggers yang membicarakan dengan tepat @ sipi2 tepat akan
menerima special gift from Sonata - keputusan muktamad


Contest ini dilanjutkan di Malaysia sahaja sehingga Jumaat 20.11.09

sekian

jom apa tunggu lagi!







Contest : Apa yang berlaku - Sebelum & Selepas

sangat happy sebelum berbicara

***********************

selepas berbicara

sape menang sape kalah? sob....sob....


************************************************

silalah ke N3 terbaru

Friday, November 13, 2009

Teh Tinggi

Kad yang diterima khas untuk Sonata

Ha ha ha....masa hidangan penuh lupa nak snap ... habis dah....

Tak sah pegi jamuan kalau tak dapat door-gift & cabutan nombor bertuah .
Nombor aku kali ni ialah 56 .....Sesuai la tu umur nak bersara nanti! Sab0-sabo....lambat lagi Sonata - ko keje lagi le! ngeh ngeh ngeh...

Thursday, November 12, 2009

Kembali Ke Rahmahtullah....

Our family's friend mother passed away yesterday evening 11.11.09.

May Allah bestowed His Mercy and Rahmah upon
Allahyarhamah Yang Binti Burok.


Selamat disemadikan selepas Isyak.

Al-Fatihah.

Tuesday, November 10, 2009

Sampah oh sampah.............


Pernahkah anda terfikir ini yang dihasilkan?
( gambar ihsan koleksi hubby )


Hari persekolahan tinggal 1 minggu lebih lagi,
lepas tu bercuti la budak2 sekolah ni, calon SPM/STPM mula periksa minggu depan....tapi aku rasa seperti mula2 awal tahun 11 bulan lepas macam sama aje menegur / menasihat / mengajar budak ni....terutama bab SAMPAH.....
kenapalah tak faham2 budak2 ni,
bila masuk kelas - 5 minit mesti bersihkan kelas atau buanglah mana2 kalau ada sampah2 dalam kelas tu....sape buat sampah ? tak reti nak buang ke dalam bakul sampah ke? murid dalam kelas tu la...sape lagi kan....
kalau gitu, awak lah yang bersihkan kelas sendiri!
tak boleh ke? suke ke tengok kelas bersampah?
ada bakul sampah tak reti nak guna ke?

Inilah antara tugas2 aku, kalau memantau kelas2 - jika ternampak sampah yang kat belakang kelas / dekat2 kaki meja....depa ni buat buta mata kat sampah!!!
suruh bersihkan kelas ni pun mengajar jugak !

Saturday, November 7, 2009

Tag yang dah jadi pekasam....

Menjawab tag Ummi Humaira yang lama terperam sampai tahap pekasam dah...
tapi jadi pekasam ni la yang sedap kan???


Sila nyatakan :

**********10 fakta menarik mengenai diri anda :

Tak ade yang menarik , hanyalah seorang insan kerdil sahaja.
Walaupun begitu bolehlah di share fakta2 yang biasa ....bukanlah luar biasa.


1. Seorang guru biasa : Major Geografi & Minor Pengajian Islam
( tak layak jadi ustazah ! ) - agaknya tak major sepenuhnya.


2. Tak suka tengok wayang - aku tahu ramai suke, tapi aku memang tak suka sebab aku tahu nanti wayang tengok aku - jadi buat habis duit tiket aje ! & kami ( hubby & I ) sejak kawen memang tak pernah tengok wayang! Berangan nak tengok dengan family la - nak tengok cite2 kartun - tapi tak jadi2....lupakan la....banyak keje lain nak buat.....

3. Suke tengok program TV yang tertentu sahaja - Berita / Dokumentari / Rencana - lain2 hanya drama / filem yang semuanya tak tamat menengoknya!!! samada buat keje lain / TV tu dah tengok kat aku...he3x

4. Suke memasak - tapi tak leh lawan seperti chef2 terkenal tu...ala2 biasa aje boleh lah...Suke baca2 resepi - bila nak buat tengok mood la...

5. Bab berjalan2 @ melancong memang aku suke - tapi berpada2 - tengok bajet la....jika ade peluang & ruang yang istimewa aku pergi. Dalam Malaysia ni semua dah pergi...dah ulang tayang berkali2....biasanya aku suke ke tempat yang ber alam semulajadi! Hanya panjat gunung belum lagi....( hanya Cameron Highland )
Luar negara ade jugak : Mekah (haji)- ni bukanlah melancong -
pergi umrah : Turki ( 1 hari transit ) - Madinah - Mekah , New Zealand ( ikut hubby seminar - aku ikut aje le ), Singapore ( he3x dah lama tak pegi ni...), Bukittinggi-Padang ( nasib baik sempat tengok sebelum gempa ) & coming soon - ke Vietnam & Cambodia .....


6. Hobi macam2 semuanya berkaitan dengan pengumpulan : novels , buku2 macam2 la, mugs pun banyak , apa yang orang beri / hadiah / sovenirs / seme nya di simpan - tapi tu lah dah banyak sangat - mana pulak aku nak letak ni? banyak punya fasal, aku buat sebuah kabinet kat luar rumah - simpan novels dan buku2 lain...( rumah kecik aje )& tak lupa.....sampah kertas pun banyak jugak! time cuti sekolah , barulah selongkar - recycle....

