CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Saturday, July 4, 2009

Dari Tropical Inn, JB ke Tanjong Puteri Resort , Pasir Gudang

Semalam petang baru tiba ke rumah ....

Sebenarnya sejak Ahad lepas aku berkursus "Literasi Undanag-Undang Bagi Guru Sekolah Menengah & Rendah Negeri Melaka 2009" selama 4 hari 3 malam di Tropical Inn, JB. Sepatutnya pada 1 hb dah balik la ke Melaka.

Tanpa diduga, bos telah telefon aku pagi2 30 Jun beritahu bahawa Pertandingan Koir Peringkat Kebangsaan diadakan di Pasir Gudang, Johor. Dia pun suruh aku jadi Ketua Kotinjen ( biasanya ketua atas nama Pengetua ) mewakili beliau sebab dia akan ke Sarawak pada 2 hb. Tapi saban tahun pun aku jugak yang jadi ketua kotinjen ni!

Maka tak jadilah aku balik ke Melaka. Teruslah ke Pasir Gudang, dari 1 - 3 hb Julai. Murid2 dan 3 guru orang pengiring bertolak dari Melaka jam 10 pagi. Bersambunglah aku meneruskan tugas ke Pasir Gudang pulak.

Macamana nak ke sana? Aku memang tak pernah ke sana. Panjang akal aku - hah minta tolong kenalan sekolah yang bekerja di JPNJ hantar ke sana. Telefon dia & dia pun datang ambik aku bersama dengan seorang lagi kenalan sekolah yang memnag menetap di Pasir Gudang! ( tak tahu pun dia duduk di Pasir Gudang ). Nasib menyebelahi aku...Kalau tak, macamana la aku nak ke sana. Kalau depa tak ada , boleh jugak ke sana - pandai lah aku nak meneruskan misi ni!!!( Teringat la kat YB yang kebetulan bertugas kat JB - mintak aje la dia hantar!!!) -
YB : harap ko baca la N3 aku ni....ngeh3x


Tibalah aku ke sini.


Banglo resort tempat menginap


9 comments:

ONE ZABA said...

welcome back....

IMANSHAH said...

ni yang untuk jadi pendidik..kenalan seluruh malaysia

sonata anak kancil said...

OneZ : dah selamat pong....he3x. nanti aku wat D'Gallery 3 - ko dtg2 cepat2 ....

Imanshah : betul2 ....ramai kenalan, termasuklah di alam maya ni!
Semoga Imanshah terus cemerlang dalam bidang pendidikan ini...

Guru said...

wah...berjalan sakan ya...atas nama tugas...

alhamdulillah dipermudahkan ya..

Chenta said...

kak .. memang betul2 menurut perintah . Dah abis terus bersambung jadi ketua kontijen . wah ! hebat tuh...

Apapun saya suka semangat kak . saya ambil sikit yea...

Anonymous said...

Dulu, ada member card club kat Tnjung Puteri. kalo weekend slalu p situ.

Ada kolam renang dan mcm2..boling pun ada..

Skrg, dah lama tak g situ sbb hubby dah keja kat Arab..

Yunus Badawi said...

Aku tunggu2 jugak ko kol aku pagi tu sbb sebelumnya ko dah sms. Tengok takde kol atau sms dari ko, aku pun chow balik KL pukul 9:45 pagi tu.

Teringat jugak nak singgah kat Melaka jumpa kawan2 blogger tapi aku bawak kawan sorang. Jadi terus balik.

Dah sampai Tg Puteri, kenapa makan ayam penyet aje? Ko pegilah Restoran Rahmat lain kali.

sonata anak kancil said...

Kl Citizen : Alhamdullilah semua berjalan lancar...tugas rasmi sekali pun - nak beritahu hubby 'kecut perut' gak!

Linda : terima kasih, nak ambik banyak pun boleh! ( suspen gak nak beritahu hubby!- buat dia kata tak boleh macamana? - tapi dia ok je - dah faham kerana tugas )

Arryani : Jauh la dari bandaraya JB - tapi saya tak benarkan langsung ( HARAM!!!) anak murid mandi kolam...bahaya oii, malang tak berbau...

sonata anak kancil said...

YB : kalau tak berapa 'bermasalah' aku tak nak ganggu gugat ko...

kalau terpaksa hari tu - sure aku kol ko!!!

Ayam penyet , nanti aku cite kan next N3...Ingatkan penyet macamana -