CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Thursday, August 13, 2009

Salah @ Silap Siapa?

Di mana salah & silapnya?

Hari ini aku di arahkan oleh bos untuk
memenuhi jemputan satu majlis konvokesyen di Dewan Sri Negeri.



Kad jemputan telah diterima dan mesti dijawab sebelum 3.8.09.
Untuk tidak lupa, secepat mungkin kerani aku dah
fax jawapan memberitahu aku akan hadir.



Dik kerana bimbang kesesakan lalu lintas -
almaklumlah kan tentunya banyak kereta &
kesukaran nak parking ( mestilah cukup parking kan....) -
dari rumah aku keluar jam 7.45 pagi - sebab ketibaan tetamu jam 8 - 9 pagi.


On the way - selepas 2nd trafic-light - kenderaan mula bergerak perlahan....
( macam dalam radio pulak )....
aku dah agak mestilah sesak sebab kenderaan nak masuk ke DSN....


Bila tiba jalan masuk ke DSN - aku terus menghala
ke parking bahagian belakang ( kira dekat la dengan DSN ) -
kalau tak, kena parking kat bahagian dekat2 jalan masuk....
( penat la naik tangga tinggi ).



Selesai parking - aku berjalanlah ke arah DSN....
aku tengok2, mana orang ramai? sunyi sepi aje...


Ehhh...biar betul, ke aku salah tarikh?
Bukak kad jemputan ,ehhh betullah hari 13.8.09 - Khamis,
ketibaan tetamu jam 8-9 pagi...Ok , betul la ni...


Tiba depan DSN - eh? dewan kosong?
Mana graduan ni, tak beratur ke /urusetia pun tak ada
nak pendaftaran ke atau seumpamanya ?


Aku nampak ada seorang wakil dari jabatan apa ( dah lupa ) ,
berkenalan lah kami...Dok tertanya2, ada ke majlis ni?
Tanya Pak Guard - dia pun tak pasti ,
disuruhnya tanya bahagian kaunter tempat pertanyaan...
Ah tak payah la...


Mungkin tetamu pergi breakfast kot - sebab ada catat pada
kad jemputan sarapan di Dewan Bunga Raya...
Dah lah aku & pegawai ni tak mahir dalam kawasan dewan ni....
Kami pun bertanya lah...mana D.B.Raya...tengok2 ....eh tak ada orang pun!


Salah dewan kot...kami pun pergi semula ke DSN -
berjumpa pulak dengan seorang pegawai lain -
pun tertanya2 ade ke konvo ni?


Kemudian kami jumpa 5 tetamu dari Singapura datang untuk majlis ini.
Mereka bukan calang2 orang - yang aku tahu salah sorang tu beri business card - tertera Dr. Isa Hassan dari Management Dev. Inst. of Singapore....
( he he he dia pelawa jika nak ke S'pore boleh call dia ! sudah bagus ni...) , tercengang2 , bertanya jugak , ade ke majlis ni ?


Salah sorang pegawai yang datang telefon kenalannya -
dan dimaklumkan konvo ni dah dipinda ke sebelah petang!
Alasan CM ada majlis dengan TPM yang merasmikan hari peladang / tani kat MITC. Tak kisah la ni....apa yang penting beritahu la kepada kita ni!!!


Alamak, kenapa tak beritahu / kenapa tak telefon semula?
Padahal masa fax jawapan semua dah mintak
catat nama / organisasi / jawatan /phone number....


Angkat telefon la....kenapa tak telefon ?
Jadi, apa guna kita fax jawapan untuk pastikan kehadiran kita?


Urusetia pihak berkenaan pun tak ada di dewan
untuk beritahu sekiranya tetamu seperti aku ni hadir /
papantanda2 memaklumkan penangguhan masa pun tak ada!
Tak ke haru tu....


Aku rasa malu dengan tetamu luar negara ni....
Mereka beritahu keluar S'pore jam 5 pagi

( lajunya....dah sampai within time - frame )
- meeting /apptn. ditangguhkan...Mereka kata, sebaik habis konvo -
nak terus balik sebab urusan kerja.


Aku pun gitu juga....Petang ada meeting...
mungkin tak datang la jawabnya!