7. Aku juga suke menjahit - lepas sekolah dulu, aku dah pandai jahit baju kurung sendiri - arwah emak ajar - aku orang Johor , baju kurung mesti dijahit sembat tangan....ohhhh cantiknya & leher bertulang belut....aku memang teror ( biar aku puji diri aku ni....) - seme baju anak2 & hubby aku jahit & masa kat KL aku jadi tukang jahit kepada beberapa orang guru sekolah dan lain2 ( he he he bayar upah le tu....)....tapi sekarang aku dah bersara....tuntutan kerje2 rasmi tidak mengizinkan aku berbuat seperti dulu2.....walaupun begitu takat jahit lurus kain batik tu, seluar anak koyak celah kelengkang , potong kaki seluar - aku jahit la...melampau la gi hantar kedai!!!

8. La ni , hanyalah membela kucing - ade 6 ekor semuanya , ( anak2 seme nya belajar kat luar ) - & ikan ! Depa la teman bercakap...he he he bercakap dengan kucing! Juga tolong jaga pokok2 yang hubby tanam @ siram kalau dia outstation.

9. Yang best lagi - aku pun suke shopping!!! Tapi ini pun tengok keadaan la...aku pun cerewet gak kalau membeli terutamanya kain...tentang harga kena tengok, kadang kain murah,kalau dah suke aku beli aje la....Kalau shopping barang masak / makan - ikut keperluan - beli yang patut2 aje...sebab aku jarang masak dah...kalau masak pun simple aje ( ni yang sedap!!!)

10. Paling agak merisaukan : Lemak tepu dah banyak melekat di badan ni...ntah bila la boleh dikikiskan!!! Makan sedap aje...


* Minta maaf berbanyak lah - semoga Ummi Humairah yang sabar menanti dah terjawab dah......he he he.

Any comments?

Friday, November 6, 2009

Penangan henpon....


Kenapa bawak henpon ke sekolah?

Saya takut emak saya talipon...

La...kalau takut emak talipon kenapa bawak ?
Kan baik tinggal aje kat rumah -
tak ade la nak takut2 bila emak talipon...

????????******** kes bengang dah budak ni.
( cara jawab tak betol - katanya emak dia nak tahu dia pegi mana....
gi sekolah ke tidak! )

Awak nak henpon awak ni, panggil emak awak datang...
Saje ko tempah maut!!!

Ala cikgu - tolong la cikgu....nanti emak marah...

Ha ha ha...baru betol ko takut! saje bawak , nak beri alasan macam2...
Awak tau tak...alasan ko orang ni seme tak boleh pakai....

Tolong la cikgu!

Tak payah - tak payah....panggil emak ko datang....

Emak keje cikgu....

Keje mana?

Kat sekolah.......

Ha ha ha ha...lagi senang...nak saya talipon mak awak?

Tak nak cikgu!!!

Okey.....esok ko ajak mak ko datang , jumpa saya......

tamat



**************************************************************************************

Lagi jawapan standard kalau tertangkap bawak henpon....


1. saya terbawak cikgu - tak perasan terbawak......
otak ko tak perasan konon!


2. senang cikgu saya nak tepon ayah / mak hari ni balik pukul berapa....
Eikkkks...ko orang tak tahu jadual ke hari ni balik pukul berapa?


Nak tepon mak ayah - kan publik phone banyak - kat kantin ada 3, kat koperasi ade 2, kat laluan atas ade 1....tak boleh nak tepon?

Kadang2 rosak cikgu....
Heiiii....kadang2...tapi biasanya mana boleh rosak ...saya tengok boleh aje orang lain guna tepon!!!

macam2 alasan korang....seme tak boleh pakai!!!kalau seme rosak , jumpa saya biar saya tepon kan....lepas tu dah tak terkata ape...dah tau ...semenya sengaja nak bawak - nak tunjuk kawan - henpon jenis apa ( boleh terima lagi ) -
tapi sekarang henpon yang canggih manggih - macam2 ada!!!! ni yang rosak!


3. cikgu, saya nampak ade lagi yang bawak....hahahhah awak yang nampak, saya tak nampak pun! macamana saya nak tangkap......



********************kalau dah salah tu...korang terima aje la hukumannya...nak balik , panggil emak bapak korang ngadap ku...

Wednesday, November 4, 2009

Hari-hari Terakhir Seorang Guru.....

Minggu ini minggu ke 40 persekolahan
Lagi 2 minggu sekolah - lepas tu cuti panjang
Selamat mengharungi "onak & duri" bagi anak didik yang menduduki SPM & STPM
Selamat berperang!!! Semua dah siap sedia kan?
Cikgu doakan kamu semua cemerlang !
Berakhirlah alam persekolahan kamu semua takat Tingkatan 5 & 6 Atas.
Lepas ini - "berteraburan" la kamu semua dalam semua bidang -
pilihan ditangan kamu semua...

Kerja? Sambung belajar ke Tingkatan 6 / Kolej ? Ke universiti ?




ini merupakan tugasan hari2 terakhir guru
kertas peperiksaan yang mesti ditanda untuk memberikan markah -
untuk menilai prestasi -

ok ke tak ok - berkesan /faham ke tidak ilmu yang dibelajar -
dapat ke tidak apa yang dipelajari? nak turun kelas ke / naik kelas ke?
markah ini menentukannya....
cikgu ! tanda cepat2 ye.....

minggu depan form teacher nak key-in markah.....
lepas tu nak susun kelas untuk 2010 !


ini lagi satu - dalam masa yang sama - planner next year 2010 dah ditanda2 -
dah nak dimasukkan dalam buku pengurusan 2010!
Cepat buat cikgu - taip cepat2 cikgu !
Dengan bertungkus lumusnya aku kena siapkan -
sibuk tanya sana, tanya sini , atas , bawah.....
hu hu hu semua bahagian kena tanya...


31.12.2009 - nak meeting!!!

Termasuk juga semua laporan aktiviti 2009 - semua perancangan 2010 kena siap!