CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, June 7, 2009

Terperangkap....


Dekat2 jam 3 tadi hantar Fatehah & Ayeen
ke Melaka Sentral sebab nak balik ke UIA.
Keluar simpang rumah dah nampak kete (kebanyakannya)
dah berderet ...Dah mula jammed.


Sampai simpang JPJ dah ok sikit - lalu depan Jusco alamak -
kete lagi lah banyak dan juga bas dan lori kecik2 & van dan segala jenis kenderaan. JAMMED! walaupun depan trafic light...Nak sampai ke MS kena tempuh -
2 beri laluan & 4 trafic light. Dekat 40 minit baru sampai -
biasanya 15 - 20 minit boleh sampai.


Nak parking dalam kawasan MS , 2 kali pusing -
akhirnya nasib baik ada kete nak keluar....Penuh parking - menunjukkan betapa banyaknya kenderaan parking ...sebelah depan MS dah awal2 letak signboard - FULL...selalunya tak lah macam hari ni...boleh pilih2 kat mana nak parking.


Lepas tu gi betul spect hubby yang tercabut skrew kat kedai biasa pegi...ntah macam mana masa dia tengok pokok2 boleh terjatuh...
Kelabu la dunia separuh hari!!!


Masa balik pulak hampir 1 jam baru tiba ke rumah..
terperangkap (cite hampir sama - klik) jammed!
MasyaAllah punyalah banyak kenderaan...Hari Ahad - cuti + kenduri kawen gamaknya + pelancong ramai masuk Melaka...lalu jalan yang sama juga - sampai polis trafik jaga kat trafic light Ayer Keroh ( kenderaan masuk ikut tol ) - untuk mencepatkan perjalanan ....Trafic light pun tak boleh pakai!!!lambat...hah ikut suka polis la berapa lama dia lambai tangan nya ...bila dia arah suruh jalan.



Hari ni ada 2 majlis walimah - satu kat Dewan Bistari &
satu lagi di taman berhampiran -
pun jammed!
susah nak cari parking - terpaksalah jalan jauh....(ni biasa la)


***************************
pagi tadi pun pegi hantar Mohd & Fahd swimming kat Bandar Hilir -
jam 10 - 11 lebih dah penuh parking....

Sebab tu aku tak suka keluar rumah kalau hari Ahad!!!

12 comments:

Yunus Badawi said...

Sebelum jam org lain bagi komen biar aku mulakan dulu hehehe

Melaka kalau cuti mmg jam. Ramai pelancong elok utk ekonomi. Jadi sabar ajelah.

sonata anak kancil said...

YB: Ingatkan nak melancong ke Melaka...Seluruh pelusok dunia dah sampai...tunggu YB tak datang2!

ayeen said...

huhu,melaka-seremban took 3hours. nsb baik ada kawan kat seremban, klu tak, tak sempat naik ktm ke klsentral. ntah2 kitorang duduk melangok kat ktm seremban tu smpi pagi esok

sonata anak kancil said...

Tu lah apa beza klu balik pagi2 Isnin? Sama gak kan? Tp tak pe lah...dah sampai.

attyfir said...

ramai sgt org serbu kota melakau..hehhehe

sonata anak kancil said...

Atty's : betol-betol....
kalau ada hajat nak ke Melaka - usahlah datang waktu2 cuti gini...harga barang pun mahal! tapi ta tau la kot2 jual murah sebab dah ramai sangat orang berjual!nanti taklaku pulak kan...

azlanlin said...

Kami sekeluarga tergendala untuk pulang bercuti menjengah atuk dan nenek anak-anak di Melaka, Felda Bukit Senggeh.

Bukan kerana jammed tetapi demam campak. heheheh.

sonata anak kancil said...

Azlanlin : Alahai orang Melaka ruponya!...pernah ke Felda tu - pegi jemputan walimah...jauh dari rumah saya --- hu hu hu jauh lagi dari Perak....

aNIe said...

Salam sonata anak kancil...akak singgah dari nuffnang...terjumpa blog orang melaka...teringin nak baca...

Melaka memang kalau musim cuti...jam tak tahan...saya kalau nak ke mana2 kalau balik Melaka pasti menunggang motorsikal dgn anak je...malas nak terperangkap dlm jem

zuLL said...

musim cuti memang jem sket

sonata anak kancil said...

Anie : terima kasih datang sini...melaka dah jumpa melaka...balik melaka, mai umah...doket dah tu ...tepon je.
Dah ziarah kat blog Anie..lawa ! banyak buah stroberi ....he3x

sonata anak kancil said...

Zull : bukan sikit2 punya jem...banyak jem oii...

terima kasih mai singgah sini..singgah2 le selalu.