CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Wednesday, October 14, 2009

Tolonglah beri signal ...............

Sejak sekolah hari Senin kelmarin aku tersangat sibuk - macam2 sibuk - jadi tak payah cite2 sibuk - cite macam mana pun tetap jugak sibuk - takkan jadi tak sibuk - biarkan sibuk2 keje ni berlalu - yang penting semua keje tu dah beres!!!

Begitu juga cite bab makan hari raya @ rumah terbukak @ open-house - selagi tak cukup tempoh tamat bulan Syawal - nak tunggu anak bulan Zulkaedah dilahirkan - selagi itu bab2 makan ni tak habis2...Dengar2 cite ( kalangan members aku kat sini - bloggers tak pasti la...) - tak cukup masa dalam bulan Syawal ni - jadi rasa nak sambung bab2 makan raya ni melanjut ke bulan Zulkaedah - lama2 kang - terus bersambung ke bulan Zulhijjah....Begitu la hebatnya penangan bab2 makan raya ni....

************************************************************************************************
Yang nak dikongsi cite.....

Aku rasa apa yang aku alami ini & ramai orang di luar sana mengalaminya juga - samada yang pandu kereta sendiri atau hanya sebagai penumpang di sebelah pemandu utama ( bertugas sebagai co-pilot ) - iaitu akan marah / akan mengomel2 / akan ( menyumpah2 ???) / akan mengutok2 ( dah tentu lah kalau pandu sendiri - seperti orang tak betul - cakap sorang2 / kita sebagai penumpang akan bingit rasa telinga bila pemandu utama marah2 / mengutok2 ni....

Aku cukup marah, bila kenderaan di depan beri signal salah / tak beri signal / lampu signal tak ada / signal betul tapi salah masuk simpang dsb nya - main pakai redah aje bila masuk simpang / nak keluar simpang / tiba2 brek mengejut..

Beberapa hari lepas aku keluar dengan hubby dah tak ingat ke mana - yang aku tahu kete kita orang follow satu kete MPV - kami jalan ok la follow dengan steady aje ....tiba2 dia beri signal - bagus beri signal kanan - maknanya nak belok ke kanan kan?

Bila dah beri signal kanan - apa patut kita buat? mestilah kita susurkan kete hala ke tengah2 jalan - cadang2 nak belok ke kanan kan...supaya kita di belakangnya senanglah akan beri signal kiri pulak, sebab kita nak pintas /overtake dia ikut kiri , supaya kenderaan di belakang kita pun aware bahawa kete depan nak belok ke kanan....

TAPI apa kete depan aku buat ? Signal kanan - jalan hala ke kiri !!! - jadi kita di belakang dia konfius!!!! Mana nak ikut ni? Signal kanan - tapi jalan hala ke kiri....Hubby pesangka baik - agaknya nak belok kiri - cuma salah signal ....Bila hubby nak jalan terus - tiba2 dia pun belok ke kanan ....!!!!

Pagi tadi aku nak ke sekolah - aku lewat sikit sebab pegi ambik nasi lemak yang di order kat tempat biasa untuk Program RIMUP - aku dah tahu kalau lewat keluar memang jem - perjalanan agak lembab - sebab laluan aku depan sekolah rendah - kalau lebih jam 7 memang agak jem - sebab tu aku selalu keluar awal sebelum jam 7.

Dalam semua kenderaan berjaga2 dengan jem ini - kete depan aku tiba2 brek mengejut - yang marahnya aku - sebab lampu brek dia tak menyala - terbakar la tu !!!! jadi mana nak nampak warna merah lampu dia - tiba2 berhenti - aku punya GERAM !!! - nasib baik aku sangat berjaga2 kalau dalam keadaan jem....

Nak cite kisah ni banyak lah....jadi aku mengingatkan diri aku ni supaya berhati2 memandu - beri signal betul2 dengan harapan orang yang follow aku takkan marah2 aku - yang aku tak nak dengar ( memang tak dengar pun kan ....) ialah........
Patutlah pompuan bawak!!!

14 comments:

Chenta said...

Yup. Memang geram .
Tak beri signal or salah beri signal or memang ngade-ngade tukar haluan ..

Selalunya saya kalau dapat macam nie, saya hon dia panjang.. pastu saya pecut !

wakaka.. takut kena belasah !

Maiyah said...

mmg kene byk sabar kat jlnraya nih :)

Yunus Badawi said...

Mmg ada pemandu yg susah sgt nak bagi signal atau bagi signal yg salah. Yg boring tu kita tunggu bagai nak rak kat simpang bila dah dekat dia korner pulak tanpa bagi signal. Hampeh punya driver

IMANSHAH said...

Banyak2 sabar kak..manusia biasalah...kalau di negara maju susah nak cari pemandu yang tak brhemah

Sakinah said...

Salam kak,

Sebagai penumpang saya pun turut geram. Pengalaman paling pahit masa kereta suami terlanggar belakang motor, penunggang pompuan. Nasib taklah apa2. Suami kata dia tak beri signal berhenti. Agaknya pompuan tu tau kot dia salah. Tak marah pun.

Macam2 ragam di jalan raya. Kalau bahayakan diri mereka saja takpe, ini bahayakan orang lain juga.

abu muaz said...

Memang geram kalau perempuan bawak kalau lelaki ok la....

Relevan said...

Tapi pompuan bawak kete ada juge yang kaki speed..ada juge yg suka sondol sana sini..

ONE ZABA said...

signalnya...jgn ikut belakang org rapat-rapat.

cheryna zamrinor said...

dia bukan paham pasal org SAK, dia hanya fikirkan diri. kita nak cakap apa kalau dah macam tu. masa amik lesen, dah diberitahu rancang perjalanan..tp diorg nieh kerja merancang pon tak tau...balik2 menunggu utk yang menentukan...adoii..

noorafzan.blogspot.com said...

geram gak..
tapi, memang sentiasa berjaga-jaga la..

insan pendidik said...

salam sonata,

bengang juga dengan sikap pemandu ni. bawa kereta ikut suka. tak fikir tentang orang lain. kita bawa bukan main hati-hati. tapi kadangkala kemalangan berlaku juga akibat kecuaian orang lain.

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

Itulah signal tangan lagi baik macam dulu-dulu... tapi pemandu sekarang pun rasanya dah tak tahu isyarat tangan kerana semua kereta dah ada hawa dingin, banyak pula kaki pecut, takut tangan hilang kena sambar kereta dari belakang...

chekdenoor said...

Salam,

Kalau nak kenal perangai seseorang.... kita kena ikut dia dalam kete......masa memandu....perangai sebenar pemandu memang akan jelas kelihatan....penyabar atau pemarah...... kui...kui...

Che' Pit said...

agaknya lah kan, diorg ingat signal tu hanya sekadar aksesori kat kereta.. takde kegunaan, haha..
tak nak guna, baik cabut jer dari kereta