CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Wednesday, October 21, 2009

Habis dah duit aku....opppsss bukan ...bajet KPM la

Hari ni aku dah boleh menarik nafas lega...

Selesailah sudah Program RIMUP peringkat kelompok - sekolah aku & 2 lagi sekolah jiran. Bajet RM 2000 untuk setiap sekolah MESTI dihabiskan dengan program RIMUP yang merangkumi 5 kategori .

Esok , last sekolah rakan sejawat aku di SMTMTBP - uruskan ke program lawatan rumah orang tua.

Sekolah aku handle 2 kategori - iaitu kategori sukan & permainan ( pada 14.10.09 ) dan tadi kategori ko-kurikulum . Yang hebatnya program peringkat kelompok hari ini - dikendalikan oleh anjuran bersama Panitia PSK - yang buat program khidmat masyarakat - pameran & persembahan 1Malaysia , dan ceramah gejala sosial oleh Timb Datuk KP Melaka. Selepas acara perasmian untuk program RIMUP - semua peserta RIMUP mengikut ceramah gejala sosial ini....

Lepas itu diadakan jamuan 1Malaysia....120 murid dari 3 buah sekolah ....semua gambar2 tak dapat aku nak snap sebab aku terpaksa bersama Timb Datuk KP mengikuti ceramahnya - semuanya di snap oleh jurugambar sekolah....banyaklah gambar aku ni merata majlis......lepas tu dialbumkan untuk dokumentasi sekolah.

8 comments:

CIKGU NAMAN said...

org penting selalu diambil gambarnya kak...hehe

ONE ZABA said...

rimup...ribut....

Ayah Zain said...

Salam SAK,

pasal ngabehkan duit, no problem ma

ahmad humairi said...

salam,
...dah sampai penghujung tahun. apalagi...sume peruntukan mesti tak berbaki, ataupun berbaki di bawah RM5.00. kalo tak taun depan tak merase lagi... dwet koku aku tingga RM 1,500.00 nak perabih buat perkhemahan hujung minggu depan...

sonata anak kancil said...

Naman : penting ke atau tak penting - gambar memang banyak...tak macam time sekolah2 dulu - pantang ade gambar nak beli - skg dah tua2 ni - buat de' aje!

One Z : nasib baik tak tsunami - kalu tak habis aku-lingkup!

sonata anak kancil said...

Ayah Zain : W'salam - memang pun - cari aje jalan nak perabiskan!!! sila follow AGK AZ & datang lagi ok...

Ahmad Humairi : W'salam - betul - betul tu! Kalau tak habis pun susah - nak kena soal jawab - nak kena pulang balik - baik cepat2 habiskan!!! Koku SAK pun sibuk apa nak buat duit ade sikit lagi...

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

Jimat-jimat belanja duit kerajaan, tahun depan tiada lagi MBS...lain kaedah pula jimat-jimat pula, RIMUP rasanya tiada lagi RM2000

sonata anak kancil said...

Cikgu Sahar : tu lah citenya tahun depan - katanya banyak yang dipotong - jimat macamana tak tahu lah....Bos sebelum habis rimup - asyik tanya - bila tengok duit rimup tak selesai2 lagi - bila dah selesai semua - lega lah dia - sibuk buat laporan pulak nih...