On the way ke tempat parking - aku berjumpa dengan salah sorang oficer organisasi ni yang incharge bahagian jamuan & beritahu hal ini....
Memang la dia jawab tak tahu sebab bukan jawatankuasanya!
Dia pun mintak maaf on behalf of this orgnization.



Aku pun balik ke sekolah & petang pergi meeting.....


( entah2 dewan tak penuh....)


Peringatan di sini:

Jika kita dah jemput orang - jika berlaku perubahan masa /
tarikh TOLONG maklum semula!





14 comments:

IMANSHAH said...

Geramnya...kalau kena kat saya memang saya marah

Na Shari said...

Tak patut la organizer buat macam ni... Anyway, takpe la. Harap benda ni tak berlaku lagi...Nak marah pun tak boleh jugak...Benda dah jadi...

Not your lucky day...

ONE ZABA said...

patutnya ko ngamuk kat situ... terbalikkan meja..baling kerusi ... baring atas jalan....

Hanisham Ab Halim said...

Sabar lah... Berurusan dengan kalangan tak PRO ni memang camtu. Ikut suka hati diorang je... hehhehe

chekdenoor said...

Hmmm..... cam tak bertamadun jer orgenizer tu ..... kan zaman moden ini ada banyak kemudahan perhubungan ... berginilah bila ada di antara orang yang bertugas itu tidak dedikasi...... siapa yang malu .......ukhussss

Y. Ibrahim said...

Sabar je lah, ingatan untuk kita jangan buat macam dia orang.

Bapak said...

ni biasanye masalah PRO. Bapak pun pernah kena beberapa kali. ada sekali tu melibatkan organisasi yang gah jugak.

puas Bapak melilau, tanya2 org, sorang pun layan. call contact person pun x dijawab.

Bapak terus baliklah, report kat bos. Bila bos call, jawab plk. nasib dia lah kena sound ngan bos Bapak...heheh. sapa suruh jadi PRO kalu tak pro...hehhe

sonata anak kancil said...

Imanshah : memang lah rasa marah kerna tak dimaklumkan perubahan waktu...sebab keje2 yang dirancang tertunda...

Na Shari : Satu organisasi besar perkara2 ini mesti diutamakan sebab melibat tetamu....jangan main2 - nanti reputasi boleh jatuh!

OneZ : kalau aku ngamok, sape nak tengok! buat letih aku je...!

Webmaster : pi belajar lagi!

Chekdenoor : tu la,makin moden makin tak tau nak guna ketamadunan ni...

Aibiwai : ambik iktibar ni - sape2 yang ditugaskan bahagian macam ni/ apa2 bahagian la - tolong cek-list - counter-back - double check...

Bapak : he3x senasib le kita....Masa nak balik saya jumpa seorang juruodit , dia ada mesyuarat & dia buat odit kat organisasi ni - dia janji nak beritahu tentang ini - hah amik ko...

noorafzan.blogspot.com said...

ada gak ye organization camtuh..
wat malu je kat orang luar yang datang..
jatuh MARUAH kite ooo~

Chenta said...

salam sonata..

Wahh.. tak besh langsung .

Padahal bukankah dah ada kemudahan utama telefon or whatever yang boleh memaklumkan info terkini dan tepat ..

btw.. ada award . sudi2kanlah ambil yea.. tq

sonata anak kancil said...

Noor Afzan : jadi buat pengajaran kepada kita - tak kira apa majlis - jika berubah tolong maklumkan...

Linda : agaknya depa ingat bila kita tiba , tengok tak ade orang , angkat kaki balik!

ohhh....terima kasih award...nak akak amik ye...

sonata anak kancil said...

Linda: ok ok....nanti kak amik dengan rasa bangganya! tk.. tk.....

CIKGU NAMAN said...

Saya kena gak sekali..pasal bengkel Kimia...dia boleh tampal notis bengkel ditunda kat pintu dewan kt sekolah penganjur tu je..xreti2 nk call sekolah bgtau ke..org punyalah ssh nk sampai kt sekolah tu..main tampal notis camtu je...btw ada 2 awards utk akak..hehe

sonata anak kancil said...

Naman : ade juga orang yang same kena macam akak ni...kalu kita tau,usah la nak balas dendam pulak...biarla silabi terjun dengan labunya...

Wow tak sangka pulak adik Naman nak bagi award! nanti akak amik....award special ye....ok ok ok....