CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Thursday, September 17, 2009

Esok Mula Cuti & Nostalgia Balik Kampung

Esok cuti?

Ya , esok semua warga sekolah & institusi pendidikan diberikan cuti khas.

Pagi2 tadi sewaktu dalam perjalanan ke sekolah, dengar berita ni. Terkejut !

Sebab sebelum ni jika sekolah nak ambik cuti kena ganti / cuti peristiwa jika masih ada lagi.

Bila dah diumumkan macam ni , maka seperti lipas kudung lah di sekolah membereskan tugas2an.

Anak murid pun bertanya - esok cuti cikgu? Cuti kot...aku jawab. Nantilah pengumuman dibuat.

Apa2 pun , walaupun telah diumumkan oleh Pak Menteri, JPM akan keluarkan arahan untuk berbuat demikian. Pihak jabatan akan bertindak secepat mungkin. Peperiksaan SPM selaras seluruh negeri Melaka pun dah dapat arahan - last papers esok ditangguhkan naik cuti nanti.

***********************************************************************************

Minggu ni, minggu yang amat sibuk untuk persiapan sambutan hari raya. Anak2 dah mula balik...mana yang dah ada - dapatlah kami berjemaah solat terawih di rumah
( selepas hubby balik dari majlis berbuka puasa - minggu ni ada beberapa
jemputan berbuka puasa di luar ) sehingga lah paling akhir sampai rumah ialah Fahd dari asrama petang tadi. Riuhlah, bila semua berkumpul....



***********************************************************************************

Sape2 yang nak balik kampung , esok dah cuti , bolehlah mula mengorak langkah - untuk berangkat pulang ke kampung masing2.

Semoga selamat pejalanan pergi dan balik....

***************************************************************************
Teringat la aku, dulu2 duduk di KL, dengan anak2 kecik - kalau esok nak balik, hari ni semua dah siap kemas....kalau lengah2 berkemas - ade lah kang yang tercicir....kalau kain baju - semua dah siap masuk bag & bakul...masuk dalam bakul senang....buat check-list lagi - apa yang belum beres...travel dengan anak2 kecik ni semuanya mesti lengkap - terutama makanan!!! susu dan air...tau2 lah budak2 kecik ni, bukan boleh jalan terus - mesti berhenti2 - nak muntah lah , nak kencing lah, nak minum susu lah....macam2 la dengan kerenah anak2 kecik ni....

Bila tiba kampung rumah atoknya....meluru keluar - seolah2 macam terlepas kandang! punyalah seronoknya terasa lapang - suasana kampung - tak ade 'sekatan' ....kalau di rumah sendiri - asyik berkunci pintu / grill terkurung dalam rumah...Tu bezanya di rumah kat bandar dengan di rumah kampung...


*************************************************************************************

Kini aku tak bersusah payah nak berebut2 balik kampung. Sebab kat kampung pun dah tak ada orang tua lagi - yang tinggal sedara-mara aje...Adik2 beradik pun semua dah balik ke rumah mentua masing2...samalah aku - ikut hubby...tapi ibu mentua aku pun tak berapa sihat - maka senangnya aku bawak dia beraya di sini aje...tinggallah kampungnya begitu saja - sebab dah tak ade orang jugak!!! lebih baik dia berehat aje kat sini...

Hari ini - anak2 semua dah belajar di univ / kolej / asrama / dah besar panjang!...sekarang mereka semua sendiri2 lah balik "kampung" - ( sebab kampung depa kat bandar ni!!!)....bila mereka balik ....hahahah tugasan sedia menanti....yang pompuan dan lelaki - semua ada tugas...


*************************************************************************************************


17 comments:

Guru said...

assalammualaikum

wah best ramai berkumpul di rumah ya...

selamat beraya

CIKGU NAMAN said...

sekolah saya dah dpt cuti peristiwa..

last2 ptg smlm dgr berita semua sekolah cuti..hoho..

berpusu-pusu lah esok org balik..

selamat beraya!

cheryna zamrinor said...

bestnye dah tunggu anak2 kat rumah:)
mesti lepas nieh tiba2 rasa rumah macam penuh...sbb semuanya dah balik. bersiap sedialah dengan gas kat dapur (sbb anda akan masak lebih banyak) dan yg paling penting sekali mesin basuh yg mungkin tak renti2 basuh baju...ehehe...

selamat hari raya dan maaf zahir batin ye:)

sonata anak kancil said...

KLCITIZEN : w'salam. Rumah yang sedia kecik - semakin kecik...

selamat beraya juga untuk KlCitizen
maaf zahir & batin

Naman : so, kensel la cuti peristiwa tu...ambik masa deepavali pulak...

selamat beraya juga untuk Naman
maaf zahir & batin

Cheryna : ewah2...macam ada pengalaman je! Betol tu - gas kena order ( tambahan ), mesin basuh agaknya dah keletihan teramat sangat....tau2 lah bila balik rumah - segala kain baju kotor bawak balik!!!

selamat hari raya -maaf zahir & batin

ONE ZABA said...

kerja lagi hari ni....

jap lagi baru nyusup-nyusup balik kampung

Yunus Badawi said...

Masa balik kg Ahad baru ni isteri aku cuba mengajak ibubapanya beraya dgn kami di KL kerana mereka pun tak berapa sihat kebelakangan ini. Tambahan anak bongsu mereka baru meninggal Feb lepas.

Tapi mereka lebih selesa beraya di kg. InsyaAllah kami akan balik Tg Karang pada Raya kedua.

Bila awak hantar Mohd esok, singgahlah rumah kami.

ckLah @xiiinam said...

Semoga bertemu Ramadhan akan datang...


EID MUBARAK!!!

sonata anak kancil said...

OneZ : keje hari ni pun, tak ada keje sangat dah...semenya dah mood raya - dah terbayang2 nak drive turun gunung balik kampung....kampung dekat tak pe...kalau balik Pahang ...jauh gak tu....semoga selamat perjalanan pergi dan balik kampung.

YB : InsyaAllah, jika berkesempatan, aku roger ko dulu....

CkLah : InsyaAllah,semoga kita dapat bertemu lagi Ramadhan tahun depan...

Che' Pit said...

salam cgu sonata,

selamat raya, maaf segalanya..

hmm ngeh ngeh ngeh siap lah anak2 cgu bila balik nanti..

noorafzan.blogspot.com said...

suke sekolah cuti.
pagi tadi nak gi kerja jalan clear jer..
balik tengahari tadipun clear..
kalu tidak sesak la depan sekolah ngan kanak2..

sonata anak kancil said...

>>> Che Pit : selamat pulang ke kampung...berhati2 ketika memand...biar lambat asal selamat.
selamat hari raya -maaf zahir & batin


>>> Noor Afzan : itu menunjukkan yang berada di bandar tu seme nya datang dari kampung! selamat bertugas hari terakhir....cuti lepas ni....best2 kan...selamat hari raya - maaf zahir & batin

Unknown said...

Selamat Hari Raya.... jom makan tart nanas...

chekdenoor said...

Salam,

Selamat hari raya dan maaf jika ada bahasa chekdee yang menyinggong perasaan. Semuga di hari yang mulia ini, kita semua akan bergembira dan happy disamping keluarga tercinta.

IMANSHAH said...

Biar hati sejernih air,jangan pula dipenuhi lumpur
Kalau salah belum berakhir,harap diampun dengan rasa syukur
Jika budi dipenuhi ikhlas, jangan ia disulam tuba
Jika ada salah dan silap, harap diampun di hari raya...
Biar amarah disunting sunyum,ibarat pekerti disulam kasih
Harap dihalal makan dan minum, ibarat rezeki yang tidak disisih

sonata anak kancil said...

Chekdenoor : selamat hari raya - maaf zahir dan batin...

dari pagi - malam makan ketupat je...

Shifu67 : selamat hari raya - tart nanas saje?

Imanshah : Salam aidilfitrimaaf zahir dan batin, semoga diberkati Allah selalu...

ckLah @xiiinam said...

Selamat meneruskan raya...

sonata anak kancil said...

Cklah : kalau ikut senarai hubby nak ke open house - tak larat oiiii.....tengoklah keadaan macamana...( tak mahu masak boleh - gi open house! )